Sunday, July 31, 2011

Ramadhan itu Indah..

penuh kesabaran aku menanti saat kau tiba,

tika kau menyapa hatiku,
aku rasakan satu cahaya menerangi hariku..

meniti setiap masa yang KAU anugerahkan buatku,
menjadikan aku lebih mensyukuri nikmat kehidupan ini.

kesabaran ini ingin aku ukirkan dengan lebih indah bersamamu

Ramadhan,
kau bahagiakanlah hari-hari insan yang aku sayangi.


ingin aku simpulkan Ramadhan ini sebagai Ramadhan yang terindah dalam hidupku


selamat menyambut Ramadhan... 

Assalammualaikum.. 



rupa ikut negeri ke?

assalammualaikum.. tadi sedang syok zyla dan kak fara buat kerja.. tiba2 ada org ketuk pintu... gerr... hari ahad mcm ni, ptg lagi tu mmg banyak budak yang tak balik lagi.. zyla pun terfikir... siapa pulak lah insan  yg bertuah ketuk pintu bilik zyla ni.

tak tahan dengar pintu diketuk2.. zyla bukalah pintu... laa... kakak mana pulak yang datang ni.rupanya, promoter dari DOMINO Pizza.. hmm.. apalah dia nak offer kat zyla dan kak Fara ni..

bukan pasal offer Domino yang zyla nak citer tapi kakak tu laa... dia tanya zyla org mana.. zyla jawablah zyla org Sarwak... nak tau dia cakap apa? " tak mcm org Sarawak pon?"

aik.. org sarawak dengan org semenanjung berbeza ke? zyla tgk kak Fara sama je dengan zyla... ada hidung ada mata segala nya lengkap.. mungkin jugak sbb dialek zyla kot.. kan org selalu cakap org Sabah Sarawak ni bila bercakap dlm bhsa semenanjung lain sikit bunyinya.. tapi bukan zyla... sbb dari kecik lagi zyla dah biasa bergaul dgn org semenanjung ni.. ckplah org negeri mana... semua zyla berkawan... bukan negeri je jenis kaum dan agama sekali...

entahlah... mcm byk benda tak ori ttg diri zyla... msti mcm org lain... mcm Tiz Zaqiyahlah, bawang putihlah, mcm org Kelantanlah... entah apa2 lagi.. ni semua faktor pergaualan zyla sejak dari kecik lagi... zyla tak kisah dengan sesiapa zyla nak berkawan... smuanya sama je kan?

pelik2... asal zyla je lainlah tu.. padahal sama je.. hmm... sodeh.. apakah yang original ttg diri zyla, zyla sendiri pun tak tahu...

hmm. pasal Domino... sarawak blm ada lagi.. tapi dh beberapa kali jugak zyla merasa pizza Domino ni.. mmglah blm blh lawan Pizza Hut lagi tapi not bad.. kalau pizza buat sendiri lagi sedap...a'ha laa... pasal sama ada zyla dan kak Fara terima tak offer tu.. jawapan dia TIDAK! sebab kak Fara cakap... Tipu je tu... huh...

haa... nilah offer yang dibagi zyla tu... bayar RM 20 je.. malaslah... hari tu ada jugak dpt offer dari Rasa Mas.. offer  RM4.50 utk satu set nasi ayam... lebih baik zyla melantak nasi lemak mak cik batman yang RM3 tu.. lagi sedap.. original buatan mak cik Batman... tau... dahlah murah, sedap, lauk banyak... kenyang smpai mlm...

satu lagi ingatan utk seluruh rakyat Malaysia yang mmg terkenal diseluruh dunia dengan tabiat SUKA BELI BANYAK DAN SUKA MEMBAZIR!!!!! nak puasa esok.. bila pergi bazar Ramadhan janganlah nak borong semua... berbukalah dengan ala kadar je.. tak kanlah lapar sangat sehari berpuasa... ?? ( ada nak cincang zyla tak? perut zyla lainlah.. perut korg lain.. tapi byk yang ikut nafsu... )

esok nak cari aiskirim blh tak utk berbuka puasa??? (^_^)

Saturday, July 30, 2011

kak long dan adik-adik...


table zyla.

masa utk F-O-K-U-S sudah tiba.

minggu depan adik zyla yang nak SPM tu dah nak pra SPM... 

kepada adik along yang along sayang n rindu..

Fahim, Syafiq n Fiqri 
yang berada di MRSM & SM. Vokasional Betong..

good luck utk exam..
teruskan usaha  adik2 buat yang terbaik.
genggamlah tangan along
smpai ke garisan yang terakhir,

bersandarlah pada badan along bila adik2 rasa keletihan.
peluklah along sereratnya bila adik2 rasa along semakin menjauh.

utk Nadia,
senyumlah sentiasa.
usah dirindu along yang berada di kejauhan ini.

adik-adik along
ingatlah along sentiasa mengingati dan menyayangi kamu semua.
apa yg along usahakan hari ini adalah utk kamu dimasa akan datang.

terima kasih adik-adik along,
kerana sudi menyambut along dikala along rapuh melalui setiap detik hidup along,

terima kasih adik-adik along,
kerana sudi mengusap air mata along dikala along bersedih hati.

terima kasih adik-adik along.
untuk kasih sayang dan cinta yang kamu berikan utk along..


p/s: sayangilah adik-adik yang kita ada. walaupun seorang ttpi merakalah insan yang akan sentiasa berada di belakang kita. merekalah yang akan menunggu kepulangan kita dan mereka jugalah yang akan menghantar pemergian kita.

jangan sesekali membuatkan adik-adik kita merasa diri kita jauh dari kita,
jangan sesekali membuatkan adik-adik kita membenci kita,
jangan sesekali bersikap pilih kasih antara adik-adik kita,
jangan bandingkan kebolehan mereka.
kerana setiap mereka punya kebolehan yang berbeza.. 


