Saturday, July 30, 2011

Cinta Mekar Di hati.. Ady& Fasha


   Cinta adalah satu-satunya bunga yang tumbuh mekar tanpa bantuan musim....
       













 pagi2 ni zyla nak share pasal novel kegemaran zyla.. zyla ni mmg suka sangat2 bc novel , mewarisi minat dari mak zyla.. dan zyla rasa mmg ramai lagi perempuan di luar sana yang suka baca novel ni. jadikn sebagai aktiviti di kala lapang.. oppss...novel ni pun akan menyebabkan kita ni dok terfikir apa lagi kesudahanya... smalah mcm zyla... kalau boleh nak habiskan novel tu hari tu jugak... 

ada jugak kwn2 zyla yang tak suka bc novel ni... itu hak mereka.. tapi kan kalaulah korg try bc novel, terutamanya novel Alaf 21 ni.. baru korg tau nape zyla ni gila novel..

CINTA MEKAR DI HATI, by Rose Harrissa ni zyla baca sejak 2010 lagi..selama zyla membaca novel sejak berumur 14 tahun.. belum pernah sekali pun zyla menangis... dan zyla mmg sangkakan zyla tak akan pernah menangis hanya kerana novel.. tapi novel ni telah berjaya membuatkan zyla menangis buat kali pertama! bagi yang pernah baca novel ni mesti korg tau nape zyla blh menangis kan... yelah, siapa sanggup baca dan bayangkan suami isteri dan anak mereka berpisah selama  5 tahun gara2 cemburu seorang wanita yang punya hasad dengki yang tinggi.. ( Ya Allah, Kau jauhilah hati aku dari menyimpan rasa hasad dengki dgn saudara ku sendiri)... bukan zyla sorg tau yang sakit jiwa baca novel ni.. tapi 2 org adik lelaki zyla tu pun turut merasakan apa yang kakak long diorg rasa.. sampai diorg tanya kat zyla..

 " along, bila ady dan fasha ni nak jumpa balik? asal jalan cerita ni slow sangat?"

gerr.. kau bacalah cerita tu sampai habis dulu... bacalah tau perjalanan mereka yang sebenarnya...


   pengenalan CINTA MEKAR DIHATI:


Setiap cinta pasti ada derita, pengorbanan, cemburu dan air mata.
Cinta tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan tetapi hadir denganpengorbanan dan kesetiaan


.Ady Rafizal cinta tidak pernah punya undang-undang, tetapi mengapaharus aku terhukum? Dalam derita, hanya bayangmu yang mampu kudakap.Namun, selagi aku bernafas dengan nama ALLAH, tidak pernah sekaliaku berhenti merinduimu. Dan aku yakin, cinta akan mengembalikan kaukepadaku.


Fasha cinta tidak pernah menyeksa tetapi sentiasa menguji. Sekalikau memberi cinta, tidak akan kubiarkan ia hilang ditelan waktuwalau beribu batu kita terpisah. Sesungguhnya, kau adalah cinta dannyawaku dalam hidup ini.


Fahrin  cinta itu sebuah pengorbanan, tetapi mengapa ia bukan noktahcintaku kepadamu? Kenapa semakin sukar aku miliki cintamu setelahmenanggung derita ini? Cintaku indah tapi aku derita perasaan


.Tengku Alis Marina  cinta itu madu dan racun! Andai aku tidakmemiliki madunya, biarlah aku jadi racunnya!

meh zyla stroy sikit pasal novel ni.. ( tak reffer dngan novel k based on pemahaman zyla sebab zyla dah 5 kali baca novel ni, hafal sangat dah).

mula2 nak perkenalkan .. nama hero dia, Ady Rafizal.. panggil Ady lah .. dan heroin dia Nur Fasha Abdullah, panggil Fasha tapi si Ady ni lagi sweet bila panggil .. Sha je.. hehe... dah2... Tengku Alis Marina a.k.a tunang Ady yang tak berapa nak jadi panggil Alis je ( tak sabar nak kutuk minah ni, GERAM!)..

al- kisahnya bermula dari sini..

