Friday, September 14, 2012

isu "GANGNAM STYLE".

assalammualaikum...

mula -mula ingat nak cerita pasal rabun mata tapi ada topik yang lagi menarik untuk zyla canangkan dalam entri ni. " OPPA GANGNAM STYLE".. zyla agak lambat beberapa minit aje dari masyarakat seluruh dunia ni  untuk ambik tahu dan tengok video yang tengah panas kat YOUTUBE... 

bagi zyla video tu agak sengal.. lawak yang orang kata tu zyla nampak dan yang buruk seperti apa yang orang dok sebar kat fb pun zyla nampak jugak.

hmm.. bukannya nak cakap bagus atau tak bagusnya oppa gangnam style ni.. tapi zyla pelik sangat-sangat..bila ada benda yang hot macam ni mesti banyak perkara lain yang akan timbul untuk dijadikan isu.. mula lah ada yang kata itu dan ini.. macam-macam sangat spekulasi yang tersebar sehingga fikiran kita jadi tak tentu.. 

tarian "OPPA GANGNAM STYLE " ni perkara yang berkaitan dengan bidang seni. untuk hiburan masyarakat. asalnya dari KOREA bukan MALAYSIA. yang kita dok sibuk kritik buat apa??? dok sebar tak baik, meruntuhkan akhlak.. lagi nak tengok buat apa?? lagi nak fikir kenapa??. untuk individu dan diri sendiri , kita jangan fikir langsung. tapi masalah yang amat besar sekarang lebih ramai yang meminati dari membenci.

untuk masyarakat sekeliling kita, kalau rasa memang boleh menjatuhkan akhlak tu , boleh tegur tapi berpada-pada oky!kesan  Oppa Gangnam Style ni samalah dengan K-POP yang masih hot sehingga sekarang. cuma satu aje yang orang tak sempat nak fikir pasal gangnam style ni. ada ke lagu gangnam style tu menyeru kepada kita umat ISLAM untuk meminati tarian tersebut?? ada?? tak ada kan?? dia cuma mengoda aje.. yang tersangkut tu masalah hati korang laa..salah kita juga sebenarnya kalau terus nak sebarkan keburukan gangnam style ni. zyla bukan nak kata, tak boleh kritik.. boleh tapi perkara ni tak menunjukkan pun dia menjatuhkan maruah agama kita secara terang dan nyata. maafkan zyla kalau zyla terlepas pandang tapi kita perlu berfikiran terbuka sikit aje.. benda ni ialah hiburan antarabangsa. kalau sekadar nak kritik gangnam style ni, dan kalau betul kita ni memang nak jaga agama kita kenapa tak kritik je artis-artis ARAB yang tak pakai tudung tu??? kalau betul kita ni memang suka sangat nak sebarkan keburukan perkara dari luar negara. zyla hanya mampu geleng kepala bila ada yang mengarut cakap pasal gangnam style ni. kalau tak suka tak payah cakap.

dan ada jugak yang mengkritik kenapa nak belajar cakap bahasa korea dan tak nak pulak belajar cakap bahasa arab?? ni lagi satu.. manusia ni hanya akan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang selalu mereka nampak, dengar dan minat. negara kita mana ada supply drama-drama dari ARAB, lagi satu, susah nak cari filem ataupun cerita arab yang kita minat dan menarik. sebab tak didedahkanlah kita lupa pada bahasa ARAB... senang kata, kita mudah terpengaruh dengan benda yang ada depan mata dan peratus orang yang meminati perkara tersebut pun memang tinggi. dan kita akan terikut2.. sbab nak tau kenapa orang minat sangat.


 kita dah tak dapat nak buat apa-apa kalau benda-benda macam ni mudah jadi ikutan masyarakat. dah kita ni hidup pelbagai bangsa , jadi pengaruh yang tersebar memang cepat meresap.. lagi-lagi sekarang ni semua orang kalau boleh hari-hari nak tengok facebook , twitter.. kalau tak tau perkara yang baru maksudnya kita tak up to date.. oh! macam tu pulak.. kalau tak up-to-date kita malu dengan kawan-kawan, tapi bila kita tak up-date pengetahuan tentang agama, tak malu pulak??? fikirlah sendiri. berhibur itu boleh, semua boleh kita lakukan tapi ada had dan batasnya.


semakin kita mencari ilmu dan memahaminya, semakin kita sedar perkara yang lebih baik dari yang baik. semakin kita jelas dan faham apa perkara yang lebih buruk dari yang buruk. semakin itu kita akan menjadi senyap dan bercakap bila perlu.. semakin itu kita malu pada ALLAH SWT sebab segala apa yang ada didunia ini rupanya milik DIA bukan kita.

mana perkara yang baik kita ambil dan amalkan.. yang tak baik kita jangan fikir, tengok, dengar, amalkan dan komen pun. muhasabah diri.







2 comments:

Ann Ishak said...

tak pernah tau pun gangnam style tu macam mana gayanya, memang tau mau tau pun sebab takut banyak berkata2 dikemudiannya ;p

Zyla said...

yap..itu mmg betul. tpulg kepada kita utk menilai dn menganggapnya seperti apa. cuma kalau menyebarkan anya meruntuhkan akhlak dan memburukkan agama kene fikir 2 kali.