Tuesday, November 22, 2011

apakah penghujung 2011 ini?

assalammualaikum...

sebelum meneruskan kata-kata, (cewah!).. zyla nak ucapkan tahniah kepada kontijen Malaysia yang mewakili negara ke Sukan SEA yang ke 26 di Palembang. Perasaan bangga memang tak payah cakaplah bila TEAM HARIMAU MENANG DENGAN PANALTI 5-4.. cayalah MALAYSIA! of course kita bukan takat nak puji Khairul Fahmi je tapi semua team yang berjuang habis-habisan selama 120 minit perlawanan menentang Indonesia... dan zyla pun bagaikan tak percaya dengan diri zyla sendiri yang sudah bijak untuk mentafsir dunia bola sepak ni. tapi sorry k, zyla tak minat fanatik macam yang lain.. setakat ini zyla hanya akan fanatik bila team Harimau kita menentang mana-mana negara.. alhamdulillah.. akhirnya Malaysia sekali telah berjaya untuk mengangkat nama dalam arena bola sepak. siapa sangka betul tak? ingat senang ke nak buktikan kesungguhan kat padang bola? syabas Malaysia! semoga selepas ni makin ramai bakat-bakat muda yang berkualiti untuk memperjuangkan arena bola sepak Malaysia. MALAYSIA BOLEH! semangat ni. tapi perlawanan semalam zyla respect habis dengan Baddrol sebab dia POWER!! walaupun sepak tak mengena tapi dia memang TERBAIK..  


panjang giler mukadimah zyla. sekarang ni kita kembali pulak ke kehidupan zyla. sekarang ni zyla tengah menikmati cuti-cuti zyla.. adeh! padahal bakal menjalani hari-hari yang memenatkan. alah cari income lebihlah apa lagi. dan saat semalam jugak semasa kita semua sibuk dengan bola sepak, family zyla pulak sibuk dengan adik zyla, Fiqri yang baru bersunat.. hehe.. akhirnya adik lelaki zyla semuanya dah bujang. 


tinggal sebulan lebih sahaja lagi tahun 2011 ini akan meninggalkan kita dan tahun 2012 bakal tiba membawa seribu satu persoalan.. lepas ni sibuk pulak kita nak fikir Azam baru, hp baru, awek/pakwe baru, .. hehe.. tak adalah.. tapi tahun depan kemungkinan besar zyla akan buat banyak perubahan besar dalam hidup zyla dan cabaran yang agak berisiko untuk zyla.. apapun disebabkan umur yang bakal mencecah 20 tahun pada 19 Disember 2012 nanti, zyla kene berani untuk mencabar kemampuan diri.. oky2.. itu semua boleh story nanti, now we back to the story... zyla pun sebenarnya agak berdebar-debar menanti tarikh terakhir bagi tahun ni.. no one knows what might happen right??? pelbagai benda yang kita tak jangka boleh terjadi. mengapa zyla berkata sebegini rupa.. sebab  tahun lepas, adui.. sedih pulak nak cerita ni.. pelbagai insiden yang tak dijangka sudah berlaku kepada saya dan saya tidak mahu ia berulang lagi! oH! TIDAK!  apapun kita berserah kepada Allah SWT.. kalau DIA MENGIZINKAN SESUATU ITU TERJADI, MAKA AKAN TERJADILAH.. JIKA DIA TIDAK MENGIZINKAN SESUATU ITU UNTUK TIDAK TERJADI MAKA , TIDAK AKAN BERLAKULAH IA... faham tak?


2 bulan kebelakangan ni memang zyla agak-agak mengabaikan blog kesayangan ni. tapi zyla tengok rakan blogger yang lain pun jarang nak update.. tak pe.. busykan?? zyla pun rasanya dah banyak terlepas entri-entri yang terbaik dari korang semua. 

dan sebelum mengakhiri entri ni... zyla nak bagitau korang satu rahsia.. boleh tak??? 

rahsianya adalah... zyla rindu family kat Sarawak.. huhuh..:"(


No comments: