Thursday, July 14, 2011

bila cita-cita, minat dan hobi menjadi satu.



Hari ni merupakan hari pertama zyla masuk kelas law.. sem ni dan sem depan pun zyla akan didedahkan dengan dua jenis law.. iaitu Commercial Law dan Company Law.. as a accounting student i should be able to understand what is law... 

memang cita-cita zyla nak jadi lawyer sejak dari kecik lagi.. cikgu pun terkejut bila zyla cakap nak jadi peguam sebab langung tak ada sedikit pun minat yang zyla tunjukkan masa sekolah dulu berkaitan undang2 tu.. tapi bila dah besar ni zyla makin minat utk mendalami apa itu undang2.. sebab tu masa sekolah zyla mmg push diri zyla utk cuba faham apa itu sejarah sebelum zyla faham apa itu undang2... 

tapi bila dah masuk frm 4 lain pulak ceritanya... kat sekolah zyla hanya ada subjek Prinsip Perakaunan.. dan zyla jugak bukanlah seorang pelajar yang terlalu genius dlm mengira ni... agk kurang sikitlah.. tapi bila fikirkan balik... nanti nak masuk IPT nak ambik course apa?? nak masuk IPG memang tak minat, Nurse.. lagi zyla tak nak... so zyla try utk faham setiap prinsip perakaunan ni.. yang bestnya masa zyla frm 4 cikgu zyla asyik cuti bersalin je.. macam2 cikgu yang ajar zyla.. disebabkan tak nak masuk IPG dan Nurse zyla belajar juga akaun ni.. wlpn terpaksa belajar , faham dan kaji sendiri... Alhamdulillah hari ni apa yang zyla usahakan dulu berhasil jugak... 

tapi sejak semester dua.. oleh kerana beberapa tekanan yg membuatkan zyla tak tahu macam mana nak lepaskan zyla mula join blogger ni..dari situ.. zyla makin minat dan terus menjadi satu kemestian bagi zyla utk menulis apa saja yang terlintas di fikiran.. sama ada luahan, pendapat dan info2 yang zyla sendiri ingin tahu... 

inilah kehidupan zyla.... 
bercita-cita untuk menjadi seorang peguam dan boleh membela nasib orang lain sejak dari kecil lagi...


tetapi keadaan persekitaran menyebabkan zyla berusaha untuk memahami apa itu prinsip perakaunan ...



dan akhirnya kerana tidak mahu terbelenggu oleh masalah persekitaran, peribadi dan lain2.. zyla menjadi alternatif lain utk meluahkan masalah daripada mengambil jalan utk membuat sesuatu yang tidak berfaedah dan merosakkan diri.. zyla join blogger..



dan kini zyla bahagia dengan apa yang zyla lalui.. setiap tanggungjawab dan amanah itu zyla akan cuba utk laksanakan dengan sebaik mungkin... Insya Allah.. :")

No comments: