assalammualaikum.. selamat menikmati hari yang indah.. cewah!! dah pandai nak bermadah pujangga pulak dah.. :").. ylh tgh bahagia.. bahagia dengan hari2 yg berlalu yang begitu menyenangkan dan tidak lagi ditemani resah dan air mata ( selalu sangat ke nangis sebelum ni?).. takklah.. zyla susah nak nangis bila ada masalah. sebab rasa membazir je.
hari ni hari ketiga minggu pertama kiteorg start kuliah. sem ni kelas zyla bergabung dgn section 7 last sem. semua perempuan section tu kiteorg ni je yang banyak budak laki. buat masa ni memang belum ada keserasian antara kami. yelah dah biasa dengan kwn2 sendiri kan. macam zyla ni dah biasa sgt dgn ain n kak fara, faza, raudah dan ara. bila habis je kelas accounting information system tadi (ais). zyla teringat kat kelas zyla yang lama, masa kiteorg sem 1. section 13.. best sangat budak2 yang dlm section tu. wlapn baru knl tapi kiteorg dah macam adik- beradik. ada satu je peristiwa yang zyla tak boleh nak lupa, bila satu kelas seramai 18 oranglah masa tu datang lambat. pagi tu kiranya ada class business math pukul 8.40 tapi entah apa kebetulannya kat tgh jalan kiteorg saling terserempak pulak, seingt zyla jugak kawan zyla Azmil masa tu kereta dia rosak sebab tu terpaksa berjalan kaki. nasib baik la masa tu semua duduk kat hostle.. alih2 dah sampai kelas dengan nafas masih semput2 lagi ni, miss Fatimah minta sign kehadiran, then dia blah dan cuma cakap " see u next week" .. memang bagus sangatlah satu kelas lambat ye. ish2.. lecture pulak masa tu yang awal.
bila masuk sem2 Hanan dan Azmil pindah buatkan kiteorg rasa sunyi . lagi2 Azmil tu sebab zyla agk rapat dan selalulah gaduh dengan dia.. so sekarang memang dah ta de kawan nak gaduh...samalah macam buat present, kalau zyla punye turn msti Azmil tu jelah yang akan menyoal..
bukan setakat rindu kat sni tapi rindu jugak kat kawan2 kat sarikei kuching n miri. entah apa khabar diorg sekarang ea. sihat tak?? ada hajat zyla nak buat reunion tapi bila fikir pasal satu perkara ni macam tak manis pulak kan. zyla tak nak ada yang terasa hati bukan niat nak sisihkan sesiapa. Insya Allah kalau zyla dah sedia dan smuanya dah oky zyla nak buat reunion utk semua..:").. kene ada niat baru nak jadi kan.
kalau diizinkan tahun depan bila cuti zyla nak ke Miri pulak. nak jenguk kawan baik zyla, Ieyla Aziz dan kawan2 dia. lama tak pergi Miri.. terlalu banyak perubahan yang berlaku.
stu lagi nak cakap zyla rindu diri zyla yang overactive n so talkactive...tak semua tempat kita boleh bawa perangai kita kan. mcm sekarang zyla jadi lebih pendiam dan tak ambil tahu sangat pasal org. bak kata kawan zyla jadi macam ni sebab banyak sangat pendam rasa.. ek??/ ye kot. tapi tak pe, zyla tak meroyan ke apa.
still lagi waras ni hah..pernahlah dulu, ada kawan tu nak sangat buat zyla sakit hati kat dia tapi zyla lagilah tak layan sebab masa tu busy lah.. pastu dia sendiri buat pengakuan kat zyla yang zyla ni memang hati batu, tapi syukurlah tau zyla tak jaja cerita dia ke apa. zyla pendamkan je, tak bising pun. buat apa nak balas balik?? samalh kalau org buat kat kita, biar je, nanti dia baik sendiri. zyla pun ada buat salah juga, ada juga cuba berbaik alhamdulillah sekarang dah jadi kawan baik. senang kan?? buat apa nak rasa sakit hati?? kat akhirat nanti kita jumpa jugak. mungkin berdiri kat sebelah kot.
malas nak fikir yang bukan2 sebab sekarang ni dah makin besar kan, perkara yang lepas tu biarlah lepas. zyla ni jenis yang open. tak dendam pun nak balas balik tu taknaklah.. buat apa?? bukannya Allah. bagi zyla Allah swt tu lebih berhak jatuhkan hukuman. yelah kalau zyla buat salah zylalah yang terima hukuman.
anyway, masa cuti bulan lalu, zyla sempat jenguk kawan zyla Qayyum dan Qhazrul. kebetulanlah diorg kerja, apa lagi zyla memang enjoy sambil beli barang dan lepak dengan diorang.. hehe... sampaikan malam tu kiteorg msg2 nak harap sangat dapat lepak macam tu lagi..
kalaulah zyla dapat jumpa semua mesti riuh dan kerja kiteorg memang gelak jelah..:")
No comments:
Post a Comment