assalammualaikum..
amboi2 ..bermakna sungguh tajuk entri zyla hari ni ye. :).. hanya mampu pejamkan mata tanpa melihatmu. maksudnya? setelah semua yang berlaku hari ini, segalanya telah pun berakhir. tak ada apa yang perlu zyla fikirkan.. utk ke link blog tersebut zyla tak perlu lagi. apa yang zyla tahu adalah kehidupan zyla hari ini. org cakap fikirkan diri sendiri dulu, baru fikikan ttg org lain. Baiklah.. zyla fikirkan zyla dulu, baru insan yang ada disekeliling kita.. baiklah.. kalau itu yang zyla perlu lakukan.. bagi yang kenal zyla mesti tertanya2 adakah mampu kau lakukan wahai Fathin Fazila? sedangkan sebelum ini kau akan fikirkan hati org lain sebelum hati kau sendiri.insya Allah zyla mampu. kenapa nak fikirkan org dulu, sbab zyla tahu mcm mana nak pujuk hati zyla, tak kisahlah kalau zyla terpaksa mengalah, merajuk atau mengundur diri, tapi hati org.. sebab ada sesetengah org ni tak boleh nak kawal hati dan perasaan dia... itu yang zyla tak sanggup nak tengok.
hari tu, zyla on balik Fb lama zyla dan terkejut bila, Fifi kawan zyla post kat wall dia, dia bahagia sangat dapat panggilan dari zyla..thnks sebab hargai panggilan zyla tu.. tapi Fifi, zyla bukanlah seperti yang fifi katakan tu. mesti ramai yang kat FB tu hanya mengejek zyla kan? mcm bagus sangat. hurm. zyla tahu bagi sesetengah yang rapat dengan zyla akan lihat siapa diri zyla yang sebenar. paling zyla tak blh lupa bila mak, ayah adik2 dan rakan zyla sendiri pernah menangis di bahu zyla kerana ketabahan zyla. ye, zyla harus menjadi seorang yang amat tabah. zyla perlu pertahankan air mata zyla dari mengalir di hadapan mereka.
mengaku kalah kerana perasaan yang kecewa bukanlah pendirian zyla.. zyla akan biarkan masa utk menyembuhkan segalanya. biarpun hari ini zyla kehilangan seorg sahabat, tapi zyla redha kerana itu adalah keputusan zyla. ye salah zyla putuskan tali persahabatan itu. ada yang nak marah zyla? nak nasihat zyla utk fikirkn kembali keputusan tersebut? maaf, buat masa ni hanya itu yang mampu zyla buat..
sudah masuk 2 tahun dia tidak pernah melihat zyla, 2 tahun dia tidak berhadapan dengan zyla... segalanya telah berubah termasuk diri zyla. kalau dia mendekati zyla.. sekali lagi zyla katakan.. dia akan menangis!
sebab tu zyla senang berjauhan mcm ni.. jauh dengan mereka yang rapat dengan diri zyla. susah senang zyla kat sni biarlah zyla tanggung sendiri...
No comments:
Post a Comment