Aina memandang sayu mesej yang terpampang di skrin telefon bimbitnya. Aina memejamkan matanya. Sony Ericsson miliknya dibawa rapat ke dada. Perlahan air mata kesyukurannya mengalir. Kesabaran dan harapan dia akhirnya berhasil jua hari ini. Biarpun sudah terlambat Aina amat bersyukur akan ketentuan ini.
Natasha pula tersandar pada kepala katilnya. Lega! Biarpun dia terasa payah untuk melakukannya namun dia tetap ingin menyelesaikan segala kekusutan antara dia dan Aina. Adakah Aina akan membalas pesanannya itu. Natasha buntu sendiri.
****
1 Syawal, berkatnya hari itu bagi segenap umat Islam di dunia ini. Setelah sebulan menjalani ibadah puasa, akhirnya pagi ini mereka akan meraikan kemenangan tersebut. Tidak bagi Aina yang masih lagi baring di atas katil dan menunggu detik untuk dibedah. Sekali lagi Aina menangis . Dia ingin menangis buat kali terakhir. Menangis kerana segalanya telah pun dia laksanakan.
Aidil memandang langit yang mendung pagi ini. Hujan turun sebaik sahaja dia melangkah keluar dari masjid setelah selesai menunaikan solat sunat Adilfitri. Hujan rahmat mungkin, fikirnya. Telefon bimbitnya dipegang erat. Adakah hujan ini memberitahu kepadaku akan hati Aina yang sedang menangis? Aina, bersemangatlah. Aina mampu lakukannya. Adil tak pernah berhenti berdoa untuk Aina. Jika diikutkan hati yang risau memikirkan Aina mahu saja dia mendail nombor Aina saat itu, Tapi Adil sedar tidak mungkin Aina akan mejawabnya. Mana mungkin Aina yang akan menjawab panggilannya jika sekarang ni Aina berada di bilik pembedahan!.
1 Syawal… berlalu bersama kemenangan. Diraikan berterusan selama sebulan. Tetapi bagi Adil 1 Syawalnya kali ini telah mengambil sahabat baiknya kembali kepada PenciptaNYA, setelah dia mendapat panggilan daripada ahli keluarga Aina. Adil redha. Sebagaimana dia tahu Aina redha akan takdirnya.
Aidil menyelak kembali cerpen pendek Aina yang pernah Aina hadiahkan kepadanya sebelum Aina berangkat pulang ke Semenanjung Malaysia. “ Warkah Terakhir Aina”. Setitis demi setitis air mata Aidil mengalir. “ Aina, apa yang Aina cuba sampaikan dalam cerpen ni Adil dah faham. Aina, Adil doakan Aina berbahagia disana”.
Kenangan lalu kembali lagi. Adil tersenyum sendiri. Rindunya pada gadis kecil molek itu menguris jiwa. Gelak tawa, gurau senda Aina bagaikan sedang bermain ditelinganya.
Natasha. Ya, nama itu. Nama itulah nama terakhir yang disebut oleh Aina. Nama itu yang dinantikan oleh Aina. Tahukah Natasha akan pemergian Aina. Perlukah dia menyampaikannya.
******
1 Syawal bertandang kembali. Aidil masih lagi duduk disejadahnya. Yassin masih lagi dalam dakapannya. Sepatutnya dia bergembira hari ini bukannya bersedih hati. Namun apabila terkenangkan Arwah Aina, dia menjadi lemah untuk meneruskan hari ini.
Entah apa kebetulannya, Natasha muncul di hadapan Aidil semasa Aidil mengisi minyak di stesen Petronas.
“ Aidil.. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Jemputlah datang ke rumah” Natasha dengan ramah menyapa. Walaupun tidak begitu mengenali Aidil, Natasha masih lagi boleh bergaul baik dengan Aidil.
“ Selamat Hari Raya.. Insya Allah.. Tasha pun jemputlah datang ke rumah”
“ Aidil.. Tasha nak tanya satu perkara dengan Aidil boleh?” Natasha menghampiri Aidil.
“ Kita berbual kat rumah Aidil lah.. lagipun rumah Aidil dekat je dengan area ni”
Natasha sekadar mengangguk. Setelah selesai mengisi minyak keretanya, Natasha mengekori Adili dari belakang.
“ Natasha nak tanya apa kat Aidil?”
“ Aina” hanya nama itu yang mampu Natasha sebut. Ya, dia ingin bertanyakan tentang Aina. Kerana dia yakin Aidil mengetahui segalanya tentang Aina.
“ Kenapa baru hari ni nak cari Aina?” Aidil bertanya kembali kepada Natasha. Natasha dipandangnya sayu.
“ lama dah Tasha tak jumpa Aina”
“ Natasha, Aina dah meninggal dunia 1 Syawal tahun lalu” biarpun sebak mula menyelubungi dadanya, Aidil tetap kuatkan diri untuk memberitahu hakikat itu kepada Aina.
“ Aina dah tak ada? Macam mana Aina boleh…” tidak dapat meneruskan kata-kata lagi apabila air mata Natasha makin laju mengalir ke pipinya.
“ setahun yang lepas Aina disahkan mengalami ketumbuhan di kepalanya. 1 Syawal tahun lalu, Aina melakukan pembedahan tersebut. Itulah pemintaan terakhirnya. Aina mengalami implikasi teruk semasa pembedahan dijalankan. Kalau Aina masih hidup hari ini pun dia tidak mungkin akan ingat kepada kita sebab 50 peratus ingatan Aina akan hilang setelah pembedahan itu dilakukan. “
Natasha bangkit dari tempat duduknya. Setelah bersalaman dengan kedua ibu bapa Aidil, Natasha terus menuju ke rumahnya. Di dalam biliknya, Natasha hanya mampu terbaring bagaikan keletihan yang amat sangat. Hari ini dia mengerti keinginan Aina.
"bukan kehendak Aina untuk pergi meninggalkan dunia yang penuh keindahan ini. Bukan Aina yang minta untuk disayangi tapi kamu yang ingin Aina menyayangi dirimu" kata-kata Aidil masih kedengaran di telingan Natasha .. Akhirnya Natasha melelapkan matanya. Tiada apa yang boleh dia lakukan lagi.. segalanya telah berakhir.
"bukan kehendak Aina untuk pergi meninggalkan dunia yang penuh keindahan ini. Bukan Aina yang minta untuk disayangi tapi kamu yang ingin Aina menyayangi dirimu" kata-kata Aidil masih kedengaran di telingan Natasha .. Akhirnya Natasha melelapkan matanya. Tiada apa yang boleh dia lakukan lagi.. segalanya telah berakhir.
No comments:
Post a Comment