 tahukah kamu,
apabila kita tidur keletihan 
adik-adik kita akan menjenguk kita
dan berkata di dalam hati mereka
" kesian abg / kakak"

tahukah kamu,
bila kita berada berjauhan daripada mereka,
setiap saat mereka mengingati kita
dan mengharapkan kita akan pulang segera

tahukah kamu
kadang-kadang adik-adik kita malu untuk mengatakan betapa mereka menyayangi kita.
sedangkan mereka sentiasa ingin kita tahu betapa mereka menyayangi kita

tahukah kamu,
kadang-kala adik-adik kita ingin sekali merasa pelukan dan sentuhan kita?

tahukah kamu,
adik-adik kita lebih senang dan seronok apabila kita membelanjakan duit kita sendiri utk mereka berbanding dengan kedua ibu bapa kita

tahukah kamu,
adik-adik kita berkecil hati apabila kita leka  berbalas SMS dengan pasangan kita?
tanpa memperdulikan renggekkan mereka?

tahukah kamu,
adik-adik kita akan bermurung
jika dalam sejam kita tidak memanggil namanya.

tahukah kamu 
betapa seronoknya adik2 kita 
bila kita hanya tersenyum utk mereka disetiap pagi.

tahukah kamu,
adik2 kita akan merasa lebih kenyang bila kita sudi menyedukkan nasih utk mereka..

tidak percaya..
cubalah..
sayangi adik2 kita lebih dari segalanya
peluk dan ciumlah mereka.

kerana adik-adiklah insan yang paling layak bertakhta di hati kita sebelum sesiapa selepas ibu bapa kita.
kerana adik-adiklah kehidupan kita tidak akan pernah sunyi.

genggamlah seeratnya tangan mereka sehingga mereka berjaya mencapai cita2..

katakanlah kepada mereka
bahawa
andalah insan yang mereka boleh percayai

sesungguhnya saya amat bertuah di dunia dan akhirat ini
kerana bersama dengan adik-adik yang begitu dekat dihati mereka

dan yang membuatkan saya terharu bila mereka katakan kepada sahabat mereka
kak longlah satu2nya kakak yang amat mereka sayangi dan percayai dalam hidup mereka.
kak longlah sahabat, musuh dan cikgu pertama mereka.

dan kak longlah insan pertama yang menjadi sahabat mereka.. 

saya amat mensyukuri kehadiran adik-adik saya..
anda bagaimana?




Cinta Mekar Di hati.. Ady& Fasha


   Cinta adalah satu-satunya bunga yang tumbuh mekar tanpa bantuan musim....
       













 pagi2 ni zyla nak share pasal novel kegemaran zyla.. zyla ni mmg suka sangat2 bc novel , mewarisi minat dari mak zyla.. dan zyla rasa mmg ramai lagi perempuan di luar sana yang suka baca novel ni. jadikn sebagai aktiviti di kala lapang.. oppss...novel ni pun akan menyebabkan kita ni dok terfikir apa lagi kesudahanya... smalah mcm zyla... kalau boleh nak habiskan novel tu hari tu jugak... 

ada jugak kwn2 zyla yang tak suka bc novel ni... itu hak mereka.. tapi kan kalaulah korg try bc novel, terutamanya novel Alaf 21 ni.. baru korg tau nape zyla ni gila novel..

CINTA MEKAR DI HATI, by Rose Harrissa ni zyla baca sejak 2010 lagi..selama zyla membaca novel sejak berumur 14 tahun.. belum pernah sekali pun zyla menangis... dan zyla mmg sangkakan zyla tak akan pernah menangis hanya kerana novel.. tapi novel ni telah berjaya membuatkan zyla menangis buat kali pertama! bagi yang pernah baca novel ni mesti korg tau nape zyla blh menangis kan... yelah, siapa sanggup baca dan bayangkan suami isteri dan anak mereka berpisah selama  5 tahun gara2 cemburu seorang wanita yang punya hasad dengki yang tinggi.. ( Ya Allah, Kau jauhilah hati aku dari menyimpan rasa hasad dengki dgn saudara ku sendiri)... bukan zyla sorg tau yang sakit jiwa baca novel ni.. tapi 2 org adik lelaki zyla tu pun turut merasakan apa yang kakak long diorg rasa.. sampai diorg tanya kat zyla..

 " along, bila ady dan fasha ni nak jumpa balik? asal jalan cerita ni slow sangat?"

gerr.. kau bacalah cerita tu sampai habis dulu... bacalah tau perjalanan mereka yang sebenarnya...


   pengenalan CINTA MEKAR DIHATI:


Setiap cinta pasti ada derita, pengorbanan, cemburu dan air mata.
Cinta tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan tetapi hadir denganpengorbanan dan kesetiaan


.Ady Rafizal cinta tidak pernah punya undang-undang, tetapi mengapaharus aku terhukum? Dalam derita, hanya bayangmu yang mampu kudakap.Namun, selagi aku bernafas dengan nama ALLAH, tidak pernah sekaliaku berhenti merinduimu. Dan aku yakin, cinta akan mengembalikan kaukepadaku.


Fasha cinta tidak pernah menyeksa tetapi sentiasa menguji. Sekalikau memberi cinta, tidak akan kubiarkan ia hilang ditelan waktuwalau beribu batu kita terpisah. Sesungguhnya, kau adalah cinta dannyawaku dalam hidup ini.


Fahrin  cinta itu sebuah pengorbanan, tetapi mengapa ia bukan noktahcintaku kepadamu? Kenapa semakin sukar aku miliki cintamu setelahmenanggung derita ini? Cintaku indah tapi aku derita perasaan


.Tengku Alis Marina  cinta itu madu dan racun! Andai aku tidakmemiliki madunya, biarlah aku jadi racunnya!

meh zyla stroy sikit pasal novel ni.. ( tak reffer dngan novel k based on pemahaman zyla sebab zyla dah 5 kali baca novel ni, hafal sangat dah).

mula2 nak perkenalkan .. nama hero dia, Ady Rafizal.. panggil Ady lah .. dan heroin dia Nur Fasha Abdullah, panggil Fasha tapi si Ady ni lagi sweet bila panggil .. Sha je.. hehe... dah2... Tengku Alis Marina a.k.a tunang Ady yang tak berapa nak jadi panggil Alis je ( tak sabar nak kutuk minah ni, GERAM!)..

al- kisahnya bermula dari sini..

