Tuesday, September 27, 2011

blogger sebagai sumber.

assalammualaikum..

walaupun badan terasa letih dan pening kepala sudah kembali menyerang tapi gagahkan diri jugak untuk mengupdate entri ni. siang tadi zyla scroll FB.. seperti biasa wall FB memang tak pernah sunyi dengan pelbagai status, gambar, iklan dan info-info terkini. sebab tulah wujud perkataan "UPDATE".

zyla percaya sekarang ni semakin banyak mereka yang berusia antara 19-25 tahun ke atas memiliki blog. Tak kisahlah untuk kepuasaan diri, promote perkhidmatan atau nak berniaga. its oky. dan kalau kita mencari sesuatu kat Google pun, kebanyakkan info mesti akan keluar melalui BLOG.

Kalau ramai yang update status dekat FB tu, rasanya apa yang mereka luahkan tu atau information yang diorang nak cuba sampaikan tu mungkin belum terlalu jelas atau tidak dapat disampaikan dengan sempurna. tapi kalau melalui blog tulis lah sepanjang mana pun , letaklah gambar sebanyak yang boleh, hurailah sesuatu isu atau fakta dengan sepuas-puasnya.. dan ianya akan memberikan impact yang besar kepada pembaca..

blogger ni, termasuk zyla pun samalah mcm penulis. tapi menulis secara bebas dan tidak menerima sebarang gaji. Blogger ni pun boleh tahan jugak main peranan sebagai pengulas dan zyla tahu kebanyakkan yang menulis blog ni bukanlah dari golongan yang omong kosong tapi dari golongan yang cerdik pandai.

sebab tu tak hairanlah kalau blogger tu seorang yang bijak pandai, apa yang dia buat menjadi perhatian walaupun hanya perkara biasa. itu normal dan dalam masa yang sama boleh dijadikan panduan untuk mereka yang ingin berjaya.

sebab tulah tajuk zyla hari ni.. Blogger sebagai sumber.. apa je yang blogger tulis akan jadi perhatian. dan kadang-kadang tu tak perlu baca paper, tengok je kat dashboard masing-masing mesti banyak isu semasa yang blogger akan kongsikan bersama kan? itu elok.. 

tapi kat FB zyla tak suka kalau ada yang sebarkan tentang isu Dunia nak Khiamat..macam ni..



apa isi kandunganya.. alah, mesti ada jugak kat wall korang yang dok heboh pasal Dajjal nak muncul lah, kene azan tanpa henti lah... memang zyla akui dunia nak khiamat tapi ustaz zyla cakap, selagi adanya azan kat dunia ni.. Insya Allah, Dajjal tak akan muncul. azan setiap masa? tahukan anda semua bahawa sebenarnya setiap detik didunia ni azan itu sentiasa dilaungkan.. asal pulak?? laa... kan masa disetiap tempat adalah tidak sama... macam kat kepualauan kita ni, Malaysia lain waktunya. Malaslah nak bagi contoh negara lain.. negeri dalam negara kita ni, disetiap tempat berbeza waktunya kan?? sama jugaklah dengan maksud bahawa azan masih belum berhenti dilaungkan lagi.. jangan takut, atau cepat melatah...


dan zyla ada temui jawapan dari seorang kakak senior zyla yang juga merupakan ahli kelab Insaniah kolej zyla tentang isu ni...



akak Ummu Atikah tu mengatakan bahawa:

Tolong berhenti sebarkan mesej berantai yg mengatakan pakar meteorologi bahagian bunyi Rusia

 mendapati ada bunyi ngauman ganjil di bawah mantel bumi, mengatakan itu DAJJAL yg nak keluar ke 


bumi, suruh umat Islam azan tanpa henti...bla..bla..bla..



Bende ni terang-terangan palsu.
....
.> Pakar meteorolgi bahagian bunyi?? ada ke?? cer check,, ada ke 

tak.. sy ni x power pengetahuan AM
.
> DAJJAL duduk bawah mantel bumi ke? dia buat ape kat situ? cari berlian?

> Azan tanpa henti? Then klw nak tawu waktu solat camane pulak?? tunggang terbalik laaa solat umat 

Islam klw da sepanjang masa azan,, entah bila masuk waktu pun tak tau...



maaf, zyla pun bukanlah arif dalam bidang agama ni. masih cetek lagi. tapi zyla banyak membaca 

tentang Dajjal ni... kalau tak faham zyla akan merujuk kepada ustaz yang mengajar zyla , Pengajian 

Islam dulu. 

jadi, zyla berharap agar blogger-blogger diluar sana untuk sebarkan fakta yang benar dan jelas supaya 

supaya pembaca tidak terpengaruh..  







2 comments:

Anonymous said...

yes, betul betul.

dian pon tak berape suke bende bende camni.

sometimes boleh merosakkan jugak actly.

ade jugak yg berantai kalau tak sebarkan dpt dose la ape. lagi merepek. haihh.


nice sharing btw :)

Zyla said...

zyla bukan apa.. mcm penglaman zyla sendiri mudah terpengaruh dgn berita anginkan... so zyla tak nak yang lain pun jadi mcm zyla jugak.