Saturday, September 10, 2011

zyla nak mula aktif mulai sekarang.

assalammualaikum...

alhamdulillah segala tempoh yang zyla rancangkan untuk berehat buat entri dah pun tamat, jadi sekarang zya nak aktif balik dlm blogger ni..:").  tadi bila buat blogwalking.. zyla banyak terfikir juga.. macam mana blogger-blogger ni boleh dapat ramai follower dan setiap kali dia buat entri baru mesti ramai yang komen..

rupanya kene selalu update blog.. bercerita tentang apa sahaja. memanglah zyla ni boleh dikatakan banyak idea jugak tapi ada masanya itu zyla rasa apa yang zyla nak tulis tu tak bersesuaian dan terlalu peribadi. satu lagi zyla tak nak ambik berita-berita hangat kat media massa tu sebagai entri zyla sebab tak tahu lagi kesahihannya.. zyla lebih senang baca entri yang lain. sebabnya zyla takut kalau apa yang kita tulis tu boleh buat orang keliru dan salah faham.. kang ada pulak yang salahkan kita.. 

memanglah ramai sebenarnya kawan-kawan zyla yang menjadi blogger tapi rasanya antara kteorang ni zyla yang paling tak jemu dan idea tu sentiasa ada untuk zyla menulis entri.

zyla sendiri tak tahu macam mana minat untuk menulis tentang apa sahaja tentang kehidupan ni ada dalam diri zyla. pada asalnya memanglah disebabkan zyla hilang tempat untuk zyla bercerita selama ni. tapi alhamdulillah zyla dah dapat balik apa yang zyla hilang dulu.

so mulai sekarang zyla nak decide.. tak kisahlah hari apa, bila atau dimana sahaja.. asalkan ada idea, ada lappy dan ternet masa tu zyla nak jugak menulis entri.. sampai 10 entri sehari pun tak apa.. asalkan apa yang zyla tulis tu bukanlah untuk ajak orang mengutuk or memburukkan keadaan semasa.. 

kadang-kadang melalui penulisan ini jugak, ramai kat luar sana yang keliru dan mudah sangat percaya apa yang blogger tulis.. kesian.. sebab kalau benda tu tak betul nanti baru diorang tahu kang pihak lain yang salahkan sumber mereka.. padahal  niat blogger tersebut sekadar nak memberitahu kepada siapa yang tak tahu dan mengulas pendapat secara peribadi. 

apapun, zyla nak update balik zyla pun blog ni. nak bagi suasana baru.. gadget pun banyak dah zyla buang. hehe... memang ringalah lepas ni kan kalau nak loading.. 



impian zyla dalam dunia blog ni untuk menjadi seribu dalam sejuta.. maksudnya biarlah zyla bersama Laman Sakura Puteri ni bertatih dulu asalkan satu hari nanti ramai yang sedar akan kehadiran zyla dalam dunia blog ni. zyla memang tak minat sangat nak story pasal kehidupan peribadi tapi more kepada pendapat zyla tentang apa jua yang berlaku. Insya Allah kalau ada info-info yang berguna zyla akan share kat sni.. hehe... kalau rajin zyla belajarlah mcm mana nak buat toturial untuk blog... untuk followers zyla.. thnks a lot sebab sudi follow blog zyla ni.. Insya Allah zyla akan sentiasa terjah blog korang... :")




2 comments:

asnizaziz said...

apa2 pon gudluck ya, teruskan berkarya :)

Fathin Fazila Razali said...

@asnizaziz.. thnks for the support.. <3