Monday, August 01, 2011

zyla menghormati dia..

assalammualaikum... selamat berbuka puasa kepada seluruh umat Islam... lega kan kita dh berjaya menyempurnakan hari ini dengan sebaiknya... tadi masa zyla tgh tidur... ( sorry k dari sahur pagi tadi tak tidur then terus g kelas mmg agak penat). Fatin selongkar blog kawan dia.. yang baru sahaja bergelar seorg isteri di usia 19 tahun! terus terbangun zyla dan terfikir utk buat entri utk Amirah ni.

masa mula-mula Fatin bagitau yang kawan dia Amira nak berkahwin.. zyla agak terkejut juga.. sebab diorg baru je hbs Matrik.. kiranya result diorg pun blm keluar lagi.. yang paling zyla tak sangka masa tu sebab majlis perkahwinan diorg hanya beberapa minggu saja lagi! masa tu pun zyla ada buat entri pasal kahwin awal ni.

                                              clik sini>>kahwin bagi zyla

sejujurnya zyla pernah melalui mungkin hanya sebahagian daripada apa yang Amira ni lalui tapi zyla hanyalah dipertengahan jalan.. sbb fikiran zyla masa tu more kpd cita2 adik dan mak ayah zyla.. satu lagi sebagai 
pelajar yang mendapat tajaan penuh Mara, tidak membenarkan zyla mempunyai status bertunang dan berkahwin. akhirnya zyla memilih jalan ini utk teruskan cita2 zyla, tunaikan hasrat mak ayah dan adik2 zyla. 

kahwin. mmg satu perkara yang semua idamkan.... sebab itu Allah ciptakan Adam dan Hawa dan perasaan cinta antara kita. rasa bahagia kan bila kita ada seseorang yang kita sayang dan menyayangi diri kita? tapi hubungan itu kita bawa dan junjung smpai ke mana? betul lah kalau family pun dh kenal dengan pasangan kita tu, tapi still tak terfikir nak bawa hbgan tu ke tahap yang lebih serius dan selamat kan.. bagi yang seusia dengan zyla ni msti korg pun ada rasa cuak kan even sayang sgt dengan pasangan korg.

disini ada perbezaan antara zyla dan Amira... Amira ambil keputusan untuk berkahwin pada usia begini, tapi bagi zyla, ini bukan masanya utk zyla mendirikan rumahtangga... serius zyla bagitau... masa tu zyla hati zyla belum kuat lagi mengatakan bahawa dia adalah jodoh zyla yang sebenar.. apa jadi dgn kami... kami ambil keputusan utk berpisah. zyla bersyukur kerana zyla amat2 bahagia dengan kehidupan zyla tanpa dia dan zyla tumpang gembira bila tahu si dia sekarang sudah mengikat tali pertunangan dan zyla doakan semoga dia akan berbahagia selamanya. Amin. tak perlulah kita ikutkan perasaan kecewa kita utk mendoakan org yang telah mengecewakan hati kita kepada perkara yang tidak baik.. sbb bila kita doakan yang terbaik utk dia, kita akan dapat berganda perkara baik dlm kehidupan kita. 

satu lagi perbezaannya.. zyla masih lagi bebas sekarang utk bergaul dan tidak mempunyai apa2 tanggungjawab jauh sekali sebagai seorang tunangan org atau isteri. Bagi Amira sekarang dia sedang menikmati bahtera kebahagian dia.. zyla tumpang gembira untuk itu... tak sunyi ke zyla tanpa dia? zyla tahu mesti ada yang bertanya... tak kecewa ke zyla kehilangan org yang tersayang? jawapannya senang sahaja.. sblm berpisah... 5 bulan sebelum tu zyla dah ready utk kehilngan dia.. tak percaya... hanya kak rien zyla yang menjadi saksi masa zyla menangis hari tu. tapi cukup kali itu... sehingga hari ini tiada lagi air mata zyla mengalir utk mengenang kekecewaan itu.. tabah sangat ke zyla ni... zyla pun hanyalah seorang perempuan biasa sahaja tapi zyla ambil keputusan utk menjadi lebih redha dengan ketentuan ini. dan sehingga hari ini sekali pun dlm hati zyla tak terfikir nak cari atau hubungi dia...

sebab kan bagi zyla.... buat apa zyla nak terus menangis kalau segalanya tidak memberikan apa2 pulangan utk zyla? zyla dah berhenti mengenang kisah lalu. zyla hanya berserah pada jodoh. Insya Allah, zyla yakin suatu hari nanti Allah akan temukan zyla dengan org yang betul2 sesuai dan dialah Adam zyla dunia akhirat ini. 

tak cmburu ke dengan kwn2 lain yang tgh bahagia dgn pakwe masing2? sekali lagi jawapan zyla adalah tidak, buat apa nak cemburu dengan perkara2 yang mcm tu? dah tu nak suruh zyla mengatal cari pakwe lain pulak.. amboi2 ingat nak berkapel ni nak sayang org ni mcm petik jari je... cukup mulut lafazkan sayang tapi niat utk sehidup semati tak ada? bukan mudah zyla nak terima seseorang itu utk menjadi pasangan zyla dan stu lagi buat masa sekarang zyla memang tak ready utk menemui seseorang, menyayangi seseorang dan jauh sekali utk merindu seseorang. 

cubalah berfikir dengan lebih jauh lagi... kalau korg rasa mmg tak mampu nak tanggung rasa rindu bila berjauhan dan korg pun mmg mampu nak berkahwin buat masa sekarang. teruskan niat itu.. Insya Allah, Allah SWT sentiasa ada utk tolong korg... Allah akan lebih mempermudahkan segala urusan kita jika kita ikhlas ke jalannya... 

zyla tak nak bercakap banyak... cukuplah korg fikir sendiri.. dah besar kan? tapi jangan sesekali ketepikan cita2 dan masa depan korg. tanpa semua tu hidup korg pun tak akan lengkap kan?


                                              clik sni>>amirah, kini bergelar seorang isteri

dan kepada Amirah dan suaminya Muhsin.. even zyla tak kenal korg dan hanya mengetahui ttg korg melalui Fatin.. zyla tumpang gembira dengan majlis perkahwinan korg... alhamdulillah... syukur korg buat keputusan yang zyla sendiri tak sanggup utk menghadapinya... semoga berbahagia di dunia dan akhirat dan dianugerhakan anak yang soleh dan solehah.. Amin.






"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

(Surah An-Nur 24:32)














3 comments:

Unknown said...

semoga dia menjadi isteri solehah..mungkin dah ditetapkan die bertemu jodoh pada usia yang muda... :)

Puan Mira :) said...

salam. hello dear. agak terkejut ada orang buat entry pasal mira. heee btw, kawan zyla tu fatin izzati ke ? urmm thanks dear! insya Allah. Allah knows the best for you. maybe tu tandanya jodoh buat kamu belum tiba lagi. ada hikmahnya awak tak kawin muda and pada situasi mira plak maybe ada hikmahnya kawin muda. ape2 pun, nothing to be worried. wanita yang baik utk laki yang baik. maybe someone much better than ur ex-bf waiting for u outside there. insya Allah. mira doakan. anyway, take care! salam perkenalan dari mira :D

Zyla said...

@misz sheyla.... kita doakan yang terbaik buat amirah... semoga berbahagia bersama suami..