Monday, December 31, 2012

saat,minit, jam, & tarikh.

assalammualaikum..

wah!!! Kuala Lumpur dah mula sesak, ramai yang balik awal sejak dari petang tadi. smpaikan zyla dan kawan sekerja pergi kat LHDN Pandan Jaya pun jammed jugak! semangat rakyat Malaysia nak sambut tahun baru kan?macam-macam azam yang zyla tengok kat fb, pergilah sedih datanglah gembira.. oky, zyla faham maksud tu.

tapi apapun, bagi zyla aka nama penuh Fathin Fazila binti Razali yang dah pun berusia 20 tahun genap tapi mulai esok jadi 21 tahun tak berapa nak genap, segalanya masih sama dan tak ada yang berubah. azam, cita-cita, impian semuanya masih yang sama dan bertambah baik. cuma, tahun ini kalau boleh zyla nak luangkan lebih banyak masa dengan mereka yang dah lama tak jumpa dengan zyla. tapi yang pastinya zyla nak jumpa dengan orang tua zyla, nenek dan atok zyla yang masih ada. dan untuk pengetahuan, sekarang ini pak cik zyla sedang tenat kerana penyakit barah, semoga Allah masih beri zyla kesempatan berjumpa dengannya.

sebelum lupa, untuk kali ke 2 , zyla sekali lagi mengubah nama blog ini kepada Kasihnya Sakura. wah! apakah maksud tersirat?

selama 20 tahun zyla hidup ini, dan sepanjang perjalanan kehidupan zyla yang penuh dengan warna warni, hujan, petir, kilat, salji, mendung, panas, zyla dah banyak jumpa dengan insan-insan yang banyak mengubah hidup zyla. zyla akui tak semua mereka kini kekal bersama zyla. ada kalanya hati ini diruntun pilu sebab zyla rasa bertuah berkenalan dengan mereka tapi apakah daya zyla untuk menghalang ketentuan Allah, dan perpisahan itu terjadi, tapi zyla  bersyukur walau perit mana pun rasa itu, zyla masih mampu untuk berdiri disini.




apapun teruskan tersenyum, semoga 2013 adalah lebih baik. amin.

Friday, December 21, 2012

hari jumaat!

assalammualaikum...


6.33 Petang, di audit firm.

Nadia: oi! cik akak! update blog?


sekaranh ni smua orang dah balik kerja dan tersenyum riang sebab dah boleh mula berehat dan bermalasan.. tapi.. tapi...tapi... sekarang ni zyla, Nadia dan hani selaku budak praktikal masih lagi ada kat office ni. apakah situasinya ini???

susah nak cakap.. nak luahkan apa pun tak tahu macam mana nak mula..

hmm..

kene marah dek boss?

mestilah..

nak buat macam mana. ni first projek audit kiteorang.. kenapa nak stay sebabnya hari isnin nanti tak moo kene marah lagi.. huhu.. al maklumlah bos pun dah tua.. cara dia dah lain skit.. kami yang muda ini kene bersabor ajelah.

hm.

letih??

badan dah jabis stamina dah ni..

nak joging pun malas.. nak ajak Ily, Kak Fara dan Ninie keluar lagi malas.. nantilah nak kene kukuhkan balik
stamina ni. baru bertenaga bila buat kerja kan2??

so jangan fikir zyla kene dera atau apa.. stay ni pun sbb dah bincang dengan nadia , habiskan kerja, isnin nanti boleh datang office dengan hati dan riang.. tapi dalam hati ni berharap sangat kerja audit yang kteorang buat kat office client tu disambung kembali.. tak laa zyla nak stay kat office ni sepanjang hari.. bolehlah balik awal.. hehe.. kalah.. nak sambung buat kerja.. tada! selamat berhari malas dan syukur alhamdullilalah buat sahabat zyla, ieja sebab dah mendirikan rumahtangga.. semoga berbahagia ke anak cucu.. jangan tanya zyla ea.. tunggu je entri tu datang... bye! ^_^

Thursday, December 20, 2012

belajar dan bekerja

assalammualaikum..

alhamdulilah syukur , hari ini merupakan hari kedua zyla berusia 20 tahun.. taaddddaa!! zyla dah 20 tahun.. huhu. zyla tak percaya dah ada angka 20 tahun.

tengok tajuk entri mesti ada yg dapat meneka zyla nak cakap pasal praktikal sekarang ini.

memang pun..

rasanya kan.. bila budak praktikal memang akan dilayan seperti dah 3 tahun ada pengalaman bekerja.

rasanya orang yang bekerja perlu tahu, faham dan prihatin.. kami yang praktikal ini hanya faham pada teori yang ada dalam buku tu je. bukan setiap hari kami praktikkan apa yang ada dalam buku. memang, semuanya akan kembali pada asas, tapi apa yang didedahkan kepada kami bukanlah realiti yang sebenar. jadi tanggungjawab anda yang bekerja dan memantau kami yang praktikal ni ialah.. bagilah panduan dan penerangan yang jelas sampai kami faham.. dan bila kene buat kerja terus mengikut contoh memanglah ada silapnya.. sbb tak sama tahun ini dan tahun lepas.

hm. sedih tu memang laa dah bertapa disudut hati zyla ni. ada 2 mahaguru yang nak kene ikut. satu jalan moden satu jalan lama.. rasa macam nak naik kapal terbang aje terus.. ikut jalan udara yang tak pernah ada pertukaran.

harap2 zyla dan kawan2 yang sedang praktikal sekarang ini bersabar ye. nak buat macam mana, mereka memang anggap kita ini dah lama pandai buat kerja tanpa mereka prihatin pada masalah kita takut kerja tu salah.

Tuesday, December 18, 2012

saya tengah buat apa?

assalammualaikum...

malam semalam rasa serba salah bila ada junior yang mesej tanya kenapa lama tak dengar khabar zyla. thnks adik sbb baca blog akak.. bukan akak sibuk sangat dengan praktikal, tapi bila kat office ini, menghadap kerja dan boss tak sempat akak nak tengok hp.

dan sekarang zyla tengah menjalani praktikal kat audit firm.

rasa apa?

rasa mcm orang bekerja lah..

best tak?

kalau kita usaha untuk jadikan benda yang bosan kepada sesuatu yang menarik. akan jadi menariklah,.
dan jugak tengok pada pergaulan kita dengan orang sekeliling.

lepas ni nak buat apa?

kawan cakap.. "KAHWIN"

oppss!! jangan dulu.. hehe.. sbb nya seru tak sampai lagi. dan belum terfikir lagi.. calon? bukan tak ada, yang datang sendiri pun ada. huhu. tapi maaflah EN COOL, saya tak ready lagi..

insya allah akan ada entri tentang tu kalau masih ada umur yang panjang dan rezeki..

kawan sekerja dah tanya nak buat apa.. hahaa.. zyla jawab "update blog".. haha.. bukanlah, sekarang nak buat financial report untuk client.. so balancekan semua report laa..

jap lupa nak cakap..

esok hari jadi saya.. jadi saya dah 20 tahun esok.. bye 19 tahun. kenangan yang indah dan pahit itu banyak mendewasakan saya dan buat sahabat yang terluka kerana saya, saya minta maaf dan awak tahu  itu usaha saya untuk pulihkan hubungan kita. bagi saya lebih baik kita katakan kebenaran dalam kesulitan yang menyebabkan hubungan kita rapuh. rahsia hati awak membuatkan saya faham, yang awak sayang adalah kekuatan awak. dan bila itu sudah menjadi milik awak, saya harap awak akan bahagia.saya masih ada disini untuk tetap kongsi susah senang dengan awak. 

hmm.. kawan sekerja dah mengira hari bilalah dia nak habis praktikal. tapi zyla? lambat sangat lagi. dan dalam tempoh itu berharap zyla tak hilang fokus.. bukan senang nak dapat peluang ini.
tada..



Saturday, December 01, 2012

semua akan rasa yang sama.

assalammualaikum..

dengan keadaan sejuk diluar dan didalam bilik sehingga menyebabkan zyla kene pakai sweater dan stoking sebab tak  tahan sangat, ditambah lagi dengan kepala yang semakin kuat berdenyut-denyut menjadikan zyla tak selesa.. memang tak selesa..

seperti entri yang lepas zyla cerita pasal persediaan untuk intership.. dan sekarang ada satu lagi kesulitan yang harus zyla atasi dan bijak untuk mengatur perjalanan ke tempat praktikal. macam mana tu?? esok kalau dah sihat dengan baik, baru zyla meredah Kuala Lumpur yang sesak ini. hurm. nak tak nak, inilah yang harus zyla lalui. sabar ajelah.

tadi masa melayan Facebook, banyak kawan yang pening sebab ada yang nak dekat Final, ada yang baru masuk semester dan tak kurang jugak yang kebosanan sebab tengah bercuti.

bagi yang tengah study tu memang kalau dah dekat nak final, bersiap sedialah kekuatan mental dan fizikal korang. tidur tak akan cukup punya, bukan setakat stress nak habiskan topik, nak buat presentation lagi, lagi pening kalau group. mahunya tak moha.. lepas tu ada lecturer nak buat quiz la, test laa..semua tu nak tinggikan carry mark.. alhamdulillah semua itu telah selamat zyla harungi. tak ada lagi untuk semester depan.

tapi lain pula cabaran masa nak uruskan praktikal ini. zyla pun tak pasti macam mana situasi kalau aplikasikan nota kepada praktikal.. cuba berharap zyla cepat belajar dan pihak di sana sudi untuk bersabar.. hehehe.

kenapa takut semua akan rasa yang sama.. sebabnya selagi kita ini pelajar semua kesulitan itu akan datang dan ada. tapi ambil sebagai cabaran dan bentuk kekuatan diri supaya kita boleh atasi semua masalah dengan  baik dan tak memudaratkan diri, pelajaran dan keadaan sekeliling..

bak kata pakar motivasi..

" kalau anda stress elakkan untuk melayan Fb sebabnya anda akan menjadi lebih stress apabila melihat status sahabat anda yang lain."

sebab tu zyla memilih blog.. banyak benda bermanfaat zyla baca setiap hari.. cuma kalau tergerak hati je baru zyla buka Fb dan kalau ada idea yang baik baru zyla buat entri baru.

manusia ini perlu sentiasa sedar, tak semuanya indah kat atas muka bumi ini. kalau nak masuk syurga buatlah pahala. sekarang ini, tanya kat hati je. jangan banyak merungut, sebb orang yang merungut itu selalu rugi. 


Sunday, November 25, 2012

persediaan intership.

assalammualaikum...

agak lama jugak zyla tak update blog.. sebabnya masa study week hari tu sehinggalah ke final lappy zyla tinggalkan kat tempat lain.. sebabnya nak menghalang dari tangan ni gatal sangat nak baca blog dari baca nota..

apapun sekarang ni, zyla dah selesaikan 5 semester di kolej, selepas ni tak ada lagi nak pening pasal jadual kelas, lecturer, kawan-kawan, assgmnt, presentation, test, quiz, final ,event, aktiviti lain  tak ada lagi..

tapi, langkah seterusnya yang bakal menamatkan plan B zyla ni.. Plan A apa???? SPM laa.. sempurnakan SPM dan melayakkan diri zyla untuk ambik course yang zyla minat.. dah tercapai.. oky sambung balik.. sekarang ni nak kene jalani intership pulak.. alhamdulillah setelah dah banyak hantar resume kat audit firm, zyla dan sahabat Atikah diterima kat satu audit firm kat Kl.. ISNIN ini ( esok) nak confrm balik yang kitaorang betul2 confrm.

mestilah rasa best.. tapi bagi yang tak pernah kerja ini akan menjadi kejanggalan .. sebabnya kita nak pergi kerja tak sama macam mana kita nak pergi sekolah, kolej and dating.

tapi zyla bersyukur sangat sebab zyla ada pengalaman kerja kat Kl ni.. kiranya serba sedikit tu zyla yakin dengan diri sendiri untuk uruskan diri, masa dan mental dengan keadaan kat sini. 

cari rumah, pastikan transportation, pakaian yang sesuai untuk ke tempat kerja dan ilmu tentang akaun, itu semua serba sedikit perlu lengkap dan sempurna.

untuk para adik-adik yang membaca, masa kat sekolah jangan nakal sangat ye, jadi orang yang berdisplin dan tahu macam mana nak hormat cikgu.. itulah langkah pertama untuk nilai diri kita ini pada masa hadapan. kalau sejak sekolah lagi kita ini berdisplin, tahu hormat orang dan pandai bawa diri, sikap dan tabiat tu akan terbawa-bawa sehingga kita besar. dan bila dah belajar ini, kita akan praktikan dan itulah inti yang penting dalam diri kita.

nak minta kerja bukan senang ye.. nak tulis resume untuk pastikan kita ini layak tu yang payah.. ada tu, tak ada yang ini, tak ada yang tu... kalau banyak kosong tu, seakan-akan menunjukkan yang kita ini, tak proaktif untuk capai cita-cita.

zyla sendiri bukanlah pelajar yang perfect.. tapi apa yang zyla pastikan sentiasa perbaiki diri. tipulah kalau tak "terkecewa" semasa belajar dulu ( ehem.. mcm dh bertahun pulak hbs belajar).. tapi nasib baik ada ibu ayah, kawan2 yang selalu suntikan semangat kat zyla.. and most thnk you to Kak Fara dan Gong Chan, ieyla n mmd..sebab diorang ni tak pernah jemu nasihatkan zyla untuk terus bersemangat.. akhirnya hari ini tak ada apa yang tersadai atau tergendala.

dalam merangkan persediaan ini, barulah zyla sedar  perlunya kekuatan mental yang kukuh kalau kita betul-betul nak melangkah jauh dan kejar cita-cita. sebabnya tipulah kalau tak ada masalah yang menganggukan. kadang-kadang sebab benda kecik pun kita rasa nak give up dah. haaa.. masalah yang paling membantu menyumbangkan kta give up ialah putus cinta?? tak percaya?? cubalah kalau berani.. hohoho. sebb tu orang tua-tua kita pesan kalau belajar jangan gatal nak bercinta, tapi kita gatal.. nak jugak.. but its oky, as long as u can handle urself.. 

^_^. apapun, dalam mengenal dunia dewasa ni setiap langkah kita tu kene bagitau dan minta pandangan mak ayah... sb diorang kan lebih makan garam dari kita.. jangan ikutkan sangat kawan, jadi diir sendiri, percaya dan yakin dengan diri, jangan lupa solat, !! wah! itu nasihat senior zyla sebelum zyla sambung study 2 tahun yang lepas.. sekarang zyla dah nak habis belajar. kalaulah dia ada, mesti dia gembira dan senyum tengok zyla.,. senior, i miss u so much, tak pernah lupa pesanan , nasihat dan ajaranmu walau sesaat. rasa bersyukur sangat dapat jumpa dengan awak, walau masa kita singkat. bak kata awak, tak ada di mata, tapi dekat sangat dihati. kalaulah saya boleh tunjukkan dekat semua orang, inilah dia insan yang bermakna dalam hidup saya.


yakin diri !
 

Saturday, November 24, 2012

cari.



hmmm...


"mencari ketenagan di hati"

saya doakan pengorbanan awak akan berbaloi,
saya tahu awak dah cuba untuk jadi sebaik yang mungkin,
doa saya supaya hati awak tidak rapuh,
sebagaimana awak jadi tulang belakang saya paling kuat,
dan membentuk diri saya menjadi seseorang yang lebih baik,
saya tahu awak tabah dan sabar lebih dari itu,
 
-kenangan yang tak mungkin saya lupa-
dan bukan senang nak cari sahabat mcam awak,

Thursday, November 01, 2012

Suara hatiku

assalammualaikum...

ternanti-nanti saat untuk menghabiskan semester 5 ini, banyak dah perkara yang zyla lalui.
ada kalanya "putus asa" itu menyapa zyla
tapi hati sentiasa kuat memberi sokongan
semuanya akan berakhir dengan baik nanti

sahabat sering tertanya-tanya
bahagia nya hidup zyla
selalu ada idea untuk membuatkan  mereka gelak ketawa saban waktu
tapi ketahuilah wahai rakanku

hati ini bagaikan rapuh ditiik masa

dalam mengejar cita-cita
zyla pasrah pada erti pengorbanan

dalam memperbaiki diri
zyla redha pda keburukan

dalam menanti kemaafan
zyla doakan rindu pada sahabat itu akan terus berkekalan.

Ya Allah,
hanya engkau sahaja yang mengetahui akan rasa hati ini,
sungguh besar ujian MU buat aku saat ini
kau titipkanlah kesabaran dalam hati ku ini,
Kau jagalah hatiku agar ianya tidak rapuh dan jatuh.

Sungguh aku tahu Ujian ini adalah tanda sayangMU.
berikanlah aku waktu walau hanya sementara untuk
melihat pelangi yang aku rindui
Sesungguhnya Hidup dan matiku adalah keranaMU
YA ALLAH..

Wednesday, October 24, 2012

korban hati?

assalammualaikum..

sekarang ni zyla dah mula cuti. untuk study week.

korban hati?

semua orang buat perkara tu. tak kisah laa kalau dia baik ke buruk. tapi bukan semua ada baik dan buruk dia tersendiri ke? kan kita tahu semua manusia memang tak sempurna. macam yang korang selalu kata kalau  buat silap. "NOBODY IS PERFECT " kan?

dalam family, berkawan atau bercinta pun semua akan  berkorban hati. tak semestinya kalau kita berkorban maknanya kita baik dan kawan tu jahat. kadang kala semua ni terjadi ada hikmahnya. mungkin apa yang kita miliki itu bukan untuk kita tapi untuk sahabat, jadi berkorban laa.

memang laa sakit. ye zyla faham! zyla pun sama jugak. tapi cuba fikir lagi dan lagi. bila kita beri sedikit kebahagian itu kepada sahabat, hati ini sebenarnya sedang berbahagia. tak percaya? sebab korang ego dan tak leh terima hakikat.,

siapa cakap zyla tak pernah ego dan terima hakikat.,ya itu diri yang dulu dan sekarang ini cuba untuk terima hakikat., selagi namanya manusia itu dia akan lakukan kesilapan berpanjangan. sebab apa dia buat salah? itulah proses kehidupan manusia.

kan kita juga tahu dan faham, seorang bayi itu lahir bersama sebuah buku putih kosong yang dia akan corakkannya sendiri. so ingat laa bahawa setiap manusia itu sedang mencorak kehidupannya.

zyla tengah nak muhasabah diri laa ni. diri yang banyak buat dosa, yang banyak lukakan hati orang, yang banyak juga membuatkan orang bahagia sedangkan hati sendiri luka..

kenapa? sebb bagi zyla.. cukup selagi Ibu ayah, adik2, para guru dan Allah SWT sayangkan zyla. sebab DIA diatas sana masih sayangkan zyla laa zyla masih hidup lagi ini. kalau dah tiba masanya DIA nak ambik itu bermaksud tamat laa buku kehidupan zyla. 

apa yang kita jangkakan dalam kehidupan ini semuanya memang jarang nak menjadi. tapi kita kene percaya dan ikhlas dengan diri sendiri dan hanya dengan cara tu je dapat sembuhkan hati yang luka.

kecewa itu pasti wahai para pembaca sebbnya Allah nak DIA dekati kita. itu sahaja.

Monday, October 22, 2012

lepas tu.

assalammualaikum

walaupun sekarang sibuk menaip report, zyla tetap nak update blog.

sedih.

siapa cakap zyla tak sedih?

sekarang masa untuk berpisah dah makin menghampiri.

bukan tak pernah berpisah dengan kawan-kawan.

pernah.

masa zyla tukar sekolah dari Kuching ke Sarikei,

masa tu payah sangat nak pindah.

sebab tu pergi senyap-senyap

lepas tu ada kawan yang tanya mana zyla?? zyla ada. selalu ada dalam hati korang.

mas tiba kat Sarikei,

zyla selalu ingat kat Azilah.

selalunya dia yang ada dengan zyla. tak kisah laa zyla buat apa pun!

lepas tu,

zyla  mula rapat dengan farah, Afiqah, fifi n Aziemah.

lepas tu..

habis SPM semua bawa haluan masing-masing.

tapi ingat lagi masa jumpa Azilah masa pesta Nanas 2008, rasa tak nak suruh dia balik aje! tapi hari ni, persahabatan tu ada dalam hati zyla je.

masih segar juga kat ingatan bila zyla pergi sekolah sebab nak sain dari Pengetua, jumpa Afiqah dan dia peluk zyla erat2.. " kmk rindu ktk!".. bersama dengan air mata. zyla terharu.

lepas tu.. zyla terbang ke Bangi.  semenanjung ni .. jauh giler.. 

 zyla jumpa dengan kakak2 zyla yang betul2 anggap, jaga n didik zyla dengan baik.
kak Piqah, Kak Rien, Kak Jia, Kak Yana, Kak Ida,
tapi hanya setahun je dapat duduk dengan diorang,
semester yang seterusnya,
pihak asrama dah tak bagi duduk asrama lagi,
bukan pasal mereka yang mereka sibuk fikrkan
tapi zyla!
terharu sangat.
kalau tak sebab diorang zyla mesti masih duduk menyewa kat luar.
ingat lagi kak piqa cakap.
" adik, ada tertinggal apa2 tak? ingat tau, ni last kita jumpa"

hmm.. zyla senyum je walaupun rasa nak nangis. sebabnya biasa sebelum pergi kelas zyla salam tangan mereka dulu. tapi sekarang tak ada lagi..

ingat lagi, masa rumah terbuka diorang,
zyla bukan terasa sebab diorang tak layan,
tapi sebab zyla rindu DIORANG SANGAT!!!!!!!
saya nangis puas2..
sampai lembam mata ni.

lepas tu zyla teruskan hidup macam biasa..

hari-hari zyla kosong tanpa gelak tawa senior2 zyla
hmm.
tapi syukur sebab masih ada peluang jumpa mereka lagi.

