Friday, May 20, 2011

masa yang dinanti sudah tiba..

assalammualaikum semua.. dengan senang hati zyla nak umumkan bahawasanya...


                               zyla dah habis final...

happy? gembira? rasa nak melonjak-lonjak?? tak sama sekali.. hari ini seperti mana yang zyla dah tanda dalam kalender adalah hari terakhir zyla bersama dengan Kak RIEN, PIEQA, YANNA, IDA n JEA.. semalam merupakan hari terakhir zyla belajar, bergurau senda, saling mengemas barang dan berkongsi cerita.. sedih, memanglah. Tapi buat masa sekarang zyla tak mampu nak menangis, menangis dalam hati jelah. hm.

sekarang zyla dengan AIN je dalam bilik.. bilik zyla. tadi sebelum nak pergi jawab final, sempat zyla bergurau dengan kakak-kakak zyla tu. masa tengah salam diorang rasa sebak sangat. Sayu sangat hati ini. Apa yang zyla tak nak terjadi sudah pun terjadi. Nak buat macam mana kan.. inilah namanya takdir kehidupan. Pertemuan dan perpisahan itu adalah perkara biasa.

tadi masa masuk bilik ni, hati zyla bertambah sebak sangat.. yelah bilik dah kosong. Diorang sebelah pun dah tak de. Tapi zyla macam masih dapat rasa aura kak Rien n Kak Pieqa.. dok panggil nama Zyla, nak itu lah, nak inilah, kenekan zyla lah.. memang manis saat-saat tu.. Insya Allah, ada jodoh kami bertiga berkumpul kembali..

saat manis zyla dengan kak pieqa. kak pieqa ni sebenarnya banyak mendidik zyla dalam diam. setiap nasihat dia, teguran dia dan tingkah laku dia sendiri.. cuma satu je, dia ni manja sangat. tak boleh nak gertak sikit dah nangis dan yang paling zyla tak tahan takut dengan lipas.. normallah tu..



ni pulak saat riang bersama kak rien. macam yang zyla ceritakan sebelum ni. kak rien ni memang sebagai tempat zyla untuk bercerita dan bergurau senda.. jangan tak tahu.. dia memang bijak kenekan orang. memang kaw2 punye..

kalau nak tahu dalam bilik zyla bersama diorang.. zyla ni umpama MAK.. hahah.. boleh pulak ye.. dan diorg adalah 'anak kembar' zyla yang memang banyak karenah dan peningkan kepala. Setiap saat tu ada jelah halnye... zyla pun pening. tapi sekali pun zyla tak pernah rimas dengan diorang. Hari-hari zyla memang meriah dan tak pernah sunyi dengan diorang.Ditambah pulak dengan kakak-kakak bilik sebelah.. lagilah kan.. huh! jangan cakaplah memang meletup habis.. kalau ketawa tu, mengalahkan orang lain.. 


tapi apapun segala kenangan zyla bersama mereka akan zyla kenang sampai hujung hayat zyla. Jasa baik diorg zyla memang tak mampu balas. zyla ni boleh dikatakan bertuah tau sebab dapat senior macam diorg. baik,caring dan betol-betol anggap zyla ni macam adik kandung diorang. pendek kata, kasih sayang diorang tu memang lekatlah kat hati zyla. sentiasa buatkan zyla rindu, tersenyum sendiri dan ingatan ini tak pernah pudar untuk diorang.. wah! dah macam apa dah zyla ni ...


semoga jalinan silaturrahim antara kami akan berpanjangan sepanjang hayat hingga akhirat. amin. 

4 comments:

Hashayen said...

setiap pertemuan pasti ada perpisahan..gambaran pertemuan sungguh membahagiakan manakala gambaran perpisahan sungguh menyedihkan.Dan dari situlah dinamakan takdir kehidupan...

Fathin Fazila Razali said...

(^_^).. thnks kak wanie for ur words..

misz sheyla said...

sonoknye dah abes finsal kan.....dulu2 sedih gile ase bila abe3s study....rindu kat kengkawan :(

Fathin Fazila Razali said...

:).. biasalah.,. nilah dikatakan khidupan.. one day i will in ur situation.. miss all the past..