Friday, September 23, 2011

jika kamu bukan ahlinya!

assalammualaikum...


sekali lagi menjelma tengah malam baru zyla berkesempatan untuk online. Hari ni memang zyla tak sihat sangat mungkin akan berlarutan. sekarang ni jam menunjukkan pukul 12:16 pagi.. kebetulan sebenarnya hari ni zyla nak bercakap tentang sesuatu.

Antara kita mesti pernah dengar orang berkata.. 

" kalau kamu tidak mempunyai sebarang pengetahuan ataupun ada  hanya sedikit, kamu tidak akan berupaya untuk menyelesaikan sesuatu perkara atau permasalahan dengan sebaik-baiknya"

perkara ni pun zyla nampak sendiri depan mata zyla. memanglah bagi kamu mudah untuk dilakukan 
tetapi hakikat yang sebenar ianya tidak semudah apa yang kamu sangkakan! dan saya sebagai orang yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan tugasan tersebut pun ambik masa berjam-jam untuk meneliti semua data tu. aduh! tengok kan dah hancus semua hasil usaha saya.. jangan ingat anda bijak anda sempurna dalam melakukan semua perkara. 

apa sebenarnya yang anda nampak dalam diri saya? Ingat apa yang saya buat  depan mata awak semuanya semudah ABC?? awak, kita ni berlainan. langsung tak sama dan tidak ada satu persamaan pun. apa yang saya fikir, saya buat, dan saya usahakan adalah untuk masa depan saya dan langsung tidak ada niat atau hasrat untuk buatkan orang cemburu atau menunjuk-nujuk.. aduh! letihlah layan perasaan macam ni.. selagi saya masih menghormati anda, tolong.. jangan masuk campur dengan urusan saya.. 

terus teranglah zyla katakan.. mungkin bagi sesetengah orang, bidang akaun ni setakat kira-kira je tak sesusah bidang yang lain.. walaupun hakikat yang sebenarnya semua bidang pun susah! tapi terpulang pada individu itu sama ada dia ada minat untuk menerokai ataupun ada usaha untuk menguasai bidang tersebut dengan baik barulah dia boleh dikatakan pakar mengenainya! ayat entah macam mana ni?? yang zyla tahu zyla tak  selesa sekarang bila tugasan zyla diambil alih ataupun ada yang nak try buat.. padahal zyla sejak sekolah lagi dah serasi dengan akaun ni.. bukan senang nak faham satu demi satu prinsip yang ada dalam akaun ni.. tapi tiba2 ada yang nak try buat utk zyla.. yakin boleh buatlah? apa keputusannya?? awak amat-amat menyusahkan saya!

sebab tulah zyla sekarang ni umpama orang yang tak ada perasaan.. orang nak jerit kat telinga zyla ke, nak sindir ke nak apa ke.. zyla buat tak tahu je.. macam tak ada benda yang berlaku depan mata zyla. zyla malas dah nak layan semua perasaan-perasaan macam ni. kalau ada yang dengki , awak salahlah.. apa yang saya ada untuk dibandingkan dengan awak?? saya serba serbi kekurangan dari semua aspek? tapi saya tak kurang kawan.. walaupun saya tahu saya hilang seorang sahabat tapi jauh di sudut hati saya tak pernah benci dia pun..

kalaulah awak tahu, kebahagian saya hari ni bukanlah seperti mana yang saya pernah rasa dahulu. tolong jangan kata awak cemburu pada saya.. saya memang ada perasaan cemburu, tapi saya  ganti dengan perasaan ingin jadi lebih baik. nampak orang semua ambik berat dengan saya? fikirlah sendiri bagaiman awak dengan orang disekeliling. walaupun kita tidak rapat dengan semua orang tapi jangan sesekali sakitkan hati mereka yang mengenali kita.. nanti parah jadinya..

ilmu itu untuk kita cari bersama tapi bukan untuk kita berlumba mendapatkannya dan saling berlawan dengan ilmu yang ada tapi ilmu itu untuk kita majukan diri, masyarakat sekeliling dan berbakti kepada negara kita.. 

jangan cemburu dengan apa yang orang ada. itu kelebihan mereka dan ada sebab mereka diberi kelebihan  itu.. cuba kalau saya tanya awak, boleh ke rasanya kalau awak ambik bidang akaun ni? jangan cepat melatah... ukur kemampuan sendiri .kerana tak mampu nak jadi doktor, peguam dan saya bukanlah bijaksana seperti orang lain saya pilih akaun ni sebab dari sekolah lagi saya dah usahakan untuk teruskan dalam bidang ni. alhamdulillah, sekarang dah lulus dengan cemerlang LCCI.. kalau saya ada LCCI tak bermaksud awak tak boleh dapat kelayakkan yang lebih tinggi..











No comments: