Thursday, July 14, 2011

sahabat

sahabat
jangan kau pandang aku dengan pandangan sayunya
jangan kau luahkan padaku 
kau tidak mampu lagi bertahan

jadikanlah hari-hari mendatangmu
dengan penuh keimanan dan keceriaan,
seimbangkan dirimu dengan warna yang asli.

sahabat..
tunjukkan kepada ku kesungguhanmu.
genggam erat tanganku tanda kau sudah bersemangat semula.

ingatlah aku yang sentiasa berada disini.
andai suatu hari nanti
ingatan aku bukanlah untuk mengenangmu
ingatkanlah aku kembali 
bersama memorimu.

persahabatan ini milik kita,
buatmu dan buatku
ikatan yang bermakna kita bawa hingga ke akhir.

tak kan sesaat aku 
aku biarkan persahabatan ini terabai
biar kita saling berjauhan
jangan kau kenang kisah yang lalu

sungguh aku amat rindu saat kau ketawa disisiku
aku rindu saat kau berkongsi cerita bersamaku
aku rindu saat kau ingin bertanya itu dan ini kepadaku.

tahukah kamu mengapa semua ni terjadi?
mengapa ini yang kita saling rasa?
mengapa ini akhirnya yang terjadi??

jawapan ada masa

 sanggup kah kamu untuk kehilangan semua ni??


4 comments:

Dhiya Fariza said...

nice :)

Fathin Fazila Razali said...

tq..:)

mohamad rafi said...

besh,,, besh,,,,

Fathin Fazila Razali said...

awak... saya buat simple je.. huh.. sekadar luahan perasaan je.. :")