TAPI...
ada satu lagi kejutan untuk zyla
bila salah seorang  dari abg senior zyla,
meninggal dunia.
macam tak percaya aje.
baru 2 minggu tu dia sapa zyla
" balik naik apa zyla?"
abg Amir. semoga arwah tenang di alam sana.
arwah baik dgn zyla
dan takkan lupa jasa dia
pernah hantar pergi klinik dulu. 

tapi.. ada lagi zyla tak sempat jumpa.

ibu yang mengajar zyla mengaji.
zyla ingat nak pergi Miri, nak jumpa dia
tapi JUN yang lalu baru jejak Miri,
hmm..
 sebab dia dah meninggal..
zyla tahu pun 7 bulan selepas dia meninggal.
hati zyla..
macam nak retak aje.
sebb mak cakap
sebelum meninggal arwah
dia cari zyla dan adik-adik.

lepas tu dapat jumpa Fifi, dia pun tak sangka dapat jumpa zyla jugak akhirnya.

hmm.

sekarang ni bakal berpisah dengan kak Fara, Kak Husna, Kak Zai, Nini, Ily, Didi, Zura, Ina, Wawa, Nad, Ain, Kak Linda, Dayah, Ila dan banyak lagi laa..

hati macama mana?

tengah tahan supaya tak nangis laa ni.



Saturday, October 20, 2012

kene jaga

assalammualaikum...

pagi sabtu kembali lagi.

tapi pagi-pagi ini bukan nak cakap pasal apa nak buat. dah tak ada dah tugasan untuk kelas seterusnya. alhamdulillah semua dah berakhir.

semalam agak banyak drama dan movie yang zyla download. al maklum laa dah reti nak download sendiri, walaupun pada mulanya memang ada effect kat lappy sebab nak download software utk download movie tu agak berat dan pelbagai. dan sekarang dah jumpa dah software yang sesuai untuk movie.


guna FREE STUDIO ni memang best,
sebab bukan sahaja boleh download, upload dengan cepat dan senang terutamanya kat FB, 
nak convert movie untuk pelbagai versi HP,
nak buat setiap video jadi picture balik, i mean storyboard,
nak buat 3D pun boleh.. memang puas ,
yang penting
memang cepat nak download movie.



disebabkan zyla pul selalu kene gangguan Lappy ni, bukan gangguan jin laa. sekarang dah lebih berhati-hati. dulu tak peka sangat tapi sejak lappy baru kene jaga baik-baik la.. habis download zyla scan dan shoutdown lappy. kasi rehat. sebab esoknya sure zyla akan guna untuk sepanjang hari. 

gadget-gadget ini terpulang dengan diri kita untuk menjaga. kalau nak tahan lama kene jaga secara konsisten, kalau tak.. sekejap jelah gadget tu. terutamanya Lappy dan HP.. paling penting untuk semua orang. 


dulu memang agak malas nak scan ni semua
tapi disebabkan zyla tak nak ada apa2 masalah lagi
kene rajin dah sekarang.
kene sayang beb
duit mak ayah ni..




Friday, October 19, 2012

sebelum akhir

assalammualaikum..


minggu ini merupakan hari terakhir zyal untuk semester 5.. belum dengan final lagi. genap umur zyla 19 tahun 10 bulan, alhamdulillah, zyla berjaya habiskan semua kelas dari semester 1 sampai 5. tak sangka dan sedih jugak laa..

tapi sebelum nak grad tahun depan.. terlalu banyak benda zyla kene settle. mula-mula ada 2 report perlu submit by next week, myb akan join event kat GMI (3 hari sblm final), uruskan tempat praktikal, kediaman, transport dan sebagainya.. nampak mudah tapi its hard for me to settle down by myself. 

disebabkan oleh itulah... zyla semakin mahu mendiamkan diri sahaja. for my Umi Zulaikha Zaidi, im still here ur u dear, just keep contact me if u need. im will not leave u alone. masa berpisah dengan kawan2 dah menghampiri dan zyla tak kuat lagi untuk itu. 

sebelum akhir nya dengan kemanisan , zyla perlu lalui kepayahan dan kesulitan ini.


dan ini sahaja yang menjadi sajian untuk memberikan tenaga yang cukup bagi zyla. 



Thursday, October 18, 2012

jarang dah sakit kepala

assalammualaikum...


tengah fokus buat kerja mengira taxation, zyla perasan sesuatu tentang diri zyla. agak lama jugak , zyla tak kene sakit kepala lagi. ^_^.. yap!! langsung tak ada lagi dah. kalau dulu, kene panas terik sikit zyla dah rasa nak pitam dah. dan diatas ialah rekod lama. bila submit masuk sana tak tahu dan bukannya baru sekali! 

alhamdulillah.. lega daaa.. sebabnya masa selalu kene serang dengan sakit kepala ni zyla tak boleh nak fokus dengan study dan aktif sangat.. haa'aa laaa! kan semester zyla busy dengan aktiviti! alhamdulillah.. sepanjang buat aktiviti langsung tak ada rasa sakit kepala.

^___^.. sekrang dah tak ada apa yang nak dirisaukan. 

Wednesday, October 17, 2012

2 hari lagi.

assalammualaikum..

waaa!!!!! sekarang ni zyla tengah melalui masa2 yang agak singkat dan terlalu padat...
tapi macam -macam jugak kejadian yang indah-indah berlaku dalam minggu ini. sungguh indah dan bermakna!! apa dia??

pertama, senior-senior zyla.. kak piqa, kak rien, kak yana, kak ida, n kak fara dah convo!! wow! macam tak percaya sabtu lepas zyla jumpa dengan kak piqa.. ^_^. alhamdulillah, sebabnya zyla sendiri yang melihat mereka bertungkus lumus dan bertahan untuk sampai ke tahap ni. dan sekarang zyla pulak yang odw ke situ!

dan minggu ni jugak adalah minggu terakhir semester 5 buat zyla..dan semester depan zyla tak akan nak update pasal g kelas, assignment , tak cukup masa dan segala berkaitan dengan kolej lagi sebab dah masuk musim praktikal. sekarang ni masih belum tahu kat mana nak praktikal .,. sebabnya dah kene tolak beberapa syarikat.. bukan tak cukup syarat, tapi dah penuh daa..

dan yang lebih mengembirakan hati yang kecil ini ialah.. mentor zyla, telah pun selamat melahirkan anak perempuan.. waaaa!!!! tak terucap dek kata2 sebabnya hati zyla kuat mengatakan anak dia mesti gurl lah!! okylah kalau ank tengah2 tu perempuan, ada abg nak jaga dia nanti.


inilah teman seperjuangan zyla!
kenal dari semester 3 dan sekarang sama2 bekerja keras untuk tamatkan pengajian ini dengan hematnya!


tahniah !!!
buat mereka yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya
doakan zyla pulak lepas ni ye!
^_^


* walaupun dalam kepala ni banyak benda nak fikir sebab dah nak final dan praktikal. zyla perlu lebih bijak uruskan masa dan emosi. tak nak ada apa2 perkara lain yang menganggu selain dari masalah praktikal. fokus zyla sehinggalah habis nanti dan sehingga grad.. hanya untuk pengajian ini. sebb tulah zyla tak ada minat atau perkara lain yang boleh menganggu diri dan kehidupan zyla. 




Tuesday, October 16, 2012

teori dan praktikal

assalammualaikum.

sekarang ni pukul 2.29 am .. pagi lagi tau. tak tidur? dah tidur tadi tapi lapar so bangun laa. then sekarang masa untuk update blog. 

aktiviti semalam.. (15 oktober 2012), zyla dan 10 orang sahabat serta seorang lecturer ( Audit) , kteorang g buat lawatan ke salah sebuah audit firm kat sentul. Salihin Consultant. pernha dengar?? 
dan nak dijadikan cerita zyla n Ika pernah nak hantar resume untuk praktikal kat situ tapi tak hantar2 pun. tak tau nape.. 

TAPI!!! ofiss n suasana kat Salihin  office ni memang syok giler. kalau offis kita tengok orang buat kerja macam stress je kan? lagi-lagi audit ini tapi pekerja dia, semua semboi dan sporting.

bukan pasal audit firm yang zyla nak cerita. tapi kaitan teori dan praktikal. semua orang yang study tu memang akan jadi zero bila masuk praktikal kan?? macam tak tahu apa benda yang perlu dibuat dan nervous mana tau kang salah. kalau dah kerja mana ada jawapan.. kan?

tulh maksud zyla.. sebelum kita ni grad.. tak kisahlah  dalam bidang apa sekalipun, kita perlu ada pendedahan yang jelas tentang skop sebenar bidang yang kita ambik. supaya kita akn lebih menyiapkan diri kita bila masuk praktikal dan bekerja. 

sebab banyak orang cakap apa yang kita belajar ni tak sama langsung dengan kerja kita nanti. so zyla pun terfikir-fikir laa jugak kan.. betul ke benda ni?? so selama bertahun ni zyla dok kira akaun, buat akaun tu.. benda tu tak sama dengan praktikal nanti. SALAH. kalau bidang audit yes, cuma lari sikit jelah. tapi tak apa, dah kerja. benda kita boleh belajar. 

SEBAB DISURUH PHOTOSTAT:

dan masa Q&A session, banyak laa soalan yang kitaorang tanya dan ada satu jawapan untuk soalan yang mana zyla tak pasti sebab masatu syok sangat kan dengar diorang dok cakap. abg manager tu cakap: " memang kitaorang yang baru masuk untuk bekerja atau praktikal akan kene suruh photostat atau susun fail dan buat benda2 yang simpel, ini adalah untuk kenalkan kepada pekerja baru segala dokumen yang berkaitan dan macam mana nak uruskan fail"
betul jugak.. sebab kalau kita tak ada pengalaman langsung so apa yang kita jangka dengan skop kerja dan tugas kita. jadi bila ada pendedahan macam ni, kteorang tak laa macam rasa *tak berbaloi kalau kerja photostat je.. *. bila nanti kene suruh photostat kertas, jangan laa kita melenting sebab sedar laa diri masih baru lagi. anggap itu sebagai sesi belajar kita.

pendedahan macam ni memang terbaik. sekarang ni pun zyla dah nampak sedikit bayangan macam mana skop kerja dalam bidang akaun ni. yelah asyik selalu struggle untuk exam aje tapi kalau  praktikal hampeh.. berbaloi ka itu?

jadi zyla syorkan kepada yang minat dalam sesuatu bidang tu. kita kene buat lawatan atau mendekati dengan lebih jelas lagi skop kerja bidang kita tu.. contohnya buat kerja part time masa cuti semester. kerja ni lain dari belajar. kerja ada booss yang bagi gaji, kang kerja tak betul, habis kene berhenti.!

memang banyak benda kene buat sebagai persediaan untuk praktikal nanti. so just tunggu new update dari zyla tentang kerja ni. 



so!
relax kan diri
banyak kan mengkaji sebelum buat sesuatu tu.
dan bersedia untuk kemungkinan! 

menjamu selera dengan cara korparat.
pengalaman yang berharga. 

 

Monday, October 15, 2012

wajah kita

assalammualaikum...

tengah hari ini zyla akan ke sebuah audit firm yang terkemuka kat ibu kota... pewiittt!! ayat macam dalam novel.. *berkerja disalah sebuah syarikat terkemuka di ibu kota.. zyla yang comel itu...
dah2.. gurau je,,

tapi semalam sumpah penat. kepala pun masih pening-pening lalat sikit ni, so hari ini akan kurang bercakap.. al maklum laa tak selesa pun sebenarnya.

tapi bukan pasal pening kepala yang zyla nak cerita. semalam al kisahnya macam ni.. zyla rasa muka zyla agak gatal-gatal sikit.. so zyla pun pegang laa muka zylaa.. GLUPPPSS!!! ada cerewat laa.. huhu... terus tepek bedak sejuk kat muka.. hahaha.. bukan apa, jerawat ni kotor kan, so kene bersihkan serta merta!

dulu masa sekolah , masa teruk masa tingkatan 4 , muka zyla agak teruk dengan jerawat,. nak tengok pun tak selera agaknya. then, mak ayah zyla galakkan guna bedak sejuk yang mak zyla sendiri buat.. setiap hari pakai, sampai adik zyla naik rimas tengok dok pakai bedak sejuk aje.. nak buat macam mana, kang orang jadi tak selesa tengok muka kita. dan sekarang... dah oky sangat dah... ^_^.

muka ni kita kene jaga.,. memang laa orang cakap kalau hati bersih muka pun bersih tapi tak laa bermakna kita tak payah cuci atau jaga muka. dan mekap yang paling mujarab ialah wuduk.

lagi satu, zyla ni tak bermekap so kedut2 dan muka tak original tu belum ada lagi.. ni masi natural sebab guna bedak asas dan bedak muka johnsons je.

so kawan2 semua ingat tau.,. muka kene jaga. bukan dengan cuci je, kene steam dengan air panas bagi daki2 kat muka ni bersih, letak bedak sejuk ke mask ke untuk pembersihan yang lebih asli.


dan kalau korang nak buat bedak sejuk sendiri pun boleh.

BEDAK SEJUK SAKURA:

1. bahan-bahannya.

  • beras ( rendam satu malam)
  • kunyit( hiris sikit aje tau)
  • daun limau atau limau nipis tu.
macam mana nak buat??

mula2 korang rendam kan semua bahan kecuali limau laa. kalau guna limau nipis.. lepas tu korang tumbuk semua bahan dalam lesung batu.. haaa!!! part ni yang mencabar ni.. nak cantik tak???kalau nak kene buat.. sampai halus kan.. mesti tertanya-tanya kenapa nak guna kunyit kan? mak zyla kata, kuntiy ni untuk naikkan seri wajah, beras untuk sejukkan muka dan limau untuk membersihkan wajah. lepas tu, kalau yang guna limau nipis perah limau nipis dalam bahan2 yang korang dah tumbuk tadi dan jemur..



apa ni??
ni saki baki bedak sejuk zyla..
haaa!!!
dah habis laaa..

bila pakai bedak sejuk ni hasil dia lambat sikit, tapi kesannya kekal. payah laa lepas tu kalau jerawat nak tumbuh balik.. dan muka akan rasa segar yang memang tak terkata!
 


Sunday, October 14, 2012

sahabat

assalammualaikum.... 


riang nya rasa hati !

akhirnya dapat jugak bercakap dengan sahabat baik!
walaupun dah jumpa hari tu,
tapi kene jugak selalu kontek dia,
insan penting tu.
yap!
walaupun hanya sahabat
tapi dia amat penting. 

asal balik je
wajib jumpa dia dulu.
wajib!

sampai kalau tak jumpa,
mak akan tanya kenapa tak jumpa dia.
mak pun suka kteorang jadi sahabat.
^_^

cuma ada satu masalah.
CELCOM tak kasi kteorang selalu kontek
asal hantar mesej kat dia, 
esok laa dia dapat.

tapi syukur sebab dia ada 2 num
selamat!
kalau ada apa2 boleh terus kontek dia!
in the sport!.

sebab dialah sahabat zyla. 


hiburan dan ilmu

assalammualaikum..

tadi bila dok syok tengok vlogging by Mantol Pecah, Maria Elene, Anwar Hadi dan semestinya Mat Lutfi, kawan zyla tertanya-tanya macam mana diorang ni boleh jadi famous. sampai masuk tv, majalah dan dikenali ramai. bak kata Mat Lutfi, mereka buka Artis, tapi mereka Selebriti.. bukan mudah nak jadi famous macam mereka. walaupun kita tengok vidoe yang diorang buat macam sempoi dan kita sendiri pun boleh buat tapi sebenarnya tak semudah yang disangka. contohnya dalam perlakuan terutamanya mereka tetap perlu menjaga adab sopan supaya tak dikritik hebat. 
sebabnya kalau video ni , apa sahaja yang bakal disampaikan akan menjadi lebih nyata dan orang mudah tangkap maksud yang mereka nak sampaikan. walaupun kebanyakkan video mereka just for fun, tapi kalau silap langkah ada jugak yang terasa kan?? so bila zyla menilai setiap video dan isi mereka, zyla respect and terasa malunya dengan diri sendiri sebab walaupun dah 2 tahun jadi blogger tapi blog masih belum cukup bagus untuk pembaca. its oky, dalam level tingkatkan diri sendiri. 

kalau blogging pulak, kita boleh ambil pengalaman abg Ben.. pun payah jugak pada mulanya dia nak naik. tapi lama kelamaan alhamdulillah, dia akhirnya berjaya menempah nama dalam dunia blogging ni dan blog telah jadi pendapatan beliau. rezeki dari Allah SWT, lahir je Qhaliff makin banyak rezeki abg Ben. so maksudnya, kalau nak blogging, berblog laa cara baik. guna bahasa yang sopan, entri yang seronok orang baca dan menulis dari hati. jangan hipokrip. just be urself. sebab orang boleh rasa apa kita nak sampaikan betul tak?

dalam berblog ni macam2 yang boleh jadi. yang hanya cerita pasal baby, kahwin, ubat dan diari sendiri pun boleh famous. bila dah banyak orang kenal kita jadi, kita pun kenelah lebih mantap dalam menulis. sebabnya kalau merapu aje, kang ada pulak yang tak suka dengan blog dan sebarkan jangan baca blog kita. tak kan sedih macam tu. 

boleh cakap pasal kehidupan seharian. macam zyla. blog ni sebagai diari zyla untuk tantapan sahabat yang jauh disana . zyla tahu mereka baca sakuraputeri ni. sebab tu rajin menulis. jarang jumap zyla tapi slalu tahu pasal zyla. kan awak kan???

orang baca blog, tengok video kat youtube untuk berhibur dan dapatkan idea n ilmu.. so kita yang terjebak dalam dunia blogging n vlogging ni perlulalh tunjukkan attitude yang baik. supaya masyarakat kita akan menjadi baik. 

simple. 




sekarang dah ada bakat melukis dah! 
hasil belajar dari blogger2 yang lain. 






Saturday, October 13, 2012

perwatakan zyla!

assalammualaikum..

sedang bahagia mengusik kawan-kawan kat Facebook, ada sahabat yang dah boleh bayangkan rupa zyla dengan komen zyla kat diorang. al maklum laa zyla ni remaja riang sikit. 

nak buat macam mana. apa yang zyla tulis lahir dari hati yang sedang sembuh ini. bak kata orang, yang selalu gembirakan hati orang sebenarnya hati sendri yang sakit.. huhu

tapi tak.. tapi tak apa.. asalkan zyla masih ditahap normal itu sudah cukup. ^_^.

rasa gembiranya dalam hati bila ada sahabat suka baca blog ni untuk hilangkan stress dia. part mana yang dia suka zyla tak tau laa.. 

macam orang lain ada yang diam, serius dan tak pandai buat lawak langsung. bagi zyla, tak salah kalau nak gelak kan. ketawa itukan ubat nya sedih.. ketawa sedikit tak apa, asal masih sedar diri. kan?

tu je nak cakap. ^_^

diri yang sebenarnya.

asslammualaikum..

hey! inilah jadinya kalau dok menghadap lappy ni ha. kang ada jugak kerja yang siap ditengah jalan. kejap lagi sah2 terkontang kanting. 

disebabkan sorang-sorang dalam bilik, ( toiletmate sibuk kat bilik dia),banyak benda yang zyla baca hari ini. 

zyla agak kecewa sebab sekarang ni makin ramai yang ikut dan ubah perwatakan mereka menjadi tomboy. orang kata, dunia dah akhir zaman. :(.

zyla pun tak laa ayu sangat, lasak laa jugak. tapi masih sedar diri ini seorang wanita, bakal seorang isteri dan ibu. memang akan ada yang cakap jadi tomboy bersebab. kalau bersebab, zyla pun mungkin ada sbab kalau berubah. kecewa kerana cinta manusia? zyla pernah. kecewa yang teramat. tapi satu apapun tak berubah pada diri zyla. cuma tak yakin pada diri sendiri je. 

ada jugak yang bagitau, nak lindungi diri. ye ke? ada belajar seni pertahankan diri? sampai tali pinggang warna apa? kebal dah diri tu?

bagi zyla tak ada sebab yang munasabah dan boleh diterima akal untuk yang nak berubah jadi lelaki. 
ada jugak sebab peluang kerja.

tapi sedar tak, jadi lelakinya payah dan tanggungjawabnya besar?

kita perempuan nilah paling banyak menyumbangkan dosa kepada kaum Adam, kita yang tak pakai tudung, kaum Adam yang tanggung dosa, isteri yang tak taat Allah , suami jugak yang masuk neraka. 

cubala fikir dan muhasabah diri.kenapa Allah SWT jadikan kita perempuan? ada sbabnya. tak elok kalau menukar atau menyerupai lelaki. nanti Allah murka. 


hari sabtu

assalammualaikum...

hari subtu sudah tiba.. masa untuk manaengemas bilik!! Hoorraaayyy!!!
 kalau hari sabtu selalu macam ni. bangun pagi sabtu konfrm kene buka lappy dulu.dengar lagu, facebooking, blog and kemudian tengok movie..

kalau malam sabtu, mesti akan malas sedikit.. macam semalam.. mentang-mentang laa hujan, zyla terus bantai tidur! nak tebus tak cukup rehat minggu ni.. tapi Insya Allah hari ni akan bekerja keras untuk selesaikan semuanya.,

mula-mula zyla kene pergi cari sarapan pagi.. waduh2.. tapi selalunya dapat roti aje.. tapi asalkan ada susu.. selamat sudah perut zyla.. 

lepas tu barulah nak kemas, sapu, lap, mop, basuh baju dan senaraikan apa sahaja yang zyla perlu siapkan hari ini.. drama adam hawa episode terbaru selamat zyla dowloand dengan jayanya.. so lepas ni masa nak mengemas sorang-sorang sebab rumate balik, ada laa jugak riuhnya bilik ni.. 

cuaca kat bangi pagi ni tak berapa cantik, mendung berarak mengikut kalbu..tapi hati zyla tak macam tu hari ni.. kene semangat sebab nak exam dah! selesaikan semua assgment n report, then baru boleh bernafas dengan leganya.

memangkan jadual zyla agak padat dan dijangka tak akan ada masa minggu depan, sebabnya hari isnin ada lawatan ke audit firm dan quiz untuk taxation, selasa ada test 2 audit, rabu quiz kalau tak silap, khamis insya allah free skit, tapi jumaat zyla ada test account theory and practice dan jugak mybe presentation terbesar untuk project kteorang dan jumaat jugak kene hantar assigment group untuk taxation.. wallewey!! amacam.. ada bran??? jadual yang agak berterabur ini agak mmencabar daya tahan zyla

so just wish me luck , hope every single thing i can settle all this matter without  any complain.. ^^. 

*percaya pada diri sendiri! 



Friday, October 12, 2012

saya dan gastrik

assalammualaikum....

kali ini kene buat entri pasal gastrik.. zyla dah tak tahan dah!!! betul - betul punya sakit laa gastrik ni. awal semester ni perut zyla telah jatuh cinta dengan GASTRIK!!! sekarang ni diorang tengah bercinta sakan.. dan zyla yang menerima padahnya~~~~.

zyla tak tau la kenapa zyla boleh terkena gastrik ini, tapi 2 bulan sejak kebelakangan ni memang teruk giler.. bukan muntah-muntah, tapi cirit birit yang memang mengeluarkan segala macam toksik, bakteria, dan juga protein-protein dalam badan zyla.. habis semua dia hangkut keluar.. yang baik dan buruk.. dah tak ada yang tinggal untuk badan ni haa...dan orang cakap, kalau bahan buangan **( sila guna ayat yang sopan ye dalam blog), tu berwarna hitam maka perut zyla ditahap kritikal!!  sebabnya bercampur dengan darah . huh.. cukup laa dh pernah kena tahan wad separa kritikal kat serdang( wad warna kuning ye) , ni perut pulak nak daftarkan zyla balik masuk hospital. tak larat laa..

antara sebabnya terjadi gastrik ni :

  • makan tak teratur
  • kerap ambik ubat tahan sakit.
 ^^. senyum sendiri laa.. sakit sebab kesilapan sendiri. macam yang sedia maklum, kalau dah namanya pun study ni, memang selera makan agak berkurangan. lebih-lebih sekarang ini zyla disemester terakhir.. banyak gilerr benda nak buat.. nak study, dengan assgmnt yang best2 semua, boleh pulak zyla aktif nak kesana dan sini, , nak uruskan tempat praktikal, kol sana sini.. tapi jawapan belum ada lagi sekarang ni.. :(.. risau sangat...

bayangkan.. permulaan semester ni jadual waktu sudah berubah! kalau dulu kelas mula pukul 8.40 pagi sekarang ni 8.00 pagi dah! bukan tak biasa bangun awal, zyla memang jenis yang bangun awal. lepas tu, kadang2 ada benda nak print laa pagi tu, terlambat sikit bangun laa, baru nak iron baju laa.. dan apa lagi laa.. dan menyebabkan kadang2 tak sempat nak sarapan. berjalan kaki ke kolej bukan masalah, tapi takkan laa sepanjang 20 minit berjalan tu nak makan kan??dan kadang2 tu zyla pun tak berapa selera nak makan. kalau makan yang ringan-ringan memang berbunyi aje perut ni sepanjang masa.

balik pulak mesti pukul 4 petang.. nak solat, mandi, basuh baju, kemas bilik.. la apa smua terus berniat, makan jap lagi laa, jap lagi, jap lagi.. ambik kau.. gastrik terus.. aish! sakit giler masa kene. sebab zyla tak muntah2 tapi cirit birit.. memang bertapa kat tandas laa maknanya. tu yang tak tahan tu.. kadang2 satu hari zyla kene cirit birit ni sampai lima kali! huh.. memang kosong sangat perut lepas tu..perut ku kosong~~kosong~~kosong~~ segala isi perutku telah dibawa keluar dengan rakusnya~~ rakus~~ rakus..

dan disebabkan gastrik nilah zyla bersahabat kembali dengan susu setelah 19 tahun berpisah... inilah satu kelemahan zyla.. tak suka susu. memang laa nak jodoh dengan susu, tulah kene gastrik ni. keadaan zyla memang tersangat teruk bila kene gastrik dan belajar minum susu.. bila paling teruk?? bulan puasa laa... 

sebab tulah elok2 dah badan nak naik ni, terus jatuh menjunam dengan kehilangan 5 kilogrm! hajat dihati nak capai 50 kg.. tak tercapai jugak.. hamba sungguh hati ini..perubahan yang mendadak terhadap selera makan zyla ialah.. tamoo mamam nasi.. memang tak ada selera langsung nak makan nasi.. TAK NAK!!! orang Katakan Tak Nak KEPADA ROKOK.. zyla pulak kepada NASI..!!! purata zyla makan nasi untuk sebulan memang boleh kira dengan jari je. 

inilah pengalaman sepanjang baru kene gastrik ni.. kalau dulu zyla risau sangat dengan dia ni sebab dia gastrik.. kalau puasa, confrm! gastrik bantai dia kaw2 punya.. tapi sekarang ni zyla yang risaukan dia pulak yang kene! so jangan risau sangat kat orang kang hang sendiri yang kene.. tak menyesal kene.. sebab dah padam muka tak dengar nasihat dia... kan awak kan?? kan awak dh cakap.. " masa belajar jangan abai makan, kang kene tibai dek gastrik macam saya"^^. 

disini zyla kongsikan juga tanda2 gastri


  •  Hilang selera makan


  • Pedih dan sakit perut 
  • Cirit birit yang teruk melebihi 3 hari
  • Senak, rasa berangin dan tidak selesa pada kawasan perut
  • Perut kembung, kerap sendawa dan buang angin (kentut) selepas makan
  • Perut berbunyi kuat adakalanya terlalu kuat
  • Rasa loya seolah-olah ada makanan di tekak anda
  • Muntah (akibat tolakan gas daripada perut)
  • Berat badan susut









  •  
    kalau korang rasa ada tanda2 ni silakan jumpa doktor cepat2 tau.. kite tak tau gastrik ni macam mana. kalau zyla usah cakap laa.. agak teruk sikit. jadi sayangi perut anda lebih dari nafsu makan.

    sebab gastrik ni laa jugak zyla jarang dah nak update blog. bila idea datang zyla langsung tak sempat nak buat draf, lepas cirit birit memang tak larat dah, sebab badan lesu sangat.. huhuh. maaf laa ye bagi yang ada bertanya kenapa kali ni kurang sangat nak update, tapi alhamdulillah, setiap hari ramai yang datang melawat.. ^^.

    Wednesday, October 10, 2012

    sayang kucing.

    assalammualaikum.,..

    Lepas balik dari kelas tadi, zyla terus lakukan kerja2 kat bilik, lipat baju, download adam hawa episode baru dan berfaceboking. tetiba masa tengah skodeng wall kawan zyla yang cweet sangat tu, si Ily, tetiba Ily n Atikah ketuk pintu bilik.. la pulak!!!!

    dia ajak kak Fara g tengok anak kucing.. habis laa kalau ajak kawan zyla yang sorang ni. al maklum laa pencinta kucing.. zyla?? suka tapi nak membela tu kene fikir 2,3 kali jugak... sebab takut nak mandikan kucing.. huhu..



    ni nama dia Cantik.. mama dia Atikah..
    tapi bukan Atikah yang mandikan,
    Nini yang ambik alih tugas ni.
    selalunya kalau kucing dimandikan diorang akan meragam kan?
    tapi ini tak
    pasrah aje 2 ekor ni Nini mandikan dengan sabun Lux..


    ni setelah si Handsome dan Si Cantik dimandikan..

    habis laa semua kain diorang ni diwakafkan untuk keringkan kucing ni..

    dah laa tengah hujan ni..

    tak tau laa apa masa depan Handsome dan Cantik ni.. 


