Monday, October 15, 2012

wajah kita

assalammualaikum...

tengah hari ini zyla akan ke sebuah audit firm yang terkemuka kat ibu kota... pewiittt!! ayat macam dalam novel.. *berkerja disalah sebuah syarikat terkemuka di ibu kota.. zyla yang comel itu...
dah2.. gurau je,,

tapi semalam sumpah penat. kepala pun masih pening-pening lalat sikit ni, so hari ini akan kurang bercakap.. al maklum laa tak selesa pun sebenarnya.

tapi bukan pasal pening kepala yang zyla nak cerita. semalam al kisahnya macam ni.. zyla rasa muka zyla agak gatal-gatal sikit.. so zyla pun pegang laa muka zylaa.. GLUPPPSS!!! ada cerewat laa.. huhu... terus tepek bedak sejuk kat muka.. hahaha.. bukan apa, jerawat ni kotor kan, so kene bersihkan serta merta!

dulu masa sekolah , masa teruk masa tingkatan 4 , muka zyla agak teruk dengan jerawat,. nak tengok pun tak selera agaknya. then, mak ayah zyla galakkan guna bedak sejuk yang mak zyla sendiri buat.. setiap hari pakai, sampai adik zyla naik rimas tengok dok pakai bedak sejuk aje.. nak buat macam mana, kang orang jadi tak selesa tengok muka kita. dan sekarang... dah oky sangat dah... ^_^.

muka ni kita kene jaga.,. memang laa orang cakap kalau hati bersih muka pun bersih tapi tak laa bermakna kita tak payah cuci atau jaga muka. dan mekap yang paling mujarab ialah wuduk.

lagi satu, zyla ni tak bermekap so kedut2 dan muka tak original tu belum ada lagi.. ni masi natural sebab guna bedak asas dan bedak muka johnsons je.

so kawan2 semua ingat tau.,. muka kene jaga. bukan dengan cuci je, kene steam dengan air panas bagi daki2 kat muka ni bersih, letak bedak sejuk ke mask ke untuk pembersihan yang lebih asli.


dan kalau korang nak buat bedak sejuk sendiri pun boleh.

BEDAK SEJUK SAKURA:

1. bahan-bahannya.

  • beras ( rendam satu malam)
  • kunyit( hiris sikit aje tau)
  • daun limau atau limau nipis tu.
macam mana nak buat??

mula2 korang rendam kan semua bahan kecuali limau laa. kalau guna limau nipis.. lepas tu korang tumbuk semua bahan dalam lesung batu.. haaa!!! part ni yang mencabar ni.. nak cantik tak???kalau nak kene buat.. sampai halus kan.. mesti tertanya-tanya kenapa nak guna kunyit kan? mak zyla kata, kuntiy ni untuk naikkan seri wajah, beras untuk sejukkan muka dan limau untuk membersihkan wajah. lepas tu, kalau yang guna limau nipis perah limau nipis dalam bahan2 yang korang dah tumbuk tadi dan jemur..



apa ni??
ni saki baki bedak sejuk zyla..
haaa!!!
dah habis laaa..

bila pakai bedak sejuk ni hasil dia lambat sikit, tapi kesannya kekal. payah laa lepas tu kalau jerawat nak tumbuh balik.. dan muka akan rasa segar yang memang tak terkata!
 


1 comment:

kathy said...

masa skolah menengah dolok pun muka kmk teruk.. tpi kinek, syukur..dah okey..tapi kmk pakey tomato dgn kentang :)