Wednesday, August 31, 2011

Tahniah Mamat Khalid... u are amazing!


assalammualaikum.. 


zyla pasti tatkala ada yang melihat dashboard masing-masing dan melihat entri terbaru zyla ni pasti sudah tahu apa yang bakal zyla ceritakan. yap.. tentang filem komedi yang paling popular masa kini .. Hantu Kak Limah Balik Rumah... walaupun filem ni dah lama tapi auranya masih kuat sehingga sekarang! Pergilah kemana pun, bersama siapa dan apa pun  situasi anda ketika itu pastinya kamu akan mendengar orang disekeliling kamu menggunakan track-mark2 filem ni... seperti tiru gaya Penari Kebudayaan dan " cer cite, cer cite" .. bukan itu sahaja tapi di laman sosial Facebook pun rata-ratanya menggunakan track-mark filem ini! dan tidak terkecuali zyla... alhamdulillah.. kalau selama ni kita sering sahaja menyanjung filem-filem luar negara dan meniru gaya mereka, buat kali pertamanya Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ni memberikan aura yang menambat hati masyarakat Malaysia untuk mengenali identiti negara kita sendiri.! Tahniah Mamat Khalid!

tapi sebelum itu, berapa ramaikah yang mengenali siapa sebenarnya Mamat Khalid? siapa sebenarnya Usop Wilcha? jadi hari ini bagi yang belum tahu zyla nak ajak semua untuk mengenali siapa sebenarnya dua insan senior dalam bidang seni ini sebenarnya... 



MAMAT KHALID..



NAMA SEBENAR: Mohammad Bin Mohammad Khalid
TEMPAT LAHIR: IPOH, PERAK
SIAPA DIA DIDALAM BIDANG SENI:  Pengarah, Penulis, Penyunting Filem dan Pelakon.


tapi berapa ramai kat sni kenal Dato' Lat? Ala yang lukis katun Lat tu? kalau korang nak tahu, Mamat Khalid dan Dato' Lat ni merupakan adik-beradik! jadi tak hairan setiap kali mereka berkarya, apa yang mereka hasilakan itu akan mendapat sambutan hangat.. kalau selama ni kita hanya kenal pengarah filem yang terkenal seperti Ahmad Idham, Aziz M Osman, Suhaimi Baba ..pastinya kita pun dah sedia maklum dengan konsep filem yang mereka hasilkan , begitu juga dengan Mamat Khalid.. tetapi he is really the one in thounsand. kenapa zyla cakap begitu sebabnya apa yang beliau hasilkan belum pernah lagi dihasilkan oleh pengarah lain dan beliau sering memberikan kelainan biarpun beliau sering menggunakan Perak sebagai lokasi penggambaran filem beliau... zyla akui selama ni zyla hanya mengenali nama beliau sahaja tetapi sejak filem Man Laksa zyla sudah mula mengenali beliau... dan zyla amat menghormati pengorbanan serta karya beliau didalam industri seni negara kita ni..

kalau nak tahu , mula-mula uncel Mamat Khalid kita ni terlibat  dalam industri filem ni apabila beliau memberikan cadangan sebuah siri televisen yang mengisahkan tentang Puteri Gunung Ledang. Tetapi, Enfiniti Production milik Tiara Jacqueline telah menerima cadanagn Mamat Khalid tetapi mereka ingin menghasilkan sebuah filem dan bukannya drama bersiri! wow! satu lagi fenomena dalam bidang seni di negara kita apabila idea asal tentang Puteri Gunung Ledang ni mendapat sambutan hangat bukan sahaja di Malaysia tetapi juga pernah ditanyangkan di Venice dan Los Angles.. siapa sangka cadangan oleh Mamat Khalid ini sekaligus telah meletakkan identiti Malaysia di peringkat antarabangsa!












Sebenarnya Mamat Khalid mula mengarah filem dari tahun 2003. Dan filem pertama beliau ialah Lang Buana yang dilakonkan oleh kumpulan komedi terkenal Malaysia SENARIO.. bila kita lihat Mamat Khalid ni mesti ada yang tidak menduga bahawa beliau meminati muzik rock. Oleh disebabkan minat beliau tersebut, pada tahun 2005 beliau telah menghasilkan filem Rock yang dilakonkan oleh Hasnul Rahman. Filem Rock ni juga telah mendapat pengiktirafan di Festival Filem Malaysia apabila memenangi Anugerah Lakon Layar Terbaik dan inilah anugerah pertama buat beliau. 

zyla pun pasti satu ketika dulu kita pernah juga digembarkan oleh filem Zombi Kampung Pisang kan? filem tersebut merupakan filem pertama Mamat Khalid yang menekankan genre komedi seram..seterusnya menyusul pula filem Kala Bulan Mengambang, lakonan Rosyam Noor dan Umie Ida..dan pada tahun 2010 beliau menghasilkan filem Estet, menerusi filem ini beliau telah mendapat pujian pengulas filem.




                                                     filem pertama arahan Mamat Khalid






                antara filem Mamat Khalid yang pernah mendapat sambutan


filem ini berjaya merangkul 5 anugerah di Festival Filem Malaysia dan mengetengahlan genre nior yang ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mengetahui tentang genuntuk sesiapa yang nak mengenali Mamat Khalid ini , korang blh ke blog belia.. (click sini>>) BLOG MAMAT KHALID- TEMPURUNG PECAH.. 

Kata terakhir dari zyla untuk uncle Mamat Khalid... Uncle, thnks for Kak Limah Balik Rumah.. rasanya sekarang ni kehidupan rakyat Malaysia penuh dengan gelak ketawa bilak kiteorang saling meniru setiapa gaya yang ada dalam filem tersebut.. zyla doakan uncel terus maju dan lebih giat berkarya selepas ini... :")


                                          
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

bila tengok video ini, zyla terfikir, seluruh penonton  Arena oF Stars ketika itu menerima dengan baik sekali persembahan Usop Wilcha dan Johan.. ini semua hasil idea dan susah payah Uncle Mamat Khalid.. apakah perasaan beliau ketika itu? pasti berbangga dengan hasil peluh sendiri... sedikit sebanyak memberikan zyla inspirasi untuk terus maju dalam bidang yang zyla ceburi sekarang ni.. Insya Allah .




orite. dah habis kita mengenali siapa dia Mamat Khalisd... sekarang ni zyla nak bawa korang semua untuk mengenali siapa sebenarya Usop Wilcha ni. amboi2.. sedap je mulut korang dok panggil dia Usop ye.. memang zyla akui, walaupun Uncel Usop ini nampak macam kelakar je dengan gaya tangannya yang tak berhenti-henti menari ala-ala gaya Penari Kebudayaan. tapi bila sudah tahu siapa dirinya yang sebenar pasti ada yang tidak sangka latar belakang beliau yang sebenar. 



USOP WILCHA



NAMA SEBENAR: Syed Mohammad Asri
STATUS: Berkahwin dengan pasangannya  Noorafiza Abdul Aziz dan juga merupakan seorang bapa
UMUR: 46 tahun 
SIAPA DIA YANG SEBENARNYA: Pengurus Komunikasi Korprat Syarikat Tanjung Offshore Sdn Bhd.

oky2.. sabar-sabar.. zyla tahu ramai yang dah kenal sangat dengan Uncle Usop ni dan dah ramai sangat blogger yang buat entri tentang uncle usop ni..so zyla tak payah cerita banyak sangatlah ..apabila habis je filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ditayangkan,.kini setiap pagi kita akan dengar suara Uncle Usop  yang akan  berkumandang di radio Hot Fm bersama dengan Fara Fauzana Dan Faizal Ismail. betapa  kuatnya aura Uncle Usop ni dan dengan sokongan kita seluruh rakyat Malaysia telah membuktikan bahawa Uncle Usop kita ini berjaya membawa watak utama dalam filem tersebut dengan baik sekali... 

dan paling zyla tak sangka , Mentor zyla sendiri Madam Nurul Fatehah Ansaari turut mengunakan sedikit sebanyak gaya Uncle Usop ni dalam proses pembelajaran beliau... rujukan blog Mentor zyla.. click sni>>ghost sis limah go back homeyang berjasa

siapa menyangka, kekecewaan beliau dalam bidang seni akibat album yang beliau hasilkan tidak mendapat sambutan dan kehadiran beliau tidak berapa dikenali kini, beliau telah menjadi satu ikon di dalam bidang seni negara kita.. tahniah Uncel Usop.. rasanya tanpa wilcha dan loghat Perak serta gaya tangannya pasti tidak lengkap identiti beliau sebagai Usop Wilcha. 

dan untuk uncle Usop Wilcha ini juga,zyla ucapkan tahniah kerana akhirnya berjaya meletakkan nama beliau di dalam bidang seni ini dengan gah sekali biarpun hanya  dengan watak bekas Penari Kebudayaan.. semoga uncle Usop berjaya dalam bidang seni ini dan sentiasa berbahagia dengan isteri dan anak-anak...



alahai! dah penat zyla menaip ni. rasanya inilah ringkasan dari zyla tentang dua orang senior daam bidang seni ini.. janganlah sesekali kita beranggapan bahawa mereka yang terlibat dalam bidang seni ini mempunyai pendidikan yang rendah.. berlakon, menyanti menulis skrip, mengarah mahupun hanya juru mekap bukanlah senang dan mudah bagi mereka untuk menghasilkan yang terbaik sebagai tantapan kita seharian.. oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia ni kene sedar, sampai bila kita nak sokong hasil seni negera luar? ingatlah .. kita pun ada budaya seni yang unik yang boleh kita ketengahkah dimata dunia.. fikir-fikirkanlah... 

1 comment:

Izzati Liyana Sabri said...

saya tengok lang buana dgn zombi kg pisang je. yang lain tu semua belum berkesempatan lagi nak tengok.