Thursday, July 21, 2011

bila saya fikirkan nya!



assalammualaikum.. sambil2 zyla nak buang masa sikit ni.. zyla terfikir pulak tentang sesuatu.. apa dia??? pasal kehidupan zyla.. tak smua yang zyla buat dan harapkan menjadi.. ada tu lain yang zyla nak lain yang zyla dapat. tapi zyla anggap itu sebagai hadiah buat zyla. zyla pun bukanlah baik sangat.. nakal2 jugak.. :").. semakin hari semakin zyla terlupa tentang seseorang.. dah lama zyla tak jenguk blog dia.. entah apa khabar dia sekarang.. zyla harapkan dia semakin bahagia.. kesibukan zyla hari ini membuatkan zyla leka seketika dengan kekecewaan yang zyla lalui... bila kawan zyla luahkan kat zyla yang dia baru putus cinta. zyla cuma boleh nasihatkan dia ingat dekat Allah SWT... yang syoknya zyla tak pulak teringat kat diri sendiri yang baru je single ni.. hehe... 

terima kasih masa sebab buatkan zyla lalai dari memikirkan masa lampau... apapun.. zyla bersyukur kerana dianugerahkan hati dan akal yang baik serta sihat.. membantu zyla menjadi orang yang lebih matang dan mampu buat keputusan dengan tepat.. just like what my mum want from me.. be matured.. 

Bila fikirkan balik  masa lalu... zyla banyak buat silap.. banyak lukakan hati org.. banyak menyinggung perasaan org.. banyak buat org rasa serba salah dengan diri mereka sendiri.. 

mungkin org akan kata kat zyla ' biasalah masa muda memang banyak buat salah" tapi tidak bagi zyla. zyla tetap pernah buat slah...  dulu ada orang yang sentiasa mendorong dan bagi motivasi dekat zyla.. sampai sekarang zyla masih lagi pegang kata-kata dia.. 

jadi diri sendiri, jangan lepas tudung, jangan mudah terpengaruh dengan orang lain..

zyla tidak menyalahkan sesiapa ataupun apa2 kerana perpisahan itu.. malah zyla amat bersyukur kerana zyla semakin banyak belajar tentang kehidupan ni. Mungkin satu hari nanti bila zyla jumpa dia.. zyla nak ucapkan terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup zyla, didik hati zyla jadi berani sampai sekarang.. :").. zyla doakan dia berbahagia menjalani kehidupan dia hari ini dan buat selama-lamanya... walaupun ada masa hati ni rasa geram tapi ibu zyla selalu pesan.. ' along, jangan kenangkan yang buruk pada dia.. tapi kenangkan yang baik dari dia"... yes! itulah ibu kesayangan zyla.. yang selalu menyokong zyla... 

membenci? marah? langsung tak de... zyla tak larat nak layan perasaan macam tu.. satu lagi adik2 zyla tak pernah nampak zyla marah atau bencikan sesiapa walaupun hakikatnya dalam bilik air zyla lepaskan geram dengan main simpah2 air tu kat muka... ahaha... geram punya pasal... bukan nak tunjuk kat adik2 yang kak long adalah manusia yang paling baik.. tapi mendidik hati mereka untuk tidak menunjukkan perasaan tu kat org... simple kan...

selalu akan dengar orang cakap..
kalaulah dapat diundurkan masa..

tapi bagi zyla..
zyla tidak rela masa itu untuk berundur dan kembalikan zyla seperti dulu.. biarkanlah zyla dengan diri zyla yang ini... zyla mula selesa dengan keadaan zyla yang sekarang.. ditambah lagi dengan rakan-rakan blogger yang makin ramah dengan zyla... thnks... bukan tidak menghargai sahabt yang sedia ada.. tapi zyla tak nak ada yang bersimpati atau risaukan zyla.. 

panjang berjela dah ni...
zyla undur diri dulu... 

:")

No comments: