morning.. masa zyla tengah update ni baru je pkul 7: 39 am ... so memang banyak lagi org yang tak bangun.. di sebabkan hari ni hari sabtu so ta de masalahkan. lagipun, ada sesiapa plan pergi KL hari ni??? untuk maklum, jalan kat KL ditutup di sebabkan oleh rakyat Malaysia yang entahlah apa motif diorg nak buat huru hara tu zyla malas nak fikir jangan nanti jadi darurat sudah k.! nak Malaysia aman je tau... kesian pemimpin kita dulu besusah payah perjuangan kemerdekaan kita, ni senang-senang nak buat huru hara balik.
.
pagi ni cuaca kat Bangi ni diramalkan akan hujan dalam masa setengah jam lagi. pandainya zyla teka bila nak hujan ye.. yelah! angin dah makin kuat ni, langit dah gelap apalagi hujan laa jap lagi. adakah ini pertanda bahawa dunia pun tak merestui perhimpunan bersih tersebut. oppss!! tak leh pakai baju kuning atau merah ya?? sekarang ni zyla tgh pakai baju warna kuning laa... hahaha... tak pe dalam bilik je kan.. tak kanlah kene tangkap.. perhimpunan tu kat KL ni kat Bangi...
kepala zyla pun dah mula pening bila bangun lewat sikit tadi... selalunya lepas subuh memang zyla tak reti nak tdo balik, lagi2 kalau ada kelas pagi tu.. dan satu lagi zyla biasa bangun awal pagi sebab mak zyla dah biasakan zyla untuk tolong dia kemas rumah awal2 pagi mcm ni.. !!
pagi zyla pun tak payah nak dikejutkan dengan jam loceng.. memang automatik mata zyla akan terbuka around kol 6 macam tu... tapi orang tua2 selalu pesan bangu awal pagi ni bagus, rezeki cepat masuk , kalau nak stdy tu kiranya otak fresh lagi badan pun rasa cergas je dan yang paling zyla suka bila dengar nenek zyla cakap kalau anak dara bangun awal pagi muka diaorang akan nampak selalu berseri.. waaahhhh!!!! sebab tulah zyla semangat nak bangun pagi.... biarllah kita ni tak cantik sangat kalau ada seri tu kan lagi sedap mata nak memandang, betul tak???
bila ingat kisah bangun pagi ni mesti terkenangkan masa sekolah rendah dulu. zyla ni kan anak sulung so mak taklah beri perhatian sangat kat zyla macam adik zyla yang bongsu tu, yelah kalau kejutkan zyla dia panggil nama je zyla dah bangun tapi kalau adik2 zyla tu.. Masya Allah.... liat nye nak bangun... tapi yang tak boleh blahnya adik lelaki zyla, sebelum tdo ia2 je pesan kat kita nanti kejutkan dia pukul 5:30 pagi, dah dikejutkan cakap kejutkan lepas zyla mandilah.. alih2 pukul 6 juagak dia bangun. sebabnya kalau bangun awal sangat dia akan jadi macam budak ni
""""""""
macam nilah rupanya kalau bangun pagi, kalau tak pun sambil tunggu zyla mandi dia boleh tidur kat meja makan.. bertuah punye budak... ish2...
maaflah kalau ada yang terasa zyla kadang2 hairan jugak dengan tabiat bangun lewat ni.. kalau dia baru nak tidur pukul 6 pagi tu zyla fahamlah.. tapi ni dari pukul 11 mlm tdo bangunya 11 pagi esok... tahannye.. zyla tak reti macam tu. kalau ye pun tidur lewat, awal pagi zyla tetap dah bangun, mandi dan tidur balik... insya Allah sebelum Zuhur zyla bangun balik... heheh... lagipun kita ni tak boleh bangun lewat sangat laa.. nanti badan tu tak cergas.. mak zyla cakaplah.. heheh.. okylah sampai sni je zyla pot pet pot pet pagi ni... nak mandi , cuci baju dan selesaikan kerja zyla... assalammualaikum... :")
No comments:
Post a Comment