Monday, September 19, 2011

alhamdulillah.. rezeki Sakura.

assalammualaikum...

pagi-pagi ni.. sebelum matahari naik zyla dah bangun dan terus mintak permission nak on lappy. Zyla nak jenguk Sakura zyla ni. sejak dua menjak ni zyla perhatikan ramai yang datang menjenguk, tak kisahlah yang baru follow atau yang dah lama. Syukur, akhirnya sedikit demi sedikit kehadiaran zyla kat dalam dunia blog ni bersama Sakura disedari.

Mesti ada yang hairan kan, kenapalah tak berhenti nak berterima kasih dan terlalu rasa bersyukur sangat walaupun pencapaian yang tak seberapa. Jangan ingat dekat blog ni je zyla tulis diari, Sakura ni pun zyla tulis jugak apa yang berlaku. Sekarang ni bersama Sakura nilah yang boleh membahagiakan hati zyla di kala sunyi dan resah. Bersama Sakura nilah zyla tersenyum dan menerima lebih ramai sahabat dan kerana Sakura nilah zyla semakin matang dalam menjadi seorang insan bergelar manusia. Sebab tu zyla amat-amat mengalu-galukan kedatangan newbiew dalam dunia blog ni. Selain nak meluahkan perasaan, blog jugak boleh dijadikan sebagai medium untuk kita mempelajari lebih banyak ilmu yang kita tak dapat kat sekolah ataupun Ipta.


2 malam semalam memang tak larat sebenarnya zyla nak balas jejak mereka yang chat kat shoutmix zyla. tapi syukur sebab semuanya zyla dah follow. Bila buka blog, Fb dan Ym.. semua nak chat dengan zyla..



inilah yang terjadi semalam bila zyla on Fb zyla... alahai!!! mana nak layan kat blog, Fb dan Ym?? Zyla pun pening sendiri. Kalau dekat blog ramai yang menyapa zyla, dekat Fb pulak ramai yang rindu kat zyla.. lama dah ek zyla tak online chat tu?
~
zyla akui, sejak baik ni ramai yang ingat kat zyla.. ( terharu~~). Ramai yang rindu. Ingatkan bila zyla dah berjauhan ni diorang dah tak ingat tapi diorang ingat dan rindukan zyla rupanya. Sahabat, kalaulah korang tahu zyla kat sini amat perlukan pertolongan korang sebelum zyla balik Sarawak. Im really not ready for what happen next day. Need all of you to be always beside me. Hold my hands, give me the advice, say something nicely to me so that i felt confident to knows what happen in the past and future.

Fan Page Laman Sakura pun dah ramai yang like. Tak kisahlah kalau baru 18 orang. Kalau betul cara penulisan zyla baik dan zyla aktif dalam berblog mesti ramai yang like nanti. Zyla pun dah lantik kawan zyla, Qayum ( Abdul Shafiq Qayyum) sebagai admin kedua untuk pages tu. Dia je yang boleh tengok notifications pages tu, zyla tak ada hak.. 

kalau boleh zyla nak berkongsi apa yang zyla tulis dengan semua orang. Memang kerap zyla share blog-blog ataupun link blogger lain yang menarik. Seperti semalam..

zyla tertarik dengan entri Merpati Putih.. semalam entri dia yang menarik [sini], dan pagi ni zyla tengok dia ada buat entri baru pun menarik jugak.. jap lagi zyla nak baca.. [sini]. ringan-ringankalah jari-jeari korang untuk click link yang zyla share. Insya Allah sma-sama akan mendapat manfaat. 

baiklah. tak ada apa lagi yang zyla nak tulis. Sekadar mahu mengucapkan syukur sebab Sakura dah semakin membesar dan ramai yang kenal.. thnks untuk mak zyla sebab selalu cakap kat ayah macam ni...   

" biarlah kak long dengan blog dia. Asalkan itu yang membuatkan dia senang dan bahagia"




6 comments:

Kathy Tuah said...

alhamdulillah..semoga ktk terus success dlm dunia blog ^^

Fathin Fazila Razali said...

thnks akak sebab sentiasa ziarah dan berik support..

Niena Pengembara Ilahi said...

Alhamdulillah ~

nonon787 said...

tahniah...teruskan blogging

Fathin Fazila Razali said...

thnks sebab menyokong..

[sutera kasih] said...

keep blogging & keep sharing info yg bermanfaat :)