Tuesday, October 16, 2012

teori dan praktikal

assalammualaikum.

sekarang ni pukul 2.29 am .. pagi lagi tau. tak tidur? dah tidur tadi tapi lapar so bangun laa. then sekarang masa untuk update blog. 

aktiviti semalam.. (15 oktober 2012), zyla dan 10 orang sahabat serta seorang lecturer ( Audit) , kteorang g buat lawatan ke salah sebuah audit firm kat sentul. Salihin Consultant. pernha dengar?? 
dan nak dijadikan cerita zyla n Ika pernah nak hantar resume untuk praktikal kat situ tapi tak hantar2 pun. tak tau nape.. 

TAPI!!! ofiss n suasana kat Salihin  office ni memang syok giler. kalau offis kita tengok orang buat kerja macam stress je kan? lagi-lagi audit ini tapi pekerja dia, semua semboi dan sporting.

bukan pasal audit firm yang zyla nak cerita. tapi kaitan teori dan praktikal. semua orang yang study tu memang akan jadi zero bila masuk praktikal kan?? macam tak tahu apa benda yang perlu dibuat dan nervous mana tau kang salah. kalau dah kerja mana ada jawapan.. kan?

tulh maksud zyla.. sebelum kita ni grad.. tak kisahlah  dalam bidang apa sekalipun, kita perlu ada pendedahan yang jelas tentang skop sebenar bidang yang kita ambik. supaya kita akn lebih menyiapkan diri kita bila masuk praktikal dan bekerja. 

sebab banyak orang cakap apa yang kita belajar ni tak sama langsung dengan kerja kita nanti. so zyla pun terfikir-fikir laa jugak kan.. betul ke benda ni?? so selama bertahun ni zyla dok kira akaun, buat akaun tu.. benda tu tak sama dengan praktikal nanti. SALAH. kalau bidang audit yes, cuma lari sikit jelah. tapi tak apa, dah kerja. benda kita boleh belajar. 

SEBAB DISURUH PHOTOSTAT:

dan masa Q&A session, banyak laa soalan yang kitaorang tanya dan ada satu jawapan untuk soalan yang mana zyla tak pasti sebab masatu syok sangat kan dengar diorang dok cakap. abg manager tu cakap: " memang kitaorang yang baru masuk untuk bekerja atau praktikal akan kene suruh photostat atau susun fail dan buat benda2 yang simpel, ini adalah untuk kenalkan kepada pekerja baru segala dokumen yang berkaitan dan macam mana nak uruskan fail"
betul jugak.. sebab kalau kita tak ada pengalaman langsung so apa yang kita jangka dengan skop kerja dan tugas kita. jadi bila ada pendedahan macam ni, kteorang tak laa macam rasa *tak berbaloi kalau kerja photostat je.. *. bila nanti kene suruh photostat kertas, jangan laa kita melenting sebab sedar laa diri masih baru lagi. anggap itu sebagai sesi belajar kita.

pendedahan macam ni memang terbaik. sekarang ni pun zyla dah nampak sedikit bayangan macam mana skop kerja dalam bidang akaun ni. yelah asyik selalu struggle untuk exam aje tapi kalau  praktikal hampeh.. berbaloi ka itu?

jadi zyla syorkan kepada yang minat dalam sesuatu bidang tu. kita kene buat lawatan atau mendekati dengan lebih jelas lagi skop kerja bidang kita tu.. contohnya buat kerja part time masa cuti semester. kerja ni lain dari belajar. kerja ada booss yang bagi gaji, kang kerja tak betul, habis kene berhenti.!

memang banyak benda kene buat sebagai persediaan untuk praktikal nanti. so just tunggu new update dari zyla tentang kerja ni. 



so!
relax kan diri
banyak kan mengkaji sebelum buat sesuatu tu.
dan bersedia untuk kemungkinan! 

menjamu selera dengan cara korparat.
pengalaman yang berharga. 

 

No comments: