aduh2.. tadi zyla mmg dah ready nak shut down lappy ni.. tapi tangan ni gatal pulak nak click sana click sni... sekali.. hmm.. zyla terbaca blog sahabat zyla yang seorang ni.. again kerana panas baran.. selama zyla kenal dia (sepanjang zaman sekolah dlulah) tak pernah sekali pun dia marah kat zyla.. cuma bila ada masalah dia lebih selesa menyepikan diri termenung kat koridor... entah apa yang difikirkan zyla pun tak tahu..
bukanlah nak menyibuk.. tapi dah zyla sendiri tak dapat nak calling2 dia zyla cerita kat sni jelah.. zyla tak mention nama kan... so tak memburukkan sesiapa... zyla dulu pun panas baran juga.. jangan tak tahu, zyla pernah menyebabkan dahi sepupu zyla dijahit dengan 6 jahitan gara-gara dia ejek zyla... masa tu kecik sangat lagi.. bila tak tahan tu. zyla baling batu tepat kene kat dahi dia... cuba teka ayah buat apa kat zyla... haha.. ayah renung je muka zyla yang tengah marah masa tu...lama jugak zyla jadi panas baran ni... tapi alhamdulillah sejak tingkatan 4 zyla dah makin cool sampailah hari ni...
zyla cuak dengan mereka yang ada panas baran ni.. sebab bila kita marah... otak kita ni tak dapat nak berfungsi dengan sebaik-baiknya dan emosi kita akan menguasai diri kita 100%.. bahaya tu! dalam keadaan marah tu kita tak kan sedar apa yang kita buat, apa yang kita katakan dan keputusan yang kita buat...
zyla pernah menyesal sekali kerana panas baran ni... masa tu Ya Allah! hanya Allah SWT saja yang tahu apa perasaan zyla masa tu... kalau dikenangkan kembali zyla nak perbaiki keadaan tapi segalanya dah berlalu...
kalau ada rasa nak marah tu... istighfar banyak2... ingt kat Allah SWT... pejam mata erat2.. tarik nafas dalam2 k...
No comments:
Post a Comment