Ady ni study kat luar negara.. ambik bidang arkitek.. standard lah novel Melayu, hero kene kacak, macho, dari keluaga berada dan baik2 belaka.. bersama dengan 2 shabat baik Ady ni.. Tam & Rul.. nak dijadikan cerita, Ady ni terpaksa balik Malaysia setelah bekerja hampir 6 bulan dekat US... disebabkan oleh Alis yang gila meroyan ni suh dia balik sbb nak ajak bertunang.. smpai je KLIA, Ady terus hilang dan bersembunyi dekat rumah sewa 2 sahabat baiknya tadi.. ( rasa mcm tau je celah mana dia larikan diri, ground floor tempat nak cari bas KLIA tu ek. kiranya bahagian belakang KLIA lah).. 

memanglah minah Alis ni benggang dekat Ady ni, susah payah ajak balik Malaysia, alih2 di hilang pulak kat KLIA... good Ady! teruskan... lepas tu, Ady ni kerja kat restoran keluarga Tam.. wlpn Ady ni dari keluarga berada dan berpangkat Tengku, dia tetap sengkek sebab mummy dia sekat segala pebelanjaan, bank dan macam2 lagilah yg mybbkan Ady ni hidup susah... 

satu hari, Tam cabar Ady ni utk tackle ex dia Julia..masa nak ngorat si Julia nilah Ady jmpa dengan Fasha. kebetulan Fasha dan Julia ni duduk satu rumah. kecomelan si Fasha nilah yg telah myebabkan Ady ni jatuh hati pandang pertama.. yang sweetnya bila Ady ni masakkan si Fasha Kue Tiaw sup dan dihiasi dengan lobak merak berbentuk love! jeles!! susah kot nak ukir carrot ni... zyla prnah krja kat restoren jugak mmglah zyla tau... ( kantoi pernah try). sejak dari hari tu Ady dan Fasha ni pun mula berkawan, keluar bersama.. kebetulan jugak si Fasha ni buat freelance.. so dia tak terikat dgn waktu kerja, umur pun masih muda lagi baru 21 tahun.. 

entah macam mana si Alis ni dapat jejak Ady ni.. disebabkan tak tahan dengan karenah Alis yang tak pernah berhenti mengejar Ady, wlpn terang-terangan Ady ni mmg tak suka kat dia... Ady ambik keputusan utk mengahwini Fasha! 

" aku mahu berkahwin kerana aku mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi nafkah, memberi kebahagian.. tanggungjawab suami itu di bahu aku.. kekurangan Fasha aku redhai dan kesempurnaan Fasha aku syukuri"

lebih kira mcm tulah ayat Ady ni  bila dia nyatakan niat dia utk mengahwini Fasha kpd 2 shbt baiknya itu.. mmh nmpk  yakin sgtlah Ady ni nak mengahwini Fasha.. hati dh sm2 suka.. apa lagi.. Kahwinlah..

Fasha ni pulak anak yatim, mmg tak de cerita pasal fmly dia.. dlm novel ni kiranya Fasha hny ada Ady sebagai tempat utk dia bergantung dan menumpang kasih sayang.

Bila dah kahwin tu Ady pulak diterima kerja.. alhamdulillah..tak lama diorg kahwin, Fasha disahkan mengandung! Ady lah lelaki yang paling bahagia masa tu. satu hari bila Ady tahu bahawa syarikat tempat
 dia bekerja berurusan dengan syarikat Mummy dia , Ady terus dibuang kerja. Mummy dia buat mcm tu sbb mmummy dia geram Ady balik Malaysia tak jumpa dengan dia dan kahwin dengan seorang anak yatim yang tidak diketahui asal usulnya... ( mmg masalah betul mummy Ady ni). mmglah kusut kepala otak Ady masa tu. baru je happy sbb nak dapat baby tapi mummy dia cari pasal pulak... lepas tu Ady ambil keputusan utk perkenalkan si Fasha ni kepada keluarganya.. lupa nak bgtau... Mummy Ady dan Alis ni pernah serang Fasha kat rumah... siap warning2 lagi... tapi kesian, apapun yang diorg buat.. Fasha dah sah menjadi isteri Ady.. smpai si Fasha ni lari rumah sewa dia yang lama... perempuan mana yang tak takut bila kene serang dengan mak mertua sendiri siap bw bakal menantu tak berapa nak jadi tu.. 

bila Ady perkenalkan Fasha ni kat famly dia.. cuma mummy  dia je yang tak leh nak terima Fasah tu, asyik2 nak si Ady ni kahwin dgn Alis.. ( sbr jelah baca part ni).. lepas Ady ni berhenti kerja dia kerja balik kat restoran Rempah Ratus.. Ady pun tak sanggup nak bagitau Fasha ni yang dia dah kene buang kerja! last2 Fasha ni dpt jugak ceduk hati Ady yang tengah susah masa tu.. Syukur sangat Fasha ni bertindak matang dia langsung tak marah atau bencikan Ady bila Ady bagiatu dia dah diberhentikan kerja.. jauh sekali nak tinggalkan Ady.. 

sejak belajar lagi Ady, Tam dan Rul ni bercadang nak bukak company mereka sendiri. stdy tinggi2, tapi balik Malaysia kerja makan gaji.. so diorg decide nak bukak syarikat pembinaan.. tapi masa tu Ady tak confident lagi sbb dia tak ada modal. masa ni mmg Fasha main peranan yang amat2 penting. Fasha cadangkan Ady ni buat pinjaman kat daddy dia.. Alhamdulillah, daddy Ady mmg tak kisah dan sanggup sokong apa saja yg Ady nak lakukan.. Pro-Art-Buliders... nama syarikat yang Ady, Tam dan Rul tubuhkan ni pun Fasha yang cadangkan. mmg sweet lah Fasha ni.. 

sekarang ni zyla akan bawa korg kepada jalan cerita yg menyakitkan jiwa... 

masa Fasha mengandung 4 bulan, dia masih lagi buat freelance. htr hasil tulisan grafik dia ke mana2 syarikat yg memerlukan servisnya. kebetulan, Fasha berurusan pulak dengan mak tiri Ady.. huh! masa nilah kantoi daddy Ady tu dah kahwin lain.. tapi Ady tak marah , sebabnya lelaki kan ada 4 kouta.. haha.. bukanlah.. siapa lah yg tahan dengan perangai Mummy Ady yang suka sangat menggongkong tu.. zyla pun geram dgn mummy dia ni. bila Ady dan Fasha makan malam kat rumah daddy Ady bersama dgn ibu tirinya, mummy Ady ni serang diorg kat situ... ni disebabkan oleh Alis lah yg dok menghasut Mummg Ady ni serang diorg. Gila betullah prmpn tu...sejak peristiwa serang menyerang tu mummy dan daddy Ady pun bercerailah. 

yang tak blh blha bila si Alis ni dtg rumah Ady dan nak Ady ceraikan Fasha.. " mummy dan daddy you dah bercerai.. you bila lagi nak ceraikan perempuan tu"... mak aii.. sabor jelah...senang2 je Alis ni suh Ady ceraikan Fasha.. 

tak cukup setakat ni je gangguan Alis terhadap Ady dan Fasha.. tiba2 Ady diserang sakit perut yang amat sangat mlm tu, smpai dia muntah2.. mahunya si Fasha tak risau... yg comelnya bila Fasha tertidur atas perut Ady lepas dia sapukan minyak kat perut Ady.. 

satu pagi tu... Ady rasa berat hati sangat nak tinggalkan Fasha kat rumah sorg.. korg nak zyla bagi imaginasi tak pagi tu mcm mana Ady rasa berat hati nak tinggalkan Fasha.. 

" Ady pandang wajah mulus milik Fasha. Ady tarik Fasha erat ke dakapannya. Ady peluk Fasha seerat yg mungkin, mmg tak nak berpisah dengan Fasha. Fasha memang hairan, kenapa pulak dengan suami dia. Fasha belai wajah Ady, smbl Ady merasai sentuhan Fasha pada wajahnya Ady pejam erat matanya. Kemudian Ady bawa wajah Fasha dekat dgn wajahnya.. " abg cintakan Fasha. hanya Fasha isteri abg dunia akhirat. " "

dah? dapat imagine tak mcm mana ? ke korg dok imagine boyfriend korg a.k.a Ady tu?.. 

nak tau tak apa jadi... Fasha diculik selepas Ady pergi kerja..masa tengah hari tu Ady gelisah sangat bila Fash tak reply msg dia dan tak angkat kol.. Ady drive balik rumah dgn perasaan yg  sgt bimbang. satu dia fikirkan kandungan Fasha yg baru berusia 4 bulan masa tu.. bila Ady smpai rmh.. mmg sah Fasha tak ada kat rmh! ( part nilah yang buat zyla mula menjatuhkan air mata.. zyla dpt rasa mcm mana Fasha hilang. tragedis betol)


bila Fasha hilang, Ady pulak yg sakit. ( actually terkene buatan si Alis ni). Ady mcm org hilang arah bila mummy dia ambil tindakan utk kurung Ady ni. Bayangkanlah, Fasha yg tgh mengandung diculik oleh penculik upahan Alis.. disebabkan tak smpai  hati mlihat keadaan Fasha, penculik upahan Alis, Fahrin bawa si Fasha ni lari ke tempat asalnya. di sebuah pulau.

Ady cuba cari Fasha.. stu hari, Fasha berpeluang utk mghubungi Ady.. 

" abg.. ni sha.. sha rindukan abg"

"sha ke ni? sha kat maa syg? abg ambil sha skrg"

sayang.. talian terputus selepas berbualan ini. 

tibanya masa utk Fasha melahirkan anak sulung mereka... dlm masa yg sm Ady dipaksa mengahwini Alis. Ady sendiri hairan dengan dirinya yg terlalu mengikut telunjuk mummy dan Alis dan yg mengejutkn dia. dia melafazkan akad nikah dengan begitu tenang dan lancar sekali! biarpun org disekelilinnya gembira dgn perkahwinan dia dan Alis, Ady adalah sebaliknya. sehari selepas akad nikah, Ady dan Ali terbang ke London.. hari yg ms jugak Fasha datang ke ruamh ibu mertuanya utk mencaru Fasha....

perkara yg amat2 melukakan hati Fasha bila ibu mertuanya menghalau dia dan anaknya... langsung tiada sedkit simpati Mummy melihat dia yg baru saja bersalin  ketika itu. ( manalah pergi perikemanusiaan mummy Ady ni?)..

5 tahun kemudian.....

Fasha merenung wajah Adri. semakin Adri membesar, Adri semakin mirip dengan Ady, suami yang amat dirinduinya....

inilah yg di katakn jodoh.. setelah berjaya menyiapakan  projek mereka, Tam, Rul & Ady bercuti di pulau di mana Fasha selama ini bersembunyi...

" Ady.. cuba kau tengok tu. mirip kaulah.. anak kau tak?" gurauan Tam mengusik hati Ady.. agaknya ketika ini anaknya pasti sudah besar.. mungkin sebaya dengan budak lelaki di hadapannya sekarang.

hanya melihat pada lukisan tersebut, Ady berlari sejauh yg mungkin utk mendapatkan insan yang paling dirindui nya ketika itu.. haruman Annanya menyapa hidungnya.. tidak syak lagi.. dia pasti wanita yang dikejarnya itu adalah isterinya. Fasha!


setakat ini je zyla blh story kat korg.... kalau nak tahu lebih lanjut bacalah sendiri novel ni.

p/s : cinta itu hadir dihadapan kita bila kita rasa berdebar2 dan rindu bila dia hilang dari pandangan kita.

cewaH! agak poyo kan .. ish2... selamat membaca novel ni... novel yg banyak beri pengajaran dan kesedaran buat zyla...

betul jugak..

assalammualaikum... pagi2 lagi zyla dah buat blogwalking, edit shoutmix zyla dan tambah2 sikit... entri kat dashboard blm lagi zyla sempat nak baca...

smbl2 zyla buat blogwalking... zyla jmpa ni....
                                                                   
                       clik sini >>> untuk blogger barU

betul jugak apa yang da bagiatu tu.. so kpd zyla dan blogger baru sila ambik note k.. xkisahlah kalau yang tak na ambk pott.. tu hak masing2... tapi setakat ni blm lagi zyla tgk ada blogger yang saling mengutuk ttg blog blogger lain... haha.. tu bagus.. jgn main kutuk2... gerrr...

Friday, July 29, 2011

saya bukan tiz zaqiyah!


nak bagi pengumuman kat beberapa junior hari ini..

adik! akak bukan Tizz Zaqiyah Nur Kasih tulah... nama akak Zyla oky! 
tak tau apa kne hari ni... pagi2 lagi ada budak junio ni tegur zyla masa nak turun tangga... 

' eh! muka akak mcm Tizz Zaqiyahlah!"

zyla buat muka pelik... gerrr.... celah mana pulak akak ni mcm dia adik oiii... mak aii!! kalaulah budak kelas akak dengar ni mesti diaorg gelakkan akak giler2 punye, tak pun smpai goleng2... zyla blah mcm tu je... tak kuasa nak layan... dhlah pagi tadi hujan.. kang lambat g kolej kene berdiri pulak...

lepas tu... tengah hari zyla dah baliklah... ni lagi satu junior si Fatin... apalah nama budak kecik tu.. RA, seingat Zyla.... zyla tanya dia bila balik... dia boleh cakap muka zyla mcm Tizz Zaqiyah... Ya Allah!! apalah dugaan KAU hari ini utk aku... 

sekarang ni zyla agak rimas di gelar Tizz Zaqiyah... celah mana lah zyla macam Tizz Zaqiyah! habak maaii... 







 yang ni baru ori tizz zaqiyah korg.. cantik, putih, popular..


ni pulak.. ori kakak senior korg... tak de sapa kenal.. korg je kenal akak... 





















eee!!! zyla jiwang!! tak malunya...

Assalammualaikum... dengar tak lagu blog zyla ni... baru 2 hari guna lagu Emilia tu zyla rasa nak tukar pulak... haha... giler beb! zyla layan jiwang pulak... al kisahnya mcm ni.. subuh tadi.. zyla mcm terlalu mengantok smbil siapkan kerja so zyla sempat dgr lagu ni je.. tak sempat nak tukar2... tetiba rasa syokkkkkkkkkkk pulak layan lagu jiwang ni... haha.. seems like im fall in love??? cuba teka?


best tau lirik lagu ni....



.... hahahaha.. tak kanlah layan lagu jiwang maksudnya zyla jatuh cinta ye dak...??? tak terfikir pun tentang cinta cintun ni dulu... tapi zyla dah ada niat nak g kursus kahwin ni.... serius ni tak tipu... yelah... daripada zyla tak de benda nak buat di bulan Ramadhan nanti baik zyla join Kelab Insaniah KPTM dengan kurusu kahwin mereka... jap g zyla balik sarawak... zyla bagitau mak ayah zyla... 

" makkkkkkk bapaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkk alooooooooooooonnnnnnnnggggggggg mooooooookkkkk kahwinn!"

nak kena sama dgn MARA.. silakan berkahwin.. utk pengetahuan semua.. zyla sekarang di taja penuh oleh MARA... masyukkkkkk MARA bagi kot.. yang bestnya kalau hujung sem nanti pointer baik punye, tak payah bayar loan balik... kiranya dapat free lah kan.. haha... ( kalaulah zyla dapat free tapi rasanya kene separuh  je kot)

nape?? sebb sesiapa yang mendapat tajaan Mara tak boleh bertunang atau berkahwin nanti MARA saman! tapi kalaulah diberi pilihan antara boyfriend n Mara.. zyla ttp pilih MARA!!! haha... sbbnya... nanti blh apply kerja dgn Mara balik... so kepada adik2 diluar sana stdy betol2.. kalau tak dapat JPA, dapt MARA pun jadilah ( peringatan: Mara pun, result kene gempak tau... D,E, memang tak layanlah)... PTPTN jangan... bagi sikit bayar smpai anak lima lah korg... ooopsssss..!!! ada yg tak byr PTPTN lagi.. normallah tu... mana nak cekup duit bayar Ptptn tu.. atau mdm zyla sebut PTPTNTIPUUUU...
                                      
                     eh2... nak tengok tak boyfriendzyla???

          nak? 

   ish! tak malunya nak tengok boyfriend zyla
              
           


kat sni kisah lanjut tentang boyfriend zyla yang AGAK KACAK NI



(^_^)
                                            



                     





zyla kehilangan mereka

kak pieqa, kak rien... akak.. zyla rindu... zyla rindu setiap pagi zyla dengan usikan akak. zyla rindu bila akak dengar cerita zyla, zyla rindu saat bersama akak.

zyla akui tahun ni zyla terpisah dengan  beberapa insan yang zyla sayang sangat dan zyla amat rindukan kehadiran mereka..

awal mac yang lalu... zyla dikhabarkan oleh mak zyla bahawa insan yang zyla anggap sebagai ibu zyla, yg mengajar zyla mengaji dan menganggap zyla seperti anak sendiri telah pergi buat selama2nya 7 bulan yang lalu... sebenarnya cuti semester yang lepas sepatutnya zyla ke Miri untuk mencari arwah ibu zyla. tapi berita tu menyakitkan hati zyla.. zyla tak tahu nak buat apa.. sejak pindah Sarikei zyla jarang hubungi dia... sampaikan dia sakit pun zyla tak tahu... dia betul2 anggap zyla dan adk2 zyla seperti anak dia sendiri.. biarpun hingga hujung nafas arwah ttp mengingati zyla dan adik2... zyla rasa terkilan sangat. zyla rindu nak peluk ibu, ibu baru nak bagitau ibu... zyla dah khatam... zyla doakan arwah bersemadi aman di sana...Insya Allah jika diberi kesempatan zyla akan lawat kubur arwah... 

