Sunday, October 30, 2011

ketentuan Ilahi.

assalammualaikum..

hari ini zyla baru tahu pak cik zyla, abg kepada mak zyla sedang sakit di hospital dan zyla harap mak zyla tahu. sebelum zyla mulakan lebih lanjut zyla nak bagitau sesuatu. zyla didik supaya tidak masuk campur urusan orang tua. mak selalu kata. kteorang yang masih mudah dan sepupu ni tak payah nak terpengaruh dengan hal orang-orang tua. takut nanti melarat dan kami putus persaudaraan. walaupun berjauhan macam ni zyla tak pernah lupa kat semua saudara, mak cik, pak cik, nenek , atok dan semua ahli keluarga zyla. dan hakikat yang sebenarnya, zyla rindukan mereka.

Beberapa minggu yang lalu, zyla mimpi Pak cik Mawi zyla peluk zyla. tapi zyla tak bagitau sesiapa, walaupun kat mak. zyla diamkan aje. zyla anggap mainan tidur. nak tahu sesuatu? zyla sangat rindukan pak cik zyla tu. antara banyak-banyak pak cik zyla dialah yang paling zyla sayang sebenarnya. sbb dia paling suka bercerita, memberi sokongan dan motivasi diri zyla.

tapi beberapa bulan yang lalu, zyla tak tahu apa yang jadi antara mak zyla dan mereka. apapun, zyla tak masuk campur. 

sejak sambung belajar kat sini pun zyla tak hubungi pak cik lagi. zyla tak tahu macam mana nak hubungi dia. tak tahu apa akan jadi kalau zyla hubungi dia. tapi setiap hari zyla tak pernah berhenti untuk berdoa supaya pak cik zyla sentiasa sihat dan sembuh.

Pak cik zyla menghidap cancer. masa mula-mula zyla tahu berita ni dulu.. zyla tahu apa penghujungnya. tapi kuasa Allah, pak cik zyla bertahan sampai sekarang. masa lepas SPM pon zyla selalu jumpa dia. berbual dan berbicara apa saja. dan kalau nak tahu, dialah yang ajar zyla drive kereta ford ayah masa zyla umur 13 tahun!. 

zyla berharap semua ahli keluarga akan bersabar dan berdoa untuk kesudahan yang terbaik. apapun yang bakal terjadi, semuanya adalah ketentuan Allah SWT. 

Cik Mawi,
kmk rindu ktk.




zyla tak simpan gambar pak cik zyla,
sebab semuanya ada kat rumah,
tapi kenangan zyla dan dia,
sentiasa ada dalam hati zyla.



5 comments:

EMOdisaster said...

insyaAllah...semoga pakcik kesayangan awk cepat sembuh...banyak2 bersabar kay...=)
doakan jugak hubungan keluarga seperti dulu...insyaAllah..=)

Zyla said...

terima kasih sbb baca entri.

Terbang Bersamaku said...

sy doakn smoga pakcik zyla cepat sembuh...semoga terus tabah ye..

Zyla said...

terima kasih akak. doakan ye

EMOdisaster said...

hai..jom? awak ditag oleh saye..=)
http://emosbloggingforlifes.blogspot.com/2011/10/game-tagged-pulak.html