Wednesday, August 31, 2011

Tahniah Mamat Khalid... u are amazing!


assalammualaikum.. 


zyla pasti tatkala ada yang melihat dashboard masing-masing dan melihat entri terbaru zyla ni pasti sudah tahu apa yang bakal zyla ceritakan. yap.. tentang filem komedi yang paling popular masa kini .. Hantu Kak Limah Balik Rumah... walaupun filem ni dah lama tapi auranya masih kuat sehingga sekarang! Pergilah kemana pun, bersama siapa dan apa pun  situasi anda ketika itu pastinya kamu akan mendengar orang disekeliling kamu menggunakan track-mark2 filem ni... seperti tiru gaya Penari Kebudayaan dan " cer cite, cer cite" .. bukan itu sahaja tapi di laman sosial Facebook pun rata-ratanya menggunakan track-mark filem ini! dan tidak terkecuali zyla... alhamdulillah.. kalau selama ni kita sering sahaja menyanjung filem-filem luar negara dan meniru gaya mereka, buat kali pertamanya Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ni memberikan aura yang menambat hati masyarakat Malaysia untuk mengenali identiti negara kita sendiri.! Tahniah Mamat Khalid!

tapi sebelum itu, berapa ramaikah yang mengenali siapa sebenarnya Mamat Khalid? siapa sebenarnya Usop Wilcha? jadi hari ini bagi yang belum tahu zyla nak ajak semua untuk mengenali siapa sebenarnya dua insan senior dalam bidang seni ini sebenarnya... 



MAMAT KHALID..



NAMA SEBENAR: Mohammad Bin Mohammad Khalid
TEMPAT LAHIR: IPOH, PERAK
SIAPA DIA DIDALAM BIDANG SENI:  Pengarah, Penulis, Penyunting Filem dan Pelakon.


tapi berapa ramai kat sni kenal Dato' Lat? Ala yang lukis katun Lat tu? kalau korang nak tahu, Mamat Khalid dan Dato' Lat ni merupakan adik-beradik! jadi tak hairan setiap kali mereka berkarya, apa yang mereka hasilakan itu akan mendapat sambutan hangat.. kalau selama ni kita hanya kenal pengarah filem yang terkenal seperti Ahmad Idham, Aziz M Osman, Suhaimi Baba ..pastinya kita pun dah sedia maklum dengan konsep filem yang mereka hasilkan , begitu juga dengan Mamat Khalid.. tetapi he is really the one in thounsand. kenapa zyla cakap begitu sebabnya apa yang beliau hasilkan belum pernah lagi dihasilkan oleh pengarah lain dan beliau sering memberikan kelainan biarpun beliau sering menggunakan Perak sebagai lokasi penggambaran filem beliau... zyla akui selama ni zyla hanya mengenali nama beliau sahaja tetapi sejak filem Man Laksa zyla sudah mula mengenali beliau... dan zyla amat menghormati pengorbanan serta karya beliau didalam industri seni negara kita ni..

kalau nak tahu , mula-mula uncel Mamat Khalid kita ni terlibat  dalam industri filem ni apabila beliau memberikan cadangan sebuah siri televisen yang mengisahkan tentang Puteri Gunung Ledang. Tetapi, Enfiniti Production milik Tiara Jacqueline telah menerima cadanagn Mamat Khalid tetapi mereka ingin menghasilkan sebuah filem dan bukannya drama bersiri! wow! satu lagi fenomena dalam bidang seni di negara kita apabila idea asal tentang Puteri Gunung Ledang ni mendapat sambutan hangat bukan sahaja di Malaysia tetapi juga pernah ditanyangkan di Venice dan Los Angles.. siapa sangka cadangan oleh Mamat Khalid ini sekaligus telah meletakkan identiti Malaysia di peringkat antarabangsa!












Sebenarnya Mamat Khalid mula mengarah filem dari tahun 2003. Dan filem pertama beliau ialah Lang Buana yang dilakonkan oleh kumpulan komedi terkenal Malaysia SENARIO.. bila kita lihat Mamat Khalid ni mesti ada yang tidak menduga bahawa beliau meminati muzik rock. Oleh disebabkan minat beliau tersebut, pada tahun 2005 beliau telah menghasilkan filem Rock yang dilakonkan oleh Hasnul Rahman. Filem Rock ni juga telah mendapat pengiktirafan di Festival Filem Malaysia apabila memenangi Anugerah Lakon Layar Terbaik dan inilah anugerah pertama buat beliau. 

zyla pun pasti satu ketika dulu kita pernah juga digembarkan oleh filem Zombi Kampung Pisang kan? filem tersebut merupakan filem pertama Mamat Khalid yang menekankan genre komedi seram..seterusnya menyusul pula filem Kala Bulan Mengambang, lakonan Rosyam Noor dan Umie Ida..dan pada tahun 2010 beliau menghasilkan filem Estet, menerusi filem ini beliau telah mendapat pujian pengulas filem.




                                                     filem pertama arahan Mamat Khalid






                antara filem Mamat Khalid yang pernah mendapat sambutan


filem ini berjaya merangkul 5 anugerah di Festival Filem Malaysia dan mengetengahlan genre nior yang ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mengetahui tentang genuntuk sesiapa yang nak mengenali Mamat Khalid ini , korang blh ke blog belia.. (click sini>>) BLOG MAMAT KHALID- TEMPURUNG PECAH.. 

Kata terakhir dari zyla untuk uncle Mamat Khalid... Uncle, thnks for Kak Limah Balik Rumah.. rasanya sekarang ni kehidupan rakyat Malaysia penuh dengan gelak ketawa bilak kiteorang saling meniru setiapa gaya yang ada dalam filem tersebut.. zyla doakan uncel terus maju dan lebih giat berkarya selepas ini... :")


                                          
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

bila tengok video ini, zyla terfikir, seluruh penonton  Arena oF Stars ketika itu menerima dengan baik sekali persembahan Usop Wilcha dan Johan.. ini semua hasil idea dan susah payah Uncle Mamat Khalid.. apakah perasaan beliau ketika itu? pasti berbangga dengan hasil peluh sendiri... sedikit sebanyak memberikan zyla inspirasi untuk terus maju dalam bidang yang zyla ceburi sekarang ni.. Insya Allah .




orite. dah habis kita mengenali siapa dia Mamat Khalisd... sekarang ni zyla nak bawa korang semua untuk mengenali siapa sebenarya Usop Wilcha ni. amboi2.. sedap je mulut korang dok panggil dia Usop ye.. memang zyla akui, walaupun Uncel Usop ini nampak macam kelakar je dengan gaya tangannya yang tak berhenti-henti menari ala-ala gaya Penari Kebudayaan. tapi bila sudah tahu siapa dirinya yang sebenar pasti ada yang tidak sangka latar belakang beliau yang sebenar. 



USOP WILCHA



NAMA SEBENAR: Syed Mohammad Asri
STATUS: Berkahwin dengan pasangannya  Noorafiza Abdul Aziz dan juga merupakan seorang bapa
UMUR: 46 tahun 
SIAPA DIA YANG SEBENARNYA: Pengurus Komunikasi Korprat Syarikat Tanjung Offshore Sdn Bhd.

oky2.. sabar-sabar.. zyla tahu ramai yang dah kenal sangat dengan Uncle Usop ni dan dah ramai sangat blogger yang buat entri tentang uncle usop ni..so zyla tak payah cerita banyak sangatlah ..apabila habis je filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ditayangkan,.kini setiap pagi kita akan dengar suara Uncle Usop  yang akan  berkumandang di radio Hot Fm bersama dengan Fara Fauzana Dan Faizal Ismail. betapa  kuatnya aura Uncle Usop ni dan dengan sokongan kita seluruh rakyat Malaysia telah membuktikan bahawa Uncle Usop kita ini berjaya membawa watak utama dalam filem tersebut dengan baik sekali... 

dan paling zyla tak sangka , Mentor zyla sendiri Madam Nurul Fatehah Ansaari turut mengunakan sedikit sebanyak gaya Uncle Usop ni dalam proses pembelajaran beliau... rujukan blog Mentor zyla.. click sni>>ghost sis limah go back homeyang berjasa

siapa menyangka, kekecewaan beliau dalam bidang seni akibat album yang beliau hasilkan tidak mendapat sambutan dan kehadiran beliau tidak berapa dikenali kini, beliau telah menjadi satu ikon di dalam bidang seni negara kita.. tahniah Uncel Usop.. rasanya tanpa wilcha dan loghat Perak serta gaya tangannya pasti tidak lengkap identiti beliau sebagai Usop Wilcha. 

dan untuk uncle Usop Wilcha ini juga,zyla ucapkan tahniah kerana akhirnya berjaya meletakkan nama beliau di dalam bidang seni ini dengan gah sekali biarpun hanya  dengan watak bekas Penari Kebudayaan.. semoga uncle Usop berjaya dalam bidang seni ini dan sentiasa berbahagia dengan isteri dan anak-anak...



alahai! dah penat zyla menaip ni. rasanya inilah ringkasan dari zyla tentang dua orang senior daam bidang seni ini.. janganlah sesekali kita beranggapan bahawa mereka yang terlibat dalam bidang seni ini mempunyai pendidikan yang rendah.. berlakon, menyanti menulis skrip, mengarah mahupun hanya juru mekap bukanlah senang dan mudah bagi mereka untuk menghasilkan yang terbaik sebagai tantapan kita seharian.. oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia ni kene sedar, sampai bila kita nak sokong hasil seni negera luar? ingatlah .. kita pun ada budaya seni yang unik yang boleh kita ketengahkah dimata dunia.. fikir-fikirkanlah... 

Monday, August 29, 2011

bahagia abadi milikku

assalammualaikum....

hari ni tiba-tiba je zyla terjumpa sajak yang zyla buat masa zyla tingkatan 4 dulu.. :").. so sweet.. lawak pun ada bila zyla baca... yelah masa tu kanak-kanak lagi.. oleh itu zyla dengan bangga nya share dekat sini.. hasil nukilan zyla sendiri..


                   bahagia abadi milikku

hari ini bersaksikan segalanya,
ku perhalusi fikiran yang waras,
tidak ingin emosi kuasai akal,
tidak ingin benci kuasai diri,
kerana aku ingin bahagia abadi jadi milikku...

ku tenung langit nan luas,
mohon pada Ilahi kurniakan aku ketenangan,
berikan aku hikmah dan hidayatmu..
untuk terus disini menanti bahagia abadi milikku..

sayup-sayup ku dengar bisikan,
dalam kepayahan ku gagahkan jua,
ingin menemui bahagia abadi milikku,
agar nanti aku bisa mengerti..

ku karang puisi kasih ini,
memujuk hati agar menerima ,
dugaan dan cabaran masa depan,
kerana bahagia abadi pasti jadi  milikku..

sanubari dalam diri,
naluri dalam hati,
cinta dalam kasih,
rindu dalam dendam..

tika semuanya bersatu, bahagia abadi kekal milikku..

6-september-2008


haha.. rasa macam nak gelak puas-puas je bila baca balik... alamak aii!!! malu pun ada.. sah-sah masa ni "tengah sakit jiwa kan".. tapi lepas tu terjumpa jodoh yang baru pulak.. masa sekolah dulu macam senang je nak dapat pakwe kan? jangan salah anggap, zyla bukan playgirl.. 

zyla memang dari sekolah rendah lagi dan minat dalam bidang penulisan ni.. sbab tu dulu ada jugak cita-cita nak jadi seorang penulis..tapi dalam masa yang sama nak jadi peguam juga.. alaaa.. mcm mana ni?? sebab sekarang zyla tengah stdy dalam bidang akaun.. huhu.. jauh kan menyimpang.. tapi Insya Allah kalau ada rezeki zyla nak hasilkan at least satu novel dari zyla... adalah 3 buah cerpen yang zyla hasilkan sepanjang 4 tahun ni... tapi satu je masalahnya.. zyla tak confident nak bagi orang baca... sebelum zyla masuk sem 3 ni, buat pertama kalinya zyla bagi kawan baik zyla Qhazrul untuk baca karya zyla.. " Warkah Terakhir Aina"... kalau ada yang nak tahu... cerpen pendek ( click sni>>) 1 syawal ni merupakan sambungan terakhir untuk Warkah Terakhir Aina...

Insya Allah.. kalau ada masa zyla akan cuba edit balik cerpen tu dan share dekat sini.. okylah itu je untuk masa ni.zyla undur diri dulu.. (^_^)

al kisah duit raya!!!

assalammualaikum.... 

pagi-pagi  zyla bangun dan terus online... haha... zyla dengar-dengar duit MARA dah masuk... hahah... chacing-chacing... mata zyla dah bersinar-sinar melihat jumlah yang tertera kat akun CIMB zyla.. itulah nikmatnya menjadi pelajar MARA... mahsyuk doeeeeee... haha

raya kan? kalau yang lain mesti nak shopping sakan lagi kan? oh! its not me and I dont think that is a good idea... wei!! duit Mara tu nak bayar yuran lah... hmm.. apa zyla buat dengan duit mara yang berbaki tu?

sebelum  ni juga kalau raya dan dapat duit raya zyla bukan jenis makan sorang... sebab sebagai anak sulung dan umur zyla masih lagi 19 tahun... semestinya zyla mampu untuk collect duit raya sebanyak yang mungkin dengan jual muka "cute" ala-ala tak jadi zyla ni... haha

mungkin ada yang tahu tapi mungkin ada yang tak tahu.. tak pelah.. nak suruh zyla bagitau setiap kali tulis entri pun tak apa... zyla ni ada 5 orang adik-beradik... zyla anak sulung dan bawah zyla ada 4 orang lagi.. Fahim, Syafiq, Fiqri dan Nadia... diorg pun masih sekolah lagi... 3 orang wira jati zyla ni sekarang menuntut di MRSM dan SMV Betong... ( berlagak doe kakak ni... ) dan wirawati zyla paling bongsu tu masih lagi kat sekolah rendah.. nanti kalau dia dah masuk sekolah menengah.. kompom masak zyla!! mesti dia nak tu dan ini... ala biasalah adik pmpn kan? tapi nadia please!!! jangan over dressing k.. along pun simple dimple je!!! ( mmg tak pandai nak dressing ala-ala moden dgn tudung belit-belit, blh tercekik zyla dan satu lagi,, zyla ni jenis yang lasak mmg tak kene gayalah)

perkara ni zyla dah amalkan sejak zyla tingkatan 3.. wakakaka.. bangga ni nak bagitau orang... bila dapat duit raya.. zyla akan kira dlm kereta masa odw nak balik rumah.. masa sebelum masuk rumah orang tu zyla dah fikir dah " adakah tuan  rumah ni akan bagi duit raya kat zyla?" dah macam nak kutip gaji ni.. yorlh... zyla dan niat kot nak bagi kat adik-adik, tapi sebelum tu kene collect dulu lah yer dak?.. sebab diorang mesti selalu dapat sikit dari zyla...masa tengah beraya tulah zyla jual muka "cute " zyla ni.. tapi satu je benda yang zyla tak boleh blah... kalau ada mak cik nak deal dengan mak zyla nak jadikan zyla menantu.. " alamak mak cik ni.. tak kenal lagi kelasakkan dan perangai gila-gila zyla.. kenal dulu laa mak cik , pastu kite tengok boleh jadi menantu atau tidak.. ke silap-silap mak cik tu yang pengsan layan mulut becok zyla.." .. Warning! zyla memang mampu untuk buat orang fed up dengan zyla.. hahah... akal kena licik kan? 

paling zyla suka masa raya bila ayah cakap.. " yelah, kteorang berangkat dulu" atau dalam bahasa Sarawaknya.. " mekorang mupok lok".. oky! papa!!! times up.. haha.. masa untuk zyla dapat duit raya!!!!  sekarang ni bila dah besar dan pernah bekerja walaupun sekali, zyla sudah ada simpanan sendiri.. huhu... memanglah nanti nak ambik lesen ACCA, bayar dollor pound lah... skrg zyla dah ada kewangan sikit wlpn kadang-kadang tu tak berapa nak kukuh.. memanglah zyla belajar akaun tapi perangai boros zyla yang kadang-kadang menyerang ni buat zyla tak igt dunia! apapun zyla lega, skrg blh bagi adik-adik zyla duit raya dengan hasil zyla sendiri!!! haha dah imagine ni nanti nak bagi kat anak buah pulak.. oppsss... adik zyla kecik lagi...

selalunya untuk adik-adik zyla akan bahagikan sama rata.. tak kisahlah jarak umur berapa dan keperluan diorang... zyla memang tak reti nak pilih kasih ni... kesian nanti adik-adik kita terasa hati dengan kita..
bukanlah nak tunjuk baik tapi sebenarnya kalau betul kita ni nak buat baik lebih afdal kita buat baik dengan adik-adik kita dulu... dengan mak ayah dan sanak saudara kita dulu... k.. janganlah pentingkan orang luar.. sebab bagi zyla bila adik-adik zyla salam dan cium tangan zyla dan ucapkan terima kasih... itulah saat -saat yang paling bahagia bersama dengan adik-adik zyla... huhuhu.... rasa nak nangis pulak.. yorlh.. zyla nak adik-adik zyla tahu betapa pentingnya mereka dalam hidup zyal... yang lain boleh cari ganti adik-adik zyla 4 orang ni mana nak ganti walaupun mak nak beranak lagi tetap tak sama ( mak!jangan beranak lagi nanti along pulak tak mampu jaga diorang).. huhu... kalau takdir ni perit buat zyla... ambil apa saja dalam kehidupan zyla tapi jangan adik-adik zyla.. boleh gila zyla nanti! dan jugak zyla nak adik-adik tahu yang zyla dah bersedia untuk mengalas tanggungjawab sebagai kakak untuk memimpin mereka ke puncak yang lebih tinggi.. wah! motivasi diri betullah ni!:")

tapi tahun ni lain sikit sebab zyla bank in dengan diorg.. kalau bagi by hand... habislah nanti.. so zyla fikir duit raya lain diorang boleh guna untuk joli, duit yang zyla bagi ni untuk belanja sekolah nanti.. haha.. itulah orang kata.. yang tua itu lebih tahu apa yang perlu! sebb zyla merasa kan belajar so zyla fahamlah apa keperluan untuk dioran.. lebih-lebih lagi adik zyla Fahim dan Syafiq tu.. hujung tahun  ni Fahim nak SPM tapi sebelum tu dia ada exam SPC, exam skim pelajar cemerlang MRSM.. mesti nak beli buku lagi.. Syafiq pun sama... ambik bidang seni bina.. lagilah banyak bahan lukisan yang dia nak beli... zyla ambik contoh sepupu-sepupu zyla yang tak lokek dengan adik-adik diorang.. bila zyla fikir, buat apa nak tamak dengn duit kan? duit tu kalau simpan dan tak guna tak ada faedah juga... 

sebab nanti kalau adik-adik kita berjaya hasil usaha kita jugak bagi sumbangan... kita akan rasa bangga dan kejayaan diorang tu maknanya diorang menghargai sumbangan dan harapan kita... hidup kat dunia ni bukan untuk diri sendiri tapi untuk orang lain juga.. kalau ada yang lebih tu, kita bahagi-bahagikan.. Insya Allah, nanti rezeki kita murah. BENAR! sebab zyla dah merasainya... zyla pernah dapat duit MARA amount RM 2k++ 3 kali, selang 2 minggu... hahah.. 

zyla pun bukanlah nak bagi korang serba salah.. kalau tak cukup, tak apalah.. nak buat macam mana.. kalau ada niat tu pun oky jugak... :).. SELAMAT HARI RAYA... 

















Sunday, August 28, 2011

buat keputusan

assalammualaikum.... 

semakin kita membesar semakin banyak benda yang kita jumpa kan? semakin banyak kesukaran  yang kita lalui untuk mencapai sesuatu yang akan melengkapkan kehidupan kita, yang akan menyenangkan hati kita.. kata orang, hidup ni kita tak boleh nak bergantung dengan orang.. tapi cuba untuk mendalami corak kehidupan kita sendiri.. tapi satu perkara yang mak zyla selalu suruh zyla igt.. hukum karma.. apa yang baik akan pulang dgn baik pada kita dan apa yang buruk akan pulang dengan buruk kepada kita.. 
hmm.. im trying to write well...but at this moment there so many things tht never stop to disturb me.. kacaulah!

continue.. lebih-lebih lagi bagi blogger... bila kita buat blogwalking, kita umpama sedang mendengar luahan kehidupan kawan-kawan kita kan? padahal kita langsung tak mengenali mereka kan? tapi atas sifat kemanusiaan dan sememangnya kita dianugerahkan hati yang mudah untuk bersimpati setiap dari kita mendoakan dan menyokong blogger tersebut dan berharap agar kehidupan dia akan menjadi lebih baik pada masa akan datang kan? :") itulah yang zyla lalui.. nak buat keputusan.. zyla pasti dengan apa yang zyla rasa.. tapi untuk masa depan? zyla  tahu zyla akan hadapi situasi dimana zyla memang amat-amat perlukan dia sebagai penyokong dan pemimpin zyla... 

kadang-kadang tu, kita ni tak boleh berharap sangat kan? zyla cuba untuk jadi sederhana.. tak nak terlalu confidient sebab semuanya masih awal lagi.. masih terlalu awal...  tugas zyla sekarang adalah untuk belajar dan buktikan kepada mak ayah zyla.. sebenarnya zyla mampu  untuk menggalas 2 tanggungjawab dalam satu masa... 

zyla bukanlah jenis yang degil sangat. bila jadi mcm ni zyla akan bahagikan kepada 2 kemungkian.. myb YES N NO! sebab tu zyla semakin rakus nak cari blog-blog yang boleh berikan zyla panduan dan zyla nak apa yang zyla buat ni bukanlah perkara yang sia-sia.. InsyaAllah.. :")



duduk dan berfikir.. kalau benar-benar memerlukan..
zyla tak nak beri tekanan yang lebih kepada perkara peribadi mcm ni..
sebab zyla masih banyak perkara nak difikirkan selain dari ini. 


















Insya Allah

Assalammualaikum...

