Saturday, September 17, 2011

ikut hati atau akal??

assalammualaikum...

sebelum mula menulis ni zyla nak tarik nafas dalam-dalam dan hembus secara perlahan-lahan.

oleh kerana hari ini merupakan hari sabtu so zyla akan mengunakan sebaik-baiknya masa yang zyla ada hari ini untuk update blog, kemas bilik dan selesaikan segala tugasan yang zyla ada.. aduh!!! korang, zyla sebenarnya ada masalah ni... boleh tolong tak??

buat keputusan.... alamak!!! inilah yang paling zyla takut.. takut buat keputusan yang salah. hurm. siapa kat sini yang pernah buat keputusan yang tepat? macam mana korang buat? Istikharah??


zyla akui zyla memang masih mentah lagi, terlalu mentah. tengoklah perangai zyla yang gila-gila ni kadang-kadang buatkan orang sekeliling anggap yang zyla ni masih terlalu kecil! huh! nak tahu tak kenapa zyla jadi macam tu sebab zyla malas nak fikir masalah yang ada sekrang.. jadi zyla buat environment zyla jadi meriah dan penuh dengan tugasan kuliah. benda yang tak penting pon zyla jadikan penting.. supaya zyla boleh leka seketika dari memikirkan masalah tersebut. memanglah nampak macam lari dari masalah tapi dah masalah tu berhubung kait dengan hati orang lain, zyla nak buat macam mana?

mula-mula memang zyla terfikir nak berundur. habis cerita.. tapi tak boleh!! sebab zyla tak boleh nak tipu dri sendiri.. masalah tu..sampai bilalah zyla nak tunggu semua ni selesai zyla pun tak tahu. 

pening-pening... zyla ingatkan keadaan zyla 6 bulan yang lalu akan berterusan sebab zyla memang selesa dengan cara hidup zyla tapi apa yang zyla tak sangka untuk kembali, telahpun kembali semula ke dalam hidup zyla.. terselit dicelah-celah hati zyla yang masih lagi tak dapat nak lupakan apa yang telah berlaku.. alamak... ayat tak boleh blaahh... org cakap.. " jiwa kacau seh""

zyla belum buat apa-apa keputusan yang muktamad lagi. kene rujuk dengan mak ayah dan mereka yang zyla percaya. sebab insan yang sedang hadir dalam hidup zyla sekarang ni pun belum pasti dengan apa yang dia buat!. hurm.. apa korang rasa??

jadi zyla tak boleh nak buat keputusan dengan ikut kata hati, zyla tak nak menyesal dikemudian  hari. tapi zyla amat bermohon agar lebih banyak pentunjuk yang diberikan kepada zyla untuk zyla pertimbangankan dengan sebaik-baiknya. zyla tak nak keputusan yang zyla akan buat nanti akan melukakan hati insan-insan yang lain..sebab zyla takut kalau hari ini zyla lukakan hati seseorang, orang lain akan lukakakn hati zyla balik, walaupun sebelum ni dia yang telah lukakan hati zyla..

sebelum ni zyla tak kisah kalau hati zyla terluka sebab zyla tahu macam mana nak kontrol hati zyla. zyla tak pernah sekali pun tunjukkan kekecewaan itu kepada orang lain. tapi zyla tahu orang lain pun tahu dan faham yang zyla kecewa.. kiranya zyla ni pandai sangat cover masalah yang ada kan?

sebb tu juga, walaupun baru pagi tadi zyla berperang dengan masalah tu, sekarang zyla dah tenang balik cuma kalau zyla nak belajar jap lagi kene turun bawah lah. kalau stdy dalam bilik ni masaklah zyla... tergoda tengok lappy. 

dah-dah.. zyla nak mandi dan buat kerja zyla.. ada masa zyla update lagi.. (^_^)

"berikan saya penyelesaiannya"


No comments: