Saturday, October 20, 2012

kene jaga

assalammualaikum...

pagi sabtu kembali lagi.

tapi pagi-pagi ini bukan nak cakap pasal apa nak buat. dah tak ada dah tugasan untuk kelas seterusnya. alhamdulillah semua dah berakhir.

semalam agak banyak drama dan movie yang zyla download. al maklum laa dah reti nak download sendiri, walaupun pada mulanya memang ada effect kat lappy sebab nak download software utk download movie tu agak berat dan pelbagai. dan sekarang dah jumpa dah software yang sesuai untuk movie.


guna FREE STUDIO ni memang best,
sebab bukan sahaja boleh download, upload dengan cepat dan senang terutamanya kat FB, 
nak convert movie untuk pelbagai versi HP,
nak buat setiap video jadi picture balik, i mean storyboard,
nak buat 3D pun boleh.. memang puas ,
yang penting
memang cepat nak download movie.



disebabkan zyla pul selalu kene gangguan Lappy ni, bukan gangguan jin laa. sekarang dah lebih berhati-hati. dulu tak peka sangat tapi sejak lappy baru kene jaga baik-baik la.. habis download zyla scan dan shoutdown lappy. kasi rehat. sebab esoknya sure zyla akan guna untuk sepanjang hari. 

gadget-gadget ini terpulang dengan diri kita untuk menjaga. kalau nak tahan lama kene jaga secara konsisten, kalau tak.. sekejap jelah gadget tu. terutamanya Lappy dan HP.. paling penting untuk semua orang. 


dulu memang agak malas nak scan ni semua
tapi disebabkan zyla tak nak ada apa2 masalah lagi
kene rajin dah sekarang.
kene sayang beb
duit mak ayah ni..




No comments: