Monday, September 17, 2012

itu sahaja yang saya mahu


assalammualaikum...

untuk makluman, zyla dilahirkan pada bulan Disember.. dan dibawah adalah personaliti zyla. fakta diambil dari kajian Dato' Dr. Fadzillah Kamsah.. ( kami mempunyai nama yang semacam dekat nak sama)^^


DISEMBER 
sangat setia dan pemurah
bersifat patriotik
sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
bercita-cita tinggi
suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
seronok didampingi
pandai buat lawak dan berfikiran dengan lojik
suka bercampur dengan orang
suka dipuji, diberi perhatian, dan dibelai
sangat jujur, amanah, dan bertolak ansur
tidak pandai berpura-pura
cepat marah
sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
perangai yang berubah-ubah
tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
benci pada kongkongan


yang berwarna kuning itu tepat sekali. setia , maksudnya susah nak tukar barang peribadi. selagi zyla boleh pakai selagi itulah zyla akan pakai. kenapa?? entah. masih selesa dengan barang tersebut. 



contohnya gambar diatas. zyla memang suka guna dompet yang kecik2 senang nak letak dalam poket seluar. zyla tak suka yang panjang-panjang tu. rimas laa nak bawa. sebab kedua, zyla tak suka bawa beg yang besar2 tu keluar melainkan mak zyla dah membebel 5 jam, baru zyla bawak.  lama lah jugak zyla pakai.. setahun macam tu.. sehinggalah, korang tengok laa sendiri keadaan uzur dompet zyla tu.. terpaksa dipin! gara2 zyla tak berkenan setiap kali nak beli yang baru. cuma bila dah jumpa yang sesuai hari tu kat metro kajang, barulah tukar kepada yang baru..

dan taddaaa!!!! baru je tukar,
itupun setelah digelakkan oleh kawan zyla, si Ina tu.
nasiblah zyla ni jenis susah nak sentap tau!

yang kaler biru tu lagi lah benar sebenar-benarnya. kalau masa exam, dari zaman sekolah sehingga lah laa ni.. kalau zyla dah tak ingat nota memang zyla kasi goreng ajelah itu jawapan. sampai cikgu pernah sindir zyla.. " buat nota sendiri ke?",ambik kau! nak buat macam mana. logik itu memang boleh pakai. buat lawak??? aish!! itulah kelebihan Allah bagi kat zyla. ^^. 

yang last warna merah tu zyla setuju. zyla tak ego. salah zyla??? baiklah zyla minta maaf, walaupun zyla tahu apa yang zyla katakan dan lakukan masih dan akan sentiasa berdarah di hati awak.. kan2?? tak apa. zyla boleh tunggu untuk kemaafan itu. sebab dosa manusia ni manusia aje yang boleh maafkan. Allah tak boleh nak tolong. betul tak?? datanglah kat zyla kalau hati awak dah terbuka untuk maafkan zyla.. 

dulu zyla memanglah jahat sikit. panas baran sikit. tapi sejak 4 tahun yang lalu, zyla jumpa seseorang yang Allah pertemukan untuk zyla.. semua tu dah hilang sedikit demi sedikit.. sebab dia tunjukkan zyla, marah tu tak akan bawa apa2 makna kat kita. dia ajar zyla tunjukkan kasih sayang. dia ajar zyla untuk sentiasa bersabar.. ada dia buat hidup zyla semakin berubah. 

zyla sentiasa berharap, selepas ni hati kecil dan hanya tinggal cebisan ini sentiasa memahami erti sayu yang berlabuh di pinggir jiwa. sungguh walaupun zyla amat-amat senang dengan kehidupan zyla hari ini dan bakal menjadi bangga dengan hasil usaha zyla selama ni, erti nilai persahabatan yang zyla pernah hilang tetap menjadikan disebalik diri zyla ada bayang2 yang kosong. apapun, zyla percaya pada takdir Allah. DIA jadikan zyla untuk buat kesilapan supaya zyla sedar bahawa zyla pun bukanlah baik sangat dan sebenarnya tak mampu untuk jadi baik. 

memang zyla boleh membahagiakan orang lain, tapi zyla masih gagal membahagiakan sahabat sendiria. sekrang ni hanya mampun tengok dari jauh aje. kekuatan zyla hanyalah pada cebisan hati yang masih tinggal dengan sisa tangisan semalam. ( ayat drama melayu paling tip top!) 




3 comments:

blog usang said...

alhamdulillah..syukur saya pun lahir bulan disember juga..:)

Zyla said...

semoga kehadiran kita yang berwatakan ceria ini sentiasa menghiburkan orang kan?

missrinaoyeahh said...

hehhe..ape ek aku pggl beg duit kau??ohh pola hee..sori ye nek,just gurauan..last sem kn,nti msti kau rndu ngn gurauan aku..:-)bawa kenangan ni terbang ke sarawak ye..