Ady ni study kat luar negara.. ambik bidang arkitek.. standard lah novel Melayu, hero kene kacak, macho, dari keluaga berada dan baik2 belaka.. bersama dengan 2 shabat baik Ady ni.. Tam & Rul.. nak dijadikan cerita, Ady ni terpaksa balik Malaysia setelah bekerja hampir 6 bulan dekat US... disebabkan oleh Alis yang gila meroyan ni suh dia balik sbb nak ajak bertunang.. smpai je KLIA, Ady terus hilang dan bersembunyi dekat rumah sewa 2 sahabat baiknya tadi.. ( rasa mcm tau je celah mana dia larikan diri, ground floor tempat nak cari bas KLIA tu ek. kiranya bahagian belakang KLIA lah).. 

memanglah minah Alis ni benggang dekat Ady ni, susah payah ajak balik Malaysia, alih2 di hilang pulak kat KLIA... good Ady! teruskan... lepas tu, Ady ni kerja kat restoran keluarga Tam.. wlpn Ady ni dari keluarga berada dan berpangkat Tengku, dia tetap sengkek sebab mummy dia sekat segala pebelanjaan, bank dan macam2 lagilah yg mybbkan Ady ni hidup susah... 

satu hari, Tam cabar Ady ni utk tackle ex dia Julia..masa nak ngorat si Julia nilah Ady jmpa dengan Fasha. kebetulan Fasha dan Julia ni duduk satu rumah. kecomelan si Fasha nilah yg telah myebabkan Ady ni jatuh hati pandang pertama.. yang sweetnya bila Ady ni masakkan si Fasha Kue Tiaw sup dan dihiasi dengan lobak merak berbentuk love! jeles!! susah kot nak ukir carrot ni... zyla prnah krja kat restoren jugak mmglah zyla tau... ( kantoi pernah try). sejak dari hari tu Ady dan Fasha ni pun mula berkawan, keluar bersama.. kebetulan jugak si Fasha ni buat freelance.. so dia tak terikat dgn waktu kerja, umur pun masih muda lagi baru 21 tahun.. 

entah macam mana si Alis ni dapat jejak Ady ni.. disebabkan tak tahan dengan karenah Alis yang tak pernah berhenti mengejar Ady, wlpn terang-terangan Ady ni mmg tak suka kat dia... Ady ambik keputusan utk mengahwini Fasha! 

" aku mahu berkahwin kerana aku mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi nafkah, memberi kebahagian.. tanggungjawab suami itu di bahu aku.. kekurangan Fasha aku redhai dan kesempurnaan Fasha aku syukuri"

lebih kira mcm tulah ayat Ady ni  bila dia nyatakan niat dia utk mengahwini Fasha kpd 2 shbt baiknya itu.. mmh nmpk  yakin sgtlah Ady ni nak mengahwini Fasha.. hati dh sm2 suka.. apa lagi.. Kahwinlah..

Fasha ni pulak anak yatim, mmg tak de cerita pasal fmly dia.. dlm novel ni kiranya Fasha hny ada Ady sebagai tempat utk dia bergantung dan menumpang kasih sayang.

Bila dah kahwin tu Ady pulak diterima kerja.. alhamdulillah..tak lama diorg kahwin, Fasha disahkan mengandung! Ady lah lelaki yang paling bahagia masa tu. satu hari bila Ady tahu bahawa syarikat tempat
 dia bekerja berurusan dengan syarikat Mummy dia , Ady terus dibuang kerja. Mummy dia buat mcm tu sbb mmummy dia geram Ady balik Malaysia tak jumpa dengan dia dan kahwin dengan seorang anak yatim yang tidak diketahui asal usulnya... ( mmg masalah betul mummy Ady ni). mmglah kusut kepala otak Ady masa tu. baru je happy sbb nak dapat baby tapi mummy dia cari pasal pulak... lepas tu Ady ambil keputusan utk perkenalkan si Fasha ni kepada keluarganya.. lupa nak bgtau... Mummy Ady dan Alis ni pernah serang Fasha kat rumah... siap warning2 lagi... tapi kesian, apapun yang diorg buat.. Fasha dah sah menjadi isteri Ady.. smpai si Fasha ni lari rumah sewa dia yang lama... perempuan mana yang tak takut bila kene serang dengan mak mertua sendiri siap bw bakal menantu tak berapa nak jadi tu.. 

bila Ady perkenalkan Fasha ni kat famly dia.. cuma mummy  dia je yang tak leh nak terima Fasah tu, asyik2 nak si Ady ni kahwin dgn Alis.. ( sbr jelah baca part ni).. lepas Ady ni berhenti kerja dia kerja balik kat restoran Rempah Ratus.. Ady pun tak sanggup nak bagitau Fasha ni yang dia dah kene buang kerja! last2 Fasha ni dpt jugak ceduk hati Ady yang tengah susah masa tu.. Syukur sangat Fasha ni bertindak matang dia langsung tak marah atau bencikan Ady bila Ady bagiatu dia dah diberhentikan kerja.. jauh sekali nak tinggalkan Ady.. 

sejak belajar lagi Ady, Tam dan Rul ni bercadang nak bukak company mereka sendiri. stdy tinggi2, tapi balik Malaysia kerja makan gaji.. so diorg decide nak bukak syarikat pembinaan.. tapi masa tu Ady tak confident lagi sbb dia tak ada modal. masa ni mmg Fasha main peranan yang amat2 penting. Fasha cadangkan Ady ni buat pinjaman kat daddy dia.. Alhamdulillah, daddy Ady mmg tak kisah dan sanggup sokong apa saja yg Ady nak lakukan.. Pro-Art-Buliders... nama syarikat yang Ady, Tam dan Rul tubuhkan ni pun Fasha yang cadangkan. mmg sweet lah Fasha ni.. 

sekarang ni zyla akan bawa korg kepada jalan cerita yg menyakitkan jiwa... 

masa Fasha mengandung 4 bulan, dia masih lagi buat freelance. htr hasil tulisan grafik dia ke mana2 syarikat yg memerlukan servisnya. kebetulan, Fasha berurusan pulak dengan mak tiri Ady.. huh! masa nilah kantoi daddy Ady tu dah kahwin lain.. tapi Ady tak marah , sebabnya lelaki kan ada 4 kouta.. haha.. bukanlah.. siapa lah yg tahan dengan perangai Mummy Ady yang suka sangat menggongkong tu.. zyla pun geram dgn mummy dia ni. bila Ady dan Fasha makan malam kat rumah daddy Ady bersama dgn ibu tirinya, mummy Ady ni serang diorg kat situ... ni disebabkan oleh Alis lah yg dok menghasut Mummg Ady ni serang diorg. Gila betullah prmpn tu...sejak peristiwa serang menyerang tu mummy dan daddy Ady pun bercerailah. 

yang tak blh blha bila si Alis ni dtg rumah Ady dan nak Ady ceraikan Fasha.. " mummy dan daddy you dah bercerai.. you bila lagi nak ceraikan perempuan tu"... mak aii.. sabor jelah...senang2 je Alis ni suh Ady ceraikan Fasha.. 

tak cukup setakat ni je gangguan Alis terhadap Ady dan Fasha.. tiba2 Ady diserang sakit perut yang amat sangat mlm tu, smpai dia muntah2.. mahunya si Fasha tak risau... yg comelnya bila Fasha tertidur atas perut Ady lepas dia sapukan minyak kat perut Ady.. 

satu pagi tu... Ady rasa berat hati sangat nak tinggalkan Fasha kat rumah sorg.. korg nak zyla bagi imaginasi tak pagi tu mcm mana Ady rasa berat hati nak tinggalkan Fasha.. 