    Handsome dan Cantik.
    sama kaler sama padan..

    nasib laa rumate yang sorang ni fobia dengan kucing,
    kalau tak 
    habis laa

    confrm kak fara bawa kucing masuk bilik

    tak jawab laa paper quiz esok .. 







    lappy

    assalammualaikum..

    petang semalam setelah penat dan nervous menjawab soalan quiz Audit, badan zyla terasa amat la penat. disambung pulak 2 jam lepas tu ada discussion dengan group untuk presentation esok. Masa tengah discuss tu lappy zyla yang memainkan peranan sebagai penyatuan semua draf-draf presentation tetiba shut down dengan sendirinya beberapa kali.. gluup!!! cuak laa, sebab pernah ada masalah macam ni jugak.. then , zyla pun tawakal jelah cari masalah kat lappy ini.. nak tau tak apa masalahnya?? microsoft word n power point zyla tak leh bukak... huaaaa!!! rasa nak nangis pun ada masa tu.. habis laa kene tanam hidup2 laa kalau lappy tak oky.. 50 slide untuk presentation ada dalam ni..dah laa esok ada quiz perniagaan Islam, Account Theory n presentation. 

    tapi!!! alhamdulillah.. berkat sabar dan percaya dengan diri sendiri akhirnya zyla berjaya selesaikan masalah dalam masa lebih kurang beberapa jam. sebabnya zyla guna microsoft 2010, tak tahulah mana silapnya rupa2 yang zyla delete tu intipati dia!!! dalam lappy ini banyak benda jugak yang zyla donwload. al maklum laa lappy baru.. zyla terkonfius laa masa delete benda yang tak penting.. apa zyla buat, restore balik smuanya.. dan tadaaaa!!!! semuanya dah kembali seperti biasa. 

    konklusinya, bila ada masalah, kita kene relaks dan aktifkan minda kita.. dan satu lagi, betul laa kata abg zyla, jangan jadi pelajar kat sekolah, tapi jadi pelajar dengan kehidupan.. nota sejarah tak ajar macam mana nak baiki lappy.. maksud nya ialah, kita kene banyak belajar tentang kemahiran hidup.. baru boleh survive. 

    Monday, October 08, 2012

    tidur

    assalammualaikum...

    sejak kebelakangan ini zyla dah reti tidur lewat. al-maklum la kerja banyak yang tak siap.

    zyla amat menjaga tidur, sebab itu perkara yang penting untuk badan zyla. seboleh-bolehnya memang perlu bangun awal sebab ada kewajiban yang kita perlu tunaikan. 

    dan juga ada yang mengatakan adalah elok jugak kalau kita tdur sekejap sebelum zuhur. ini baik untuk kesihatan jantung dan mata. 

    bagi zyla, macam mana sibuk pun kita, semua benda still perlu diseimbangkan. ada yang kata 24 jam macam tak cukup. kalau tak cukup, kenpa Allah jadikan 24 jam sehari? sebenarnya banyak kekangan yang berlaku dalam satu2 urusan kita tu yang menyebbkan kta sendiri gagal untuk uruskan masa. 

    jangan lupa sebelum tidur ambik wuduk, baca 2 qul dan sapu minyak johnsons baby bedtime kat kaki. semoga pagi esok akan memberikan keberkatan dan kebaikan buat kita semua. amin. masa untuk tidur. 

    * selamat malam. 

    Sunday, October 07, 2012

    orang menegur

    assalammualaikum,

    tengah malam bertemankan Nini and Kak Fara, dengan line broadband nini yang zyla pinjam dengan rakusnya membuka blog, youtube (2 tab) dan Facebook, walaupun tengah loading smpai bila nak buka pun tak tahu. topik yang zyla sentuh kali ini mybe agak berkaitan dengan sensitive sesetengah mereka yang mungkin membaca blog ni.

    perubahan. sikap dan perlakuan manusia biasa ini memang boleh berubah. dengan hanya satu cara sahaja. terima kritikan orang lain dan rendahkan sikit ego kita. then, kita akan perlahan-perlahan munasabah dan ingatkan diri untuk jadi lebih baik.

    zyla? for sure orang akan persoalkan diri zyla sendiri. sebabnya adakah zyla sendiri menerima kritikan orang
    lain. yap, terima kritikan orang lain. why not?? bagus laa kalau ada orang yang nak tegur kita. itu tandanya mereka concern pasal kita. sweet kan kalau macam tu??

    tapi sekarang, yang membuatkan zyla rasa macam nak tergoleng-goleng atas lantai yang sejuk ini , bila ada jugak sahabat yang mengatakan bahawa.. " aku tak terima nasihat orang".

    wow! giler perfect dia. ??? sebabnya bagi zyla, its good kalau kita rendahkan sikit je diri, hati dan ego kita. bukankah kita sendiri dah faham bahawa manusia itu tidak sempurna sifatnya?

    setiap kita memerlukan perubahan. terutamanya sikap kita. dan terpulang pada kita macam mana nak buat perubahan.

    seperti perubahan yang zyla sendiri pernah buat, memang laa ada kritikan kuat dari beberapa pihak, tapi buat apa nak ambik kisah. itu zyla rasa yang terbaik. tak kan laa sepanjang masa kita nak ikut kata orang. diorang pun belum tentu dapat buat keputusan yang terbaik untuk kita.

    sesiapa pun kita, jangan laa nak menabik dada katakan diri kita sempurna. siapa kita? anak raja pun masih ada kekurangan, inikah pulak kita. hmm.. Rasulullah Saw sendiri pernah katakan pada isterinya Aishah bila mana Aishah pernah bertanya mengapa Rasulullah sanggup bersolat sehingga menyebabkan kakinya sakit, sedangkan telah dijanji

    #rupanya lupa nak post entri ini.

    Thursday, October 04, 2012

    baca tapi tak faham

    assalammualaikum,



    Dalam sesi pembelajaran tadi, lecturer zyla dengan spontannya telah memberikan kiteorang tazkirah yang berguna. Mengenai khatam al-quran.
    Honestly, zyla sendiri pernah dikritik kuat disebabkan sebutan yang kurang memuaskan pihak-pihak yang menilai masa rehearsal  majlis khatam al-quran 4 tahun yang lalu. Sedih?? Tak payah cakap laa. Siap mak cik tu kata zyla ni tak kenal al-quran. Makan dalam beb!
    Tapi semua tu tak mematahkan semangat zyla. Yalah manusia mana yang tak ditegur kan? Manusia mana yang tak menegur?? Dan manusia mana yang terlalu sempurna??
    Betulnya apa yang lecturer zyla cakap dalam kelas tadi, kebanyakkan kita membaca tanpa faham maksudnya. Betul kan? Yap , itu memang kenyataannya. Semua orang belajar mengaji , tapi hanya segelintir sahaja yang benar-benar  faham  maksud dan mengaplikasikan  isi kandungan  al-Quran dalam kehidupan seharian . Semua orang akan bangga bila dia dah khatam al-quran, tapi zyla rasa terlalu kerdilnya diri ini sebab masih dalam proses memperbaiki bacaan, sebutan dan lantunan al-Quran. Apatah lagi maksud dan isinya.jadi bila zyla fikir balik, kita tak layak pun nak kutuk atau ejek mereka yang tak kenal alif ba ta, kalau diri kita sendiri belum faham apa yang kita baca.

    Dan kerana itulah kekurangan zyla, zyla cuba dekati dan hayati isi kitab suci ini. Zyla join kumpulan usrah , untuk dapatkan pendedahan dan merujuk kepada yang faham tentang isi dan maknanya. Mana ada sesi pembelajaraan sorang-sorang, zyla perlukan seorang sebagai rujukan . Kalau nak seribu daya kalau tak nak seribu dalih kan?
    Baca tanpa memahami maksudnya tak akan bawa apa-apa makna buat kita. Bila kita pandai baca, faham dan aplikasikan apa yang kita baca itu akan membantu kita dalam memperbaiki diri menjadi lebih baik. Semua orang berharap untuk jadi macam tu kan? So usahakanlah. Jangan omong kosong sahaja.
    ## pesanan buat diri sendiri. Semoga apa yang diusahakan dalam proses memperbaiki diri ini akan berkekalan. Dan kepada sesiapa yang membaca entri kali ini fahami maksud yang hendak zyla sampaikan. Sebabnya solat kita buat, tapi Al-Quran jarang kita sentuh dan baca. Kita kan tahu, itu wajib.

    “Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan”