Friday, December 30, 2011

Tak menduga lagi!

assalammualaikum....

Hari ini 30 Disember 2011.. betul tak???? alhamdulillah!baru beberapa minit tadi zyla telah dikejutkan dengan satu kejutan yang langsung tidak didugahttp://www.emocutez.com.. benar apa kata dia, makan sedikit zyla banyak kebaikkannya dan sekarang berkat terlalu sabar dan diamkan diri zyla melihat satu lagi nikmat Allah buat zyla.. dan sekarang ni zyla tengah menikmati coklat yang penuh berkrim disukai ramaihttp://www.emocutez.com dengan perasaan berdebar-debar dan terlalu terkejut masih ada! alhamdulilah, zyla bersyukur sangat. setahun zyla bersabar dan terus bersabar sampai koang baca pun dah tak boleh sabar kan?? haha.. mana boleh bagi tau.. cukuplah hanya ini sahaja yang zyla tulis kat sakura ini. yang tak boleh blah pasal entri zyla yang lepas lah... bengkak hati ini masih ada lagi.. kawan! kau buat aku malu!http://www.emocutez.com sedih kalau nak kenangkan perkara yang lepas.. tapi apa boleh buat semuanya dah terjadi..

beberapa hari lagi nak masuk kolej ni.. lepas urusan hari ini selesai zyla bakal rindukan semua rutin zyla sepanjang bulan disember ini.. and please disember be nice to me k.. apapun , selagi masalah dan kerumitan tak selesai zyla kene bersabar lagi.. tanyalah berapa kali nak sabar?? tak apa..yang penting zyla redha... tapi zyla ada sesuatu nak bagitau ni... cermin mata zyla hilang seminggu yang lalu.. so sekarang ni masa untuk buat yang baru.. ah!!! bertambah baget zyla.. padam muka .. hurm..


nyam... menikmati coklat yang penuh dengan coklat.. 
untuk menyenangkan hati yang sikit terduga dan terluka..
makanlah coklat sepuasnya...


Wednesday, December 28, 2011

jangan aaaa!!!





TAK SUKAAAAAAAAAAAA!! http://www.emocutez.com  


PADAM MUKA..... zyla tak suka!!!! aish... memang tak suka kalau ada yang suka nak korek rahsia zyla.. ngok ngeklah kau kawan...sekarang kau dah tau rahsia aku mesti nak gelakkan aku kan???http://www.emocutez.com..
 jahat aa kau.. kau suka kan nak buat aku tak nak kawan dengan kau dahla kita ni baru nak baik macam dulu.. asal ea kau suka sangat buat aku macam ni?? nanti kalau aku langsung tak nak tegur kau , kau mengadu pulak kat orang aku tak baik macam ni. padahal kau sendiri yang mulakan dulu.. jangan aa kacau urusan peribadi aku... padam dengan muka kau jugak masa aku sambung study dulu aku tak bagi tau kau... kau memang kan??? suka sangat buat aku macam ni.. oky fine! kali ini aku merajuk betul dgn kau. aku boikot  kau..jangan pulak kau terhegeh-hegeh nak jumpa mak ayah aku... aku bagi fying kick nanti kang! nak?? http://www.emocutez.com.... manalah tau kau baca sakura aku ni.. bacalah entri ni memang utk kau! aku baik-baik diam aal kau nak ungkit balik???? kalau kau nak tau, number hp aku dah tukar.. carilah kau kalau dapat... memang dengan orang tu sekali aku sepak! kot-kot kalau aku buat kau sampai macam nihttp://www.emocutez.com   baru kau tahu!

aku malu tau kau buat macam ni..http://www.emocutez.com 



Friday, December 23, 2011

nikmat sabar!

assalammualaikum..

wahai sahabat-sahabat sekalian,
cuma sedikit sahaja yang zyla ingin katakan hari ini,
biar apapun yang terjadi kepada kita,
biar pahit rasa yang kita perlu telan ,
percayalah pada janji Allah kepada setiap hambaNya yang mampu bersabar,

Sesungguhnya kita HambaNya dilahirkan didunia ini hanya untuk diuji,
setiap kesusahan dan kepayahan itu terselindung seribu satu hikmah yang tidak ternilai,

zyla akui,
kadang kala zyla hampir-hampir rapuh bila diuji,
http://www.emocutez.com
tapi Allah Maha Besar lagi Maha Penyayang,
Dia Kuatkan hati zyla,
Syaitan yang sedang berbisik di telinga pun ,
hati zyla tak tergerak nak ikut,
kerana takut nanti Allah akan tarik balik semua hikmah yang Dia bakal kurniakan buat kita,

Ingatlah wahai sahabat semua,
Syaitan itu akan sentiasa membisikkan segala macam tipu helah, 
sehingga kita terikut-ikut dan lali,
ketahuilah bahawa setiap tipu daya syaitan itu membawa padah,

Bersabarlah sentiasa,
Percaya kepada pencipta kita,
berdoalah walau kita berada dimana,
sesungguhnya Allah Maha Pendengar,
Dia menguji kita kerana Dia tahu dan yakin, kita tabah untuk di uji,


Wednesday, December 21, 2011

please! jangan tanya!

assalammualaikum..

di saat badan zyla yang mamai dan tak cukup tidur zyla nak mengandu domba kat blog kesayangan ni boleh??.http://www.emocutez.com haha. apa yang zyla nak cakap hanya satu. tentang seseorang yang selalu usha fb zyla secara diam-diam.. amboi hang!!! apa hang dok korek kat fb aku tu??? hang dapat apa?? aku tak ada skandal kat fb tu.. jauh sekali nak upload2 gambar macam yang lain.. aku sibuk aa dengan rutin harian. tak sempat nak ambik gambar.. posing sana sni.. elek aa.. ni aku tengok dp kau pun dah macam aku.. apa kes kawan? oky, aku tahu kau kape dengan ex aku.. kapel jelah. memang kteorang kapel 5 tahun. tapi itu dulu.. jangan laa. nak tanya siapa aku an caap bertuahnya aku dulu. itu dulu.. please jangan ungkit dan jangan dekati aku.. tak ada faedah kau dapat.. aku tak nak kau pulak yang sakit hati nanti.. aku dengan cara aku dan kau dengan cara kau. memang aku dengan ex aku tak pernah gduh, walaupun berjauhan dan jarang jumpa kteorang tetap baik.. nak tau apa rahsianya sebab kteorang sabar! kenapa berpisah?? sbb aku rasa aku dah tak boleh nak bahagiakan dia seadanya... dia terlalu baik..puas dengan penjelasan ni? aku tak selesa kau ikut cara aku. nasib baik aku private semua kat fb.. kalau tak apa lagi entah kau ikut kan? jadi diri sendri..kau boleh jaga hati dia dengan cara kau. cara ku lain, kau lain. please! jangan bagi aku hentam kau terus!
http://www.emocutez.com




hurm.. tengok kan zyla dah terluah kat fb ni. tak tahu kenapa hari ni zyla rasa letih sangat. http://www.emocutez.com.. dan sejak 2 hari ni ternampak pulak ada hamba Allah yang buat zyla tak selesa. hari tu zyla dah semangat nak buat cerpen. dah nak siap pon tapi hasilnya tak jadi bila ada yang buat hal. zyla memang tak suka nak buat blog jadi mcm ni. tau tak betapa hampanya zyla hari ni.. zyla tahu ni resam hidup. tapi kenapa nak ungkit kisah silam zyla dengan ex pertama zyla? zyla tak suka mcm ni. sepatutnya hari ni dh boleh nak share cerpen Hati Nur kat fb, tapi smua plan tak jadi... hampa....