                                         AL-FATIHAH


hari berlalu meninggalkan zyla yang  masih lagi terumbang ambing dengan pelbagai bebanan yang zyla sendiri tidak faham bagaimana zyla boleh menahan semua itu sehingga hari ini. 

20 Mei.. hari terakhir zyla bersama dengan kakak2 zyla... terutamanya kak rien n kak pqa... dan zyla seharusnya terima semester ini merupakan semester terakhir mereka dan zyla tidak lagi tinggal bersama mereka... 

dan sekarang.... zyla perlu melukakan hati zyla sendiri. zyla perlu pejamkan mata zyla, pekakkan telinga  zyla, butakan hati dan mata zyla utk satu kebenaran tentang diri zyla... 

zyla redha zyla berjauhan dengan mereka... zyla akui zyla terlalu rindu masa lalu tapi segalanya tidak akan kembali seperti dahulu. 

Ambillah apa jua dari zyla, tapi jangan ambil adk-adik zyla yang masih lagi amanah dunia dan akhirat zyla, jangan rampas kasih sayang mereka buat zyla, jangan butakan hati mereka dari merindukan zyla yang berjauhan, jangan racun fikiran mereka.. kerana adik-adik zyla hanya ada zyla selepas kedua ibu bapa zyla.. zylalah ibu zylalah bapa. zylalah kakak dahan utk mereka berlindung, bersandar dan tangan zyla inilah yang adik2 zyla genggam sebagai kekuatan mereka.. air mata zylalah pencentus semangat di saat mereka meniti kejayaan mereka.. 

bencilah zyla dan anggaplah apapun.. kerana zyla tak nak semuanya kembali seperti lalu zyla ambil keputusan ni... zyla tahu hati awak masih lagi terluka... saya tak boleh nak fikir apa yang terbaik sedangkan hati saya sentiasa berdebar2 saat ini.. awak, saya tahu tak mungkin kita boleh bersahabat seperti masa lalu setelah apa yang terjadi.. sbb selepas ni sy sendiri tidak pasti samaada saya mampu mengingati awak atau tidak... tlong fahami saya. 

HUJAN

alhamduilillah.... hujan juga akhirnya pagi ini. syukur... semoga hujan rahmat utk hari Jumaat yang penuh 
barakah ni... :).. 

semoga dpenghujung hari ini semua org yang berada jauh ataupun dekat dengan zyla akan melalui hari ini dengan tenang dan saling beramal.

hanya pandang Laman Sakura Puteri, scroll n clik blogger yg ada kat dashboard sahaja. zyla dah berjaya buat semua tu. simple kan. 

pagi2 mcm ni.. zyla rasa tenang je wlpn mengantuk tp nak jugak bangun awal2 pagi... org cakap rezeki, ilmu mudah masuk.. Insya Allah.. 

Entahlah apa yang akan jadi pada hari seterusnya. zyla boleh! 

simpan hati supaya tidak memikirkan yang tidak perlu, bersihkan minda supaya tidak berfikir yang bukan2.. 

bila tibanya hari yang zyla tunggu, saat yang sentiasa buat zyla berdebar2 bila fikirkannya, risiko yg telah zyla ambil, keputusan yg zyla sendiri tidak faham mengapa zyla ttp teruskn biarpun zyla tahu sahabat zyla itu akan semakin menjauhi zyla... zyla rela dia menjauhi zyla drpd mengetahui hakikat ini. 

berilah zyla peluang selepas hari tersebut utk melaksanakan apa jua yang masih tertunggak, jadikanlah hati zyla setabah2nya,  biarlah zyla dianggap sebagai yang tidak menepati. \

andai hari itu tiba, zyla cuma mahu minta satu je.. semoga segalanya berjalan dengan lancar. amin 

Thursday, July 28, 2011

blogger...

tadi zyla dan fatin dok tgk apa je ada kat internet ni haa... tiba2 zyla tergerak hati nak buka Google... apa yang zyla nak cari zyla pun tak pasti. lepas beberapa saat kemudian zyla teringatkan sesuatu.. zyla terus serach Blogger Terkenal Malaysia... 

teka siapa yang keluar?? confrmlah abg Ben Ashaari kesayangn smua.. oky.. mungkin blogger yang baru tak beberapa nak kenal dengan nama-nama ni..

                 DENAI HATI
ni lagi senior dlm bidang blogger ni... banyak jugak benda yang zyla baru tahu dari blog ni.. so apalagi zyla pun follow lah blog ni utk dijadikan rujukan... 

                 ARIFF SHAH
ni lagi satu best giler.. enjoy baca blog ni.. haha.. tak terkata zyla dibuatnya..

sekarang baru zyla tahu bukan senang nak jadi blogger ni, bukan senang nak buat org senang dgn blog kita.. zyla pun tak kisah kalau ada yang nak follow atau tidak.


zyla pun syukur sangat sebab jumpa blog Cik Hanis Zalikha ni...
                HANIS ZALIKHA
Selalu dok dengar org hu ha hu ha je dia ni famous, perfect, smua tergila2 kan dia... zyla pun nak jugak tahu mcm ner perasaan tu.. mmg bagusssssssss.... derrr. gila zyla mlayan blog ni...

zyla belum menyerah kalah lagi nak terjah blogger2 yang meletup ni... ni lagi satu blogger yg mungkin semua dah kenal... zyla tahu ttg dia ni melalui senior zyla... 

