wahai sahabat-sahabat sekalian,
cuma sedikit sahaja yang zyla ingin katakan hari ini,
biar apapun yang terjadi kepada kita,
biar pahit rasa yang kita perlu telan ,
percayalah pada janji Allah kepada setiap hambaNya yang mampu bersabar,
Sesungguhnya kita HambaNya dilahirkan didunia ini hanya untuk diuji,
setiap kesusahan dan kepayahan itu terselindung seribu satu hikmah yang tidak ternilai,
zyla akui,
kadang kala zyla hampir-hampir rapuh bila diuji,
tapi Allah Maha Besar lagi Maha Penyayang,
Dia Kuatkan hati zyla,
Syaitan yang sedang berbisik di telinga pun ,
hati zyla tak tergerak nak ikut,
kerana takut nanti Allah akan tarik balik semua hikmah yang Dia bakal kurniakan buat kita,
Ingatlah wahai sahabat semua,
Syaitan itu akan sentiasa membisikkan segala macam tipu helah,
sehingga kita terikut-ikut dan lali,
ketahuilah bahawa setiap tipu daya syaitan itu membawa padah,
Bersabarlah sentiasa,
Percaya kepada pencipta kita,
berdoalah walau kita berada dimana,
sesungguhnya Allah Maha Pendengar,
Dia menguji kita kerana Dia tahu dan yakin, kita tabah untuk di uji,
1 comment:
sabar itu kekuatan pada kita, disamping doa pada-Nya.. inshaallah. salam kenal.. free2 jmput singgah blog sy.
Post a Comment