Saturday, December 01, 2012

semua akan rasa yang sama.

assalammualaikum..

dengan keadaan sejuk diluar dan didalam bilik sehingga menyebabkan zyla kene pakai sweater dan stoking sebab tak  tahan sangat, ditambah lagi dengan kepala yang semakin kuat berdenyut-denyut menjadikan zyla tak selesa.. memang tak selesa..

seperti entri yang lepas zyla cerita pasal persediaan untuk intership.. dan sekarang ada satu lagi kesulitan yang harus zyla atasi dan bijak untuk mengatur perjalanan ke tempat praktikal. macam mana tu?? esok kalau dah sihat dengan baik, baru zyla meredah Kuala Lumpur yang sesak ini. hurm. nak tak nak, inilah yang harus zyla lalui. sabar ajelah.

tadi masa melayan Facebook, banyak kawan yang pening sebab ada yang nak dekat Final, ada yang baru masuk semester dan tak kurang jugak yang kebosanan sebab tengah bercuti.

bagi yang tengah study tu memang kalau dah dekat nak final, bersiap sedialah kekuatan mental dan fizikal korang. tidur tak akan cukup punya, bukan setakat stress nak habiskan topik, nak buat presentation lagi, lagi pening kalau group. mahunya tak moha.. lepas tu ada lecturer nak buat quiz la, test laa..semua tu nak tinggikan carry mark.. alhamdulillah semua itu telah selamat zyla harungi. tak ada lagi untuk semester depan.

tapi lain pula cabaran masa nak uruskan praktikal ini. zyla pun tak pasti macam mana situasi kalau aplikasikan nota kepada praktikal.. cuba berharap zyla cepat belajar dan pihak di sana sudi untuk bersabar.. hehehe.

kenapa takut semua akan rasa yang sama.. sebabnya selagi kita ini pelajar semua kesulitan itu akan datang dan ada. tapi ambil sebagai cabaran dan bentuk kekuatan diri supaya kita boleh atasi semua masalah dengan  baik dan tak memudaratkan diri, pelajaran dan keadaan sekeliling..

bak kata pakar motivasi..

" kalau anda stress elakkan untuk melayan Fb sebabnya anda akan menjadi lebih stress apabila melihat status sahabat anda yang lain."

sebab tu zyla memilih blog.. banyak benda bermanfaat zyla baca setiap hari.. cuma kalau tergerak hati je baru zyla buka Fb dan kalau ada idea yang baik baru zyla buat entri baru.

manusia ini perlu sentiasa sedar, tak semuanya indah kat atas muka bumi ini. kalau nak masuk syurga buatlah pahala. sekarang ini, tanya kat hati je. jangan banyak merungut, sebb orang yang merungut itu selalu rugi. 


No comments: