Thursday, September 08, 2011

Jangan ditangisi apa yang hilang dari hidupmu

assalammualaikum..

Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

sejak dua menjak ni zyla memang suka nak bercerita tentang perasaan,emosi dan fikiran kita...zyla minta maaf kalau ada yang dah fedup untuk membaca entri zyla.. but please allow me to do this.. kalau bukan anda mungkin ada ramai lagi yang perlukan bahan bacaan seperti ini. :")

apa jua yang zyla tulis dalam blog ini memang berpandukan apa saja yang berlaku dengan kehidupan zyla. seperti sekarang zyla memang sedang berhadapan dengan satu perasaan dan penantian yang belum pasti penghujungnya.. tapi zyla sabar menanti kerana zyla yakin, Allah menguji kita dalam jangka masa yang lama supaya kita sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik dan sering ingat untuk berdoa kepadaNYA. bila masanya sudah tiba nanti DIA akan serahkan juga apa saja yang benar untuk menjadi milik kita.. Insya Allah.. yakin Allah SWT selalu mendengar doa dan rintihan hati kita. 

sebagai manusia memang kita kadang kala alpa bila diberi kesenangan, kejayaan dan kebolehan. Beringatlah kita bahawa bisikan halus syaitan memang sentiasa akan berbisik di hati kita. oleh itu cepat-cepat kita beristighfar dan jangan sesekali ada niat yang tak elok. bukanlah zyla nak katakan yang zyla seorang muslimah yang baik. tidak sama sekali, zyla sendiri banyak buat silap pada masa lalu dan sekarang igin membetulkan dan memperbaiki diri. 

CINTA. kerana perasaan cinta inilah Allah SWT jadikan Hawa untuk Adam. Lelaki memang tak boleh hidup bahagia tanpa seorang wanita, biarpun dia memiliki kekayaan dan kejayaan. kerana wanita adalah pelengkap hidup lelaki yang sebenar.

seperti insan biasa, zyla juga pernah kehilangan.. biarpun berpisah di dunia tapi air mata zyla tetap mengalir kerananya. bercinta dan mengenal apa itu cinta di alam muda ini memang menyakitkan sebenarnya. sehinggakan zyla sendiri tidak faham apa itu sebenarnya makna cinta dan bagaimannkah perasaan itu? kekal kah ia?

persoalan ini pernah zyla tanya kepada seseorang tetapi tidak temui jawapannya. alhamdulillah,  setiap hari zyla mengajar diri zyla mengenal, memahami dan menghormati apa itu CINTA. menjadi fitrah manusia, lelaki mahupun perempuan untuk mencintai sesuatu yang indah, elok rupanya dan harum baunya. tatkala kita tengah asyik melayan cinta itu, sehinggakan kita lupa pada tanggungjawab, amanh dan siapa kita yang sebenarnya.. ada yang lebih teruk terlalu kemaruk dengan cinta sehingga terabai kerjaya dan pelajaran.. disebabkan oleh kelalaian kita itulah maka Allah SWT menarik balik kebahagian sementara kita itu.. sebelum ini zyla pernah kongsikan entri ini.. mengapa kita ditemuakan dengan orang yang salah... CINTA itu memang akan membawa kepada satu kekecewaan, tidak kira sama ada kita milikinya atau tidak..  


jika anda cinta pasti anda akan kecewa.. percayalah.. tidak semudah itu untuk kita meraih cinta manusia ini..tidak kira berapapun usia kita ketika mengenal apa itu cinta, tanyalah pada hati bagaimana kamu mahu menghargainya dan menjaganya.

disaat kita kehilangan apa yang kita sayang, cinta dan rindu slama ini... jangan sesekali kita meratapi kesedihan itu lebih dari sehari. kerana itu akan jadi penyakit. terutamanya perempuan. tak perlu nak mogok smpai seminggu tak makan nasi. dahlah kita dikecewakan tiba-tiba jatuh sakit pulak, tak terfikir ke apa yang akan dikatakn oleh pihak sebelah sana yang sedang berbahagia tanpa memikirkan kita? ketahuilah wahai wanita, wanita yang paling matang adalah wanita yang putus cinta. mengapa sebab kalau kita dah berjaya untuk menangani kekecewaan dalam hidup kita, zyla percaya bahawa kamu akan menjadi seseorang yang berfikiran lebih jauh, teliti dan menjadi lebih tenang jika menghadapi apa jua kemungkinan. 

" kebahagian itu umpama rama-rama, semakin kamu mengejarnya, maka semakin ia aka menjauhi kamu.. kebahagian yang sebenar adalah kebahagian yang akan datang dengan sendirinya kepada kamu"


ada sebab mengapa ia bukan tercipta dan ditakdirkan untukmu. keesokkan harinya pasti kamu akan sedar juga. janganlah sesekali kita berdoa untuk sesuatu yang buruk apabila kita dikecewakan. nanti kamu juga akan menyesal dikemudian hari.. Berfikirlah. 

andai kamu mahu ianya kekal menjadi milikmu, belajarlah untuk menghargai dan menghormati dirinya. sahabat, andai kamu tahu tatkala zyla. sedang menulis nukilan ni secara tidak langsung zyla 
sebenarnya mengingatkan diri zyla sendiri.







3 comments:

Kathy Tuah said...

Allah tauk yg tebaik utk kita :')

RuMaH TuA said...

peringatan terbaik untuk kita...
kejayaan sebenar adalah apabila bersama redhaNya...
<3 (^-^)y

Fathin Fazila Razali said...

@kathy tuah... yap.. Allah swt lebih twuk sebab nya yang mcipta kita..

@rumah tua... insya allah... jgn sesekali salahkan takdir dan yakin pada Allah.