Dalam sesi pembelajaran tadi, lecturer zyla dengan
spontannya telah memberikan kiteorang tazkirah yang berguna. Mengenai khatam
al-quran.
Honestly, zyla sendiri pernah dikritik kuat disebabkan
sebutan yang kurang memuaskan pihak-pihak yang menilai masa rehearsal majlis khatam al-quran 4 tahun yang lalu. Sedih??
Tak payah cakap laa. Siap mak cik tu kata zyla ni tak kenal al-quran. Makan dalam
beb!
Tapi semua tu tak mematahkan semangat zyla. Yalah manusia
mana yang tak ditegur kan? Manusia mana yang tak menegur?? Dan manusia mana
yang terlalu sempurna??
Betulnya apa yang lecturer zyla cakap dalam kelas tadi,
kebanyakkan kita membaca tanpa faham maksudnya. Betul kan? Yap , itu memang
kenyataannya. Semua orang belajar mengaji , tapi hanya segelintir sahaja yang
benar-benar faham maksud dan mengaplikasikan isi kandungan
al-Quran dalam kehidupan seharian . Semua orang akan bangga bila dia dah
khatam al-quran, tapi zyla rasa terlalu kerdilnya diri ini sebab masih dalam proses
memperbaiki bacaan, sebutan dan lantunan al-Quran. Apatah lagi maksud dan
isinya.jadi bila zyla fikir balik, kita tak layak pun nak kutuk atau ejek mereka yang tak kenal alif ba ta, kalau diri kita sendiri belum faham apa yang kita baca.
Dan kerana itulah kekurangan zyla, zyla cuba dekati dan
hayati isi kitab suci ini. Zyla join kumpulan usrah , untuk dapatkan pendedahan
dan merujuk kepada yang faham tentang isi dan maknanya. Mana ada sesi
pembelajaraan sorang-sorang, zyla perlukan seorang sebagai rujukan . Kalau nak seribu daya kalau tak nak seribu dalih
kan?
Baca tanpa memahami maksudnya tak akan bawa apa-apa makna
buat kita. Bila kita pandai baca, faham dan aplikasikan apa yang kita baca itu
akan membantu kita dalam memperbaiki diri menjadi lebih baik. Semua orang
berharap untuk jadi macam tu kan? So usahakanlah. Jangan omong kosong sahaja.
## pesanan buat diri sendiri. Semoga apa yang diusahakan
dalam proses memperbaiki diri ini akan berkekalan. Dan kepada sesiapa yang
membaca entri kali ini fahami maksud yang hendak zyla sampaikan. Sebabnya solat
kita buat, tapi Al-Quran jarang kita sentuh dan baca. Kita kan tahu, itu wajib.
“Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan
bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan”
No comments:
Post a Comment