assalammualaikum...
waduh2.. rasanya minggu ni semua jadual zyla tersangatlah padat dan sempit.. dan alhamdulillah malam graduasi zyla dah pun selamat diraikan.. tulah yang menyebabkan badan terasa sakit-sakit dan susah nak bernafas.. tak tahu kenapa.. mungkin sebab risau, banyak sangat kerja yang nak disiapkan dan sekarang ni zyla dalam penantian untuk menunggu jawapan dari audit firm sama ada mereka menerima zyla sebagai pelajar praktikal atau tidak. huh.
al right.. dimulakan cerita beberapa hari yang lepas, ada isu dan entri dalam blog zyla ini menyentuh tentang sensitivity ahli keluarga sendiri. secara jujurnya dalam menulis blog ini , kalau benar zyla nak mengkritik kebanyakkan nya isu dari Facebook. dan kalau ada yang terasa zyla minta maaf sangat-sangat sebab itu bukan maksud yang sebenar.. then , manalah tau ada orang luar jugak yang terasa then korang boleh direct kontek zyla dengan hantar email kat sakura_puteri8@ymail.com.
tegurlah zyla kalau zyla ada buat kesilapan.
berkaitan dengan hal itu juga. mesti ada orang akan cakap..
" asal la kau buat blog??"
ini minat. zyla suka dan minat untuk berada dan berdiri di pentas pembahasan. zyla suka berbahas dan mencari maklumat. its good dari buat benda lain.. contohnya outing, dating, lepaking, facebooking dan king2 yang lain. memanglah cari macam ni sedikit sebanyak membuatkan zyla jadi anti social dan jarang untuk bertemu dengan orang tapi satu kebaikanny bila zyla rasa puas dapat meluahkan isu di blog ini.
dalam dunia blog ini, kadang kala kami blogger selalu buat entri yang sama tentang sesuatu isu tapi isinya lain-lain. sebba pendapat masing-masing. dan di situ, zyla belajar dan menilai sendiri mana pendapat yang logik dan benar. sebab kalau kita tengok, maklumat yang disebarkan dekat Facebook tu banyak yang tak benar dari yang benar. kalau nak maklumat yang benar-benar adalah dari surat khabar atau buku. kalau dari En Google zyla sendiri meragui kebenarannya.
No comments:
Post a Comment