Saturday, December 17, 2011

bersabar.. tak boleh ke??

assalammualaikum...

petang-petang ni sambil menikmati roti sosej yang sedap lagi lembut zyla nak cerita pasal sabar..mula-mula sekali  zyla nak cakap.. sabar ni ada dua jenis.. satu sabar dalam menghadapi masalah dan satu lagi sabar dalam menghadapi keadaan. kalau korang ada sabar yang lain tu tak apalah..http://www.emocutez.com

sejak kebelakangan ni zyla syik berjumpa dengan hamba-hamba Allah yang tak kenal apa erti sabar dan bertolak ansur. kenapa ya? oky memang betul sesetengah orang ada menasihati zyla.. bila seseorang tu dalam keadaan penat dan letih, otak dia tak boleh nak fikir panjang dan secara automatik perasaan marah dan tak sabar akan muncul kalau dia tak sabar dalam menunggu sesuatu. contoh paling senang, masa kita nak bayar barang. Bukan salah cashier kalau dia lambat, ingat senang ke nak jadi cashier? lagi-lagi kalau ada customer yang banyak songeh. last minute nak tukar baranglah. ingat boleh cancle macam tu je ke?? dan yang tak boleh tahan kalau ada yang sampai marah-marah. terus terang zyla langsung tak selesa dengan situasi macam ni. Ingat dia sorang je ke yang tahu marah, yang penat??? kalau orang ain pun boleh sabar kenapa tak kita? walaupun penat macam mana pun kita, kalau rasa tak boleh tunggu lama bila nak membayar, atau tak dapat cai barang yang kita nak.. baik balik rumah dulu dan berehat.lepas dah rehat , badan dah segar dan mood dah elok barulah keluar untuk beli barang. kenapa?? ada yang nak cakap kan dah jadi dua kali kerja??? cubalah fikir baik-baik.. adakah apa yang zyla cakap ni betul ke tak?

dan satu lagi, zyla tak tahu kenapa zyla menjadi semakin tak suka kalau ada yang tak faham erti nak ucap terima kasih. yang seronoknya, orang yang beri pertolongan orang tu pulak yang ucap terima kasih. adakah betul? walaupun kita tak kenal at least kita tetap ucap terima kasih dan maaf kalau tersilap. 

zyla pun bukanlah golongan manusia yang sempurna. tapi kenapa kalau zyla yang masih berusia 19 tahun ni kenal erti sabar walaupun badan penat dan otak berserabut kenapa orang lain tak boleh?? kenapa nak jejaskan mood orang lain jugak?? kenapa? 

tak ada jawapan bagi soalan tu.apapun zyla berharap selepas ni zyla tak akan jumpa dengan manusia-manusia yang macam ni. penat dah! dan yang lagi satu, untuk seseorang yang sedang meniru zyla.. kalau kau nak ikut aku yang kuno ni, memang aku kesian dengan kau. ada orang suka dan terima cara aku kerana bagi mereka aku amat menyenangkan dan masih ada yang tdak menyukai dan tak dapat terima cara aku sebab mereka rasa aku terlalu rumit dan banyak songeh. jadilah diri sendiri jangan jadi diri aku. 





http://www.emocutez.com

dan sebenarnya hati zyla tengah sedih macam ni! 

Thursday, December 15, 2011

roti dan nasi sakura

assalammualaikum...

wah. rasanya dah lama tak update blog. sekarang ni ada masa terluang zyla nak bercakap tentang tabiat zyla yang buat orang hairan. zyla akui kebelakangan ni.. zyla kurang sangat nak jamah nasi. bukan sebab nak berjimat tapi sebab selera tu tak ada dan zyla lebih kenyang makan roti dari nasi. entah, zyla sendiri tak tahu sejak bila zyla hilang selera dengan nasi dan lauk. paling jemu kalau makan nasi lemak.. dah naik  muak dh.. kenapa? sebab tulah makanan yang paling sabar zyla tunggu untuk disiapkan lepas kelas.. 

sebab tulah kebanyakkan oang akan hairan kenapa badan zyla makin susut... entahlah, sejak study ni... selera tu memang kurang sangat... ada jugak masanya zyla kuat makan tapi sekejap je.
zyla akui dulu masa umur zyla 13 tahun, memang badan zyla agak berisi.. masa mula2 pindah kat Sarikei dulu badan zyla masih  berisi.. dan lebih ketara badan susut bila zyla masuk form 4 dan lebih kurus lagi masa form 5 dan sampailah sekarang..


memang akuilah ada darah rendah.. memang bahaya lah kalau tak jaga makan kan??? tapi nak buat macam mana kalau tekak ni tak  dapat terima  nasi sahaja.. dan satu lagi... air.. zyla semakin kurang minum air yang bergula... haha.. ayah yang kene kencing manis anak pulak yang berpantang..sebabnya kalau kita tengah haus minum lagi air manis kan nanti makin haus jadinya.. lagipun mak selalu pesan, banyak-banyak minum air suam biar muka tak kering dan pucat.. dan jugak. zyla akan risau bila warna air kencing zyla tak jernih.. terus terang, korang ada tak concern pasal warna air kencing korang... kalau pekat sangat kuningnya tu, ada yang kata tak sihat tau.. sebab tu kalau zyla jarang kencing zyla akan minum air suam banyak-banyak sampailah terkencing banyak kali sampailah bertukar warna menjadi jernih... hahah... yelah, kencing dan membuang air besarkan salah satu cara kita untuk mengelurakan benda-benda yang tak berfaedah kat dalam badan ni.. sapa  
kat sini yang selalu kene sembelit??? tu lagi bahaya kalau jarang membuang tau! walaupun zyla tak selalu makan nasi... kerap jugak buangnya...

haha.. mesti ada yang rasa sengal kan.. kali ni zyla bercakap tentang kencing dan membuang (berak) pulak... nak buat macam mana... ini benda penting kan.. jadi kita kenelah concern tentangnya.. badan kita jugak... 


masa sekolah dulu mesti kita selalu dengar cikgu sains kita ceramah , kita makan kene ikut peraturan kat piramid makanan... hahaha... korang ikut ke?? betul ni ikut??? tak percayalah zyla?? masih ramai kan yang makan telur dengan ayam atau daging walaupun kalau ikut sunnah nabi tak elok makan campur macam tu... atau masih ramai yang amalkan makan buah-buahan selepas kita makan nasi?? padahal fakta yang sebetulnya kita kene makan buah dulu untuk bagi warning kat usus dan perut yang bakal menghadam makanan yang lebih berat.. dan pasti masih banyak yang makan nasi bersulam dengan air?? sedangkan tabiat itu tak elok kan?? dan masih ada jugak yang makan dengan gelojah dan menelan makanan daripada mengunyahnya.. betul tak??? dan ada yang makan guna 5 jari sekali padahal nabi kata makan guna 3 jari jelah!!!!

mungkin ada yang sudah tahu atau belum tahu... tapi kat sini zyla share maklumat yang zyla cari dari En. Google yang hensem lagi menawan... hehe..  (click sini)

sama-samalah kita amalkan permakanan yang seimbang supaya kita akan menjadi sihat sehingga ke tua dan subur bagi yang belum kahwin.. (ngok ngek buda ni).. dan2 jugak zyla berpesan kepada lelaki dan perempuan sekalian supaya jangan merokok sebab merokok itu membazir dan membahayakan kesihatan.... zyla pelik bila kat kotak rokok tu dah terang tang tang kerajaan bagi warning akibat rokok tapi masih ramai lagi yang merokok dan syukur sebab ayah dan adik2 dan rokok.. kalau adik2 zyla nak merokok memang nak kene karate lah dengan zyla.. 

sebelum mengakhiri entri ni( cewah!)... zyla pun nak pesan kat korang.. jangan malas sangat.. kalau dah kene naik tangga tu naik jelah! jangan nak mengada-ngada nak naik lif ke apa.. sebabnya kalau suruh bersenam tak ramai yang nak.. kalau korang tak larat nak aik tangga lagi dh tu tandahnya stimina korang tak ada.. korang tau tak betapa pentingnya stamina tu?? terus terang zyla tak suka lelaki yang cepat lembik.. huh! nanti perut jalan ke depan malu pulak.. salahkan perempuan sebab terlalu memilih nak lelaki kurus( alamak aku!).. dah memang korang malas jaga badan kteorang perempuan ni tak naklah.. haha betul tak wahai kaum hawa di luar sana???.. tapi buat kaum hawa pulak, betullah cara mak kita kalau dia suruh kita cuba mimum air kunyit, air sirih supaya kita kurang alami keputihan akibat penat dan jugak period kita akan jadi lebih lancar... jangan selalu sangat mnum air bergas ataupun yang sejuk2.. nanti mudarat... mak aaiii!! dah rasa mak cik milah membebel dh zyla ni.. yorlh kang tanya pulak apa rahsia zyla awet muda... hahah.. memang nak kene zyla ni kan... betullah... sebab kalau orang yang baru jumpa zyla mesti dia teka zyla ni budak baru habis spm.. jerawat pun kurang kat dahi... tulah jangan awal sangat cuma barangan kosmetik.. dulu pun muka zyla agak berjerawat tapi setahun zyla tak pakai pencuci muka dan hanya guna bedak sejuk sampai sekarang jerawat susah nak naik.. 


 p/s: zyla berpesan kat orang.. zyla macam mana pulak?? tulah nak cakap ni.. azam tahun depan nak cuba makan secara seimbang..





Tuesday, November 22, 2011

apakah penghujung 2011 ini?

assalammualaikum...

sebelum meneruskan kata-kata, (cewah!).. zyla nak ucapkan tahniah kepada kontijen Malaysia yang mewakili negara ke Sukan SEA yang ke 26 di Palembang. Perasaan bangga memang tak payah cakaplah bila TEAM HARIMAU MENANG DENGAN PANALTI 5-4.. cayalah MALAYSIA! of course kita bukan takat nak puji Khairul Fahmi je tapi semua team yang berjuang habis-habisan selama 120 minit perlawanan menentang Indonesia... dan zyla pun bagaikan tak percaya dengan diri zyla sendiri yang sudah bijak untuk mentafsir dunia bola sepak ni. tapi sorry k, zyla tak minat fanatik macam yang lain.. setakat ini zyla hanya akan fanatik bila team Harimau kita menentang mana-mana negara.. alhamdulillah.. akhirnya Malaysia sekali telah berjaya untuk mengangkat nama dalam arena bola sepak. siapa sangka betul tak? ingat senang ke nak buktikan kesungguhan kat padang bola? syabas Malaysia! semoga selepas ni makin ramai bakat-bakat muda yang berkualiti untuk memperjuangkan arena bola sepak Malaysia. MALAYSIA BOLEH! semangat ni. tapi perlawanan semalam zyla respect habis dengan Baddrol sebab dia POWER!! walaupun sepak tak mengena tapi dia memang TERBAIK..  


panjang giler mukadimah zyla. sekarang ni kita kembali pulak ke kehidupan zyla. sekarang ni zyla tengah menikmati cuti-cuti zyla.. adeh! padahal bakal menjalani hari-hari yang memenatkan. alah cari income lebihlah apa lagi. dan saat semalam jugak semasa kita semua sibuk dengan bola sepak, family zyla pulak sibuk dengan adik zyla, Fiqri yang baru bersunat.. hehe.. akhirnya adik lelaki zyla semuanya dah bujang. 


tinggal sebulan lebih sahaja lagi tahun 2011 ini akan meninggalkan kita dan tahun 2012 bakal tiba membawa seribu satu persoalan.. lepas ni sibuk pulak kita nak fikir Azam baru, hp baru, awek/pakwe baru, .. hehe.. tak adalah.. tapi tahun depan kemungkinan besar zyla akan buat banyak perubahan besar dalam hidup zyla dan cabaran yang agak berisiko untuk zyla.. apapun disebabkan umur yang bakal mencecah 20 tahun pada 19 Disember 2012 nanti, zyla kene berani untuk mencabar kemampuan diri.. oky2.. itu semua boleh story nanti, now we back to the story... zyla pun sebenarnya agak berdebar-debar menanti tarikh terakhir bagi tahun ni.. no one knows what might happen right??? pelbagai benda yang kita tak jangka boleh terjadi. mengapa zyla berkata sebegini rupa.. sebab  tahun lepas, adui.. sedih pulak nak cerita ni.. pelbagai insiden yang tak dijangka sudah berlaku kepada saya dan saya tidak mahu ia berulang lagi! oH! TIDAK!  apapun kita berserah kepada Allah SWT.. kalau DIA MENGIZINKAN SESUATU ITU TERJADI, MAKA AKAN TERJADILAH.. JIKA DIA TIDAK MENGIZINKAN SESUATU ITU UNTUK TIDAK TERJADI MAKA , TIDAK AKAN BERLAKULAH IA... faham tak?


2 bulan kebelakangan ni memang zyla agak-agak mengabaikan blog kesayangan ni. tapi zyla tengok rakan blogger yang lain pun jarang nak update.. tak pe.. busykan?? zyla pun rasanya dah banyak terlepas entri-entri yang terbaik dari korang semua. 

dan sebelum mengakhiri entri ni... zyla nak bagitau korang satu rahsia.. boleh tak??? 

rahsianya adalah... zyla rindu family kat Sarawak.. huhuh..:"(


Thursday, November 10, 2011

sekali seumur hidup zyla

assalammualaikum...






petang ni zyla ada paper Pengajian Malaysia.. pukul 2.30 nanti. sekarang baru pukul 12.40 tengah hari. dah habis khatam buku Pengajian Malaysia zyla nak update blog! otak dah tak leh terima dah ni.

seperti yang zyla rancangkan. cuti semester ni zyla tak balik.. huhu.. so stay kat sini je.. kat mana? Selangor/ KL.. 

sebenarnya nak cakap... zyla sedang menunggu tarikh 19 Disember 2011.. setiap tahun zyla sentiasa tunggu tatikh bersejarah ni.. ingatkan nak buat entri ni masa 19 November nanti. tapi tak jadilah kang tak ingat.. zyla sendiri yang rugi.. ngee~~.

sebabnya nanti bila tarikh tu tiba maka genaplah usia zyla 19 tahun pada tarikh 19 Disember. entah apa akan jadi pada hari tu zyla tak tahu. tapi yang pasti zyla tak sambut dengan keluarga, tak ada hadiah dari insan yang tersayang, tak ada ucapan dari kawan2 kat Fb sebab zyla privatekan birthday zyla.. zyla nak tau kawan yang mana yang betul2 ingat dengan zyla.. ngee~~ padahal nanti dok sayu je hati kalau ada sorang dua je kawan yang wish.. tapi tak apa.. apalah guna kalau ada banyak kawan tapi tak menghargai dan lebih baik kalau hanya ada sorang kawan tapi reti nak hargai dan bertolak ansur dengan kita..

zyla sentiasa cemburu kalau orang lain smbut birthday.. manja mengada-gada macam nilahkan? yelah.. zyla nak jugak kalau birthday tu ada orang bagi suprise tapi selalunya hanya mak yang ingat.. dan yang best mak yag wish dan adik-adik akan nyanyi walaupun diorang segan! anyway, thnks to my family.. aceh... macamlah hari ni birthday zyla.. mana tau jodoh tak panjang, kang sebelum tarikh tu zyla dah tak ada ke.. takdir Allah siapa dapat jangka kan?

Tapi tahun depan 2012 zyla dah genap 20 tahun pulak.. mak aii.. dah masu 20-an. kene matang sikit. walauppun hakikatnya, masih budak2.. nak buat macam mana kalau anak sulung memang manja kan ? 

tahun depan cerita lain pulak.. dah hujung tahun ni.. azam koang dah tercapai ke? zyla? adalah jugak.


kadang kala sedih itu bawa berita bahagia,

kadang kala ketawa itu bawa berita sedih

^_^

apapun yang terjadi percaya pada Allah SWT,
HE knows the better for you,
and always try the best for the meaningful life. 

Wednesday, November 09, 2011

bila zyla ada dan tak ada..







situasi 1:

A: zyla mana?
B: tak ada.. keluar kot.
A: asyik tak ada je.. hurm

Situasi 2:

C: zyla tak datang ke?
D: tak kot.. cakap sibuk..
C: asyik sibuk je.

Situasi 3:

F: pelik zyla tak ada.
G: kalau dia ada mcm apa daa.
F: zyla2..

Situasi 4:

H: mmg biasa dia tak ada.
I: kalau dia ada kejap je..


zyla: memang kadang2 zyla ada.. kadang2 tak ada.. zyla jarang nak spend masa dengan orang sekeliling.tapi tak bermaksud zyla ni tak suka nak bergaul dengan orang. NO! cuma lebih selesa ke sana ke sini je... 


okylah.. nak study.. esok ada paper laa..


wordless wednesday 9/11/2011

assalammualaikum...

hari ni dah 9 haribulan,
tunggu 14 haribulan.
habislah paper utk final,
maka lengkaplah semester 3 zyla..

esok pun ada paper lagi
tapi belum ada semangat nak study.

semalam mak kol ,
tak angkat sebab baru keluar dewan
dan hp off

malam
nak kol 
tapi penat sangat,
so TDO TERUS..

pagi ni kol,
hurm.. 
terus tak ada semangat.

mak,
janganlah patah semangat kak long

apa zyla buat  pagi ni?


video


hmm.. last2 zla layan mat luthfi..

bye.

Saturday, November 05, 2011

keluarga zyla

assalammualaikum...

masa terluang ni zyla nak bercerita tentang family pulak... sebab tahun ni tahun kelahiran ahli keluarga baru sebelah ayah. sebelah mak tak dengar berita lagi. sebelah ayah zyla memang sepupu-sepupu zyla ramai yang baru kahwin 2,3 tahun sejak kebelakangan in. dimulakan dengan anak sulung mak udak zyla, Abg Daud, kemudian menyusul pulak adik dia Kak Lenny, awal tahun ni pulak anak Pak long zyla (Ua) anak lelaki dia bg Lan dan diikuti anak sulung perempuan Kak Emy dan hujung tahun ni pulak anak Yak Janah zyla Kak  Zura pulak yang bakal menamatkan zaman bujangnya. alhamdulillah.. semua dah bahagia dengan pasangan masing-masing dan yang paling best sebab keluarga kteorang sebelah ayah dah makin membesar dengan kehadiran ahli-ahli baru.




ni anak kak Lenny zyla..

nama dia Q.
see simple kan nama dia,
huhu.. 
actually zyla yang tak tahu sure dengan nama penuh dia,
kang tulis tersilap kang
ada yang terasa 
 zyla tak pernah jumpa dia lagi.
hope nanti berpeluang nak jumpa kan?




ni pulak anak abg Daud zyla,
nama panggilan dia Amani.
comel je..

sekarang mak Udak zyla dah lengkap ada 2 orang cucu,


dah pertengahan tahun ini zyla dikejutkan dengan berita
bahawa mak cik zyla pulak yang beranak!
hah! boleh lagi rupanya,
tak pe Allah SWT bagi rezeki..
ini anak mak cik Rajemah zyla,
perempuan jugak,
nama dia Qaseh..
nama panggilan..
hujung tahun ni tak balik
so tak boleh nak tengok sepupu baru..



the latest baby ni zyla tahu nama penuh dia
sebab mak su dok heboh kat wall dan kebetulan zyla tgh online
lahir 3 haribulan 11 hari tu..

most welcome Siti Eryna Qistina..
ini anak sulung abg Lan zyla.


alhamdulilah... zyla sebenarnya download tanpa kebenaran dari mak-mak diorang ni gambar anak masing-masing.. sebagai simpanan.. kalau sunyi bleh tengok diorang. event zyla jauh dan tak heboh nak hallo2 dengan sepupu sendiri tapi yla still ambik tahu tentang mereka.. teruatamanya tentang baby diorang! sebab zyla suka dengan baby. (^_^).

entah siapa lagi yang akan mnyusul selepas ini ek.. siapa lagi dalam family zyla yang akan kahwin dan dapat anak??? zyla bila pulak??? kalau dah jodoh zyla kahwinlah.. haha. ayat tak boleh blah..














Thursday, November 03, 2011

orang kita



assalammualaikum..

tadi zyla jalan-jalan kat FB.. terjumpa kawan zyla , Dzai.. share link ni kat FB.. zyla pun terjahlah blog ni.. mak ai!! entri dia.. mcm mengutuk orang je.. hm. kutuk tu boleh. tapi biarlah secara rahsia.. ini blog, memanglah bila orang baca semua nak MELOTOP kat dia. adui!! MANTOP jugak entri dia. zyla yang mula2 baca pun, hati ini kata. " aphal dah dengan dia ni".. nak tahu apa.. dia kutuk sarawak. Lorrr.. small matter bagi zyla.. nobody are perfect. walaupun dia dah minta maaf, tapi kesannya masih mendalam. wow!!! tak pernah rasa terhina ni. hurm.


tapi kalau baca betol2, dia bukanlah kutk sebarangan.. mana ada tempat kalau pergi semuanya orang baik2...?? bagi tau zyla negeri mana korang pergi dalam MALAYSIA ni semuanya baik-baik?? habak satt..

tapi bukan dia cakap pasal sarawak je.. Kelantan sekali kene. luahan perasaan betol dia ni..

yang tak boleh blah dia cerita pasal dia kene langgar kereta tu... zyla terus geleng kepala.. maaf ye, tuan punya blog... apa yang awak cakap pasal tak boleh bertolak ansur dan bezakan negeri ni SALAH! nak tergelak zyla dibuatnya... 

sebenarnya, semua tempat sama, semua situasi sama tapi mungkin kita je yang lalui perkara yang berbeza... kiranya zyla dengan tuan blog Schaza ni tukar negeri lah.. dia duduk negeri zyla, zyla duduk negeri dia.. so farr oky je.. 

tapi zyla kesian dia kene hentam teruk dengan siapa yang komen kat dia.. apa kata kalau kita fikir macam ni. REMAJA yang tulis BlOG.. kalaupun mereka BIJAK belajar kat IPT (sindir zyla juga).. tak SEMUANYA mereka BOLEH FIKIR DENGAN BAIK.. bila PERASAAN dah menguasai HATI, TANGAN hanya menaip APA YANG HATI KATA. 

itulah cara zyla fikir. kalau nak luahkan tentang tak puas hati.. korang luahkanlah sepuas-puasnya sebab masa tu confrm tak fikir akibat kan?? macam zyla jugak ada kalanya nak meluah perasaan tu... huh! dah siap nak publish entri ni, biar orang baca kita marah! biar orang tahu kita ada masalah! biar orang tengok kita ni TAK BOLEH NAK KAWAL PERASAAN! cuba fikir balik.. elok ke semua tu?.. bukan nak ajar jadi hipokrit tapi seboleh-boleh kalau nak orang respect kita walaupun tak kenal sekadar baca blog, kenelah jaga apa yang kita nak tulis.. bukan bajet bagus.. tapi ada cara kalau betol kita nak luahkan perasaan kat blog.. sbbnya mesti tak ada yang fikir.. ataupun tak sempat fikir... NANTI ORANG LUAR JAJA BLOG KITA NI KATA FB... mulalah kita ni diumpat walaupun mereka tak kenal.. nak ke????

zyla menulis ni pun ingatkan diri sendiri.. ada batas kalau nak menulis.. kalau cakap pasal negeri.. cuba cakap depan2 dengan budak sarawak..." weh! aku tak suka negeri kau sbb tak maju"... kalau cakap macam tu kat zyla meh zyla jwab.. " kenapa? selangor dah habis maju ke? air dah bersih ke".. see... zyla pun boleh sindir! tapi akal ni ada... buat apa nak sindir?? selalu tau zyla hadapi masalah kat sini.. tapi zyla tak complain pun,tak merungut pon.. sbb bagi zyla setiap negeri, tempat dan orang ada kekurangan masing-masing.. jadi kita kenalah terima kan? kalau tak nak belajar negeri orang p pindah balik kat negeri sendiri. bukan selangor banyak IPT ke? 


bukan nak puji SARAWAK... tapi cuba awak sendiri lihat wahai tuan punya blog... sekarang awak duduk negeri yang lambat 5 tahun moden dari semenanjung Malaysia. bandar kuching, bandar BDC, KOTA  SAMARAHAN  tu tak cukup membangun lagi macam kat SELANGOR.. tapi awak bertuah sebenarnya sebab kat sana awak tak jumpa orang asing! mereka walaupun kaum Iban, Melanau, Cina, Bidayuh.. tapi mereka masih  masyarakat awak! tapi kat negeri awak?? berlambaknya warga yang pelik2.. saya tahu tempat awak lubuk rezeki bagi warga asing.. dan kalau tanya awk sendiri pun.. awa rasa selamat ke? tak kan???  saya bukan nak cakap SARAWAK tu selamat tapi bersyukurlah sebab awak masih boleh belajar dengan tenang kat sana. boleh belajar dalam keadaan yang aman.. kalau ada masalah air boleh komplain kat saya! 


Monday, October 31, 2011

nakal~~

assalammualaikum,

tadi dah bertungkus lumus hafal dan faham formula. so nak rehat jap boleh? ngee~~.. tak delah. sebenar zyla ambik kesempatan nak online bila rumate zyla buat kerja nakal tadi..hehe.. sempat pulak kteorang nak buat hal kan? nak tahu apa??

semester ini zyla duduk tingkat tiga.. bilik zyla menghadap blok yang lain dan antara tengah-tengah tu ada cafe.. macam mana nak bagi korang dapat imagine ek.. senang je, antara dua blok tu dan lepas tu tengah-tengah ada cafe dan surau. jadi masa tengah-tengah final ne. aceh!! padahal hari ni  final baru nak mula.. sambung balik, memanglah ramai yang study sama-sama kan??? tak kisahlah laki perempuan dan kat mana. asal ada meja jadi je revision kan??

yang bestnya, rumate zyla, si Fyra.. boleh jerit kat bawah dengan  buat suara garau... 

" KAMOO NAMPAK STRESS"

hahahaha!!! memang benda yang memang zyla tak sangka! apa lagi yang dua orang ni pun ikut join.. zyla?? tak larat weh!! tapi lawak... pastu si Fyra, Qila dan Adik ni pakat nak jerit sama-sama kat orang bawah tu.. haha.. entah diorang mesti tercari-cari suara sapalah tu.. kalau zyla kat bawah tu mesti zyla dah seram dah.. mana tak nya blok kteorang ni mana ada orang. tingkat kteorang ni 2 bilik je yang ada lampu.. maksudnya kteorang ke yang ada.. tingkat bawah. 2,3 bilik je yang ada... haha.. so tekalah siapa yang buat hal tadi.. betol2 nakallah diorang ni.

zyla pun bukanlah budak yang baik .. memang nakal pun sebenarnya.. apapun lepas ni mesti rindukan mereka..

apakah motif gambar ini??

nilah budak nakal namanye..

salah siapa?

assalammualaikum...




AYU:  Ana, aku baca yang kau tulis tadi? asal sedih sangat weh? menangis aku dibuatnya. 

ANA: aku memang tengah sedih pun. ko janganlah ikut sedih jugak. tulah asal baca apa aku tulis?

AYU: dah kau tulis untuk orang baca aku bacalah.

ANA: Laa... aku tak heboh pun.. nanti tak payah baca..

AYU: memanglah kau tak heboh.. tapi entri kau heboh kat dashboard blogger lain.

ANA: maksudnya.#$%^&*????


konklusinya... apabila seseorang menulis dan kita membacanya, ibarat kita membaca kisah hati dia. jika menangis kerana apa yang ditulis olehnya seharusnya kita bersyukur kerana tidak diuji sepertinya. 

tulisan zyla dapat menyentuh hati??

assalammualaikum...










pagi-pagi lagi zyla dah tengok Sakura ini. zyla selalunya akan baca balik entri yang zyla tulis dan tengok kalau-kalaua ada komen kat situ. alhamdulillah sekarang ni setiap entri zyla tak pernah kosong dengan komen. 

sejak akhir-akhir ini zyla perasan setiap apa yang zyla tulis tu kadang-kadang menyentuh perasaan orang lain. adakala apa yang zyla tulis mengingtkan diri mereka tentang sesuatu dan masa silam, ada pulak yang baru terfikir tentang apa yang zyla katakan. 

zyla memang suka berkongsi dan tak kisah berkongsi. apa jua yang zyla tulis dalam blog, semuanya datang dari hati zyla. dari kehidupan sebenar zyla. zyla tahu kalau kita menulis tapi kita berbohong apa yang kita tulis tak kan lekat  di hati orang. 

Zyla tak promote blog ini suruh orang baca.. sebab malu. entah apa yang merapu tetiba ada orang suruh orang baca. biar mereka baca sendiri. seperti zyla jugak, banyak entri yang zyla baca stiap hari. banyak perkara yang zyla jumpa setiap hari . dan banyak benda yang blogger tulis membuatkan zyla belajar erti kehidupan ni. terima kasih blogger sekalian.

lagi-lagi dengan suasana blog yang zyla sengaja pilih tema romantik kali ini. zyla nak orang masuk kat sini dan raa tenang. carilaha apa yang korang nak. mana tahu ada kan?

zyla akui penulisan tak sebaik mana tapi sekarang ni tengah memperbaiki supaya menjadi lebih baik. Insya Allah. 

kalau siapa nak tahu kenapa zyla pilih lagu TANPAMU.. sbb selama ini itulah situasi zyla. zyla kat sini tanpa mak ayah, adik-adik dan orang yang zyla sayang. 



Sunday, October 30, 2011

ketentuan Ilahi.

assalammualaikum..

hari ini zyla baru tahu pak cik zyla, abg kepada mak zyla sedang sakit di hospital dan zyla harap mak zyla tahu. sebelum zyla mulakan lebih lanjut zyla nak bagitau sesuatu. zyla didik supaya tidak masuk campur urusan orang tua. mak selalu kata. kteorang yang masih mudah dan sepupu ni tak payah nak terpengaruh dengan hal orang-orang tua. takut nanti melarat dan kami putus persaudaraan. walaupun berjauhan macam ni zyla tak pernah lupa kat semua saudara, mak cik, pak cik, nenek , atok dan semua ahli keluarga zyla. dan hakikat yang sebenarnya, zyla rindukan mereka.

Beberapa minggu yang lalu, zyla mimpi Pak cik Mawi zyla peluk zyla. tapi zyla tak bagitau sesiapa, walaupun kat mak. zyla diamkan aje. zyla anggap mainan tidur. nak tahu sesuatu? zyla sangat rindukan pak cik zyla tu. antara banyak-banyak pak cik zyla dialah yang paling zyla sayang sebenarnya. sbb dia paling suka bercerita, memberi sokongan dan motivasi diri zyla.

tapi beberapa bulan yang lalu, zyla tak tahu apa yang jadi antara mak zyla dan mereka. apapun, zyla tak masuk campur. 

sejak sambung belajar kat sini pun zyla tak hubungi pak cik lagi. zyla tak tahu macam mana nak hubungi dia. tak tahu apa akan jadi kalau zyla hubungi dia. tapi setiap hari zyla tak pernah berhenti untuk berdoa supaya pak cik zyla sentiasa sihat dan sembuh.

Pak cik zyla menghidap cancer. masa mula-mula zyla tahu berita ni dulu.. zyla tahu apa penghujungnya. tapi kuasa Allah, pak cik zyla bertahan sampai sekarang. masa lepas SPM pon zyla selalu jumpa dia. berbual dan berbicara apa saja. dan kalau nak tahu, dialah yang ajar zyla drive kereta ford ayah masa zyla umur 13 tahun!. 

zyla berharap semua ahli keluarga akan bersabar dan berdoa untuk kesudahan yang terbaik. apapun yang bakal terjadi, semuanya adalah ketentuan Allah SWT. 

Cik Mawi,
kmk rindu ktk.




zyla tak simpan gambar pak cik zyla,
sebab semuanya ada kat rumah,
tapi kenangan zyla dan dia,
sentiasa ada dalam hati zyla.



