Sunday, September 04, 2011

sakura masih bertatih lagi

assalammualaikum...

hari ini 4 September 2011.. dengan rasminya zyla mengumukan bahawa Laman Sakura Puteri ini baru je berusia 6 bulan.. kiranya sakura ini masih bayi lagilah..

seperti yang korang boleh lihat dekat profile zyla.. zyla mula berblog ni March yang lalu.. iaitu 4 March. Bukanlah sesuatu yang dirancang tapi secara spontan je zyla nak buat akaun blog. tapi sayangnya lepas tu something happen sehinggakan zyla lupa seketika dengan blogger ni sebaik sahaja zyla balik dari Johor.

alhamdulillah.. sebulan kemudian.. zyla teringat balik dengan password blog zyla ni. nak tahu tak.. masa tulah baru zyla ingat yang nama blog zyla ni.. sakuraputeri.blogspot.com... haha.. maaflah, zyla ni memang pelupa sikit. dan pada hari itu juga zyla telah post entri pertama zyla..


                                                                         

                              Entri pertama sakura- yes! akhirnya menjadi



masa mula-mula buat entri dan blog ni.. memang satu benda apa pun tentang templates ke, background ke, gadget je.. zyla memang tak tahu langsung. yang zyla tahu hanya menaip entri. huhu.. malu nak mengaku , tapi kene jugak mengaku yang zyla memang agak slow sikit nak tahu tentang semua tu. tapi berkat kerajinan zyla dan tunjuk ajar senior-senior zyla, akhirnya hari ini zyla berjaya jugak untuk melahirkan Laman Sakura Puteri ini dengan sempurnanya.. dan yang paling zyla bangga buat masa ni.. sebabnya..kalau korang search nama zyla.. Fathin Fazila kat google.. akan keluar macam ni..
       

Fathin Fazila di Google

selalunya kalau kita nak cari maklumat tentang apa je, taip je nama tapi keluar list tapi nama tak ada. tapi kalau korang taip nama zyla.. nama zylaa dah ada dalam list tu.. so tak payah nak susah k.. dan jangan ragu-ragu sebab zyla dah banyak kali try itu memang membawa anda untuk mencari tentang zyla ataupun Laman Sakura. :")

dan satu lagi perkara tentang Fathin Fazila di Google... 

 terus keluar Fathin Fazila (2)-Blogspot. hurm .. benda ni zyla baru perasan jugak bila hari tu zyla nak log in melalui sini.. tapi apapun, kalau nak cari zyla ataupun korang lupa link zyla.. jangan risau, kat Google dah ada.. :")

selama zyla berblog dan berehat buat seketika ini, zyla nak tunjukkan kepada korang disebalik apa yang ada di dalam Laman Sakura Puteri ini. Jom!

Statistic Laman Sakura Puteri

sehingga hari ini Laman Sakura baru je mencecah 3000 lebih pengunjung. alah, masih terlalu sikit kan? tak apa.. Insya Allah, zyla akan perbaiki lagi. Zyla bukan tarik pengunjung untuk baca dengan promote blog zyla kat diorang. paling coman pun zyla hanya akan share link kat FB, tiada paksaan sama ada mahu baca atau tidak.. terserah!... zyla biarkan mcm tu je.sebabnya zyla ni bukan jenis nak exposed sangat. buat apa nak kasi orang tahu tentang blog kita kalau diorang tak baca langsung. betul tak? buat apa ada follower ramai dalam masa yang singkat tapi penulisan kita hampeh dan diorang langsung tak singgah2 bila kita buat entri baru?

3 benda yang zyla paling pegang dalam blogger ini. Terjah, komen dan follow... itu yang zyla akan buat kat mana-mana blog yang zyla singgah masa buat blogwalking... ada juga masanya maddam zyla singgah dekat blog zyla.. anyway, thnks Madam.. :"). zyla tak amalkan follow me back.. seganlah nak suruh orang follow balik . mcm memaksa.. tapi bila ada orang suruh follow diorang balik, Insya Allah zyla singgah.. kalau ada yang perasaan bila zyla follow korang, zyla just diam je kan.. lepas tu bila korang ada entri baru,  zyla terjah balik. zyla akn sentiasa tengok dashboard.. ada benda nak komen zyla komen, kalau tak zyla sekadar tinggalkan jejak kat shoutmix dengan track mark zyla.. " sakura was here!".. zylalah tu.. 

sepanjang berbulan berblog ini.. ada jugak ketikanya zyla merasa puas.. bila tengok dashboard zyla.. zyla tahu zyla tak setanding korang yang dah hebat dan dikenali tapi for my first step in blogging zyla cukup bersyukur dengan pencapaian ini.. 

aktiviti entri dan komen Sakura

lega! at least bila zyla tulis ada yang betul-betul baca dan komen. haha! orang lain gila follow kan, tapi zyla gila komen.. sebab zyla nak orang baca tulisan zyla dan dari situ zyla akan tahu macam mana respons korang terhadap entri zyla. ini memang sangat2 penting bagi zyla, untuk menjadi salah satu sumber bagi zyla untuk terus memperbaiki penulisan entri zyla.. aduh! kenapa zyla cakap mcm ni? zyla newbie dalam berblog ini, so kelemahan yang paling ketara pada zyla adalah penulisan entri! sebab kalau entri merapu buat apa nak bagi orang baca, yer dak? setakat ni, komen yang ada dalam blog baru takat 203 komen je dengan jumlah entri sebanyak 151.. apapun im happy with tht. 


Pencapaian pertama Sakura



apabila entri ini mendapat sambutan daripada kawan-kawan, mak ayah zyla sendiri dan pensyarah, zyla dah mula yakin untuk lebih serius dlam menulis blog.. syukur, sehingga hari ni masih ada yang sudi untuk membaca entri ini lagi. masa ini belum genap 2 bulan pun zyla berblog dan entri ini adalah entri zyla yang paling popular..

lepas tu aktiviti blog zyla dijalankan seperti biasa.. dan tiba-tiba pada 11 Julai.. ( ingat lagi ini). zyla mendapat kejutan.. apabila follower zyla naik mendadak daripada 36 menjadi 56 orang dalam masa setengah jam.. mak ai! kalau hari tu hari sabtu ahad tak apalah jugak, ni tengah hari! aduh! rupa-rupanya.. Abg Ben punya pasal.. dia buat entri ttg zyla.. :")

                                                      entri Abg Ben-Dia Masih Baru

Sejak dari hari itulah blog zyla makin ramai yang follow.. terima kasih yang tidak terhingga buat abg Ben... masa tu zyla agak terkejut juga..  zyla belum pernah sekali pun nak join segmen abg Ben sebab tak reti lagi mcm mana nak join segmen dia... syukur... sekarang abg Ben pun makin popular .. 

dah habis tentang pencapain Sakura, kita tengok pulak yang ini.. 
                                     
                              sakura di Alexa Side Audit.. 

zyla sendiri tak tahu macam mana nak tafsirkan apa yang ada kat Alexa ni..

    alexa traffic rank: 3 269 487

traffic rank in MY:  25, 848

site linking: 5



link:

1. blospot.com

2.benashaari.com

3.izammirridzwan.com

4.gengkcorner.blogspot.com

5.suzajudin92.blogspot.com


        

zyla masih belum faham sepenuhnya tentang Alexa dan fungsinya..tapi kalau ada masa terluang zyla akan buat kajian tentang peranan Alexa Site Audit ni.. 


inilah sebab mengapa tajuk entri hari ni Sakura masih bertatih lagi.. kalau korang nak tahu sepanjang zyla bercuti untuk berblog ini, entri-entri yang korang baca zyla dah save dulu... masa korang baca, zyla sibuk dengan urusan zyla..kalau nak tahu, setiap hari zyla bila zyla publish entri memang harap korang baca dan komen.. huhu.. pengakuan yang jujur ni. itu membantu zyla dalam dunia blog ni. tapi tak apa,once im back zyla akan melipatkaligandakan usaha untuk menjadi penulis yang terbaik... waduh! besarnya cita2..

               persiapan entri sepanjang zyla berehat dari berblog....



kiranya kalau zyla hilang sebulan pun korang tetap akan bacca entri-entri terbaru dari zyla. zyla bukan perah otak dan membebel yang bukan-bukan.. tapi mcm biasalah kalau entri dari zyla..yang biasa baca , akan tahu... :")


mesti ramai yang perasaan zyla jarang sangat nak share tentang kehidupan realiti dan gambar2 zyla yang terbaru.. betul tu.. kalau nak tahu, zyla hanya nama samaran zyla.. yang rapat dengan zyla akan panggil zyla " Fathin" its me as a real.. tapi disini, kehidupan zyla adalah seperti biasa tiada apa yang terlalu menarik untuk dikongsikan.. kalau ada Insya Allah zyla akan tunjuk jugak dekat korg. mesti hairan kenapa tak ada gambar family... adik-adik zyla dah pesan jangan letak banyak sangat, diorang segan. baiklah adik, along faham.

Insya Allah satu hari nanti zyla akn ceritakan kehidupan disebalik Fathin Fazila pulak. sekarang ini hanya Laman Sakura Puteri je..

aduh2. panjang lagi entri zyla kali ini.. tapi tak apalah... ini hanya sebagai simpanan peribadi zyla utk ingatan zyla satu hari nanti bila Laman Sakura Puteri ini dah betul-betul berjaya. :").. doakan zyla. Laman Sakura Puteri ni pun banyak kali jugak mengalami perubahan pada namanya... mula-mula zyla guna... Sakura Puteri, lepas tu Fathin Fazila d' Sakuraputeri.blogspot.com dan akan kekal Laman Sakura Puteri. 

dulu zyla rasa susah hati sangat sebab blog zyla tak ada header... ( kot-kot ada yang nak buat tentang zyla, mana nak dapat header kan) .. zyla tahu header blog adalah amat penting sebagai identiti blog kita.. header yang ada sekarang kiranya header kedua zyla.. hasil kreativti zyla sendiri.. 


   header Laman Sakura Puteri

inilah header yang terhasil daripada kreativiti zyla.. walaupun nampak simple tapi seharian jugak zyla mengedit header ini.. puas dengan hasil zyla sendiri!

terakhir sekali mesti banyak yang follow zyla hairan.. sebab tak ada langsung gambar yang zyla pamerkan kat sidebar.. dulu ada tapi bagi zyla macam menyemak je dan zyla tak nak blog zyla lambat loading.. so zyla decide letak apa yang penting je kat blog ini. sebab masa zyla buat shoutmix tu zyla tebaca teguran untuk blogger baru kat sini... 

        koleksi pemilik Laman Sakura Puteri


terima kasih kerana sudi membaca, singgah, komen, follow dan tegur zyla kat shoutmix.. zyla dan Laman Sakura Puteri amat-amat menghargai kedatangan anda.. terima kasih yang tidak terhingga. semoga anda semua juga akan menjadi blogger yang berjaya.. Insya Allah.

p/s: ingatkan nak share tentang entri yang zyla buat khas tentang diri zyla. tapi sayang zyla dah terdelete entri tu.. aduh.. kecewanya saya... 




2 comments:

.izzati liyana. said...

tahniah sebab dah sampai tahap sekarang ni. semoga akan terus maju pada masa hadapan.

Fathin Fazila Razali said...

thks sokongan ni...