Friday, October 07, 2011

kesibukkan ittu ada baiknya.

assalammualaikum...


wah!!!! Jumaat yang ditunggu sudah tiba. Alhamdulillah, sebab kita masih diberi kesempatan untuk bersua kembali di hari yang penuh keberkatan ni.. :"). korang pulak apa khabar hari ni? bagi abg-abg dan kakak-kakak yang dh konvo tu zyla ucapkan selamat maju jaya di masa hadapan dan tahniah, akhirnya usaha dan penantian selama ni dah membuahkan hasil. dan kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang masih lagi berada di IPT korang pun jangan sesekali berputus asa untuk teruskan perjuangan k. tak lupa jugak kata-kata semangat untuk adik-adik yang dah lepas UPSR, tengah hadapi PMR dan yang menunggu untuk SPM.. jangan mudah mengalah.. ilmu itu terlalu indah untuk dicintai.


hari ni zyla sekadar nak catat luahan hati zyla je. seharian ni sibuk dengan urusan menuntut ilmu dan sekarang ni pun baru nak rehat. Kejap lagi nak mandi dan lepas tu nak hasilkan cerpen untuk sambungan Cerpen Adik dan share kat FB untuk bacaaan adik-adik zyla. 

Seharian ni memang sibuk dari pagi sampai petang ni tadi. langsung tak fikir apa-apa. bila dah semua urusan selesai.. baru zyla terasa sesuatu. selama beberapa jam yang lalu zyla langsung tak terfikir apa-apa yang membuatkan mood zyla akan menjadi sedih secara tiba-tiba.. syukur, kesibukan zyla hari ni melalaikan zyla dari berfikir yang bukan-bukan dan menghalang hati ini dari terus mengingati seribu satu persoalan yang singgah di kotak minda ni. dan sekarang baru zyla faham bila orang katakan kalau nak lupakan kesedihan tu kita kene sibukkan diri. tapi dalam sibukkan diri jangan pulak diri sendiri dan tanggungjwb wajib kita tinggalkan...


apapun, esok bermulanya hari rehat buat zyla. ").. Insya Allah kalau ada apa-apa yang nak dikongsikan lagi zyla akan share kat sini.. 

selamat bercuti untuk semua. 






berharap zyla akan tersenyum selalu seperti kartun di atas. 





2 comments:

sea_lavender said...

selamat bercuti zyla~~ rehatkan minda.. kesibukan mmg dapat m'lalaikan sgalanya..namun smpai 1 masa akn t'ukir kmbali..wani salu mersainya ~~

Fathin Fazila Razali said...

:").. tulh.. biarlh masalh tu hilang buat sementara.. kalau sentiasa fikir, sakit jugak dibuatnya.