Wednesday, October 24, 2012

korban hati?

assalammualaikum..

sekarang ni zyla dah mula cuti. untuk study week.

korban hati?

semua orang buat perkara tu. tak kisah laa kalau dia baik ke buruk. tapi bukan semua ada baik dan buruk dia tersendiri ke? kan kita tahu semua manusia memang tak sempurna. macam yang korang selalu kata kalau  buat silap. "NOBODY IS PERFECT " kan?

dalam family, berkawan atau bercinta pun semua akan  berkorban hati. tak semestinya kalau kita berkorban maknanya kita baik dan kawan tu jahat. kadang kala semua ni terjadi ada hikmahnya. mungkin apa yang kita miliki itu bukan untuk kita tapi untuk sahabat, jadi berkorban laa.

memang laa sakit. ye zyla faham! zyla pun sama jugak. tapi cuba fikir lagi dan lagi. bila kita beri sedikit kebahagian itu kepada sahabat, hati ini sebenarnya sedang berbahagia. tak percaya? sebab korang ego dan tak leh terima hakikat.,

siapa cakap zyla tak pernah ego dan terima hakikat.,ya itu diri yang dulu dan sekarang ini cuba untuk terima hakikat., selagi namanya manusia itu dia akan lakukan kesilapan berpanjangan. sebab apa dia buat salah? itulah proses kehidupan manusia.

kan kita juga tahu dan faham, seorang bayi itu lahir bersama sebuah buku putih kosong yang dia akan corakkannya sendiri. so ingat laa bahawa setiap manusia itu sedang mencorak kehidupannya.

zyla tengah nak muhasabah diri laa ni. diri yang banyak buat dosa, yang banyak lukakan hati orang, yang banyak juga membuatkan orang bahagia sedangkan hati sendiri luka..

kenapa? sebb bagi zyla.. cukup selagi Ibu ayah, adik2, para guru dan Allah SWT sayangkan zyla. sebab DIA diatas sana masih sayangkan zyla laa zyla masih hidup lagi ini. kalau dah tiba masanya DIA nak ambik itu bermaksud tamat laa buku kehidupan zyla. 

apa yang kita jangkakan dalam kehidupan ini semuanya memang jarang nak menjadi. tapi kita kene percaya dan ikhlas dengan diri sendiri dan hanya dengan cara tu je dapat sembuhkan hati yang luka.

kecewa itu pasti wahai para pembaca sebbnya Allah nak DIA dekati kita. itu sahaja.

1 comment:

insan_marhaen said...

berbahagia bila melihat orang lain bahagia..itulah sebaik2 teman..