asslammualaikum..
hey! inilah jadinya kalau dok menghadap lappy ni ha. kang ada jugak kerja yang siap ditengah jalan. kejap lagi sah2 terkontang kanting.
disebabkan sorang-sorang dalam bilik, ( toiletmate sibuk kat bilik dia),banyak benda yang zyla baca hari ini.
zyla agak kecewa sebab sekarang ni makin ramai yang ikut dan ubah perwatakan mereka menjadi tomboy. orang kata, dunia dah akhir zaman. :(.
zyla pun tak laa ayu sangat, lasak laa jugak. tapi masih sedar diri ini seorang wanita, bakal seorang isteri dan ibu. memang akan ada yang cakap jadi tomboy bersebab. kalau bersebab, zyla pun mungkin ada sbab kalau berubah. kecewa kerana cinta manusia? zyla pernah. kecewa yang teramat. tapi satu apapun tak berubah pada diri zyla. cuma tak yakin pada diri sendiri je.
ada jugak yang bagitau, nak lindungi diri. ye ke? ada belajar seni pertahankan diri? sampai tali pinggang warna apa? kebal dah diri tu?
bagi zyla tak ada sebab yang munasabah dan boleh diterima akal untuk yang nak berubah jadi lelaki.
ada jugak sebab peluang kerja.
tapi sedar tak, jadi lelakinya payah dan tanggungjawabnya besar?
kita perempuan nilah paling banyak menyumbangkan dosa kepada kaum Adam, kita yang tak pakai tudung, kaum Adam yang tanggung dosa, isteri yang tak taat Allah , suami jugak yang masuk neraka.
cubala fikir dan muhasabah diri.kenapa Allah SWT jadikan kita perempuan? ada sbabnya. tak elok kalau menukar atau menyerupai lelaki. nanti Allah murka.
No comments:
Post a Comment