assalammualaikum.. alhamdulillah baru je hbs kelas macro.. so landing kejap kat sni.. nak update status.. :").. selalu kalau kawan2 lain update status kat FB dan lepas tu mulalah ada yang nak merepek meraban.. disebabkan kwn2 zyla tak tahu blog zyla ni dan mmg antara diorg yang tak tahu tentang blog.. so zyla sudah mula selesa utk bercerita apa saja kat blog.. baca entri2 blogger lain itu lebih menyenangkan daripada kita baca status kat FB yang kadang2 membuatkan kita sakit hati dan panas...
berkaitan dengan entri zyla hari ni.. nak jadi org yang sentiasa sabar.. oky! mama zyla selalu cakap yang zyla ni mmg terlampau sabar sangat sampaikan dia pulak yang kurg sabar dkt zyla.. alhamdulillah sifat ni zyla warisi dari ayah zyla.. hahah... kiranya semua yang berkaitan dgn diri dan peribadi zyla adalah datangnya dari kedua ibu bapa zyla.. alhamdulillah itu zyla syukur sgt sebab org lain tak perlu nak sibuk ajar mak ayah zyla didik zyla sebab diorg mampu utk mendidik anak sulung mereka ni wlpn membesarkan zyla memaksa mereka utk berkorban dan menahan rasa hati bila zyla berada diperantauan.. alamak! dah start pulak sedih ni.. :").. still try to smile..
zyla akui dulu zyla bukanlah org yang penyabar dan kadang2 tu bila zyla marah selalu je nak buat entri pasal zyla marah ke tak senang ke.. so far masa ni mampu mengawal emosi supaya tidak terpengaruh dengan keadaan sekeliling... macam pendirian zyla..buat keputusan ikut akal jangan ikut hati.. kalau kita buat keputusan ikut hati.. almatnya kitalah yang akan mati dihujung jalan nanti.. wah2! dah mcm ahli motivasi.. tak pelah utk motivate diri zyla sendiri jugak..
dalam kehidupan seharian zyla ni mmg ada bnda yang membuatkan zyla terpaksa berdiam diri dan bersendirian seketika.. kawan baik??/ ada tapi nun jauh di Miri, tapi kiteorg taklah selalu sgt berhbg memandangkan sibuk dengan belajar.
zyla selalu berdoa agar apapun halangan, dugaan, kekecewaan, kegagalan dan masalah yang zyla hadapi zyla tetap boleh mengawal diri zyla dan tidak bertindak mengikut hati yang panas.. senang je.. ambil wuduk dan solat.. itulah terapi paling mujarab bagi zyla.. jadikan diri kita sentiasa bersih, buat kerja mengikut masa, jaga makan dan pergaulan kita.. jangan buat jahat dengan org lain..
kalau sesiapa yang kenal zyla dia akan cakap dia tak boleh sabar mcm mana zyla bersabar. itu bergantung kepada diri kita sendiri. kalau kita mampu ya kita boleh lakukan. rahsia diri zyla yang dapat jadi penyabar.. sebab dulu zyla selalu sangat buat silap bila tak sabar, so tak nak semua tu berulang kembali.. satu lagi bila ada masalah zyla lebih mudah nak berdiam diri dan bertawakal... sebab bila berdiam diri tu secara automatik kesabaran zyla makin bertambah...
macam jugak stdy... zyla bukanlah pelajar yang bijak... dari sekolah smpai sekarang zyla hanyalah sederhana sahaja.. setiap kali zyla bagitau mama zyla nak give up atau benda itu susah.. mak zyla suruh zyla cuba lagi dan doa banyak2.. selalu igt dekat AllahSWT ...
doalah yang akan membantu kita utk jadi lebih sabar.. sebabnya bila kita berdoa kita tahu Allah SWT dengar rintihan hati kita.. bila zyla habis berdoa zyla akan sedaya upaya utk senyum wlpn masa berdoa zyla menangis kerana menahan rasa yang amat pedih.. betullah.. kalau kita tak menangis kita tak kan dapat nak kurangkan beban hati kita..
berpeganglah pada kata-kata.. kesabaran itu adalah sebahagian daripada iman kita. jadi makin kita bersabar semakin itu keimanan kita bertambah... Insya Allah dengan izin Allah SWT..
zyla suka bila zyla makin membesar.. itu maksudnya zyla dah semakin mempelajari kematangan...
No comments:
Post a Comment