Friday, July 22, 2011

mengantuk punya pasal!!!

suasana kelas commercial law section 5 dan 7 pada hari ni agak senyap kerana hampir 99% dari pelajarnya hanya mampu menganggukkan kepala sepanjang masa Mdm Fatimah menerangkan akta2 undang2 yang berkaitan dengan penawaran dan penerimaan kontrak... 

secara ringkasnya apa yang kita tawarkan dan terima boleh kita batalkan bergantung pada syarat2 tertentu dan cara pembatalan kita terhadap penawaran dan penerimaan perlulah berlaku mengikut polisi yang jelas agar kedua-dua belah pihak jelas tentang pembatalan tersebut.. sedang khusyuk zyla melayan mengantuk di dalam kelas tadi.. tiba-tiba Mdm Fatimah cakap mcm ni..

" oky class.. kalau saya nak buat quiz selama 5 minit lepas ni... apa keputusan kami"

bkan zyla sorang k.. tapi semua buat muka terkejut.. dalam hati zyla memang dh gelabah... mcm ner pulak nak jawab quiz kalau tadi pun zyla buat tak tahu je dengan apa yang Mdm tu do pot pet pot pet... yang ada kat kepala zyla hanya Section 6, undang2 yang menjelaskan bagaimana penawaran boleh dibatalkan... mmg zyla ingat habislah zyla hari ni. lingkuplah kalau tak boleh nak jawab jap lagi... 

pastu mdm Fatimah tiba2 diam... dia pandang je muka kiteorg... dia tanya lagi apa jawapan kiteorg kalau dia nak  buat kuiz selama 5 minit ttg pembatalan penerimaan kontrak... 

sesaat... 2 saat kemudian dia cakap mcm ni pulak..

 " sebab tu saya cakap tadi... no silent comunication dalam pembatalan penerimaa kontrak.. kalau kita nak membatalkan tawaran yang kita terima... selain buat surat dan mengikut tarikh yang ditetapkan... kita tidak boleh hanya berdiam diri tanpa beri sebarang tindak balas yang jelas dengan pihak yang memberikan tawaran ataupun offero.. "

mak aii!!! dia bagi contoh je rupanya.... mmg tak blh blah... so pengajaran buat zyla hari ni adalah jangan mengantuk dalam kelas dan siapkan semua kerja awal supaya blh tidur awal!  kalaulah betul2 mdm tu nak buat quiz tadi.. mesti tergoleng2 zyla balik bilik ni... yelah... zyla tak beri fokus dengan apa yang diaajar... 

2 comments:

aimie amalina said...

kikiki..tidoq awai no!

Fathin Fazila Razali said...

>animie.. mengantoklah... mlm tadi tidur lewat...