               IRINE NADIA MARCELLO
Ramai yang kenal kan... bagus2... bukanlah nak cakap pasal kecantikan dia , tapi kematangan dia dlm blogger ni... seingat zyla umur dia ni pun muda lagi... sm baya dengan zyla kot... n kepada blogger2 lelaki kat luar sana, dia dah bertunang oky... nak kene sepak dgn tunang dia beranilah korg usha dia... 

apapun... dlm blogger ni bukannya kita main hentam je nak buat entri.. nak popular ke apa tu korg punya hal... tapi sekarang mmg blogger muncul bak cendawan tumbuh.. 

zyla mmg suka buat entri pasal blogger ni..ylh lebih baik cerita pasal blogger daripada dok fikir benda lain.. oky stopp!!! sekarang mesti ramai dok tgk bola kan... haha.. oky... bagus2 teruskan menyokong Malaysia...kalah ke menang nanti itu belakang kira.. yang penting pemain2 Malaysia dah cuba yang terbaik dan korg pun dh try nak jerit sekuat yang blh bila bola tak masuk jaring kan...hahha..


                                                             

semoga nanti ramai lagi blogger yang muncul dan bawa idea2 yang baru.. jangan pulak yang bermusuhan ...

bagi sesiapa nak  rasa kelainan ttg blogger.. ni ada satu blog yang byk kongsikan ttg CINTA



Thanks Fatin Diana atas keprihatinan anda..

assalammualaikum... tadi ms dok melayan blog ni.. Fatin Diana bagi link kat zyla utk setting komen kat blog ni.. huhu.. mmg zyla tak berapa nak peka dgn benda alah ni... thnks k... lain kali kalau ada benda yang tak berapa nak kene tu bagitaulah zyla.. kdg2 zyla tak perasan..

hah! syukur sbb zyla n Fatin dh edit kteorg punya date.. alah yang kat setting tu... patutlah selama ni kalau zyla post date dia mesti lewat sehari.. dhlah zyla kdg2 blur.. mmg tak ambik taulah... 

so pengajaran buat zyla... lain kali kene lebih peka dengan apa yang tak kene dgn blog ni.. 

perhatian kepada sesiapa yang bernama Fathin or Fatin or Faten...

Asslammualaikum... petang2 ni zyla terfikir pulak nak buat segmen... nak cari siapa lagi blogger yang bernama Fathin or Fatin... cewah!! tapi disebabkan tidak begitu yakin dengan niat zyla... zyla sekadar nak umum yang zyla mula mencari blogger2 yang bernama Fathin... seperti nama zyla jugak.. Fathin Fazila... 

sekarang ni... ada jugaklah beberapa org... semestinyalah Fatin Liyana, Fatin Nadia, Fatin Izzati Fatin Syahirah... 

kenapa nak buat semua ni... sebab zyla selalu dengar org cakap. budak nama Fathin ni mesti seorang yang istimewa... ( cewah! macam puji diri sendiri pulak)... pak cik zyla pun pernah bagitau.. setiap kali bila nampak zyla, bercakap dengan zyla dan gelak dengan zyla.. dia rasa dekat sangat dengan zyla.. even kteorg jarang sangat nak berjumpa... 

setiap nama kita mesti ada maksudkan... secara umumnya.. Fathin ni bermaksud cantik, mempersonakan, menawan dan sentiasa menarik perhatian org lain, berkebolehan dalam berkomunikasi dengan baik dan mudah mendapat kawan..

hmmm.... betul2... zyla akui ada beberapa fakta tentang maksud nama Fathin ini adalah benar.. sebab rumate zyla pun nama dia Fatin jugak.. lagi mudah nak dapat kwn... 

so kepada blogger yang bernama Fathin.. tak kisahlah nama Fathin tu kat depan ke belakang ke tengah ke.. tolong tinggalkan link ye... nanti zyla nak buat bloglist kat sidebar zyla pulak... boleh kan??? korg suka kan??? 






no idea!


assalammualaikum... dah satu jam zyla dok buat blogwalking... entah ke mana jari jemari zyla ni berlari2 kat keyboard ni... zyla pun tak tahu!! mesti penat melayan karenah tuannya.

apapun... zyla terfikir nak ubah blog zyla ni... tapi benda yang paling utama nak cari header... tapi tulah masalahnya...zyla tak de masa nak bagi full time utk fokus kat sni... ni pun zyla curi2 masa.. makin hari makin sibuk pulak...

nak tempah header .. zyla kene fikir apa pulak tema, warna, corak dan segala macam benda tu... satu hal pulak.. nak buat sendiri... aduh2!! masalah2... bukan nak bersaing dengan bloggger lain tapi utk kemudahan zyla sendiri. at least tenang mata memandang...

lagi satu.. zyla tgh cari lagu IM A BIG BIG GIRL, by Emilia.. pun tak jumpa jugak... ish2.. apa benda yang jadi zyla buat zyla pun tak tahu!








google nak cari pasal ke??

orite.. even dah nak g kelas ni zyla sempat lagi nak berceloteh... naahh!!! tadi  tgk apa yg ada kat dashborad.. sekali terbaca entri ni...http://sayazarulfarhana.blogspot.com/2011/07/seriusaku-panic-gila-tadi.html.... loorrr.. nape pulak dengan blog dia ni... google nak remove blog dia pulak... 2,3 hari ni mmg zyla kerap bc yang google nk delete blog.. aik..!! nak cari pasal ke blog ni... 


beberapa bulan yg lalu... ada masalah blogger tak dapat nak log in.. dengan zyla2 sekali terkene.. huhu... cuti satu bulan zyla tak dapat nak update blog.. nggege... nasib baik ada yg tolong..

apa dah jadi sekarang ni... sekrang pun tengah dok kecoh Fb yang ada virus yang entah apa2 ni  pulak blog.. ke tak nak kasi org bersosial kat mana 2  laman sesawng.. rasanya buat masa sekarang.. Ym je yang selamat kot.. tak kne apa2... 

janganlah nanti google delete blog zyla... saman kang!!! haha... boleh ke??? 

okylah ... zyla nk gerak g kolej... tata... assalammualaikum.... counting a day.... Ramadhan... miss ur ... ( bulan ramadhan laa.... aduh2.. sbb ada mamat nama Ramadhan yang zyla selalu buli dulu... ) 


Wednesday, July 27, 2011

wordless wednesday

pening dok menghadap calculation setiap hari. tapi akan rasa sunyi tanpanya.. try to do the best. Wordless Wednesday.. bu not workless wednesday. (^_^)

Monday, July 25, 2011

A4 zyla dah habis..!!!

assalammualaikum... sempat pulak zyla nak update blog wlpn tengha tunggu printout yang terakhr... awal subuh tadi zyla dah bangun sebab nak betulkan adjusted trial balance... alih2 lain pulak yang jadi bila formula yang zyla masukkan di reject banyak kali.. !!! Ya Allah apa pulak hal nya ni... so zyla kene bukak work sheet yang baru. masukkan semula data dan edit mana yang perlu.... bila dah masukkan formula.. amount sbelah debit pulak yang lebih seribu dan credit kurang seribu... lagi serabut zyla ni... dahlah belum hafal lagi formula Macroeconomies utk Income Methods ni.. mlm semalam zyla agak lewat jugak zyla tdo.. sebab penat mengira utk Financial Accounting 2.. 

alhamdulillah pukul 8 pg mcm tu semuanya dah siap.. lega! zyla pun mulakan print... dah datang pulak satu masalah... zyla tersalah letak num Id utk kawan zyla Faiz dan Amri... oky! blh adjust lagi... sekali tengok rupanya A4 zyla dah habis... nasib kertas kalau dibuatnya ink.. lagi parah...tapi zyla ttp ada penyelesaiannya.. ish.. bukanlah pergi beli.. zyla lari bilik Ain , kat tingkat satu.. bilik zyla tingkat 3.. dengan berbaju kurung pagi ni mmg zyla lari sekuat hati semata-mata nak minta A4 paper... nasib baik!


                                           dah habisan A4 .... mana mana nak print ni..????






ni pulak zyla mengeledah fail zyla... mana tau jumpa A4.. tapi hampa.. mmg saya dah kehabisan A4 pagi ini..

Ya Allah!!!! nilah hasilnya rupanya.. so kepada Amri, Faiz dan Hafiy... zyla dah printkan... korg susun sendiri faham tak..

oky... my work is done... so sekarang zyla ada 2 jam lagi utk menghafal formula Macroeconomies... jap.. sebelum tu kene call Mara utk tanya Elaun Penerbangan ... huh... banyak nye nak kene siapkan pagi ni..

Jangan uji kesabaran zyla di pagi hari..

assalammualaikum... awal subuh zyla bersemangat nak buat entri ni padahal sibuk nak edit excel dan printout.. 
please excel.. dan formula jangan uji kesabaran zyla pagi awal mcm ni.. zyla pun masih mamai lagi... Ya Allah! napelah zyla blh jadi kurg sabar pagi... 

see... macam tulah kita sebenarnya sebagai seorang manusia.. benda kecik pun buat kita jadi kurg sabar padahal semuanya kita blh lakukan dengan teliti dan berhati-hati... kenapa kita jadi mcm tu sebab nak semua benda jadi perfect bila kita yang lakukannya.. 

apalah salah kalau kita bersabar sedikit dan usaha lagi? 

kadang2 zyla pelik jugak... dalam seharian zyla ni terlalu banyak benda buat zyla mcm kurang sabar.. tapi sebab tak nak terpengaruh dengan keadaan sekeliling.. zyla cuba utk diamkan diri... itu cara terbaik... 

Istighfar banyak2... minum air suam... mmg sakit hati jugak nak tahan kesabaran ni... mcm manalah ayah zyla blh jadi org yan paling sabar... mak selalu kata zyla mcm ayah... kalau ada org buat hal kat dia, dia diam je... langsung tak ambik apa2 tindakan... senyum lagilah ada kat org tu... zyla mcm tulah... buat tak tahu je... sebab tu mak zyla geram sangat kat zyla.. bagi zyla, kalau benda tu zyla blh sabar lagi... apa salah zyla sabar kan... kalau kita nak balas balik apa org buat kat kita, apa yang akan kita dapat.. tapi tak salah kalau kita nak lembutkan hati org yang tgh dendam, dengki dan marah kat kita dengan hati kita sendiri.. selalu doakan semoga org tu sedar apa yang dia lakukan. bukan doakan org tu je.. doa sekali minta tunjukkan kita nape org tu buat kita mcm tu.. kalau kita ada salah. baiklah terima dengan hati yang redha.. sememangnya sebagai manusia kita bukanlah insan yang sempurna...

menangis??? sekarang ni zyla makin jarang menangis ni.. dulu blh lah kalau ada masalah zyla nak nangis.. tapi sekarang.. mcm susah nak keluarkan air mata tu... sedih pun zyla jarang nak tunjukkan.. mgkn sebab ni kot kwn2 selalu kata yang zyla ni langsung tak ada mslh.. tapi bila zyla beritahu diorg ttg sesuatu yang diorg mmg tak sangka... zyla masih lagi blh jadi selamba... relaks laa... k.
kalau ada pun kwn2 yang tak blh capai tahap kesabaran diorg itu zyla faham... sebab zyla pun pernah jugak mcm tu... yang zyla tak  berapa faham. bila mengadu mslh dengan zyla dan zyla ajak berbual benda lain marahkan zyla balik. tau tak bila seseorg tu tgh beremosi.. lebih baik kita alihkan emosi dia ke arah lain.. supaya dia tak memikirkan perkara yang menyakitkan hati... lepas dia sejuk baru kita nasihatkan dia.. cuba kalau kita nasihatkan dia masa dia dok hangin... kang.. kita pulak yang jadi angin kalau dia sound kita.. mak aii... org baik2 nak nasihatkan dia,, dia angin kat kita balik... dah salah niat kita kat situ...