Thursday, October 27, 2011

apa dah jadi????

assalammualaikum..

zyla baru je belek-belek FB tadi... memanglah FB sekarang ni banyak share benda-benda dari yang bermanfaat sampailah yang tak  bermanfaat langsung! zyla malas nak update status kat FB lebih baik kat sini. at least kalau yang baca lebih berfikiran luas. kalau kat FB setakat like dan gelak kosong je. buat hampeh je!

mood zyla sekarang memang tengah tahap MARAH! TAK SUKA! 

nak tau apa benda yang buat zyla tiba-tiba hangin???? sebabnya video YOUTUBE (INI). Korang click la kat link tu.. 

kita semua tahu kan lagu Cinta Muka Buku , Najwa Latif tu memang tengah hot sekarang. tapi zyla langsung tak faham kenapa ada nak olah lagu, video dan imej sebenar lagu tu menjadi sesuatu yang lawak bagi orang lain tapi bagi zyla perkara macam ni menjatuhkan lagu dan jugak Najwa Latif. bukanlah nak backing Najwa, tapi kesian kan dengan dia. 

Inilah rakyat Malaysia yang sebenarnya.. sibuk marah sebab masyarakat lain tak sokong hasil seni tempatan, tapi apa diorang sendiri dah buat dengan kualiti seni tanah air?? sebab kan ni. jadi alasan kenapa nak sokong  
artis luar negara pulak! ah! bagus sangatlah tu.. korang sedap kutuk kualiti tempatan dan sanjung kualiti luar. dah korang sendiri yang tak sokong, mana korang nampak Malaysia punya kualiti?? lu fikir aa sendiri bai.. mana betul mana salah.

sepatutnya masyarakat Malaysia ini bersyukur dengan apa yang ada. at least negara kita ni walaupun banyak kekurangan tapi still stabil dan selamat. kualiti seni kat negara kita ni memanglah tak baik sangat tapi kalau kita sendiri terus sokong dan lihat dari segi positive kan itu lebih baik???


satu lagi, macam stesen radio... nanti dok sibuk laungkan slogan " SOKONG ARTIS TEMPATAN" .. tapi lagu yang paling banyak diputarkan kat radio... K-POP dan  jugak lahu INDON... 


memang zyla bukanlah orang yang ada ilmu dalam bidang seni ni.. memang zyla masih mentah lagi. tapi zyla dah boleh fikir, apa, kenapa, bagaimana dan apakah yang perlu dan tak perlu. 

zyla mintak sangat.. generasi sekarang jangan nak buat lawak banyak sangat.. buat video yang tak berfaedah.. weh! korang dah tak ada kerja ke??? dah sesak sangat ke masa bosan korang tu??  tak semua kita boleh buat jadi lawak..

paling zyla hot dalam video tu sebab lelaki tu pakai tudung.. aish! tengah hari tadi masa nak odw zyla pergi beli makanan zyla terserempak dengan minah yang mimpi nak jadi mamat rempit.. aduh! Dunia, sudah di penghujung sangat ke?? 

cubalah ikut alur yang betul, jalan yang lurus dan kalau nak buat sesuatu tu fikir dulu.. ingat buat video lawak ini banyak orang hargai sangat ke?? Banyak yang kata...@#$%&**( lah video ini adalah. 

apa nak jadi pada masa depan zyla tak tahu.. akan tercapaikan Wawasan 2020 dan mampukah slogan 1 Malaysia tu berjaya menyatupadukan masyarakat???  

bukan yang sempurna diharapkan tetap seboleh-bolehnya kita jadikan ianya sempurna.! 

4 comments:

Anonymous said...

wuu haram lelaki menyerupai wanita :)

lieynanilaz said...

alamak x leh nak tengok youtube tuh!!

betullah radio banyak mainkan lagu2 indon...tapi ada kalanya lagu ketuhanan mereka memang best...canerr??

aamalinaazman said...

alooo
x dpt nak buka jugakkk
emm2

Zyla said...

sis92@... tau tak pe.. mmg peliklah!

lieynanilaz & animie amalina: kenapa tak leh nak bukak link tu.. cuba try cari kat youtube.. cinta muka bulu.