assalammualaikum...
selamat pagi!!!! horraaayyyy!!! Pagi Isnin dah kembali, ini menandakan ruti-rutin harian atau hari sibuk kita dah bermula. kepada mereka yang baru sahaja mendaftar di IPT utk program Ijazah, zyla ucapkan Selamat Kembali Menuntut Ilmu ye!..
sebelum mula untuk menulis entri zyla nak ajak korang semua untuk baca entri dari Blogger Kekodokbulat ini.. Menarik, berkaitan dengan rutin harian kita yang mungkin kita tak tahu atau tidak pasti selama ini.
tajuk entri zyla pagi ini ialah Terima Cara Orang Lain. semestinya ada kaitan dengan entri zyla semalam
sekadar pendapat tentang Blogger Kunci Locker.. tujuan zyla buat entri tentang Kunci Locker bukanlah sebab nak ambik perhatian. Tapi bagi zyla baik untuk zyla kongsikan situasi dia memandangkan antara ramai-ramai blogger yang dok baca dan komen entri dia yang sememangnya hangat dengan pelbagai persepsi tentang dia tapi bagi zyla sebenarnya ramai yang tak boleh nak terima cara dia. Bukanlah cara dia untuk " hentam" atau bagi zyla " provoks".
inilah pemikiran sesetengah orang Malaysia. alamak!!! siapa yang terasa zyla minta maaf ya.. ni blog zyla so terpulang pada zyla untuk tulis apa dan cakap apa asalkan tak menyalahi undang-undang sebab dah termaktub dalam Perlembangaan Malaysia,Akta Hak Asasi yang seseorang boleh menyatakan suara dengan bebas.
kenapa kita tak boleh nak terima cara orang atau sesuatu yang baru yang diperkenalkan oleh seseorang. Blogger community ni pun ibarat kain putih jugak. kalau dah ramai sangat blogger perempuan warnakan dia dengan warna kelabu pink, biru, purple.. apalah salahnya kalau blogger lelaki pulak warnakan dunia blogger kita ni dengan warna-warna yang terang?? pernah terfikir tak? kita memang tak mengharap untuk menjadi yang sempurna atau nak blogger lain pandang kita ni baik sangat. tapi why not kita cuba untuk terima apa je yang berlaku dalam dunia blog ni? terutamanya blogger -blogger yang sedang meningkat naik?
mestilah korang dah biasa dengar tentang siapa Cik Epal,Fatin Liyana,Irine Nadia Marcello, Ben Ashaari, Izzamir Ridzwan dan banyak lagi.. korang pernah menilai betul-betul tak blog diorang? cara diorang? honestly zyla pun sedang belajar macam mana diorang jadikan blog diorang tu supaya dapat diterima oleh umum. tipulah kalau dalam banyak-banyak entri diorang, diorang tak bercerita tentang hal-hal peribadi tak kisahlah sakit hati,suka atau apa jua kejadian yang berlaku dalam kehidupan diorang ni. Ingat diorang yang dah jadi Famous Amos ni tak pernah kene hentam ke? pernahlah, zyla pun banyak kali jugak baca luahan mereka. tapi mereka bijak untuk todak mudah melatah.
so kepada newbie dan mereka yang seangkatan dengan zyla. kenapa nak bajet dalam blog ni sebab mungkin korang tak tahu yang apabila seseorang tengah mencari sesuatu maklumat, tidak mustahil entri korang yang berkaitan dengan apa yang dicari akan keluar jugak. mengarut itu boleh tapi janganlah sampai yang lain fed up nak baca.. wah!!! macam marah je zyla ni... tak lah sangat.
semua suka buat blogwalkingkan? yalah nak follow ramai.. oky boleh! tapi cubalah sekali sekala tu korang tengok cara blogger tu kawal blog ni. mungkin ada yang tak sedar, kadang-kadang silap hari bulan kita boleh aibkan diri kita sendiri dan secara langsung persepsi orang terhadap kita akan turut berubah.. nak ke macam tu?
jadi mulai sekarang zyla harap blogger-blogger sekalian untuk belaja terima cara blogger yang lain supaya kita boleh nampak pelbagai warna dalam dunia blog ni.. nak kene hentam, kene puji ke pulau ke apa.. itu biasalah.. kita ambik sebagai asam garam berblog ni..
kita dalam dunia blog ni umpama
pemikir, sentiasa menulis tentang apa yang kita fikir supaya orang yang membaca akan turut terbuka mindanya.. dari tidak mengetahui jadi amat mengetahui..
berkongsi fakta dan info..
apabila kita berkongsi info atau fakta yang kita dapat dari Google sekalipun,
sekurang-kurangnya kita telah jalankan tanggungjawabkan untuk saling mengingati antara satu sama lain..
Saling membantu dan mempromosi..
tak kisahlah apa yang kita promote tentang iklan atau blogger tersebut,
secara tidak langsung kita telah membantu mereka
selalu cakap tak dapat nak bantu kalau perkara-perkara yang diluar kemampuan kita kan?
jadi kita bantu untuk promote diorang,
dan kita sebenarnya telah memudahkan urusan dia.
besahabatlah antara kita,
supaya kita boleh menjadi satu komuniti yang kuat,
satu komuniti yang boleh bergabung dan berganding bahu,
untuk saling mengingati, berpesan dan saling memberi ilmu..
6 comments:
hari pertama kelas... haha.. kelaut.. kelaut.. ponteng doe.
betol...!!
kdg2 nak nangis kalau kena hentam
kalau ye pon org tu silap, tegur la elok2....
tak suka la cara org maen hentam2, mcm tak cukup akal
belaja terima cara blogger yang lain supaya kita boleh nampak pelbagai warna dalam dunia blog ni.
tru enough:) nak ko je betol, sile la buat dunia sendiri
@zul... laaa.. asal ponteng pulak..? bkn spttnya kene bersemangat ke nak masuk sem baru?
@ayuna.. tahu tak apa.. tapi tulah nak buat mcm mana.. diorg ttp nak hentam teruk jugak..
@nazirul... hm... mcm sindir je...
hehe..semangat hilang doe.. dapat rumah jauh gile...dari bus stop.. kedai.. n surau.. memang hampeh betul r..
p/s: be ur self k.. aku pernah jugak r masuk blog blogger famous ni.. tp sekali dua je.. lpas tu aku fikir..
"eh, knapa aku perlu masuk blog org yg famous, sedangkan ramai lg blogger baru yg nk naik, aku tak tengok.. kalau aku tak support blogger baru, sape lg nk support.. ?"
itulah yg bermain di kpala aku.. sebab.. blogger pro ni.. mana ada masa jengok blog yg baru2 ni.. jadi yg baru kena support yg baru..
-abaikan.. aku melalut ni--
hmm.. zyla tahu apa yang zul nak sampaikan.. thnks.. mungkin zyla nmpk terlebih fokus on blogger yang otai.. mmg zyla selalu bc entri diorg, tapi jrg nak komen. yelah.. siapalah kita nikan? insya allah, akan bantu blogger2 yang baru jugak.. thnks sebab igtkan zyla.
Post a Comment