Monday, December 31, 2012

saat,minit, jam, & tarikh.

assalammualaikum..

wah!!! Kuala Lumpur dah mula sesak, ramai yang balik awal sejak dari petang tadi. smpaikan zyla dan kawan sekerja pergi kat LHDN Pandan Jaya pun jammed jugak! semangat rakyat Malaysia nak sambut tahun baru kan?macam-macam azam yang zyla tengok kat fb, pergilah sedih datanglah gembira.. oky, zyla faham maksud tu.

tapi apapun, bagi zyla aka nama penuh Fathin Fazila binti Razali yang dah pun berusia 20 tahun genap tapi mulai esok jadi 21 tahun tak berapa nak genap, segalanya masih sama dan tak ada yang berubah. azam, cita-cita, impian semuanya masih yang sama dan bertambah baik. cuma, tahun ini kalau boleh zyla nak luangkan lebih banyak masa dengan mereka yang dah lama tak jumpa dengan zyla. tapi yang pastinya zyla nak jumpa dengan orang tua zyla, nenek dan atok zyla yang masih ada. dan untuk pengetahuan, sekarang ini pak cik zyla sedang tenat kerana penyakit barah, semoga Allah masih beri zyla kesempatan berjumpa dengannya.

sebelum lupa, untuk kali ke 2 , zyla sekali lagi mengubah nama blog ini kepada Kasihnya Sakura. wah! apakah maksud tersirat?

selama 20 tahun zyla hidup ini, dan sepanjang perjalanan kehidupan zyla yang penuh dengan warna warni, hujan, petir, kilat, salji, mendung, panas, zyla dah banyak jumpa dengan insan-insan yang banyak mengubah hidup zyla. zyla akui tak semua mereka kini kekal bersama zyla. ada kalanya hati ini diruntun pilu sebab zyla rasa bertuah berkenalan dengan mereka tapi apakah daya zyla untuk menghalang ketentuan Allah, dan perpisahan itu terjadi, tapi zyla  bersyukur walau perit mana pun rasa itu, zyla masih mampu untuk berdiri disini.




apapun teruskan tersenyum, semoga 2013 adalah lebih baik. amin.

No comments: