Tuesday, September 18, 2012

jangan kata bosan!

assalammualaikum..


http://www.emocutez.com.. sedang zyla bersuka ria berjalan-jalan di laman muka buku tadi.. zyla tiba-tiba terhenti sebab terlihat satu status yang hari-hari  para facebooker ini post kat FB diorang. apa lagi kalau bukan " bosan".. selalu sangat zyla tengok diorang ni cakap bosannya, boringnya, im so bored today, nothing in my mind, .. aish!!! tak best langsung status tu.. serius..

pandangan peribadi zyla.. hidup ni tak bosan selagi kita bernafas. bukankah kita ni sebagai manusia penuh dengan tanggungjawab?? kalau hidup kita dah bosan sangat mensti Allah dah nak ambik kita balik laa tu..

sejak ada FB ni, semua orang jadi anti social.. betul tak?? kadang-kadang zyla pun macam tu jugak. cuba kita renung keadaan sekeliling. contohnya kalau kita lepak dengan kawan2.. semua menatap handphone.. lagi2 kalau hp yang ada wireless tu.. waseh!!! apa kawan cakap tak dengar tapi bila kawan update status semua nak like n komen..

itulah realitinya dunia sekarang. samalah macam zyla. kalau dulu rajin sangat nak cerita itu ini dengan mak zyla.. tapi sekarang dah kurang dah bila ada blog sendiri. memang jadi impian zyla nak ada blog sendiri.

kita perlu jadi bijak dalam tangani masalah bosan ni. sebabnya hanya merugikan masa sahaja! masa itu emas korang tau.

kalau rasa dah bosan sangat..http://www.emocutez.com.. buat lah apa yang korang suka. ke korang memang suka Facebook?????? giler lah kalau macam tu.. Facebook tu tempat zyla kontek dengan kawan secara percuma aje.. motif yang lain untuk sebarkan sakura ini.

macam zyla.. kalau bosan zyla layan Mat Lutfi (Video dia),



zyla ada banyak video mat lutfi yang zyla download..
memang laa kadang-kadang bosan jugak tengok benda yang sama berulang-ulang , adalah jugak movie lain yang zyla tengok.. tapi mat lutfi jugak yang paling best!


kalau tak tengok mat lutfi,
zyla suka melukis
saja nak asah bakat melukis yang tak berapa nak ada ni..


kita perlu ada sesuatu yang kita suka buat ataupun hobi yang mudah, senang dan sentiasa ada untuk kita buat bil ada kelapangan. sebabnya kalau kita selalu rasa bosan kita tak akan dapat nak menikmati kehidupan ini dengan amanya. apalah makna hidup kita kalau kita selalu rasa bosan. tapi janganlah jadi macam zyla ni oky!! dah syok sangat dengan blog sekarang ni..http://www.emocutez.com 


nikmatilah kehidupan ini selagi kita bernafas dan sihat sejahtera. 


cukup2 lah berblog... meh laa kita sambung buat kerja . 



http://www.emocutez.com<<< mood belajar.

No comments: