Thursday, October 20, 2011

tangisan itu

assalammualaikum...







Sekarang ni zyla guna lappy library kat kolej untuk update blog ni. maaflah ye, bukan anak orang kaya yang ada ipad ataupon android ni.. so ada kemudahan ni pun dah cukup bagus... yeaks.. ayat skema lagi. Minggu ni kiranya minggu terakhir sesi kuliah semester 3 zyla.. opsss.. lupa nak ucapkan terima kasih buat mamat hencem kat sebelah zyla ni tadi sebab sudi on-kan komputer ni.. >>>>>>>.. (hensem?, bolehlah.. haha)

bukan perihal tentang kuliah ataupun peperikasaan yang zyla nak cerita hari ni.. tapi sesuatu yang telah memberikan zyla keinsafan dan kesedaran malam semalam.

kalau korang dengar orang bercakap kat telephone dan masa tu dia tengah merayu-rayu sebab nak settle kan masalah.. apa korang rasa? maaflah akak senior.. zyla ambik situasi akak. 

zyla akui, sekarang ni dalam hati zyla ada perasaan merajuk dan ingin memberontak dengan family zyla. maaflah, zyla bukan ank yang sempurna. mungkin situasi yang zyla hadapi sekarang ni buatkan zyla rasa mcm tu tapi zyla tak adelah nak cakap kat mak ayah zyla. zyla masih boleh simpan dan sabar lagi sebab zyla tahu satu hari nanti perasaan tu akan hilang jugak. so pujuk hati ni.. bersabarlah duhai hati kecilku. dan zyla selalu ingat macam mana susah mak ayah nak besarkan zyla, makin zyla membesar makin zyla banyak berikan mak ayah zyla beban dalam membesarkan zyla dan memenuhi setiap keperluan dan kehendak zyla. kalau tak kerana usaha dan doa dari mak ayah zyla, tak ada maknanya zyla nak berada kat semenanjung tanah air ni. lagi satu, zyla tak nak jadi anak yang derhaka.. zyla tak nak kecilkan hati mak ayah zyla. zyla nak keadaan dan situasi zyla dan seberat manapun masalah mereka, zyla tak nak menguriskan hati dan membuatkan mereka rasa gagal dalam menyempurnakan hidup zyla..

Dulu masa berumur 17 tahun, lepas SPM.. adalah jugak beberapa kali zyla berang dengan ayah dan mak dalam telephone.Masa tu zyla memang masih muda sangat. sekarang ni pun lebih kurang je, tapi setelah melihat sendiri dengan mata ni disebalik ketiadaan kami adik-beradik kat rumah dan pernah dengar perbualan antara mak dan ayah, zyla dah janji dengan diri sendiri. lepas ni, kalau ada apa-apa jangan lepas kat mak dan ayah. diorang pun nak sediakan yang sempurnak untuk zyla tapi apakah daya, bukan hanya zyla tanggungjawab mereka sekarang ni. zyla faham mak, ayah.


cuba korang fikir, buat apa lepas solat kita berdoa kat Allah SWT ampunkan dosa mak ayah kita kalau kita sendiri dah jadi anak derhaka???? doa anak derhaka mana lah Allah SWT nak tunaikan ?? macam tulah zyla berfikir. macam adik-adik zyla pun sekarang dah pandai fikir kecuali syafiq yang sekarang ni masih tak dapat nak kawal perasaan marah dia.

actually, zyla kesian tengok ayah. kteorang 5 orang adik beradik ni dah banyak susahkan dia. siang malam bekerja untuk sara kteorang.. mak pun sama.. saban waktu berasa susah hati dan takut kalau kteorang ada kekurangan..

tapi sejak 2 tahun ni, zyla dan adik-adik dah berikan mak ayah kteorang kejayaan yang zyla tahu ayah amat berbangga dengan itu semua. Zyla tahu mak zyla senang hati bila dengar salah sorang cikgu pernah tanya dia..
" saya nak jumpalah mak fathin dan fahim.. syabas buat adik-beradik tu".. Adik zyla, syafiq, fiqri dan nadia pun ada kurangnya.. dah minggu lepas pun ayah sibuk attend majlis penyampaian hadiah syafiq dan fahim. alhamdulillah kedua-duanya dapat title pelajar terbaik.

bila zyla dengar tangisan semalam. hati zyla terdetik, Zyla masih lagi bertuah kerana memilik mak dan ayah yang masih kuat. seharusnya zyla bersyukur. maafkan along, mak dan ayah.


Hujan semalam,
menghantar kepadaku,
satu keinsafan,

jiwa yang memberontak,
bagaikan terduduk mendengar tangisan itu,


Duhai hati,
tunduklah kepada ibu bapamu,
taatlah kamu sehingga akhirat,

Jangan sekali kau ingkar,
ingatlah sekali lagi,
siapa yang mengandungkan kamu,
siapa yang mengazankan telingamu sebaik sahaja kau menjenguk dunia ini.

jika kau taat , maka syurga menantimu,
jika kau derhaka, maka neraka membukakan pintu seluas-luasnya untukmu.




p/s:// ni sekadar luahan hati zyla.. harap tak ada yang terasa atau tersentuh hati. setiap apa yang zyla tulis adalah berkaitan dengan hati zyla dan sekadar berkongsi sisi kehidupan zyla bersama korang. bagi yang menyampah dengan entri-entri yang sodeh, zyla tak harap pon korang untuk singgah dan baca. tapi beringatlah, kesedihan itulah pengajaran buat kita menjalani kehidupan ini. 

9 comments:

fuuyooh said...

ktk tok urang sarawak juak ka.? :)

Fathin Fazila Razali said...

auk lerr..

fuuyooh said...

ow..lalalalala..dah follow dah.. :)

Daddylicious said...

sebagai bapa tidak kisah bersusah jika anak2nya tahu akan realitinya...

Fathin Fazila Razali said...

daddylicious: terima kasih sbb baca.

lieynanilaz said...

tersentuh dan merasa insaf baca entry...saya pun rasa banyak buat mak ayah susah hati...belajar untuk berubah..:)

Yumida said...

touching bc..hope sume ambek iktibar..kan...

fatin hanani said...

sedih nya fatin baca..fatin pun penah terkasar dengan mama..bagusnya zyla..bolh berfkir sebaik ni.. :)

thanks zyla..sudi bercerita..dpt berkngsi :)

missz oppie said...

nice entry ..sgt menyentuh perasaan :)