Rasa macam dah lama sangat zyla tak update blog kan? alhamdulillah dan syukur sebab hari ini zyla masih lagi diberi peluang untuk mengetuk-ngetuk keyboard lappy kesayangan zyla ni. seminggu yang lepas, kehidupan zyla berlalu dengan tenang sekali.. zyla rasa senang sangat. nak jawab test pun zyla boleh sengih-sengih lagi, tak tahulah macam mana result zyla nanti.. hope semuanya oky.. kalau tak memang tertonggeng-tonggenglah zyla  nanti..

clik sni>>petunjuk.... sebelum ni zyla pernah post tentang sesuatu yang sering menjadi tanda tanya buat zyla. alahai.. dah lama sebenarnya segala persoalan tersebut menyelubungi hati dan perasaan zyla. disebabkan sibuk dengan stdy zyla usaha untuk tidak terlalu fikirkannya.bak kata mak zyla.. " along sabar, nanti along akan tahu juga sebab along fikirkan tentang dia".. .. sebab tu, zyla berdoa dan bersabar semoga satu hari nanti teka teki yang bermain di fikiran zyla akan terjawab dan zyla nak tahu kenapa zyla sentiasa fikirkan nya..

alhamdulillah.. berkat doa yang tak putus-putus dan kesabaran yang tinggi... hari ni zyla dah dapat jawapan untuk setiap persoalan yang bemain difikiran zyla selama ni.. 6 bulan.. bukan tempoh yang pendek untuk zyla pendam apa yang sering zyla fikirkan... dasyat derr ayat zyla!!!!.. tapi apapun im trying my best... keadaan yang tak berapa nak stabil ni zyla nak betulkan semula... apa je benda  yang senget menyenget pun zyla nak tegakkan balik... haha.. habislah moodd gila zyla dan datang.. aduh2.. behave urself Fathin Fazila..  bulan puasa ni... !!!!!!!!!

mesti ada yang tertanya-tanya kan? apa sebenarnya yang berlaku kat zyla. huh! sungguh tragedis kalau zyla kat korg utk masa ni... haha! taklah benda biasa je.. Insya Allah nanti kalau semuanya dah settle dan dalam keadaan yang baik zyla akan ceritaka perkara yang sebenar.. tapi masa tu kene mintak permissionlah. ingat nk cerita pasal orang ni suka hati kita nak tulis ke? huhu..

by the way... zyla ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI utk seluruh umat Islam di dunia ni dan zyla mohon ampun dan maaf kalau selama ni ada yang terasa hati dengan zyla.. kiranya 0-0 lah ye.. nanti lepas raya, Insya Allah zyla "buat" jahat kat korg lagi.. hahha.. kesengalan dah mula melanda zyla ni... zyla undur diri dulu.. :")




Sunday, August 21, 2011

rindu saya ek?

assalammualaikum..


hari ni seseuatu yang tak disangka berlaku! haha.. rasa bangga pulak... ( berlagaklah zyla ni kan).. tak delah.. nak dijadikan cerita selepas lega menjawab soalan Macro, zyla dan kak Fara decide untuk duduk berbual kat lobi asrama perempuan tapi kat bahagian belakang. :").. saja-saja nak ambik angin petang kat situ. menjadi kebiasaan sekarang ni, handphone zyla memang sentiasa silent. tak kisahlah dalam kelas ke, zyla ada kat bilik ke dan lebih-lebih lagi masa zyla tidur.. kalau handphone zyla tu terjerit-jerit maknanya alarm lah tu.. 

tapi hari ni... tak disangka-sangka zyla dapat mesej atau dalam bahasa melayu penuhnya.. Sistem Pesanan Ringkas.. SMS.. dari sahabat zyla... Nurul Shafiqah Ahmad... swetttnya mesej tu... jarang dia nak hantar mesej kat zyla.. ylh sekrang ni sibuk kan nak STPM.... 

ringkas je sms dia petang tadi... " slm along... rindu dengan along... x pernh rasa rindu mcm tok gilak".. faham tak bahasa srwk..?? rasanya kalau mcm ni tak susah korg nak faham kan.. hurm.. mcm ada petanda je... makin dekat hari yang zyla nantikan, makin zyla berat hati bila ada kawan atau saudara yang macam tetiba je teringatkan zyla.. macam tahu-tahu je apa akan jadi tapi zyla tak bagitahu diorang lagi sebabnya nanti masa raya diorg risau pulak kat zyla..

dan masa zyla terlena tadi sebab letih.. ada lagi yang call zyla.. tapi nasiblah zyla tak angkat.. haha.. sebab zyla tertidur keletihan memang tak perasaan handphone kat mana... huhu.. tak payahlah cal zyla kalau tak penting ek... rindu kat zyla jugak ke awak?

dan kat shoutmix pun kawan zyla.. si Ieyla aziz pun dok jerit... rindu kat awaklah!!!

adakah diorg ni tahu akan apa yang bakal jadi nanti? atau diorg dapat rasa? 



p/s: tak kisahlah ada yang baca atau tak... sekadar simpanan peribadi zyla je..

Saturday, August 20, 2011

terpulang dengan diri masing-masing

assalammualaikum... 

rasanya belum smpai sejam zyla baru je post satu entri baru.. igtkan nak rehat jap tapi rindu pulak nak tengok dashboard zyla.. so apa lagi scroll lah.. cari apa yang menarik untuk dibaca dan dikomen!. 

seminggu ni aktivti blogwalking zyla memang rendah... tak smpai 5 pun blog baru yang zyla terjah.. menjadi kewajiban untuk baca blog Abg Ben... tapi hari ni macam2 yang zyla tgk.. pening pulak dah... zyla harap untuk blogger baru jangalah terlalu fokus dengan blog dan obsess sangat dengan follower smpaikan kerja lain pun terbengkalai... 

tentang follower ni zyla memang tak kisah.. sebab masa banyak lagi nak melipatgandakan usaha supaya lebih ramai yang tertarik kepada penulisan berbentuk peribadi dari zyla. :").. zyla nak jadi seseorang yang matang dlm dunia blogging ni. tak kanlah korg makan biskut Famous Amos tu pun nak cerita kat blog kan? ? 

zyla harap.. nanti bila zyla aktif balik dlm blog ni akan jmpa semua newbie sekarang ni menjadi seorang blogger yang matang dlm penulisan mereka. .bila tengok keadaan zyla yang makin jarang nak update blog ni.. terasa nak buat official blog je.. tengoklah mcm mana nanti ek.. Insya Allah.. zyla out dulu.. :")

belajar untuk menjadi tenang!

assalammualaikum...

petang ni zyla ada test 1 untuk subjek Macroeconomics.. alhamdulillah dari malam tadi zyla dak kawan-kawan dah bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran.. so pagi ni zyla tak nak pressure diri sendiri.. try to be more relaks... sebab isnin nanti zyla akan ada 3 paper sekali gus... Accounting Information System, Management Accounting dan Commercial Law.. wah!!!! gawat sih!!! memang pecah kepala la malam ni dan esok zyla nak kene menghafal formula dan nota... 

thats why tajuk entri zyla hari ni.. belajar untuk tenang!! try to be relaks... bagi zyla sebagai pelajar IPT kita memang akan hadapi stress disebabkan oleh tekanan kerja kuliah yang banyak kan? tak kisahlah peringkat matrikulasi ke, diploma ke , ijazah ke atau pun yang lebih tinggi master.. dan tak kurang jugak tekanan terhadap pelajaran akan dirasai oleh pelajar sekolah menengah yang bakal menduduki pereperiksaan SPM dan STPM... 

mesti nervous, ada yang tak boleh tidur, rasa gelisah dan cauk nak jawab soalan kan? zyla pun menghadapi semua tu dan there have something happen to me... nak tau apa? i can't performed well.. frust giler.. dah stdy siang malam tapi hasilnya? hampeh!

sejujurnya kita tak boleh nak paksa otak kita ni untuk menerima output secara berlebihan... kene seimbangkan jugak... belajar untuk jadi tenang.. berdoa banyak-banyak, yakin dngan diri sendiri yang kita boleh buat, dan percaya.. " soalan tak kan susah sangat"... satu lagi kalau nak exam jangan fikirkan kemungkinan soalan yang keluar tapi fikirkan soalan yang tak mungkin keluar.. faham tak ni maksud zyla?

selalunya cikgu atau lecturer kita akan beri hint  soalan yang bakal keluar kan? lepas tu kita akan lebih fokuskan kepada hint yang mereka bagi.. tapi pernah tak korg terfikir yang soalan-soalan yang tak mungkin keluar akan keluar? tak pernah kan? benda-benda remeh yang kita anggap dan kacang tu tapi kalau tak stdy jugak pun tak boleh nak jawab dengan baik kan? zyla dah hadapi situasi ni last sem dengan paper Financial Accounting 1 zyla... huhu... memang tak disangka! terkezut zyla dibuatnya... 

so what u want to say? sebab tu sekarang ni kalau zyla nak exam atau kuiz.. zyla tak nak pressure sangat smpai tidur tak lena, makan tak kenyang, dan buat apa pun serba serbi tak kene.. (wah! dah macam apa ntah). tidur tu memang penting... zyla akui zyla jarang nak tidur lewat sebab stdy atau siapkan kerja.. paling lewat zyla tidur pun pukul 1.30 pagi... lebih dari tu tak pernah lagi sebab subuh nanti mesti mata zyla ni dah terbuka dengan sendirinya.. ini mungkin terjadi kat zyla sebab sejak tingkatan 4, zyla praktikkan utk tidur awal dan bangun pukul 4 pagi.. bukan sekadar menelaah pelajaran tapi jugak nak letak bedak sejuk kat muka.. hehe. masa tu jerawat menyerang muka zyla... 
sebab tu masuk kolej ni pun zyla tak reti nak stdy lewat2... nanti biology badan kita akan jadi tak seimbang.. sbb zyla fikir jugak.. kalau tidur lewat tapi nanti mengantuk masa jawab exam... tak ada faedah jugak kan? bukan tak dapat nak jawab , sakit pun datang jugak kat kita, adakah itu berbaloi?

zyla pun berharap rakan-rakan seperjuangan dan junior2 zyla yang bakal menduduki peperiksaan SPM 
& STPM tak terlalu takut dan gelisah siang malam sebab peperiksaan makin dekat.. zyla pun berharap adik zyla akan dapat jawab SPM nanti dengan tenang... kalau masa dapat result tu zyla memang terimalah kalau korg cuak.. zyla lagilah cuak!

tak ada apa petua yang zyla amalkan masa nak stdy ni.. cuma tidur cukup, mandi sebelum stdy, hirup udara segar setiap pagi , dengar lagu dan set kat mind " aku boleh".. itu je.. simple kan? tak payah nak stress-stress sangat.. silap hari bulan korang dapat darah tinggi.. muda-muda lagi dah ada penyakit.. ish2.. ( mcm dia sihat sangat).

p/s: kebanyakkan isi dalam entri zyla ni semuanya original dari idea zyla.. tak ada nak cari info sebab selalunya bila zyla buat blogwalking... banyak sangat blogger yang sudi berkongsi information yang diorg dapat dari google.. bila korg baca entri zyla pulak.. lebih banyak mengulas tentang pengalaman dan berdasarkan pendapat zyla sendri.. maaf kalau ada yang rasa apa yang zyla tulis tak baik atau tak bagus pada pemerhatian anda... dan sila tinggalkan komen.. supaya nanti zyla akan berfikir tentang itu dan mula nak memperbaiki apa yang kurang.. anyways.. thnks for reading Laman Sakura.. :")



zyla pun nak syorkan kepada korg utk buat stdy group dengan hanya ada 2 org je ahli sebab nanti tak banyak pulak suara sumbang yang goda kita untuk bersembang  masa nak fokus dan try stdy kat surau. dijamin selamat, selesa dan menghindari diri kita dari buat perkara-perkara yang tak berfaedah dan sekali gus mengingatkan kita solat di awal waktu... jgn segan pulak nak belajar di rumah Allah SWT.. insya allah ilmu kita akan lebih diberkati... Ingatlah bahawa. malaikat akan sentiasa berzikir untuk mereka yang tekun menuntut ilmu( takzirah dari cikgu zyla dulu).



kepada kawan-kawan yang bakal menduduki kertas Macroeconomies petang ni zyla ucapkan selamat berjaya.. :")







try me

assalamualaikum.... 

macam dah lama sangat zyla tak update blog kan? apa yang zyla update rabu yang lepas pun agak membosankan? hurm..  memang banyak benda yang nak diceritakan .. tetapi semua itu lebih banyak berbentuk peribadi ... beberapa hari ni zyla macam tak dapat nak kawal diri untuk mengupdate blog ni.. tapi bila nak publish zyla delete semua.. zyla tak sanggup! biarlah zyla simpan sendiri di dalam hati ni dan hanya akan meluahkannya kepada mereka yang boleh memahami dan menyokong zyla. lagipun zyla dah berjanji dengan diri sendiri yang zyla tak nak publish entri2 yang berkaitan dengan kehidupan peribadi zyla secara mendalam. ruang Laman Sakura Puteri ni, hanya sebagai platfrm bagi zyla utk menghasilkan karya, pendapat dan berkongsi apa jua pengetahuan yang zyla tahu kepada pembaca semua.. tak kisahlah bilangan yang membaca tapi sekurang-kurangnya bila mereka membaca sesuatu yang bernas dari blog zyla, mereka pun akan turut mengetahui sesuatu yang perlu mereka tahu. 

zyla tak nak jadi macam sesetengah blogger( bkn nak kutuk tapi sebagai pengajaran). berblog sebab nak bercakap tentang itu dan ini dalam kehidupannya smpaikan buat blogger lain meluat. boleh kalau kita nak meluahkan isi hati kita kat sni tapi perlulah kita berfikir sejenak sebelum nak publish entri tu... kita sedang bercakap tentang kehidupan peribadi kita.. dan kalau kita bercakap tentang seseorang itu menunjukkan kita  bercerita  sesuatu tentang dia kepada orang lain! itu dah mcm nak jatuhkan maruah atau memburukkan dia! zyla akui memang ada entri2 zyla hanya utk sahabat zyla tu, dan sekarang zyla sedar yang dulu tak sepatutnya zyla buat mcm tu.. sehingga pada satu tahap kteorg saling berkomunikasi hanya melalui blog untuk meluahkan apa saja yang terpendam selama ni. syukur sebab tak ada blogger yang perasan tentang ni. sebab dia bukanlah blogger yang aktif seperti zyla.. hanya akan update blog bila dia rasa perlu.


syukur alhamdulillah sebab dah beberapa kali cubaan zyla nak update entri tentang dia tak menjadi..memang zyla ingin bercerita ttg dia. walapun pada dia, zyla tak menghargai peluang yang ada tapi hakikatnya zyla amat rindukan dia! 

selama mana  zyla akan diselubungi dengan semua perasaan ini zyla sendiri pun tak tahu.. tapi zyla berharap sangat akan sering diingatkan oleh diri sendiri untuk mengelakkan menceritakan terlalu banyak perkara tentang kehidupan zyla disini. cukuplah pembaca zyla hanya singgah disini dan membaca pendapat zyla tentang kehidupan yang berlaku disekeliling. 

cukuplah sedikit untuk hari ni.. semoga kita akan bertemu untuk entri yang akan datang.

p/s: kepada sesiapa yang sudi singgah ke Laman Sakura ni dan yang follow zyla, zyla minta maaf sangat-sangat sebab sejak kebelakangan ni zyla agak sibuk dengan tugasan kuliah zyla, ditambah pula sekarang ni zyla akan menduduki peperiksaan... Insya Allah kalau masih diberi kesempatan sebelum 1 Syawal ni zyla akan datang untuk menziarahi blog korg...(^_^)



Wednesday, August 17, 2011

dah mula faham

assalammualaikum..

blogwalking!! of courselah.. zyla menfollow sesiapa je yang follow zyla balik, balas terjahan, komen dan baca entri yang ada kat dashboard. 2,3 hari lepas zyla tak faham kenapa ada beberapa org blogger yang kata BOSAN dengan blog. zyla fikir mungkin tak ada idea kot.. kalau tak ada idea mcm mana nak publish entri dan mesti dia fikirkan blogger lain yg sentiasa tunggu entri terbaru dari dia.. 

dan di kala tengah hari ini.. simptom tersebut dh berjangkit dengan zyla.. aduh2... gi mana sih?.. mmg tak ada idea nak publish entri sebab kepala otak zyla sekarang ni tgh kusut dengan macam2 kerja.. mmg tak lenalah tidur kalau kerja tak siap.. bukan tu je.. test lagi makin menghampiri di saat kerja2 melambak smpai tak cukup tangan zyla dibuatnya.. 

so sekrang ni zyla rasa zyla dh mula faham kenapa ada blogger yang cakap dia bosan dengan blog!!! tapi zyla tak bosan dengan blog.. risau pun taklah.. sebab tahu blog zyla ni tak ada apa sgt pun utk org kunjungi.. (cewah!!!! statement gedik hari ini!).

zyla online ni pun sementara tunggu Miss Rosdiana zyla nak reply msg... Miss, blh reply cpt tak? sya nak siapkan tugasn Miss ni tapi Excel saya ada mslh... huh.. excel 2003 dan 2007... sya kelirulah Miss!!


serabut-serabut-serabut.. itulah keadaan zyla sekrang ni.. nasiblah tak ada mslh lain...kalau tak.. ada juga yang nak kene dengan zyla.. haha!!!!

smpai sni jelah utk hari ni...hari ni zyla cuti.. sptutnya buat wordless wednesday kan? blh tak kalau zyla request utk workless wednesday?? sbabnya setiap hari Rabu kerja zyla msti banyak... smpai tak tahu nak siapkan yang mana satu!


Tuesday, August 16, 2011

ingat wahai adik.. kau takkan berada senntiasa di atas.

assalammualaikum.. 



"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil).Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?Baginda menjawab: Riak."
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)

Tiba2 je zyla teringatkan seorang junior zyla ni. Sejak tingkatan 1 dia sentiasa bersama dengan zyla. tak tahu kenapa dia selesa sangat bila dengan zyla.. sehinggalah hari ini pun dia masih lagi ingat dkat zyla wpln sudah lama kami tak bersua. syukur alhamdululillah... ada juga adik2 yang sudi igt dekat zyla. 

Masa peperiksaan SPM yang lalu, mesti heboh dengan result adik2, kwn2 dan saudara mara korg. Termasuklah zyla.. pun sibuk jugak nak tahu keputusan adik2 zyla... sibuk nak tanya kat kwn2 zyla.." weh! adik kau mcm mana?".. tak kisahlah result adik2 zyla tu terlalu bagus ke, sederhana ke, teruk ke, tak seimbang ke.. SPM belum menentukan segalanya lagi kan?.  zyla sendiri pun sekadar dpt kptsan yang sederhana je. alhamdulillah.. mmg tak target tinggi2 pun... tahu kemampuan tak smpai situ..:")..

satu hari tu, Junior zyla ni... laa.. lupa nak cakap nama dia Afieq... mengadu dekat zyla.. yang kwn dia ni dok merendahkan dia... kalau dlm SMS tak apalah jugak.. ni smpai sindir2 kat wall Fb... Apa kes ni? janganlah pandang rendah sangat dekat kwn2 tu. ish2.. tahulah awak tu pandai, tapi belum lagi menduduki SPM kn? tahun ni baru nak SPM? akak cabar awaklah adik.. meh sni!

yang zyla dan kakak Afieq ni pun tiba2 blh jadi panas kat wall tu.. mcm2 kiteorg komen..pelik kan? org luar yang sibuk nak kritik itu dan ini. sebab zyla mmg dh kenal Afieq tu masa dia frm 1 lagi zyla tahu kemampuan dia kemana. ish2. mungkin rezeki dia tak ada kat SPM tapi siapa tahu dia akan berjaya jugak kelak kan?

wahai adik.. jangan lah riak dengan posisi sekarang. mungkin adik tak ada kakak2 atau abg2 senior utk dijadikan contoh atau panduan dlm akademik ni.. utk pengetahuan adik, dh ramai sangat pelajar2 yang dahulunya mmg hebat disekolah, kirannya mmg cemerlang gemilang dan terbilanglah.. smpai mak akak pun tanya akak.. " blh tak alg jadi mcm diorrg".. kecik hati akak... tahulah akak ni tak berapa sangat dlm akademik masa sekolah dulu.. tapi akak masih mencuba demi masa depan dan harapan mak akak.. nak tahu apa jadi kat diorg? kecundang.. adik igt senang ke nak maintain dlm akademik ni akan ada masanya jugak kita akan jatuh. akak sendiri pun dh merasai semua tu. 

selagi adik tak jejakkan kaki ke IPT, janganlah rasa diri tu hebat sangat, kat IPT nanti adik akan dicabar dengan subjek2 yang lebih berat lagi. ingat. kita ni bukan dipandang dari segi akademik je tapi kemahiran hiudp yang kita ada. owh! selalu dpt anugerah pelajar terbaik ye dik? adik akak Fahim yang sekarang ni pun pegang anugerah tu kat MRSM pun sentiasa cakap kat akak, dia pandai atas kertas je.. kalau nak suruh dia buat benda lain mmg dia tak reti.. lebih banyak bertanya dengan akak. 

kawan2 akak sekarang ni pun banyak yang dh sedang menuju ke puncak... ada yg stdy law, doktor,akauntant , cikgu, jurutera dan mcm2 lagi.. diorg sekalipun tak pernah nak menyombong dengan akak. sekali pun tak pernah... cikgu pun kalau tahu perangai adik mcm ni dia akan target adik dpt berapa masa SPM nanti. ingt, mak ayah dan cikgu kita je lebih tahu apa yang kita mampu lakukan. ilmu ni Allah SWT suruh cari bukan nak jadikan kita ni riak tapi bersyukur sebab kita ni mahkluknya yang berotak.. dan juga ilmu tu untuk membantu org lain.. kalau betullah adik ni pandai, org bijaksana adik akan lebih merasa malu bila dada tu makin dipenuhi dengan  ilmu. 

p/s: maaflah kalau ada yang terasa. tak berniat nak menyinggung perasaan sesiapa.





kalau ditakdirkan nanti roda adik berada dibawah.. jangan bersedih hati  , mungkin masa akan datang nikmat yang lebih berar Allah SWT akan kurniakan utk adik... adik, akak bercakap berdasarkan pengalaman akak.. jatuh bangun, menang kalah semua akan dan merasa. 

Monday, August 15, 2011

andai zyla boleh lakukan semua dlm satu masa.