Saturday, August 20, 2011

belajar untuk menjadi tenang!

assalammualaikum...

petang ni zyla ada test 1 untuk subjek Macroeconomics.. alhamdulillah dari malam tadi zyla dak kawan-kawan dah bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran.. so pagi ni zyla tak nak pressure diri sendiri.. try to be more relaks... sebab isnin nanti zyla akan ada 3 paper sekali gus... Accounting Information System, Management Accounting dan Commercial Law.. wah!!!! gawat sih!!! memang pecah kepala la malam ni dan esok zyla nak kene menghafal formula dan nota... 

thats why tajuk entri zyla hari ni.. belajar untuk tenang!! try to be relaks... bagi zyla sebagai pelajar IPT kita memang akan hadapi stress disebabkan oleh tekanan kerja kuliah yang banyak kan? tak kisahlah peringkat matrikulasi ke, diploma ke , ijazah ke atau pun yang lebih tinggi master.. dan tak kurang jugak tekanan terhadap pelajaran akan dirasai oleh pelajar sekolah menengah yang bakal menduduki pereperiksaan SPM dan STPM... 

mesti nervous, ada yang tak boleh tidur, rasa gelisah dan cauk nak jawab soalan kan? zyla pun menghadapi semua tu dan there have something happen to me... nak tau apa? i can't performed well.. frust giler.. dah stdy siang malam tapi hasilnya? hampeh!

sejujurnya kita tak boleh nak paksa otak kita ni untuk menerima output secara berlebihan... kene seimbangkan jugak... belajar untuk jadi tenang.. berdoa banyak-banyak, yakin dngan diri sendiri yang kita boleh buat, dan percaya.. " soalan tak kan susah sangat"... satu lagi kalau nak exam jangan fikirkan kemungkinan soalan yang keluar tapi fikirkan soalan yang tak mungkin keluar.. faham tak ni maksud zyla?

selalunya cikgu atau lecturer kita akan beri hint  soalan yang bakal keluar kan? lepas tu kita akan lebih fokuskan kepada hint yang mereka bagi.. tapi pernah tak korg terfikir yang soalan-soalan yang tak mungkin keluar akan keluar? tak pernah kan? benda-benda remeh yang kita anggap dan kacang tu tapi kalau tak stdy jugak pun tak boleh nak jawab dengan baik kan? zyla dah hadapi situasi ni last sem dengan paper Financial Accounting 1 zyla... huhu... memang tak disangka! terkezut zyla dibuatnya... 

so what u want to say? sebab tu sekarang ni kalau zyla nak exam atau kuiz.. zyla tak nak pressure sangat smpai tidur tak lena, makan tak kenyang, dan buat apa pun serba serbi tak kene.. (wah! dah macam apa ntah). tidur tu memang penting... zyla akui zyla jarang nak tidur lewat sebab stdy atau siapkan kerja.. paling lewat zyla tidur pun pukul 1.30 pagi... lebih dari tu tak pernah lagi sebab subuh nanti mesti mata zyla ni dah terbuka dengan sendirinya.. ini mungkin terjadi kat zyla sebab sejak tingkatan 4, zyla praktikkan utk tidur awal dan bangun pukul 4 pagi.. bukan sekadar menelaah pelajaran tapi jugak nak letak bedak sejuk kat muka.. hehe. masa tu jerawat menyerang muka zyla... 
sebab tu masuk kolej ni pun zyla tak reti nak stdy lewat2... nanti biology badan kita akan jadi tak seimbang.. sbb zyla fikir jugak.. kalau tidur lewat tapi nanti mengantuk masa jawab exam... tak ada faedah jugak kan? bukan tak dapat nak jawab , sakit pun datang jugak kat kita, adakah itu berbaloi?

zyla pun berharap rakan-rakan seperjuangan dan junior2 zyla yang bakal menduduki peperiksaan SPM 
& STPM tak terlalu takut dan gelisah siang malam sebab peperiksaan makin dekat.. zyla pun berharap adik zyla akan dapat jawab SPM nanti dengan tenang... kalau masa dapat result tu zyla memang terimalah kalau korg cuak.. zyla lagilah cuak!

tak ada apa petua yang zyla amalkan masa nak stdy ni.. cuma tidur cukup, mandi sebelum stdy, hirup udara segar setiap pagi , dengar lagu dan set kat mind " aku boleh".. itu je.. simple kan? tak payah nak stress-stress sangat.. silap hari bulan korang dapat darah tinggi.. muda-muda lagi dah ada penyakit.. ish2.. ( mcm dia sihat sangat).

p/s: kebanyakkan isi dalam entri zyla ni semuanya original dari idea zyla.. tak ada nak cari info sebab selalunya bila zyla buat blogwalking... banyak sangat blogger yang sudi berkongsi information yang diorg dapat dari google.. bila korg baca entri zyla pulak.. lebih banyak mengulas tentang pengalaman dan berdasarkan pendapat zyla sendri.. maaf kalau ada yang rasa apa yang zyla tulis tak baik atau tak bagus pada pemerhatian anda... dan sila tinggalkan komen.. supaya nanti zyla akan berfikir tentang itu dan mula nak memperbaiki apa yang kurang.. anyways.. thnks for reading Laman Sakura.. :")



zyla pun nak syorkan kepada korg utk buat stdy group dengan hanya ada 2 org je ahli sebab nanti tak banyak pulak suara sumbang yang goda kita untuk bersembang  masa nak fokus dan try stdy kat surau. dijamin selamat, selesa dan menghindari diri kita dari buat perkara-perkara yang tak berfaedah dan sekali gus mengingatkan kita solat di awal waktu... jgn segan pulak nak belajar di rumah Allah SWT.. insya allah ilmu kita akan lebih diberkati... Ingatlah bahawa. malaikat akan sentiasa berzikir untuk mereka yang tekun menuntut ilmu( takzirah dari cikgu zyla dulu).



kepada kawan-kawan yang bakal menduduki kertas Macroeconomies petang ni zyla ucapkan selamat berjaya.. :")







2 comments:

Izzati Liyana Sabri said...

err. saya kalau exam ke apa memang gelabah. tapi kawan semua ckp nampak cool. ceh. dalam hati hanya tuhan saje yang tahu. study group tu kena depends on individual punya cara belajar. kalau saya, takleh masuk. sebab rentak kelajuan belajar tu tak sama untuk semua org.

saya lecturer tak pernah nak bagi hint pon exam. mmg kena struggle habis2 ah kalau exam ke final ke quiz.

Zyla said...

mak aii.. kedekutnya lecturer awk.. tp bagus jugak mcm tu... spy student tak terlalu fokus dengan hint yang cikgu bagi..:")