Blogger Coretan Anak Penoreh :)

assalammualaikum..

sedang zyla dok usha dashboard tadi, zyla singgah kat blog Cik Yuyu Zulaikha kita ini. blog ni pun zyla jadi silent  reader je. Bila zyla tengok cik Yuyu ni, baru zyla perasaan dia ada share feed blogger lain jugak. zyla pun try tengok bogger ini sebab cik yuyu siap letak statement kat situ, semua entri blogger tu dia baca. jom kita teroka apa keistimewaan blogger ini.




nak tahu siapa pemiliknya... nama dia Khairil Adri. Confrmlah pemilik blog ini seorang lelaki. dah terang-terang nama dia Khairil. cuma yang buat zyla terkesima.. nama hujung dia Adri.. nama tu zyla pernah jumpa dalam novel Cinta Mekar Di Hati.

sikit je yang zyla nak cakap tentang blog ni.Dia ni mula berblog sejak June yang lepas. zyla baru baca satu entri je. its oky kalau dia nak berkongsi denga orang tapi zyla tak pulak tengok dia reply comment kat entri dia. mungkin ada sebab kot sbb setahu zyla, sesetengah lelaki ini jarang nak bagi respons kalau orang nak ambik berat. 

Dia asal dari Bayan Lepas. tak tahu berapa umur dia, tapi kat profile, dia student college. Entri dia pun tak banyak mana. semua yang dia tulis ringkas dan tak serabut. kalau nak tahu lebih lanjut korang terjah sendiri. bagi zyla, blog dia satu dalam seratus. kalau blogger lelaki  yang lain semua nak tunjuk hebat masing-masing, tapi dia tak sama langsung. 


suasana baru, lagu baru.

assalammualaikum....

selamat pagi Malaysia.. apa khabar korang hari ini. baru pukul 8.51 pagi, berapa orang dah bangu setakat ini?? kalau tany kat bilik zyla.. zyla sorang je yang baru bangun.. sbb tu bebas nak online.. dan pagi ini bangun je terus on lappy, sbb nak ubah templates, background blog ni.. yang biru tu nampak macam tak matured dan tak best~~.sbb masa tu zyla tak ada idea.. sekarang ini oky dah.

lagu~oh~lagu.. kenapa nak letak lagu pulak dalam blog?? sedangkan dulu tak nak.. sbb zyla sukeee lagu ni. dah tiap-tiap pagi dengar dan why not letak dalam blog kan? tapi masalahnya orang tak oleh nak off kalau korang tak suka dengar atau tak nak dengar lagu masa buat blogwalking.. sorry guys! nanti bila zyla dah jumpa gadget music box yang boleh korang off, zyla tukar k.

sekarang ni zyla sedang tenangkan diri. sbab tu nak tukar-tukar background blog.. jiwa kacaulah... tak tahu apa yang zyla fikir dan rasa. tapi bila tengok gambar dak encem hantar semalam.. zyla dilanda RINDU~~~~.. aish!!! mood gatai dah mai dah..

hope bacground dan segala macam yang ada kat blog zyla akan berkekalan. blogslist pun zyla dah tetapkan hanya ada satu je. nak ubah. rasanya mybe ada yang zyla buang nanti kot. tapi blog abg ben, abg ujang dan kak sunah zyla takkan buang... blog wajib baca tu.

lagi satu zyla nak buat satu lagi blogslist yang memang zyla kerap kunjungi.. senanglah.. nak baca blog diorang semua dah ada kat sidebar.. bila nak bua? bila zyla dah settlekan 3 paper nanti k.

tambahan:

thanks utk kak Mera sebab bagi zyla link gagdet lagu yang boleh stop.. sepatutnya zyla buat entri bila dah habis edit blog.. gelojoh punya pasal lah ni.. oky, sekarang ni blog dah ada bunga ros yang zyla import dari SINI. kalau ada yang nak letak jugak pon boleh.

shoutmix zyla pun zyla dah kemaskan letak kat tepi. taklah menyemak sangat. ada jugak beberapa gadget yang tak penting zyla dah buang. macam Facebook Badge tadi pun zyla dah delete, cuma tinggal utk page zyla je.

tadi pening jugak cari code utk lagu ni.. rupanya ada kat bawah, bila dah letak dalam blog tak tahu nak letak kat mana. kalau letak kat bawah sekali, jenuh pulak orang nak scroll kat bawah semata-mata nak off lagu tu kasi diam.. so zyla pun terfikir semua gadget kita boleh ubah besar kecik dia..
jadi zyla pun ubah supaya boleh letak kat sidebar. kepada pembaca kalau nak off lagu tu.. silakan..<<<<<<
..

puas hati dengan blog zyla nak mandi dah.. tak mandi lagi ni sebenarnya.. ngee~~.. nanti bolehlah update blog dengan senang hati seba dah oky dan sweet je dengan bunga-bunga yang jatuh dari hati zyla.. cewah..


kadang-kadang zyla rindu jugak dengan background blog yang lama. tapi apakah daya, hati tengah berubah, blog pun kene ubahlah kn..







Friday, October 28, 2011

kerana aku masih menghormati kamu wahai sahabat.

assalammualaikum...










sekarang ni zyla dah ada kat bilik sendiri. keseorang. dan zyla berasa amat tenang!. yelah, macam mana pun kita nak study kat bilik orang tak sesedap kita study kat bilik sendiri. 

zyla nak buat pengakuan boleh... " ZYLA NI SEBENARNYA SEORANG INSAN YANG MUDAH TERASA, CENGENG DAN MANJA MENGADA-NGADA!'. 

hakikat ini mak zyla dah lama tahu.. ngee~~ cuma sejak dah besar ini zyla lebih suka memendam rasa dan ambik mudah je. betollah apa orang selalu kata kat zyla.. 

" sampai bila kau nak sabar"

tapi zyla nak je jawab...

"macam mana aku nak jawab soalan kau kalau kau sendiri yang buat aku terasa"

nak luah kat mana? kat blog ni jelah.. nak baca, kau bacalah.. tak nak.. aku tak suruh pon.. aku tak pernah pon nak suh kau baca apa yang aku tulis selama ini dan aku memang tak pernah paksa orang baca apa yang aku tulis melainkan apa yang aku tulis tu adalah untuk kesedaran dan ingatan bersama. 

rasanya cuti semester nanti pon zyla akan diuji lagi agaknya.. mak aaiii!!!!!! last sem dah kene, sem ni kene jugak ke?? kalau mcm ni... nanti kalau nak ambik degree sambung kat Sarawak jelah... BOLEH??? 


zyla nak MENANGIS!!!! tapi tak leh.. sebab hati ni masih kuat!! ahh!! hati ini asal tahan sangat?????

tulah masalah zyla sekarang suka nak pendam sendiri. sebabnya zyla malas nak buat banyak sangat masalah. kalau selalu touching ni... hmm.. nanti jawabnya tak ada orang nak kawan.. so jangan manja sangat!

tapi kan semacam tak adil bila zyla je yang nak kene faham orang... orang tak faham zyla pon!... tapi tak apa sebab kalau merajuk macam mana pon zyla boleh pujuk sendiri... 

zyla tak tahulah kenapa zyla boleh jadi macam ni. yang pastinya zyla memang KUAT! hah.. dan zyla tahu tak ada yang boleh jadi macam zyla.. perit pon zyla sanggup telan...


bersaing sihat.

assalammualaikum...

hari ni hari jumaat rupanya.. ingatkan hari ini hari Khamis.. tapi rupanya Jumaat sudah... selasa dan rabu minggu depan dah start final... ayoyo... im not really do my revision well.. hm.. so kene susun strategi yang baik ni.. lappy kene kuranglah nampaknya.. sbb zyla ni tak leh nak tengok lappy.. semacamada je idea nak update blog.. masa revision week dan saat genting macam ni pulak banyak idea nak publish entri. 

berbalik kepada tajuk entri zyla hari ini. actually zyla tengah terasa ni. memang dah jadi tabiat zyla sejak form 4 lagi.. pagi2 awal memang kene buka buku dan malam tidur awal. zyla nak pastikan zyla dapat rehat yang cukup. bukan malas tapi kesihatan zyla ni bukanlah ditahap yang normal sangat. so kenelah seimbangakan study dan belajar. tapi tak kanlah benda ni nak heboh dengan kawan kan? so diam jelah. biarlah depa nak kutuk apa.. janji tak sakit atau pengsan. kang pengsan kalau paksa belajar, susahkan sapa? diorang jugak kan? 


zyla hairanlah nape nak gelabah bila tengok zyla dah belek buku??? aik.. relaks laa... tahu kan zyla ni bukannya serius sangat bila revision.. hurm.. apalah orang mcm ni.. bertenang. zyla tak bersaing pun sejak kai pertama jejak kaki kat sini. zyla tak cemburu pun kalau ada kawan-kawan yang dekan. mungkin ni masa korang mana tau bila2 masa zyla kan?

untuk pengetahuan zyla dah buat perancangan untuk masa depan zyla. dan kat kolej zyla hanya melengkapkan diri je.. kat luar nanti baru zyla asah lagi kemahiran zyla dalam bidang akaun ni. 

terus terang zyla katakan.. bila kita banyak membaca buku motivasi baru kita tahu apa yang perlu dan apa yang tak perlu. bagaimana nak kawal perasaan dan situasi kita. sebab tu walau apa jua keadaan zyla sentiasa cool je.. but im not that fool!

terpulanglah kalau nak gelabah kali ini. sebab zyla tak leh mengalah lagi... kali ni biar kita bertarung.. apa mcm?? dan kalau nak tahu sebenarnya zyla bimbang dengan penyakit lupa zyla ni.. hurm. macam mana nak buat??? sbb tu zyla kene struggle lebih kali ini. 

apapun yang zyla buat nak buktikan dengan adik-adik kak long tak pernah menyerah dan sentiasa bakar semangat korang untuk belajar wahai buah hatiku! zyla tahu makin gigih zyla menuju ke puncak adik-adik zyla pun akan ikut sama dan masing-masing tak akan menyerah.. nak jugak genggam kejayaan masing-masing. itulah matlamat zyla yang sebenar. bukan nak tu tunjuk lagak..



tak perlu kot kalau nak study macam ni..

dan buat sahabat seperjuangan,

usah takut dengan aku,
sebab aku tak pernah takut dengan korang.

tapi kenapa nak takut dengan aku?
sedangkan aku tak tahu kenapa kau takut dengan aku?

ataupun korang sebenarnya tahu,
senjata sebenar aku??

apapun,
aku tak bersaing dengan korang,
semua yang aku usahakan,
untuk aku tunjuk kepada adik-adik ,
supaya mereka tak pernah berhenti berusaha!




Thursday, October 27, 2011

baik-baik boleh kan?

assalammualaikum...

yeah! sekali lagi zyla menaip entri.. rasanya dalam minggu ni hari nilah zyla publish 3 entri. harap ini yang terakhir.gile beb! jap lagi nak belek-belek buku, nak cari apa bendo nak ditanya dengan lecturer esok. 

zyla nak tanya pendapat korang, kalau korang dengan kawan baik korang, kiranya yang paling rapat dengan korang, biasanya korang akan panggil dia dengan nama yang macam mana?? "kau", "wei", dan macam-macam lagilah. tapi yang zyla pasti memang gempaklah kan. nama pun dh dengan kawan baik kan. tak kan nak ambik hati.

tadi masa zyla pergi isi air, zyla dengar sorang minah ni tengah hallo2 dengan kawan dia, lelaki tak silap, bukan zyla yang pasang telinga dah dia memang dekat sangat dengan zyla, rezeki zyla lah nak dengar perbualan diorang. yang tak boleh blah dan buat zyla rasa nak terkentut ialah.. dia boleh cakap macam ni..

" ni akulah.. kau ni dah bahagia sekarang terus lupa aku, Babilah kau, bodohlah kau"

amboi! masa tu aish! zyla ingat satu je, hal kau kau punya pasal, hal aku aku punya hallah!.. kalau lah budak 
tu kawan zyla atau junior yang zyla kenal memang zyla dah azan Subuh dan kat telinga dia. bukan nak tunjuk baiklah, bukan nak cakap... " wei! aku baik siak!!! jadikan aku contoh" bukan macam tu.. tapi sebab zyla faham dan amalkan etika kita dalam bersahabat ini. weh! manusia tu, hormatlah, yang pergi panggil BABI tu buat apa?????? mak bapak hang dah terlebih ajar ke hang yang tak makan ajar?? aish!!! kuang ajo!

bagi zyla orang yang macam ni memang tak ada tamadun. wahai manusia! dahlah kita ni ilmu pun masih rendah lagi janganlah makin rendahkan maruah diri kita dengan sifat-sifat yang tak sepatutnya. At least ada juga yang hormat kat kita. dan kene ingat sebelum nak orang hormat kat kita, kita yang hormat dengan orang dulu.. tak kanlah bende simple ni pon nak kene tegur ? nak kene ajar? jangan berlagak sangatlah, jangan berani sangat panggil orang dengan nama macam tu? nanti tak ada orang nak kawan tau! nak dekat pon diorang takot!


apalah nak jadi sekarang ni??? hope adik-adik zyla tak macam ni dengan kawan-kawan.. kalau tak nak kene jugak tuh!


Upin dan Ipin ini pon tau macam mana nak respect orang takkanlah awak yang dah masuk IPT ni pon tak leh fikir dengan lebih baik? dah tahu kita ni memang tak baik, memang tak pandai.. jagalah etika diri elok-elok ada juga orang nak respect dan pandang tinggi kat kita tau! tak payan nak moden sangat.. cukup teknologi je moden..






sakura..

                                                         assalammualaikum.

menulis lagi zyla petang ni.. baru lepas delete Ubs file program dalam lappy ni. mak aii! terkejut zyla dibuatnya.. contain dalam satu file tu ada lebih 2000++ benda .. huh.. patutlah lappy ni lambat semacam. padahal tak banyak sangat pun benda dalam ni. semalam dah delete gambar-gambar yang tak berfaedah.. so hope lepas ni lappy ni akan oky, nanti tahun depan dah cukup duit zyla hantar pergi ACER Center k cayang.. aloalo.. kenelah sayang kat lappy, duit ayah ni.. hehe.. yang sodehnya speaker lappy zyla pun turut sama rosak.aish.. baru je lagi lappy ni.. Bulan Mac zyla dapat tapi sekarang dah rosak speaker. tadi ada virus detection, nak kene format apa.. hurm. nantilah hantar Acer Centre tu. memanglah ada warranty tapi tak kanlah nak pos balik srawak??? poning2.. Sony zyla pun mcm sakit je.. aish! kalau dua2 nak minta tukar ni, tambah tolak duit Mara dan gaji nanti, bahagi darab dengan yuran pendaftaran, beli itu ini, topup,baju + tudung, barang keperluan lain.. gluuppp!!!! memang CIMB atau BSN zyla tu kosong lagilah! duit oh duit~~~..($_$)

dahlah next sem ada bahasa Arab.. tak pasal-pasal nanti nak kene buat video.. kalau nak buat video nak guna apa?? guna Handphone?? kene campak jelah video tu nanti. sebab tulah zyla plan nak beli jugak satu camera. sebenarnya memang hajat dari dulu. tapi tak habak kat ayah lagi.. hehe.. nak beli kat Low Yatt tu, memanglah barang kat situ murah, tapi berbaloi ke beli kalau tak lama pakai terus rosak? Murah tu memang tak berbaloi. baget nak rm300++ okylah ni.. 

zyla adalah usha satu freelancer ni.. sebagai jurutaip. tapi nak kene ada broadband.. hurm. masalahnya sekarang.. kat rumah adelah. kalau kat kolej zyla harapkan wifi yang macam tak berapa ikhlas nak ada je ni. kalau mintak mak kirim, agak-agak mak nak tak??? hehe.. memanglah dia nak.. tulah ayah cakap.. elaun Mara memang tak cukup ye along?? huh.

zyla pon berharap sangat kerajaan tak janji kosong dan HEP kolej zyla reti nak buat kerja.opss!! i terkutuk bende kenyataan ini.. pasal bouncer buku sebanyak RM200 tu.. ringan sikit beban nanti. boleh jugak zyla ajak kawan zyla Fazila tu.. alahai nama sama je.. orang panggil pun Zila jugak.. nak ajak dia ronda2 kota KL yang sibuk tu.. ngeee~~~.. tak pernah jumpa pon sebenarnya. tapi serdang dan Bangi taklah jauh mana pon.
fikir duit je zyla ni kan?? of courselah.. nama pon student Account( tak bangga bagitau je) kenelah fikir dan kira duit sendiri dulu sebelum kita fikir dan kira duit orang lain. tahun depan dah 20 tahun tak kan nak tadah tangan nak mintak kat ayah lagi kan?? lagi satu, zyla nak nanti adik-adik zyla ikut cara zyla. tamoo nak susahkan mak ayah bila dah ada keupayaan untuk mencari duit sendiri. haa.. ni namanya mendidik adik dalam diam. biar adik-adik tengok kak long bersusah payah dan usaha macam mana, kalau menjadi, diorang pun akan confident utk ikut sama... " kak long boleh adik lagi boleh".


tahun depan pulak adik zyla Fahim tu nak masuk IPT .. aish! abg hensem zyla ni nak ambik bidang astronomi... bangga nie!!(@_@).. memanglah ada pusat astronomi area bangi ni. hope dia dapat kat situ.. blh jugak jumpa.. sebab nanti lepas SPM dia pergi PLKN.. n tahun depan jugak adik zyla syafiq nak SPM.. nadia n Fiqri masih boleh rilex2 lagi kat rumah..





ni gambar adik-adik zyla,
tak mengikut urutan hehe..
biasalah masih comot2 lagi,
nanti semua dah besar
pergh! 
baru benar2 menyerlah. 




dan perkara terakhir zyla nak fikir adalah blog... setakat ni.. komen lebih banyak dari entri.. (^_^). suke!
tapi korang tengoklah pulak environment blog zyla ni. background , templates, hurm.. hampeh kan? nak buat macam mana ek?? at least biarlah menarik sikit.. ni zyla pon tak tau lah nak komen macam mana. segan pun ada sebenarnya bila orang masuk dalam blog zyla ni. macam tak ada apa-apa. zyla dah insaf nak letak lagu dalam blog.. macam menyemak je.. nak letak gadget lain kang berat pulak blog ni.. loading lama sangat, bukan takut orang yang tak sabar nak tunggu tapi zyla sendiri. pasal follower.. alhamdulillah hari ini denap 260... siapa dia..





nak tau sape Azie ni??
buah hati si Adam Azman

rasanyaa dulu zyla pernah jumpa blog ni masa buat blogwalking tapi nape tak follow masa tu?? zyla dah lupa dah.

apapun kalau baca entri dia best gak.. haha.. nerd rupanya.. opss!! biasalah seorang doktor..
yang zyla ni bakal kira duit macam ner lak??
relaks sudaa.

berbalik kepada topik.. zyla tahu follower akan menaik kalau kita selalu ikut segmen.. hah! terutamanya kalau segmen tukar-tukar link tu. tapi kalau korang nak tau hakikat yang sebenarnya... lepas join segmen tu mesti zyla dah tak ambik port dah.. tau2 ada yang tinggalakan link.. zyla terus follow je..belum lagi zyla nak cari blogger dari segmen yang sama. sebab sebenarnya zyla LUPA!!!! silakan kalau rasa nak cekik zyla.

apapun, zyla berharap nanti penulisan zyla semakin matang. wah! berangan lebih. sebab zyla nak zyla menulis orang baca dan mereka boleh fikir apa yang zyla tulis.. tapi pesan ayah akan tetap tersemant di jiwa.. fokus study dan kalau tak ada idea.. mak ada.. so hallo2 je dia.. sepatutnya kan.. mak zylalah yang patut ada blog sbb dia lebih banyak idea dari zyla. heee.. 



apa dah jadi????

assalammualaikum..

zyla baru je belek-belek FB tadi... memanglah FB sekarang ni banyak share benda-benda dari yang bermanfaat sampailah yang tak  bermanfaat langsung! zyla malas nak update status kat FB lebih baik kat sini. at least kalau yang baca lebih berfikiran luas. kalau kat FB setakat like dan gelak kosong je. buat hampeh je!

mood zyla sekarang memang tengah tahap MARAH! TAK SUKA! 

nak tau apa benda yang buat zyla tiba-tiba hangin???? sebabnya video YOUTUBE (INI). Korang click la kat link tu.. 

kita semua tahu kan lagu Cinta Muka Buku , Najwa Latif tu memang tengah hot sekarang. tapi zyla langsung tak faham kenapa ada nak olah lagu, video dan imej sebenar lagu tu menjadi sesuatu yang lawak bagi orang lain tapi bagi zyla perkara macam ni menjatuhkan lagu dan jugak Najwa Latif. bukanlah nak backing Najwa, tapi kesian kan dengan dia. 

Inilah rakyat Malaysia yang sebenarnya.. sibuk marah sebab masyarakat lain tak sokong hasil seni tempatan, tapi apa diorang sendiri dah buat dengan kualiti seni tanah air?? sebab kan ni. jadi alasan kenapa nak sokong  
artis luar negara pulak! ah! bagus sangatlah tu.. korang sedap kutuk kualiti tempatan dan sanjung kualiti luar. dah korang sendiri yang tak sokong, mana korang nampak Malaysia punya kualiti?? lu fikir aa sendiri bai.. mana betul mana salah.

sepatutnya masyarakat Malaysia ini bersyukur dengan apa yang ada. at least negara kita ni walaupun banyak kekurangan tapi still stabil dan selamat. kualiti seni kat negara kita ni memanglah tak baik sangat tapi kalau kita sendiri terus sokong dan lihat dari segi positive kan itu lebih baik???


satu lagi, macam stesen radio... nanti dok sibuk laungkan slogan " SOKONG ARTIS TEMPATAN" .. tapi lagu yang paling banyak diputarkan kat radio... K-POP dan  jugak lahu INDON... 


memang zyla bukanlah orang yang ada ilmu dalam bidang seni ni.. memang zyla masih mentah lagi. tapi zyla dah boleh fikir, apa, kenapa, bagaimana dan apakah yang perlu dan tak perlu. 

zyla mintak sangat.. generasi sekarang jangan nak buat lawak banyak sangat.. buat video yang tak berfaedah.. weh! korang dah tak ada kerja ke??? dah sesak sangat ke masa bosan korang tu??  tak semua kita boleh buat jadi lawak..

paling zyla hot dalam video tu sebab lelaki tu pakai tudung.. aish! tengah hari tadi masa nak odw zyla pergi beli makanan zyla terserempak dengan minah yang mimpi nak jadi mamat rempit.. aduh! Dunia, sudah di penghujung sangat ke?? 

cubalah ikut alur yang betul, jalan yang lurus dan kalau nak buat sesuatu tu fikir dulu.. ingat buat video lawak ini banyak orang hargai sangat ke?? Banyak yang kata...@#$%&**( lah video ini adalah. 

apa nak jadi pada masa depan zyla tak tahu.. akan tercapaikan Wawasan 2020 dan mampukah slogan 1 Malaysia tu berjaya menyatupadukan masyarakat???  

bukan yang sempurna diharapkan tetap seboleh-bolehnya kita jadikan ianya sempurna.! 

rupanya pelangi.




pic ini zyla dah share kat FB..

ada jugak zyla share dengan kawan-kawan,

zyla suka sangat dengan kenyataan ini,

konklusinya bagi zyla,

apapun yang berlaku dalam kehidupan kita,

semuanya adalah dugaan daripada Allah SWT,

apa yang hilang dari hidup kita 

akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik.


Tuesday, October 25, 2011

cerita hujan.

assalammualaikum....



zyla sewaktu berusia 5 tahun...


zyla: kenapa hujan turun? Allah menangis ke? siapa yang buat Allah menangis? Kilat? Alah marah ke?


apabila sudah ke sekolah, mengenal apa itu kejadian alam semester..

zyla: rupanya hujan bukan sebab Allah menangis, tapi hujan adalah rahmat. suburkan tanaman, basahkan
        bumi yang kering.. kilat, bukan sebab Allah marah.. tapi itu sumber tenaga.





suasana hujan di hostle KPTM Bangi.