Ye!!! Aku tau dia buat salah! Memang dia buat salah! Memang benda tu salah!! Betul apa kau cakap dia tak baik.. memang tu aje ke yang buat engkau kata dia memang langsung tak baik.. jadi kau baik sangat laa??? Hah! Ambik kau.. semua orang akan jadi macam tu.. termasuk zyla.. betul tak?? Tapi sekarang pandangan zyla terhadap seseorang telah berubah.. bila dia buat salah. Kita terimalah. Dah memang dia buat salah.. tak kanlah nak bunuh pulak.. yang syoknya kalau dia buat salah tu terhadap zyla, orang kat sekeliling zyla pulak yang lebih2.. .. amboi korang!! Salah dia kat aku Nampak pulak.. salah korang?? Tak Nampak??? Walaupun hakikatnya zyla sendiri sedang memujuk diri untuk bersabar dengan seseorang yang agak sengal ni.. tak pulak nak terus serang dia.. malas nak keruhkan keadaan.. diam ajelah.. tau lah nanti dia minta maaf..
Ibu zyla selalu pesan.. hari2 kalau boleh dia nak berpesan.. sebab dia tau anak dia yang sorang ni macam mana jenis dan brandnya.. “ jangan sekadar pandang jahat dia sahaja, tapi kenang baiknya jugak”””… thnks a lot mom.. dan ayah zyla pulak jenis yang tak pernah tunjuk dia marah atau benci kat seseorang tak kisahlah macam mana jahat pun orang buat kat dia… itulah kata-kata dan sikap yang selalu memunasabahkan hati kecil zyla ni. Tak semua orang baik.. zyla pun tak baik.. memang tak baiklah.. banyak yang tak suka.. kan2?? Tapi sejak berkenalan dengan seseorang beberapa dekad tahun yang lalu..( dah lama sangat ke aku hidup ni??) , zyla pelajari sesuatu daripada dia.. sikap dia. Yap! Memang dia pernah buat zyla menangis.. baik punya masalah dia bagi kat zyla.. dashyat punya cara nak settle masalah.. tapi tengok setelah beberapa tahun, kteorang bergumbira dan masih mesra alam lagi.. tak gaduh2. Tak ade nak kutuk2.. dia memang ku kenang dalam doa kulah jawabnya..
Dia selalu tunjukkan kepada zyla, manusia memang tak sempurna. Walaupun salah, dia tetap seorang manusia yang ada hati dan perasaan. Hati dia senang untuk menerima, meminta dan memberi kemaafan. Zyla tengok sahabat-sahabat disekeliling dia tak pernah jemu bersahabat dengan dia. Bak kata orang dialah insan yang selalu buat sahabat lain ketawa tatkala sahabatnya menangis dan bersedih, tapi sebenarnya dia sendiri senang menyulam luka dihatinya.dia selalu bagi ruang untuk sahabat mengadu masalah tapi sebenarnya dialah yang paling banyak mengadu dengan Penciptanya. Dia masih tak sempurna bagi zyla tapi dia berusaha jadi baik. Dia memang hebat.
Apapun orang nak cakap tentang dia. Keburukan dia kat zyla.. maaflah ya.. zyla hanya akan tersenyum dan bersyukur sebab zyla langsung tak Nampak kesalahan dia terhadap zyla.. sebab zyla berhutang budi, nasihat dan semangat dengan dia.. mana nak cari orang yang boleh mempengaruhi kita supaya sentiasa sabar dan segala nasihat dia masih segar diingatan dan kekal di hati zyla walaupun dia dah tak ada.
Itulah yang menjadi inspirasi zyla. Kosongkan hati dengan kemarahan. Dulu memanglah agak panas baran sikit.. tapi bila dah tua ni ( al maklumlah dah lama hidup ni^^) dah mula sejuk sangat.
“ Yang tak rapat, kita rapat-rapatkan. Yang tak kenal kita kenal-kenalkan” banyak orang selalu sebut tentang ni kat zyla.. tapi bila ianya dari hari dia.. kata2 tu sangat bermakna. Mencontohi dia buat zyla jadi lebih bersemangat dan senang akui kesalahan.
Jadi kesimpulannya, biarpun sahabat buat salah atau buruk macam mana pun, kita janganlah terus kategorikan dia sebagai seseorang yang memang manusia jahat punya. Bagi dia peluang. Manusia akan sedar bila hatinya mula membisikkan keinsafan dan kesedaran. Peluang kedua perlu ada. Kita tak tahu apa yang ada dalam hati orang lain. Jangan fikirkan sangat salah dia dengan kita, tapi fikirlah salah kita kat orang lain.. dunia ni sekejap sahaja.. malaikat maut pun sentiasa perhatikan kita.. tunggu masa nak ambik nyawa aje.. buatnya tak sempat minta maaf, tak tenanglah kita.
“ manisnya memberi kemaafan adalah lebih manisnya membalas dendam”
Mesti yang baca nak tau siapa dia kan?? Nak akaun FB dia?? Nak tengok gambar dia?? Email dia mungkin, atau no telefon dia??? Tak semua tu zyla tak simpan. Zyla simpan kenangan bersama dia je. Kenangan yang sekejap sangat. Dia dah lama tinggalkan zyla dan keluarga dia. Kan dah cakap, dia dah taka da.
No comments:
Post a Comment