Showing posts with label Diari Harian. Show all posts
Showing posts with label Diari Harian. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

korban hati?

assalammualaikum..

sekarang ni zyla dah mula cuti. untuk study week.

korban hati?

semua orang buat perkara tu. tak kisah laa kalau dia baik ke buruk. tapi bukan semua ada baik dan buruk dia tersendiri ke? kan kita tahu semua manusia memang tak sempurna. macam yang korang selalu kata kalau  buat silap. "NOBODY IS PERFECT " kan?

dalam family, berkawan atau bercinta pun semua akan  berkorban hati. tak semestinya kalau kita berkorban maknanya kita baik dan kawan tu jahat. kadang kala semua ni terjadi ada hikmahnya. mungkin apa yang kita miliki itu bukan untuk kita tapi untuk sahabat, jadi berkorban laa.

memang laa sakit. ye zyla faham! zyla pun sama jugak. tapi cuba fikir lagi dan lagi. bila kita beri sedikit kebahagian itu kepada sahabat, hati ini sebenarnya sedang berbahagia. tak percaya? sebab korang ego dan tak leh terima hakikat.,

siapa cakap zyla tak pernah ego dan terima hakikat.,ya itu diri yang dulu dan sekarang ini cuba untuk terima hakikat., selagi namanya manusia itu dia akan lakukan kesilapan berpanjangan. sebab apa dia buat salah? itulah proses kehidupan manusia.

kan kita juga tahu dan faham, seorang bayi itu lahir bersama sebuah buku putih kosong yang dia akan corakkannya sendiri. so ingat laa bahawa setiap manusia itu sedang mencorak kehidupannya.

zyla tengah nak muhasabah diri laa ni. diri yang banyak buat dosa, yang banyak lukakan hati orang, yang banyak juga membuatkan orang bahagia sedangkan hati sendiri luka..

kenapa? sebb bagi zyla.. cukup selagi Ibu ayah, adik2, para guru dan Allah SWT sayangkan zyla. sebab DIA diatas sana masih sayangkan zyla laa zyla masih hidup lagi ini. kalau dah tiba masanya DIA nak ambik itu bermaksud tamat laa buku kehidupan zyla. 

apa yang kita jangkakan dalam kehidupan ini semuanya memang jarang nak menjadi. tapi kita kene percaya dan ikhlas dengan diri sendiri dan hanya dengan cara tu je dapat sembuhkan hati yang luka.

kecewa itu pasti wahai para pembaca sebbnya Allah nak DIA dekati kita. itu sahaja.

Wednesday, September 28, 2011

boleh

assalammualaikum

zyla nak cakap

masih belum ada yang mampu

membuatkan zyla putus asa sepenuhnya.

dan 

zyla bukan manusia yang mudah rapuh hatinya

zyla tahu masih ada peluang.

dan 

zyla tak nak melenggah-lenggahkan peluang dan masa yang ada.

saya bukan orang yang teliti

assalammualaikum..

amboi pagi ni je zyla dah update 4 entri dalam masa 2 jam.. aduh. macam nilah kalau idea ada nak melalut kat blog ni.

Hari ni zyla belik-belik buku EXCEL zyla.. tak lama lagi, akan didedahkan dengan UBS Software utk aaccounting..

semalam chat dengan kawan, zyla tanya dia nanti ada exam apa lagi.. yelah semua tahu kan sekarang ni pelajar-pelajar UITM peringkat Diploma sedang menghadapi Final exam. so dia bagitau zyla, yang paper dia yang paling last dan memang paling susah iaitu Account. Pergh! memanglah, akaun tu susah derr.. zyla yang memang major dalam account ni walaupun ada basic pun masih goyang lagi.

nak stdy akaun ni kene teliti dan peka.. kene fikir betul-betul sebelum nak mulakan buat akaun tu. nak buat journal, ledger, financial statement position, statement of owner equity and so on.. bukan tu je, kene alert nak guna formula yang mana nak kira depreciation, reducing balance method atau straight line method.. 

zyla akui zyla bukanlah orang yang terlalu teliti dan saya selalu careless! terutamanya masa exam! memang lingkuplah zyla kan..cuma satu je zyla syukur sebb memang dah ada basic skill dalam bidang ni.. so tak melatah sangat..


kalau ada yang kat luar sana nak ambik akaun.. zyla amat-amat menggalakkan.. sebabnya Malaysia sekarang ni kekurangan akauantant dan mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang akaun ni..

tapi jangan pulak zyla careless masa kat airport sudah... haha.. gila weh!! kalau ada apa2 yang tertinggal masa zyla nak naik  kapal terbang atau belon ( bahasa orang sarawaklah).

macam mana nak rawat penyakit careless zyla ni?? nasib jugak zyla ni bukan jenis yang kisah kalau ada apa-apa yang berlaku.. sebab dah tahu tu kesilapan zyla.. nak kisah buat apa ??

harap masa kerja nanti zyla tak ada careless lagi.. kang, hancus kerja zyla.. 






Tuesday, September 27, 2011

error lagi!

assalammualaikum...

al-kisahnya zyla hari ni.. disebabkan semangat sangat nak pomote page untuk junior zyla.. hari ni dah banyak kali zyla log ni FB tapi yang jadinya....






hahaha... FB boleh tanya zyla.. not Fathin??

zyla pun tak tahulah apa yang jadi dengan zyla ni.. aduh2.. semuanya tak jadi hari ni...hurm.. nasib dia bukan hp kn.. kalau tak.. habislah...

selamat pakai Sony sebab zyla tak reti nak pasang password kat hp..
nak katakan zyla tak ingat, ingat sangat2..

ish2...tak tahulah apa jadi dengan zyla ni... 


tapi apapun zyla puas sebb zyla tambah satu lagi gadget kat sidebar zyla..
haa..
bukannya yang tak berfaedah ataupun menyemak..tapi untuk kemudahan zyla..

cuma kalau korang click kat situ memang lah kosong lagi..

Harap-harap diberi kesempatan macam hari ni untuk mengupdate blog.
hari ni orang sibuk kan?

zyla?

zyla cuti.

:")

korang jangan jeles..

tata..


p/s: mana zyla dapat gadget? alah... zyla geledah blog Kak Azzah.
selalunya memang gadget dia yang zyla ambik..