Sunday, September 23, 2012

rendah hati


assalammualaikum..

sekarang ni tepat pukul 2.30 pagi...owh yeah!! bukan petang tau.tapi tengah malam. jarang laa jugak zyla tidur lewat ni tapi atas tuntutan kerja terpaksa berkorban sedikit.


kenapa ada kata-kata seperti diatas?? sebabnya tengah muhasabah diri. semakin kita bersendirian, semakin kita akan sedar betapa banyaknya kesilapan yang telah kita lakukan. sekarang ni zyla rasa sangat rendah diri sangat-sangat.

ada orang kata, semakin banyak bercakap semakin banyak ilmu atau pembohongan yang berlaku.. bagi zyla?? setiap kali zyla menceriakan suasana sebenarnya hati sendiri yang sedang bersulam dengan luka.

zyla akui, adanya blog sakura ni sebab zyla patah hati. yap, hati yang patah pasti sukar disembuhkan. itu yang zyla rasa. memang banyak kali zyla katakan zyla give up! tapi buktinya?? sebenarnya zyla semakin mendaki untuk ke tangga yang ke atas. 

apabila zyla kehilangan. zyla jadi manusia yang lain. yang membuatkan zyla kuat ialah adik-adik zyla. lagi kuat kerana ibu dan ayah zyla.. dan sentiasa kuat sebab zyla tahu wujudnya zyla dalam hidup seseorang adalah amat bermakna. mereka ingin sentiasa mahu zyla ada disisi. tapi demi cita-cita zyla terpaksa berjauhan untuk tempoh lebih 3 tahun. dan sekarang tempoh itu bakal berakhir tidak lama lagi.

apa yang membuatkan zyla patah semangat?? semestinya kerana cinta manusia. macam cerita dalam novel pun ada jugak. tapi kalau tak semua ni terjadi rasanya zyla akan terus lalai. tapi bila dia tak ada lain pulak jadinya. berbekalkan kata nasihat, dorongan dan sikap tak kenal putus asa yang dia sendiri tunjukkan kepada zyla membuatkan zyla  bersemangat kembali.

zyla tak nak jadi kebanyakkan orang yang kecewa diluar sana jadikan hidup mereka terus kosong dan tak ada matlamat.

sekarang zyla rasa syukur sangat sebab dah mula kembali pada diri zyla sendiri. mendekati Maha Pencipta membuatkan zyla tahu betapa kerdil dan kecilnya diri zyla. betapa rendahnya diri zyla berbanding dengan orang lain. 

bila terlihat kata-kata diatas. hati zyla jadi terusik. zyla akui, zyla melukakn hati mereka. zyla akui itu kesilapan zyla. dan sukar bagi mereka untuk maafkan zyla. but at least apa yang zyla tahu sekarang mereka sebenarnya sedang bahagia. ^^. seperti apa yang zyla mahukan. 

yap! mereka aje yang tak tahu.. bagi zyla.. cukup hanya melihat mereka dari jauh. 














No comments: