assalammualaikum...
petang-petang ni sambil menikmati roti sosej yang sedap lagi lembut zyla nak cerita pasal sabar..mula-mula sekali zyla nak cakap.. sabar ni ada dua jenis.. satu sabar dalam menghadapi masalah dan satu lagi sabar dalam menghadapi keadaan. kalau korang ada sabar yang lain tu tak apalah..
sejak kebelakangan ni zyla syik berjumpa dengan hamba-hamba Allah yang tak kenal apa erti sabar dan bertolak ansur. kenapa ya? oky memang betul sesetengah orang ada menasihati zyla.. bila seseorang tu dalam keadaan penat dan letih, otak dia tak boleh nak fikir panjang dan secara automatik perasaan marah dan tak sabar akan muncul kalau dia tak sabar dalam menunggu sesuatu. contoh paling senang, masa kita nak bayar barang. Bukan salah cashier kalau dia lambat, ingat senang ke nak jadi cashier? lagi-lagi kalau ada customer yang banyak songeh. last minute nak tukar baranglah. ingat boleh cancle macam tu je ke?? dan yang tak boleh tahan kalau ada yang sampai marah-marah. terus terang zyla langsung tak selesa dengan situasi macam ni. Ingat dia sorang je ke yang tahu marah, yang penat??? kalau orang ain pun boleh sabar kenapa tak kita? walaupun penat macam mana pun kita, kalau rasa tak boleh tunggu lama bila nak membayar, atau tak dapat cai barang yang kita nak.. baik balik rumah dulu dan berehat.lepas dah rehat , badan dah segar dan mood dah elok barulah keluar untuk beli barang. kenapa?? ada yang nak cakap kan dah jadi dua kali kerja??? cubalah fikir baik-baik.. adakah apa yang zyla cakap ni betul ke tak?
dan satu lagi, zyla tak tahu kenapa zyla menjadi semakin tak suka kalau ada yang tak faham erti nak ucap terima kasih. yang seronoknya, orang yang beri pertolongan orang tu pulak yang ucap terima kasih. adakah betul? walaupun kita tak kenal at least kita tetap ucap terima kasih dan maaf kalau tersilap.
zyla pun bukanlah golongan manusia yang sempurna. tapi kenapa kalau zyla yang masih berusia 19 tahun ni kenal erti sabar walaupun badan penat dan otak berserabut kenapa orang lain tak boleh?? kenapa nak jejaskan mood orang lain jugak?? kenapa?
tak ada jawapan bagi soalan tu.apapun zyla berharap selepas ni zyla tak akan jumpa dengan manusia-manusia yang macam ni. penat dah! dan yang lagi satu, untuk seseorang yang sedang meniru zyla.. kalau kau nak ikut aku yang kuno ni, memang aku kesian dengan kau. ada orang suka dan terima cara aku kerana bagi mereka aku amat menyenangkan dan masih ada yang tdak menyukai dan tak dapat terima cara aku sebab mereka rasa aku terlalu rumit dan banyak songeh. jadilah diri sendiri jangan jadi diri aku.
No comments:
Post a Comment