" Ady pandang wajah mulus milik Fasha. Ady tarik Fasha erat ke dakapannya. Ady peluk Fasha seerat yg mungkin, mmg tak nak berpisah dengan Fasha. Fasha memang hairan, kenapa pulak dengan suami dia. Fasha belai wajah Ady, smbl Ady merasai sentuhan Fasha pada wajahnya Ady pejam erat matanya. Kemudian Ady bawa wajah Fasha dekat dgn wajahnya.. " abg cintakan Fasha. hanya Fasha isteri abg dunia akhirat. " "

dah? dapat imagine tak mcm mana ? ke korg dok imagine boyfriend korg a.k.a Ady tu?.. 

nak tau tak apa jadi... Fasha diculik selepas Ady pergi kerja..masa tengah hari tu Ady gelisah sangat bila Fash tak reply msg dia dan tak angkat kol.. Ady drive balik rumah dgn perasaan yg  sgt bimbang. satu dia fikirkan kandungan Fasha yg baru berusia 4 bulan masa tu.. bila Ady smpai rmh.. mmg sah Fasha tak ada kat rmh! ( part nilah yang buat zyla mula menjatuhkan air mata.. zyla dpt rasa mcm mana Fasha hilang. tragedis betol)


bila Fasha hilang, Ady pulak yg sakit. ( actually terkene buatan si Alis ni). Ady mcm org hilang arah bila mummy dia ambil tindakan utk kurung Ady ni. Bayangkanlah, Fasha yg tgh mengandung diculik oleh penculik upahan Alis.. disebabkan tak smpai  hati mlihat keadaan Fasha, penculik upahan Alis, Fahrin bawa si Fasha ni lari ke tempat asalnya. di sebuah pulau.

Ady cuba cari Fasha.. stu hari, Fasha berpeluang utk mghubungi Ady.. 

" abg.. ni sha.. sha rindukan abg"

"sha ke ni? sha kat maa syg? abg ambil sha skrg"

sayang.. talian terputus selepas berbualan ini. 

tibanya masa utk Fasha melahirkan anak sulung mereka... dlm masa yg sm Ady dipaksa mengahwini Alis. Ady sendiri hairan dengan dirinya yg terlalu mengikut telunjuk mummy dan Alis dan yg mengejutkn dia. dia melafazkan akad nikah dengan begitu tenang dan lancar sekali! biarpun org disekelilinnya gembira dgn perkahwinan dia dan Alis, Ady adalah sebaliknya. sehari selepas akad nikah, Ady dan Ali terbang ke London.. hari yg ms jugak Fasha datang ke ruamh ibu mertuanya utk mencaru Fasha....

perkara yg amat2 melukakan hati Fasha bila ibu mertuanya menghalau dia dan anaknya... langsung tiada sedkit simpati Mummy melihat dia yg baru saja bersalin  ketika itu. ( manalah pergi perikemanusiaan mummy Ady ni?)..

5 tahun kemudian.....

Fasha merenung wajah Adri. semakin Adri membesar, Adri semakin mirip dengan Ady, suami yang amat dirinduinya....

inilah yg di katakn jodoh.. setelah berjaya menyiapakan  projek mereka, Tam, Rul & Ady bercuti di pulau di mana Fasha selama ini bersembunyi...

" Ady.. cuba kau tengok tu. mirip kaulah.. anak kau tak?" gurauan Tam mengusik hati Ady.. agaknya ketika ini anaknya pasti sudah besar.. mungkin sebaya dengan budak lelaki di hadapannya sekarang.

hanya melihat pada lukisan tersebut, Ady berlari sejauh yg mungkin utk mendapatkan insan yang paling dirindui nya ketika itu.. haruman Annanya menyapa hidungnya.. tidak syak lagi.. dia pasti wanita yang dikejarnya itu adalah isterinya. Fasha!


setakat ini je zyla blh story kat korg.... kalau nak tahu lebih lanjut bacalah sendiri novel ni.

p/s : cinta itu hadir dihadapan kita bila kita rasa berdebar2 dan rindu bila dia hilang dari pandangan kita.

cewaH! agak poyo kan .. ish2... selamat membaca novel ni... novel yg banyak beri pengajaran dan kesedaran buat zyla...

4 comments:

Dhiya Fariza said...

nak beli novel nieee:D

Fathin Fazila Razali said...

bagus! kptsn yang baik.. layan lah novel ni..mmg best....

NurIzza said...

dah nah baca novel nie.. memang terbaik gler ar.. best3!!!

Fathin Fazila Razali said...

yeah!! tau tak pe.. mmg best kan Nurl... zyla mmg suka novel ini even dia dh lama di keluarkan... kualiti yang terbaik...