Wednesday, October 05, 2011

Dua Cas Untuk Bangkit

assalammualaikum, pembaca semua. Tengah hari ini sementara zyla tengah berehat dan sambil-sambil menunggu untuk jam 2 petang ni sebab ada sedikit urusan, so zyla dengan murah hatinya nak berkongsi dengan korang semua sesuatu yang zyla anggap menarik untuk dijadikan bahan bacaan kita.

Sekarang ni tengah belek-belek journal Dewan Kosmik edisi Januari-Disember 2003..alah, jangan gelak pulak. tak kanlah kita ni nak baca benda baru2 je kan?? dan mungkin ada yang tak tahu info-info yang kita selalu baca dan dapat pun berasal dari cetakan yang lama jugak. oky! zyla tak nak mukadimah yang panjang2 sebab masa pun tak cukup sebenarnya ni.












Sumber : DR HM TUAH ISKANDAR

Ada orang rehatnya banyak dan tidurnya lama, tetapi badannya tidak cergas. Ada orang rehatnya sedikit dan tidurnya sekejap tetapi badannya kuat. Pernahkan anda terfikir menagapa hal ini terjadi? Sepatutnya orang yang banyak rehat badannya lebih sihat daripada orang yang bekerja kuat dan  rehatnya sedikit. Bukankah begitu?

Kita selalu menyangka apabila kita terlalu menggunakan otak dalam kegiatan harian kita, kita akan mudah sakit kepala , otak akan terdera dan fungsi keberkesanannya akan berkurangan. Walaupun hal ini kadangkala ada benarnya , realitimya tidaklah selalu begitu.









OTAK..

Semakin digunakan semakin ia efisyen. Otak yang lemah adalah otak yang terbiar dan amat jarang digunakan unutk berfikir , mengingat dan mengenali PenciptaNYA..

contoh:

sebuah kereta akan mengalami kerosakkan apabila enjinnya tidak dihidupkan untuk jangka masa lama. Ia akan semakin rosak jika hanya dihidupkan tanpa dipandu. Prestasinya juga akan menurun jika ia tidak pernah dipandu laju. Ini bermakna semakin kerap sesebuah kereta itu dipandu ia akan berada dalam keadaan yang semakin baik, meskipun beberapa hal akan mengalami kesusutan.

Demikianlah otak dan keseluruhan badan kita. Semakin kerap otak digunakan untuk  berfikir, menyimpan ilmu dan dibawa mengenal penciptanya, ia akan semakin terlatih dan cekap. Semakin lama tidak digunakan , ia akan semakin lemah dan hilang wibawa.

Mari kita kaitkan soal pergerakan tubuh dan penggunaan otak scara kerap ini dengan kewajiban yang mesti dilakukan oleh setiap orang Islam yang mukallaf dalam hidup mereka. Kewajiban yang dimaksudkan itu ialah kewajipan sembahyang fardu lima kali sehari.

Kajian tentang sembahyang telah dilakukan oleh seorang profesor dari Amerika. Beliau bukan setakat mengkaji sembahyang bahkan tentang perintah sembahyang berjemaahnya sekali. Beliau mencari sebab mengapa Islam mementingkan berjemaah apabila sembahyang.

Kajian mendapati tubuh manusia mengandungi dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. Menurut Profesor berkenaan , dalam aktiviti harian seseorang manusia ,proses pembakaran tenaga akan berlaku.  Dalam proses ini berlaku pertukaran gas antara positif dengan negatif. Akibatnya ialah ketidakseimbangan cas dalam tubuh. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.






 solat berjemaah.




Kajian Profesor ini menujukkan sembahyang beramai-ramai atau berjemaah itu serta jumlah rakaat yang berbeza-beza antara sembahyang dengan sembahyang yang lain akan menyeimbangkan cas-cas berkenaan. Dalam sembahyang berjemaah, makmum perlu ,meluruskan barisan, digalakkan bertemu bahu dan bersentuhan hujung jari kaki. Cas yang berlebihan , sama ada negatif ataun positif akan dikeluarkan dalam keadaan begini manakala berkurangan akan ditarik ke dalam badan. Semakin lama sentuhan ini berlaku, semakin seimbanglah cas-cas yang dikeluarkan ataupun ditarik balik ke dalam.


Beliau mengatakan , apabila kita tidur , tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Justeru itu, kita hanya memerlukan sedikit proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itulah, sembahyang Subuh hanya dua rakaat.

Setelah seharian suntuk bekerja keras dan memerah otak , semua cas kembali tidak seimbang. Dengan sembahyang berjemaah sebanyak 4 rakaat , memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas.

Situasi yang sama berlaku pada sebelah petang tatkala banyak tenaga dikeluarkan untuk menyambung kembali tugas. Sekali lagi kita kehilangan banyak gas. Dengan hukum supaya mengerjakam sembahyang Asar sebanyak empat rakaat itu, tubuh kita mendapat peluang untuk mendapat cas-cas yang diperlukan.

Selalunya pada sebelah malam kita kurang pula menggunakan tenaga Antara waktu Maghrib membawa ke Isyak , masa yang ada hanya kira-kira sejam. Maka sembahyang Maghrib dilakukan hanya 3 rakaat. Kemudian timbullah persoalan difikirkan profesor berkenaan tentang sembahyang Isyak. Mengapa ia mesti dilakukan sebanyak empat rakaat sedangkan waktu itu kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan pertukaran cas yang banyak.

Keistimewaan 4 rakaat pada waktu Isyak akan menstabilkan cas serta memberi tenaga untuk kita bangun malam bagi mengerjakan qiamulail. Tanpa ragu-ragu beliau mengatakan betapa agama Islam  itu sangat lengakap sifatnya  dan istimewa sekali. 

Bagi orang yang mahu berfikir dan menggunakkan otaknya , dia akan mempelajari banyak perkara tetapi orang yang malas akan hanya menimbun kebebalanya.


Oky, korang dah habis baca apa yang zyla share ni? ke ada yang tak faham apa isinya? senang je konklusi yang zyla nak bagitau.. Semakin banyak kita menggerakkan tubuh mengikut keperluan dan kesesuain maka tubuh kita secara automatik akan terbiasa dan terlatih untuk melakukan aktiviti seharian kita. Cas  positif umpama menetapkan pergerakkan tubuh badan kita untuk membiasakan diri melakukan aktiviti atau rutin seperti bangun awal pagi dan solat. Manakala cas negatif pulak akan menjadi beban kepada kita apabila kita tidak melatih diri untuk melakukan rutin tersebut sebagai kewajiban kita dan kita akan berasa cepat penat dan aneh apabila melakukannya secara tiba-tiba.. paling simple contoh zyla bagi ialah bangun pagi. Siapa yang biasa bangun awal pagi, sebelum matahari naik ke atas.. setiap hari pun dan tak kira cuti ke tak dia akan biasa untuk bangun awal. Cuba kalau yang biasa bangun lewat, mereka akan cepat rasa mengantuk dan letih sebelum jam menunjukkan pukul 2 petang. Tak percaya? kajilah keadaan disekelilling korang.



Macam zyla sendiri pon, pernah jugak bangun lewat.. dan zyla rasa amat tak selesa dan pening kepala. Ini disebabkan zyla biasa untuk bangun sebelum matahari naik.

Pesanan untuk korang pulak... kalau kita rajin maka bermutulah kita, kalau kita malas maka kecundanglah kita. tepuk dada tanya selera kawan...



kalau biasa sangat bangun lewat dan tiba-tiba kene bangun awal macam nilah jadinya.

2 comments:

nick dot anis said...

wowww panjang tol entry u..but good sharing

Zyla said...

zyla sudi share apa je yang zyla rasa bauk utk dikongsikan.. terpaksa taip panjang2 pun tak apa.. asalkan bukan benda yang mengarut.